Jom Follow.....

Sunday, January 29, 2012

Hati Yang Rapuh

6 Rabiulawal 1433

"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang telah terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku. Engkaulah permulaan dan engkaulah penyudahan. Tidak ada tuhan selain dari Engkau, wahai Tuhan yang membalik-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas(berpegang kepada) agama Engkau(Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau.. Sesungguhnya adalah aku ini sebahagian daripada orang yang teraniaya."

Wallahualam

Saturday, January 28, 2012

Berkat Kasihmu Ilahi & Isteriku

5 Rabiulawal 1433

Entah kenapa ketika memandu pulang dari satu majlis perkahwinan di Kuala Lipis ke Lembah Kelang, aku terdengar sebuah lagu yang pernah menjadi siulan pada waktu silam. Tidak disangka ketika melayan siaran radio IKIM fm, ianya diputarkan semula di siaran radio berkenaan.Selalunya lagu jiwang seperti ini hanya disiarkan di stesen-stesen radio konvensional sahaja. Bahkan di Sinar fm pun aku tidak pernah mendengar ianya diputarkan. Mungkin ada  sebahagian lirik lagu ini terkandung unsur-unsur memuji  tuhan yang menyebabkan ianya diluluskan siaran di radio berkenaan.

Antara liriknya yang menjadi kesukaanku :


PadaMu oh Tuhan
Sering ku berdoa
Restuilah pertemuan ini
Biar abadi

Tak perlu ada kebimbangan
 Kutahu tulusnya kasihmu
 Melangkah kita sehaluan
 Memuji kebesaranNya
 Jatuh bangun tetap bersama
 Berulam garam pun aku rela
 Yang pastinya kau ada di sisi
 Itu cukup memadai...



Itulah yang diungkapkan di dalam hati ketika isteriku menyambut cinta ini pada lebih kurang 13 tahun lalu ketika sewaktu di zaman remaja. Aku hanya mempu tersenyum puas seorang diri ketika melayan lagu berkenaan, di kala isteriku terlena keletihan di sisi setelah semua anak-anak juga mula melelapkan mata disebabkan mula keletihan dalam perjalanan yang jauh. Lama juga tak layan jiwa yang jiwang ini. Namun jiwa yang jiwang ini hanyalah(selepas Allah ,Rasul dan kedua ibubapa) untukmu isteriku, hu..hu.. Setidak-tidaknya menghangatkan kembali percintaan kita..

Wallahualam

Lirik Penuh:

Sesungguhnya ku merasa
 Indah sungguh hidup ini
 Kau pancarkan sinar kasih
 Berseri aku rasakan
 Sesaat ku bersamamu
 Terhapus sepi...

Harum sungguh kasihmu
 Tak pernah ku merasakan
 Hidupku dulu kelam
 Kini bercahaya...

 PadaMu oh Tuhan
 Sering ku berdoa
 Restuilah pertemuan ini
 Biar abadi

 Tersenyum sendiri
 Bukti kesyukuran
 Dengan berkat kasihmu
 Bahagia hidupku

Tak perlu ada kebimbangan
 Kutahu tulusnya kasihmu
 Melangkah kita sehaluan
 Memuji kebesaranNya
 Jatuh bangun tetap bersama
 Berulam garam pun aku rela
 Yang pastinya kau ada di sisi
 Itu cukup memadai...


 Hidupku dulu kelam
 Kini bercahaya...

Friday, January 27, 2012

Salam Bulan Maulidurrasul

4 Rabiulawal 1433

Penulis berharap ianya tidak terlewat bagi penulis mengisytiharkan bulan Maulidurrasul melalui blog ini kepada semua pembaca. Ini kerana tidak berapa lama lagi kita akan melalui satu tarikh penting bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang mana tarikh keputeraan baginda jatuh pada bulan Rabiulawal ini.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri kita apakah kita menjadikan junjungan mulia Nabi kita sebagai idola dan sumber rujukan kita ? Apakah kita lebih mendewa-dewakan ikon bukan Islam yang lain terutama dari barat terutama dari segi karya mereka dan perjuangan mereka. Mungkin ada dikalangan kita yang lebih suka menggunakan petikan ucapan tokoh-tokoh bukan Islam semata-mata untuk menarik sokongan politik dari golongan yang sama ketururunan dari bangsa berkenaan. Atau ada dikalangan kita sering bersangka, jika tidak menggunakan petikan daripada tokoh-tokoh dari barat, seolah-olah kita ketinggalan zaman.

Persoalan juga timbul, apakah kiranya kita berapi-rapi berucap untuk menegakkan sunnah baginda, sedangkan kita tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh baginda?Kiranya kita terus bersikap demikian seperti yang disebutkan, apakah Rasulullah s.a.w sudi bertemu dengan kita? Apakah kita layak mengucapkan kalimah cinta kepada Baginda? Penulis tinggalkan persoalan ini untuk renungan bersama.

Wallahualam

Thursday, January 26, 2012

Jawatankuasa Atasi Isu Murtad Ditubuh

3 Rabiulawal 1433

Langkah pertingkat penguatkuasaan enakmen

BANGI: Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang syariah ditubuhkan bagi mempertingkatkan lagi penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata jawatankuasa itu akan memantau secara dekat pelaksanaan penguatkuasaan enakmen berkenaan oleh jabatan agama Islam negeri.
 Jawatankuasa juga akan membantu kes berhubung penangkapan dan pendakwaan mengikut enakmen negeri.

“Jawatankuasa juga akan membantu kes berhubung penangkapan dan pendakwaan mengikut enakmen negeri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penasihat undang-undang negeri dan pengarah jabatan agama Islam negeri, di sini, semalam.

Penubuhan jawatankuasa itu yang berkuat kuasa semalam, diputuskan dalam pertemuan berkenaan yang berlangsung hampir dua jam.

Jawatankuasa akan dipengerusikan Jamil Khir dan dianggotai pengarah jabatan agama Islam negeri, wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN, wakil Jabatan Peguam Negara dan wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, enakmen itu telah lama wujud, namun ada negeri yang kurang dalam penguatkuasaaan. "Bagi negeri yang belum mewujudkannya (enakmen) pula diminta membawa perkara itu kepada pihak yang berkenaan untuk diwujudkan dan dikuatkuasakan," katanya.

 Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi demi menjaga keharmonian masyarakat dan sebagai pembelaan kepada mereka yang dimurtadkan.

Sumber – BERNAMA  & Berita Harian

Anugerah Penghargaan Pelajar Cemerlang Parlimen Kuala Selangor

3 Rabiulawal 1433

Beberapa hari lepas penulis meluangkan masa untuk turut sama bersama anak sulung penulis menghadiri Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang 2011 untuk pelajar cemerlang UPSR dan PMR bagi Kawasan Perlimen Kuala Selangor. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat  Dato' Haji Amiruddin Setro, merangkap ADUN Jeram di Komplek UMNO Kuala Selangor.

Dalam ucapan perasmian beliau menekankan bahawa pentingnya ilmu pengetahuan. Jika mempunyai harta bertimbun sekalipun ianya tidak akan berguna jika kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan bagi menguruskannya.
Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang  2011@MyBancik 2012


Penulis mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana menganjurkan majlis berkenaan. Sekurang-kurangnya masih ada pihak yang masih menyanjung anak-anak yang cemerlang di dalam ilmu pengetahuan.Penulis percaya majlis berkenaan dihadiri oleh semua golongan tanpa mengira fahaman politik walaupun ianya dianjurkan oleh sebuah parti politik.

Apa yang penting pelajar-pelajar cemerlang perlu diberi galakan dan sanjungan agar mereka dijadikan idola berterusan oleh generasi berikutnya pada masa akan datang. Cemerlang yang dimaksudkan bukan dari segi akademik semata-mata bahkan ianya termasuklah dari segi akhlak dan sahsiah para pelajar itu sendiri.
Hati penulis terasa sejuk dikala ada pihak yang menyanjung pelajar-pelajar yang lemah pencapaian akademiknya, berminat membuat huru hara dan berdemonstrasi, bebal tak bersebab, masih ada pihak yang masih menyanjung para pelajar yang cemerlang. Semoga Malaysia terus aman sejahtera.

Wallahualam

Rumahku Sudah Dibaiki

3 Rabiulawal 1433

Baru sebentar tadi masalah tangki rumah penulis telah dibaiki dan diselesaikan. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga kerja kepada pemaju iaitu "GLOMAC' yang bersetuju menanggung kos membaiki kedudukan tangki rumah dengan menambah lagi tiga batang kayu yang besar bagi menguatkan struktur kedudukan tangki air berkenaan. Walaupun terpaksa bercuti lagi hari ini, namun penulis amat berpuas hati atas sebab kehadiran pekerja mengikut waktu yang dijanjikan.

Penulis diberitahu bahawa projek-projek baru mereka tidak lagi menggunakan konsep yang sama disebabkan oleh masalah berkenaan. Namun penulis menasihatkan pembaca di sini agar sentiasa mengambil tahu apa yang ada di atas syiling rumah masing-masing agar langkah-langkah keselamatan dapat diberi perhatian.

Terima kasih juga kepada pembaca yang telah memberi komen atas sebab keperihatinan anda semua.Alhamdulillah berkat harapan dan doa anda segalanya telah selesai dengan baik.

Wallahualam

Wednesday, January 25, 2012

Tangki Air Rumahku Tidak Stabil

2 Rabiulawal 1433

Penulis terpaksa mengambil cuti tergempar hari ini gara-gara tangki air di atas bumbung rumah penulis tiba-tiba berada dalam keadaan tidak stabil.Ianya disedari apabila berlakunya satu letupan yang kuat di atas bumbung rumah sewaktu senja semalam dan menyebabkan air melimpah dari atas syiling. Selain itu terdapat sedikit kesan anjakan atau rekahan daripada sudut syiling rumah.

Syiling Rumah Yang Retak@MyBancik 2012
Langkah kecemasan yang telah diambil ialah dengan mengosongkan tangki air berkenaan secara serta merta bagi mengelakkan tangki berkenaan terhempas ke dasar rumah. Siasatan awal penulis mendapati , kedudukan tangki berkenaan tergelincir sedikit daripada landasannyadi sebabkan papan pelapik tangki berkenaan sudah tergelincir dari kayu utama yang menjadi pengalasnya. Ianya memberikan suatu risiko kemalangan jiwa sekiranya kayu berkenaan sampai jangka hayatnya dan reput.

Namun penulis sampai sekarang tidak faham kenapa tangki berkenaan diletakkan di bahagian atas tangga dan hanya menggunakan kayu sebagai galang dan bukannya konkrit atau besi. Ini sah menunjukkan rata-rata pemaju perumahan di Malaysia hanya mementingkan keuntungan semata-mata daripada memberi keutamaan terhadap kebajikan dan keselamatan pengguna. Ini merupakan fakta kerana jiran berdekatan kediaman penulis telah menghadapi masalah yang sama di mana tangki air berkenaan jatuh dari tingkat dua dan menyebabkan kerosakan harta benda seperti peralatan elektrik, perabut dan sebagainya. Namun begitu, mujur tiada ahli kelaurga berada dibawah kedudukan tangki berkenaan ketika ianya jatuh.

Penulis juga telah membuat aduan kepada pemaju pada pagi tadi, namun sekarang masih tiada wakil pemaju yang muncul setakat artikel ini ditulis. Penulis masih sabar menunggu sebagaimana yang mereka janjikan untuk datang menyiasat walaupun rumah penulis sudah tamat tempoh jaminan. Penulis berharap agar pihak pemaju tidak lepas tangan kerana "design" pembinaan direkabentuk oleh mereka.Setidaknya mereka boleh membantu mendapatkan juru perunding atau kontraktor bagi menjalankan kerja pembaikan.

Wallahualam.

Walau

Usah Memandai Meminda Hukum Allah S.W.T.

2 Rabiulawal 1433

Penulis sebenarnya agak muak dengan politik Malaysia. Seolah-olah ianya tidak berkesudahan.Namun penulis menganggap ianya adalah dugaan Ilahi kepada kita rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya Malaysia tidaklah teruk macam negara-negara Arab sekarang. Salah seorang kawan penulis di Yaman diberitakan tidak mendapat apa yang diharapkan apabila negara berkenaan musnah. Semuanya menjadi tidak berguna walaupun beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Malaysia.

Berbalik pada topik asal, telah diberitakan ada pihak atau seorang pemimpin paksi politik di Malaysia yang mahu meminda undang-undang di Malaysia yang telah dianggap lapuk jika beliau berkuasa. Jika niat untuk memperbaiki undang-undang agar ianya lebih menepati kehendak hukum Allah, penulis mengangkat tangan tanda setuju.

Namun, jika ianya bertujuan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah S.W.T. dan bagi tujuan kepentingan duniawi beliau, maka perlulah kita beramai-ramai menolak idea pemimpin berkenaan.Sesungguhnya yang salah tetap salah walaupun ianya dilakukan secara tertutup atau terbuka. Jika kita lemah sekalipun dalam menjauhi larangan dan mematuhi  perintahNya,maka jangan laa pula kita memandai-mandai untuk meminda apa yang telah diputuskan hukumNya. Walaupun  penulis bukanlah seorang ulama, tetapi ianya seringkali telah disampaikan di kebanyakan majlis-majlis ilmu.Sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa melihat apa yang kita lakukan.

Wallahualam

Cendol 1 Malaysia(C1M) Di Taiping

2 Rabiulawal 1433

Cendol di Taiping@MyBancik 2012
Beberapa hari lepas penulis sempat ke bandar Taiping apabila mendapat peluang ke sana. Salah satu tempat yang dicari ialah gerai cendol di bandar berkenaan. kali ini penulis mengunjungi gerai yang tidak berapa jauh daripada BSN dan Sekolah Convent Taiping.

Selain dari kesedapan rasanya, harganya masih disekitar RM 1 semangkuk bagi menu biasa. Yang "add on" penulis tidak pasti, maklumlah ketika penulis datang berkunjung, menu-menu tambahan telah habis dijual. Maka penulispun nak gelarkan cendol ini sebagai 1 Malaysia. Kat KL dan lembah Kerlang rasanya agak susah hendak mendapatkan pada harga berkenaan kecuali yang jenis "cup" di pasar malam.Apapun ini sedikit sebanyak memberi ketenangan dan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi keamanan untuk beribadat, berjalan dan menikmati segala macam selera di Malaysia bumi bertuah ini.

Dengan ini, penulis menyeru agar kita bersyukur dengan mengekalkan keamanan yang sedia ada .Janganlah kita terpedaya dengan dakyah-dakyah agar kita megikuti jejak negara-negara yang tertentu disebabkan  terpengaruh dengan hawa nafsu segelintir pihak yang ingin berkuasa. Jika ingin berkuasapun, gunalah saluran  yang lebih sesuai seperti di peti-peti undi. Apa nak ditakuti? Jika kita ikhlas, nescaya akan mendapat sokongan majoriti.

Sesungguhnya keamanan itu adalah nikmat kurniaan Ilahi yang tiada tolok bandingannya. Dengan itu, bersyukurlah...

Wallhualam

Tuesday, January 24, 2012

Baucar Buku 1Malaysia - Jangan Ambil Jika Tidak Memerlukan

1 Rabiulawal 1433

Baucar buku 1 Malaysia telah menimbulkan satu isu yang dianggap terpencil di mana ada segelintir penerima yang melelong secara terbuka di internet atas alasan tidak memerlukannya. Jika itulah alasannya maka penerima berkenaan sepatutnya tidak mengambil baucar berkenaan dan biarkan wang berkenaan kekal ditangan kerajaan untuk disalurkan ke aktiviti lain atau kepada pihak yang lebih memerlukannya.

Ianya bukan soal duit rakyat dan kena ambil juga, tetapi ianya melibatkan amanah yang perlu digunakan untuk dimanfaatkan bagi meningkatkan budaya cintakan ilmu pengetahuan.Ilmu ini secara tak langsung bakal memberi manfaat terhadap pembentukan tamadun bangsa. Namun penulis mungkin tidak kisah jika baucar berkenaan dilelong pada harga diskaun atas sebab terpaksa kerana terpaksa mengutamakan keperluan asas yang lebih mendesak seperti makanan dan sebagainya untuk menampung pengajian.

Penulis berharap isu terpencil ini tidak menghalang inisiatif yang selanjutnya bagi memperbudayakan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat Malaysia. Namun penulis berharap janganlah dipandang serong kepada mereka-mereka yang membeli buku yang keluar sedikit daripada cabang akademik , kerana penulis berpendapat cabang akademik semata-mata tidak cukup formula untuk membentuk sebuah tamadun yang cemerlang. Ianya perlu dipelbagaikan dari segi kecenderungan minat, kreativiti dan inovasi dan kemahiran.

Di pihak kerajaan, penulis berpendapat kementerian tertentu tidak perlu melatah dengan sikap segelintir pelajar di IPTA dan di IPTS yang menyalahgunakan pemberian berkenaan. Ini adalah kerana, baucar berkenaan masih tidak dapat diganti dengan wang tunai di kedai-kedai buku. Yang rugi ialah mereka dan penjaga mereka juga. Mereka rugi kerana leka dengan hasil jualan baucar berkenaan untuk perkara lain (jika tidak mustahak), manakala bagi penjaga mereka pula terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk pembelian buku anak-anak mereka.

Namun mereka yang untung ialah mereka yang sanggup mengoptimakan penggunaan baucar untuk membeli buku dan membeli baucar pada harga diskaun untuk mendapat buku-buku keperluan yang lain. Cuma yang penting kena pastikan ianya tidak dilelong kepada pelajar asing yang tidak sepatutnya menerima manfaat berkenaan.

Wallahualam

Tragedi Lemas: Berhati-hatilah

1 Rabiulawal 1433

Sejak beberapa hari ini seringkali dilaporkan tragedi lemas yang berlaku di pantai-pantai di Malaysia. Lebih- lebih lagi pada musim cuti panjang, kebanyakan ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak mereka berkelah di pantai-pantai.

Namun oleh kerana cuaca dan keadaan laut yang tidak dapat diramalkan mungkin penyebab tragedi ini berlaku yang telah mengakibatkan kemalangan jiwa. namun sebagai salah seorang anak nelayan sendiri, penulis tidak berani sewenang-wenangnya berenang di dalam laut atau di tepi pantai kerana arus di dalam lautan tidak dapat diramalkan walaupun pada dasar permukaan, airnya nampak tenang.

Dalam keadaan tertentu, sedangkan mereka yang dewasa dan tahu berenangpun mampu lemas, inikan pula kanak-kanak atau remaja yang kehidupan mereka jarang berenang. Kita harus terima hakikat, bahawa zaman kanak-kanak yang sering bermain dengan barangan IT atau gajet, berenang di pantai yang tidak dapat diramalkan keadaannya adalah bukan sesuatu keputusan yang bijak. Jika hendak juga, maka ianya perlulah dilengkapi dengan baju atau pelampung keselamatan sebagai salah satu langkah keselamatan.

Mungkin ianya melibatkan kos, namun kehilangan nyawa orang yang tersayang semestinya kehilangan harta yang tidak dapat diganti. Maka bersamalah kita renung-renungkan bersama.

Wallahuam

Sunday, January 22, 2012

Sesaknya Lebuhraya

29 Safar 1433

Kelmarin penulis juga salah seorang daripada jutaan pengguna lebuhraya yang mengambil keputusan menghabiskan cuti di luar lembah Kelang sempena cuti Tahun Baru Cina. Namun penulis diberitahu oleh seorang kenalan bahawa lebuhraya PLUS ke utara sedang mengalami kesesakan yang agak luarbiasa.

Lalu penulis membuat keputusan menggunakan laluan jalan biasa menerusi Kuala Selangor, Setiawan dan Taiping bermula jam 11 pagi. Walaupun had laju antara 60 hingga 80 km sahaja, namun penulis berjaya sampai lebih awal dari sedara penulis yang bertolak lebih 1 jam awal menerusi lebuhraya PLUS.

Wallahualam

Friday, January 20, 2012

Baucar Buku 1Malaysia Lebih Menarik Daripada Nuffnang

24 Safar 1433

Semalam dengan tidak sengaja penulis berkunjung ke Fakulti di universiti di mana penulis sedang belajar. Dengan secara tidak sengaja penulis tersinggah di kaunter Bendahari di universiti berkenaan. Lalu terfikir untuk bertanya tentang baucar buku yang diberikan kepada pelajar pengajian tinggi seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Baucar Buku 1Malaysia@MyBancik 2012
Penulis tidak begitu yakin untuk mendapat baucer berkenaan memandangkan penulis di peringkat akhir pengajian. Namun begitu, maklum balas yang diterima tidak mengecewakan. Penulis diminta mengemukakan kad pengenalan dan kad pelajar, lalu muncullah baucer yang bernilai RM 50 setiap satu sebanyak empat keping dan keseluruhannya berjumlah RM 200.

Alhamdulillah, penulis amat berterimakasih atas pembuat dasar yang amat perihatin kepada pelajar seperti penulis. Penulis berdoa agar lebih banyak inisiatif seperti ini dirangka untuk menggalakkan rakyat menuntut ilmu pengetahuan. Tak payah le penulis nak bersusah payah nak cari duit poket dengan nuffnang yang tak nak bergerak tu.

Wallahualam

Wednesday, January 18, 2012

Persatuan Ulama Malaysia Sambut Baik Penubuhan Institut Wasatiyyah

24 Safar 1433

KUALA LUMPUR, 17 Jan , 2012- Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selasa menyambut baik penubuhan Institut Wasatiyyah di negara ini atas inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agungnya Dr Mohd Roslan Mohd Noor berkata penubuhan institut itu dapat dimanfaatkan bagi meneguhkan kedudukan Islam serta menonjolkan Islam sebagai ajaran yang lengkap, bersifat pertengahan dan tidak ekstrem.

"Dalam keadaan negara-negara Islam dilabel sebagai negara pelampau dan sebagainya, penubuhan institusi ini adalah tepat pada masanya dalam menjulang semangat maqasid syariah serta Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Najib mengenai penubuhan itu, yang bertujuan memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan.

Mohd Roslan berkata penubuhan institut itu merupakan langkah terbaik untuk memastikan semua idea wasatiyyah diaplikasikan dalam bentuk tindakan yang praktikal.

"Institut itu wajar berperanan sebagai institusi berautoriti dalam menjawab segala salah faham pemikiran yang timbul akibat serangan pelbagai gagasan pemikiran ekstrem dan bercanggah dengan Islam," katanya.

Beliau berkata institut itu juga akan menempatkan segala khazanah berkaitan wasatiyyah dalam kitab-kitab turath dan juga dalam koleksi akademik semasa yang akan diterjemahkan dalam bentuk penggubalan dasar serta pentadbiran negara.

"Persatuan bersedia untuk memberikan input dan bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan objektif penubuhan institut ini terlaksana dengan jayanya," katanya.


 Sumber- BERNAMA

Saturday, January 14, 2012

Rasuah Itu Jelas Haram

20 Safar 1433

Berita hari ini amat tidak menyenangkan penulis. Seorang pemimpin atau orang penting di kalangan sebuah paksi pembangkang di Malaysia telah mencadangkan agar pembangkang mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.Berucap pada Konvensyen Paksi politik mereka,di Stadium Sultan Abdul Halim,  semalam, beliau mengemukakan cadangan itu sebagai satu langkah memudahkan laluan pembangkang ke Putrajaya.
 Katanya, pembangkang mesti menghukum perasuah besar dan memaafkan perasuah kecil supaya mereka boleh melangkah ke depan tanpa halangan. “Kita mesti hukum perasuah besar tetapi maafkan perasuah kecil supaya kita boleh ke Putrajaya tanpa halangan," katanya.

Sesungguhnya kenyataan ini adalah suatu kenyataan yang amat dangkal. Setiap yang besar bermula dengan sesuatu yang kecil. Dalam Islam , apa yang haram tetap haram walaupun ianya tetap kecil. Bagi penulis , ianya suatu penghinaan terhadap umat Islam di Malaysia.

Penulis tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana dalam bab ini biarlah golongan alim ulama yang memberikan penjelasan. Cuma persoalannya selepas ini apa lagi hendak dihalalkan. Cuma walaupun isu ini berlaku, tetapi janganlah sampai membenarkannya atau memberi keampunan terhadap pesalah sama ada kecil ataupun yang besar.

Amat malang bagi kita yang berugama Islam yang ada dikalangan segelintir dari kita sanggup berguling di atas jalan raya mempertahankan paksi politik ini dan pemimpin berkenaan. Pikir pikirkanlah.

Wallahualam

Akukah Yang Bijak

20 Safar 1433

Jiwa Adi sering memberontak tanpa mengetahui apa yang sebenarnya yang dikehendakinya. Semuanya serba tidak kena. Sejak dari bangku sekolah lagi Adi sering tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Segala perbelanjaan serta keperluan sekolahnya telah dipenuhi oleh kedua ibu bapanya bagi memastikan anak tunggal mereka ini mendapat peluang pembelajaran setaraf dengan orang lain.

"Kita adalah pemuda dan pemudi harapan bangsa! Kita lah yang akan mencorakkan masa depan negara! Zaman sekarang ialah zaman orang-orang muda! Orang muda lebih kreatif dan berinovatif! Lihat sahaja, sudah ramai golongan muda yang status profesional mula menjawat jawatan penting sama ada di pentas politik atau korporat dalam usia yang masih muda!" Tiba-tiba kata-kata itu terpacul dari mulut Adi ketika bersama rakan-rakannya ketika mempengerusikan mesyuarat persatuan di Universiti yang sekarang ini beliau melanjutkan pelajaran.

"Anak anak muda seperti kita sekarang lebih kreatif dan berinovatif! Bukannya macam orang-orang lama seperti d Bahagian Hal Ehwal Pelajar tu, semua tak boleh. Mereka masih pakai undang-undang lapuk!Kita sepatutnya diberikan kebebasan terutama di zaman yang serba moden dan pantas ini. Kalau kita terlalu ikut sangat undang-undang atau prosedur, alamat akan ketinggalanlah! Tambah Adi dengan penuh semangat.

"Kalau kita tak ikut peraturan dan undang-undang, "macam mana polis , tuan hakim nak cari makan?", Tanya Ahmad dengan rasa kurang bersetuju dan dengan sengaja menyoal soalan yang kurang bernas. Ah! Persetankan undang-undang! Apa yang perlu diherankan?Undang-undang itu kan ciptaan manusia juga? Balas Adi dengan egonya.

Oklah Adi!, aku beransur dulu. Aku ada tugasan yang hendak dilakukan di perpustakaan, maklumlah peperiksaan makin dekat. Lagipun aku tak nak terlewat ke kuliah pada sesi petang nanti.Engkau tak nak ikut aku ke?" Kata Ahmad.

"Tak apelah, aku ada mesyuarat pertubuhan di luar kampus. Nanti kuliah petang nanti aku datang lah!. Kuliah Cik Mastura tu..., pensyarah kita sorang tu aku tak berani ponteng pulak sebab dengar kata dia amat tegas. Dengar cerita ramai pelajar yang gagal jika tidak menepati arahannya. Itu yang aku angin sangat bila mengenangkan dia.., terlalu ikut skima sangat." Keluh Si Adi.

"Tu la kau,terlalu  aktif sangat berpersatuan , semua jawatan kau nak bolot. Nanti, merungut la keputusan peperiksaan awak tu asyik cukup-cukup makan aje". Balas Ahmad."Tak apa, aku aktif berpersatuan ini ada pelan tertentu. Mana tau nanti bila tamat belajar nanti dapat aktif berpolitik dan menjadi ahli Parlimen pula. Zaman sekarang populariti menjadi kriteria utama. Kalau ulat bulu macam engkau tu, malamlah jawabnya. Bukankah rancangan aku ini rancangan yang bijak.Pada masa tu kalau menjadi baru kau tahu !"Jawab Adi dengan angkuhnya.Ahmad berlalu dan hanya mampu menggelangkan kepalanya sahaja tanda kekesalan dengan sikap Adi.

Setelah habis mesyuarat di luar Adi memandang jam tangannya. "Alamak! Tinggal 10 minit lagi sebelum kuliah petang ini bermula!"Keluh Adi semasa menghidupkan enjin keretanya. Untuk sampai ke tempat kuliah, jika keadaan jalan tidak sibuk ianya hanya memerlukan 10 minit masa perjalanan. Tanpa berlengah,Adi memecut kereta yang dibelikan oleh ibu dan bapanya. Ketika sampai di sebuah lampu isyarat, dengan tiba-tiba suasana di sekitar lampu isyarat  itu, keadaan jalan sesak berbanding dari biasa.

" Ini satu lagi undang-undang ketinggalan zaman. Menyusahkan aje. Masa lampu hijau simpang di sebelah jalan utama lebih  dipanjangkan daripada jalan yang aku ikut ini. Mana adil? Siapalah yang buat undang-undang ini? Tak kreatif langsung!Kalau tak mencilok ni, ketinggalanlah kita" Dengus Adi di dalam hati.

Adi terus menggerakkan keretanya apabila dari jauh melihat lampu isyarat berwarna hijau. Malang, hanya beberapa meter sahaja lagi hendak sampai ke simpang lampu isyarat bertukar ke warna merah. Dengan rasa marah Adi terus menekan minyak keretanya dengan kuat. "Ahh! Persetankan dengan lampu isyarat ini.menyusahkan aje!"Tiba-tiba Adi terdengar hentaman kuat dari sebelah sisi keretanya. Kesakitan yang teramat sangat menyebabkan dia tidak ingat apa-apa lagi....

Friday, January 13, 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb ZulhijjahTahun 10 Hijrah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU.

Sebab-sebab Ikan Tidak Berlidah

18 Safar 1433

Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda( sila rujuk kitab hadis jika hendak mengetahui status hadis berkenaan atau bertanya pihak yang lebih alim)"Sejahat-jahat manusia pada hari Kiamat ialah orang-orang yang bermuka dua, yakni orang yang datang kepada mereka dengan satu wajah dan pada mereka yang lain dengan wajah yang satu lagi. Barang siapa yang bermuka dua di dunia, maka pada hari kiamat nanti dia akan mempunyai dua lidah dari api neraka jahannam".

Sabda Baginda lagi, " Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengheboh-hebohkan cerita". Apabila ditanya,"Apakah hikmahnya?".Baginda berkata,"Sesungguhnya Allah S.W.T. menciptakan makhluk mempunyai lidah, baik yang terdiri  dari yang boleh berkata-kata atau pun yang tidak boleh berkata".Lalu ditanya kepada Baginda, "Kenapa ikan tidakmempunyai lidah?"

Baginda bersabda bahawa pada masa ,"Setelah Allah S.W.T telah selesai menciptakan Adam a.s. , maka telah diperintahkanNya ke atas malaikat agar sujud kepadanya. Kesemua malaikat sujud kepada Adam a.s. kecuali Iblis. Maka disebabkan keengganan Iblis berbuat demikian, maka dia telah diusir dari syurga serta dihapus rupa mukanya.Apabila diturunkan ke bumi, Iblis terus menuju ke laut dan yang pertama kali yang ditemuinya ialah ikan. Maka diapun menceritakan perihal penciptaan Nabi Adam a.s. dan berkatalah Iblis,"Sesungguhnya Adam itu memburu dan mengambil binatang-binatang yang melata di laut dan di daratan."Apabila ikan mendengar kata Iblis itu, maka ikan-ikan pun menyampaikan kepada binatang-binatang laut dengan berita tentang Adam a.s. , lalu Allah S.W.T. menghilangkan lidahnya."

Wallahualam.

Dipetik dari :Himpunan Kisah-kisah Teladan

Sunday, January 8, 2012

Anwar Ibrahim Dilepas,Dibebaskan Daripada Tuduhan

14 Safar 1433

KUALA LUMPUR 9 Jan, 2012 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, selepas meneliti keterangan, mahkamah tidak boleh 100 peratus memastikan bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diusik.

Sehubungan itu, dalam keputusannya hari ini, hakim menyatakan, adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA semata-mata.

"Di peringkat kes pembelaan dalam kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan SP1 (Mohd Saiful).

"Dengan itu, tertuduh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dilepas dan dibebaskan," kata hakim.

Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu

Pada masa yang sama,Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden, yang mengendalikan pendakwaan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memaklumkan, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan pembebasan Anwar kerana mempunyai tempoh 10 hari untuk berbuat demikian.

Namun begitu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau masih belum boleh menarik nafas lega walaupun bebas daripada pertuduhan liwat.Beliau berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa kerana ruang untuk meneruskan pendakwaan masih ada.

Sementara itu, dua individu cedera selepas bom buatan sendiri meletup dalam tiga kejadian berasingan selang 10 minit di pekarangan luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 10.45 pagi selepas keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sumber: Utusan Malaysia

901:Aku Terpaksa Bercuti

14 Safar 1433

Akhirnya aku terpaksa akur terpaksa bercuti lagi pada esok hari. Ini disebabkan tidak mahu terperangkap berjam-jam di lebuhraya yang dijangkakan akan berlaku keesokan hari. Kalau hari biasapun telah sesak, inikan pula pada keesokan hari di mana rata-rata orang ramai sudah mula bekerja selepas awal pembukaan sekolah. Tambahan lagi esok bakal diadakan perhimpunan yang telah dihalalkan di Jalan Duta, untuk memberi sokongan untuk pembebasan pemimpin mereka (seperti yang dipampang pada poster lah) atau dengan bahasa "glamour" sebagai perhimpunan 901. Untuk pengetahuan teman, aku berulang alik dari Tol Rawang Selatan ke Jalan Duta setiap hari bekerja.

Namun, tindakan mengadakan perhimpunan berkenaan menyebabkan kesusahan kepada orang biasa seperti aku. Pernah aku terperangkap berjam-jam di lebuhraya disebabkan oleh perhimpunan sebuah kumpulan haram memperjuangkan sesebuah kaum beberapa tahun lepas. Untuk kali ini, aku tidak mahu terperangkap lagi. Baik masa yang terbuang digunakan untuk berehat di rumah dan buat kerja-kerja lain yang lebih bermanfaat. Urusan di Mahkamah, biarlah tuan hakim yang bijaksana putuskan. Salah atau tidak keputusan berkenaan, biarlah tuan hakim akan menjawabnya di Mahkamah Allah S.W.T. di akhirat nanti.

Maka di sini, aku buat kesimpulan, rata-rata rakyat di Malaysia suka berpolitik tak tentu arah. Politik yang tidak matang serta bermatlamatkan menghalalkan cara. Jika menyebelahi mereka semuanya adil, manakala bila tak menyebelahi pula dikatakan zalim. Golongan berkenaan seolah-olah lupa akan Qada dan Qadar.Teguran ini ditujukan kepada semua pihak tak kiralah di sebelah mana sekalipun paksi politiknya.

Apakah mereka lupa tindakan mereka ini bakal menzalimi dan menganiaya orang lain. Menganiaya golongan rakyat biasa seperti aku yang mahukan keamanan dan kesejahteraan, golongan pemandu teksi, golongan pekerja yang mungkin akan dapat surat tunjuk sebab kerana lewat sampai ke pejabat, peniaga-peniaga yang kerugian, kerosakan harta benda, menyusahkan anggota keselamatan yang tidak boleh bercuti dan sebagainya. Jika kita tidak suka dianiaya, kenapa hendak menganiaya diri orang lain.Aapakah kita tidak takut akan doa orang-orang yang teraniaya.

Keluhan aku ini mungkin terpencil dan agak minoriti berbanding golongan berkenaan.Walaupun mereka mendakwa mempunyai penyokong yang ramai, tetapi apakah mereka lupa bahawa dalam sejarah Islam, selalunya golongan yang kecil yang selalunya menang jika mereka di pihak yang benar dan teraniaya..

Jika aku termasuk sebagai salah seorang yang teraniaya, maka aku panjatkan doaku ini agar Malaysia dijauhi oleh sebarang kekacauan dan tindak balas negatif  orang yang mementingkan diri, gilakan kuasa dan tidak menghiraukan maslahat umum.Semoga negara ini sentiasa terus dipelihara oleh Ilahi dari sebarang kekacauan dan kecelakaan.

Wallahualam

Saturday, January 7, 2012

Hasan Ali Dipecat dari PAS

13 Safar 1433


KUALA LUMPUR 8 Jan, 2012. - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali hari ini dipecat keahliannya sebagai ahli Pas.

Keputusan itu difahamkan telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.

Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan Harakahdaily, keputusan tersebut dibuat setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa Pas Pusat dan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Hasan sebagai ahli parti berkuatkuasa serta merta.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Sumber- UTUSAN

Friday, January 6, 2012

Apabila Malaikat Jibrail Menangis

12 Safar 1433

Diceritakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. telah bertanya kepada Malaikat Jibrail tentang api neraka. Kata baginda, "Wahai Jibrail !, beritahu kepadaku tentang api neraka". Maka Jibrail pun berkata, "Ya Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat. Andaikata kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum, nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, jika ianya digantungkan di antara langit dan bumi, nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dasyat".

Kemudian Jibrail berkata lagi,"Wahai Muhammad, kalau malaikat yang sembilan belas itu turun ke bumi, sudah tentu akan mati semua penduduk bumi disebabkan bentuk mereka yang sangat menggerunkan. Dan jikalau satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, ia akan menembusi ke dalam tujuh petala bumi".

Apabila Rasulullah s.a.w mendengar penjelasan dari Malaikat Jibrail, maka baginda pun berkata,"Hasbi Ya Jibrail"(Cukup hai Jibrail), lalu baginda menangis dan Jibrail pun turut serta menangis. Apabila baginda melihat Jibrail menangis, maka baginda pun lalu bertanya,"Wahai Jibrail !, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulia di sisis Allah S.W.T.?

Lalu Jibrail menjawab,"Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku, walaupun kedudukan aku sangat dekat dengan Allah S.W.T, tetapi aku takut kalau Allah S.W.T. hendak mengubah aku atau hendak mengujiku sebagai Harut dan Marut dan Iblis yang terkutuk itu".

Walau pun kedudukan Jibrail sangat dekat dengan Allah S.W.T., dia tetap menangis kerana takut pada Allah S.W.T. Tetapi malangnya rata-rata manusia masih lagi tidak takut kepada Allah S.W.T. biarpun telah nyata tanda-tanda kekuasaanNya menerusi cerita-cerita dari Al-Quran dan Hadis.

Komen Penulis:

Bersamalah kita mengambil pengajaran dalam kisah ini, terutama bila mana sekarang ini sudah ada pihak-pihak yang berani mendabik dada membuat kenyataan siapa yang layak masuk syurga atau sebagainya.

Wallahualam

Sumber:Himpunan Kisah-kisah Teladan-Syarikat Nurulhas

Jangan heret rakyat berdemonstrasi : Kata Dr Hasan Ali

11 Safar 1433

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 5 Jan,2012 – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menegaskan adalah tidak wajar rakyat diheret menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang tidak rela anak-anak muda diheret sama, turut membidas Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman yang menggesa ahli parti itu untuk menyertai perhimpunan tersebut sedangkan tiada arahan khusus dibuat oleh pimpinan di peringkat pusat.

‘‘Pas Selangor nampaknya begitu proaktif atas sebab yang salah, kalau sebab yang betul tidak mengapa. Kalau saudara melihat Ketua Penerangannya terlalu proaktif sehingga mendahului pimpinan di peringkat atasan, Pesuruhjaya negeri pun saya rasa dia membelakangi pandangan pimpinan pusat.

‘‘Saya rasa jemputan Dr. Abdul Rani supaya ahli dan pendokong Pas hadir bersama-sama dalam perhimpunan tersebut, saya katakan itu pendapat peribadi. Itu bukan pendapat daripada Pas negeri, maklumat yang saya terima bahawa pimpinan di peringkat Pas negeri, sama ada Dewan Harian ataupun Perhubungan Negeri seluruhnya tidak tahu pun kenyataan Dr. Abdul Rani.

‘‘Saya rasakan perkara besar seperti ini, perhimpunan itu bukan saja matlamat, tujuan dan hakikatnya besar, maka sebab itu satu orang sahaja tidak boleh membuat keputusan untuk melaungkan kepada orang lain,” katanya kepada pemberita di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Dr. Abdul Rani yang meminta anggota Pas di negeri ini turut sama menyertai perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901, Isnin ini.

Terdahulu Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri memberikan sidang media mengenai operasi khas JAIS di seluruh sembilan daerah yang diketuainya pada malam 31 Disember dan malam tahun baru minggu lalu bagi membanteras kegiatan meminum arak, khalwat dan zina di kalangan masyarakat Islam.

Hasan bimbang perhimpunan 901 memberi implikasi kepada anak-anak muda dan remaja yang tidak tahu mengenai persoalan sebenar dan arah tuju parti untuk membawa golongan tersebut.

‘‘Kalau hendak menjadi orang Pas, dia cukup dengan menjadi warganegara, Islam, akil baligh. Maknanya daripada remaja sangat muda, awal-awal remaja, kalau kita minta remaja tingkatan satu tingkatan dua, kalau kita seru pergi ke tempat itu, tanpa mengetahui tentang apa yang sebenarnya, saya bimbang ke arah mana kita hendak membawa mereka ?

‘‘Kita hendak menjadikan mereka sebagai warganegara yang betul-betul dapat mencerminkan mereka membawa bendera kecemerlangan yang selalu saya sebutkan sejak lebih 35 tahun lalu,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sikap Dr. Abdul Rani melarang ahli Pas menyertai Himpun sedangkan ia membincangkan tentang akidah Islamiah yang merupakan asas perjuangan Pas sebaliknya menggesa anggota parti menyertai perhimpunan haram 901 yang tidak membabitkan dasar perjuangan parti Islam itu.

‘‘Kalau boleh, saya lebih tua daripada pesuruhjaya yang ada sekarang, saya hendak nasihatkan supaya kena amati betul-betul jejak minda dan pemerhatian perlu dilakukan kerana implikasinya besar,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

JIM pertikai peranan Majlis Peguam

11 Safar 1433

KUALA LUMPUR 5 Jan.2012 - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mempersoalkan tujuan penubuhan Majlis Peguam kerana dilihat kini lebih cenderung memihak kepada perjuangan individu berbanding membela nasib rakyat.

Salah satu NGO yang mempertikaikan tindak-tanduk badan tersebut adalah Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang berpendapat Majlis Peguam tidak sewajarnya menyokong mana-mana penganjuran perhimpunan yang diketahui boleh mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara.

Presiden JIM, Zaid Kamaruddin berkata, biarpun rakyat berhak untuk bersuara namun ia tidak wajar dilakukan di jalanan lebih-lebih lagi dalam satu perhimpunan yang bermotifkan politik atau bertujuan membela kepentingan individu.

"Sepatutnya Majlis Peguam menggunakan peranannya untuk mendidik masyarakat agar jangan terpengaruh atau terlibat menyertai mana-mana perhimpunan yang bertujuan membelakangkan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Majlis Peguam berhubung hak rakyat untuk berhimpun dan membantah keputusan mahkamah kerana ia tidak dilarang dari segi undang-undang.

Zaid menyifatkan kenyataan itu sebagai amat berbahaya kerana ia boleh menggalakkan masyarakat untuk menyertai perhimpunan haram seperti 'Kempen Bebaskan Anwar 901' pada 9 Januari ini.

"Badan itu sepatutnya berkecuali dan lebih banyak mendidik masyarakat dalam soal ini (undang-undang) tetapi nampaknya mereka pula banyak memihak kepada pembangkang," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, January 5, 2012

Apabila Nabi Daud Menangis

11 Safar 1433

Menurut Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Dahulu Nabi Daud a.s. telah membahagi masa ini menjadi empat bahagian: satu hari diperuntukkannya untuk mengajari ilmu kepada kaum Bani Israil, satu hari diperuntukkannya di mihrab, satu hari dipergunakan untuk melaksanakan pengadilan dan sehari lagi untuk para isteri baginda".



Ketika baginda sedang menyampaikan ilmu, dengan tiba-tiba sebahagian dari mereka berkata, " Tidak seharipun yang dilalui anak cucu Adam, kecuali dia melakukan suatu perbuatan dosa."

Nabi Daud a.s. dengan itu berkata di dalam hati,"Hari di mana aku menyendiri di mihrab, pasti aku terhindar dari dosa." Maka Allah S.W.T. menyampaikan wahyu kepada baginda, " Hai Daud, waspadalah sampai engkau melihat cubaan menimpamu!"

Diceritakan dari Al_Hasan, "Ketika Daud a.s. berada di mihrabnya sedang membuka kitab Zabur untuk dibaca, tiba-tiba masuklah seekor burung dari sebuah celah rumah dan hinggap di hadapan baginda. Badan burung tersebut terbuat dari emas dan sepasang sayapnya dari sutera halus dan bermahkotakan mutiara.Paruhnya terbuat dari permata zamrud dan sepasang kakinya pun terbuat dari permata yang indah.

Kerana burung yang sangat indah iu hinggap di hadapan baginda, baginda pun memperhatikannya dan berkeyakinan bahawa burung tersebut jenis burung syurga, bahkan baginda terpesona akan keindahannya.Pada masa itu, baginda mempunyai seorang putera kecil, maka baginda berkata,"Sebaiknya burung ini aku tangkap saja, lalu kuperlihatkan kepada puteraku."

Nabi Daud a.s berusaha menangkapnya, akan tetapi burung tersebut terbang menjauh, dan baginda tetap berkeinginan untuk mendapatkannya. Setiap kali tangan baginda hendak menangkapnya, seketika itu pula burung tersebut terbang menghindar.Begitulah seterusnya, setiap kali baginda mendekat, maka burung itu menjauh kembali sehingga Nabi daud a.s. berdiri dari tempatnya dan menutup Kitab Zabur baginda.

Baginda terus mencarinya sehingga sampai di sebuah ceruk. Maka baginda masuk ke ceruk berkenaan dan secara tiba-tiba baginda terlihat seorang wanita sedang mandi. Baginda lalu terkejut tersaksikan keindahan ciptaan Allah tersebut. Sementara si wanita berkenaan menyedari bahawa sepasang mata sedang mengawasinya, seketika itu juga dihuraikan rambut panjangnya  bagi menutupi dirinya.

Diceritan lagi bahawa setalah wanita cantik itu menguraikan rambutnya, maka baginda bertambah kagum(akan kecantikannya). Kemudian baginda kembali ke tempat semula(mihrab) dengan hati yang dipenuhi gelojak cinta membara kepada wanita tersebut.Baginda kemudiannya mengutuskan seseorang untuk mencari maklumat tentang identiti wanita yang dikaguminya itu.

Menerusi laporan dari utusan berkenaan, wanita berkenaan bernama Tasyayu', puteri Hanan. Suaminya bernama Uriya bin Shura, kini sedang berada di Balqa bersama kemanakan atau anak saudara (putera saudara wanita) Nabi Daud, sedang mengepung sebuah benteng musuh.

Baginda akhirnya mengirim surat kepada anak saudaranya itu yang mengandungi arahan :

"Jika suratku ini sudah sampai kepadamu, maka perintahkanlah kepada Uriya bin Shura agar dia membawa Tabut(adalah sejenis peti berisi batu yang bertulis dengan perintah Tuhan) dan bergabung dalam barisan(tentera) hadapan kita"

Biasanya anggota pasukan yang berada pada barisan hadapan, tidak kembali sebelum terbunuh atau mendapatkan kejayaan dari Allah S.W.T. Pemimpin tentera itu lalu memanggil Uriya dan kemudian membacakan surat Nabi Daud a.s. Uriya pun menjawab, "Aku patuh melakukan semuanya!"

Uriya lantas membawa Tabut dan berjalan bersama-sama pasukan barisan hadapan dan akhirnya terbunuh. Setelah Uriya gugur, putera saudara wanita(kemanakan) Daud a.s. berkirim surat kepada baginda untuk melaporkan khabar tentang gugurnya Uriya.

Ketika masa iddah isteri Uriya(Tasyayu') telah tamat, baginda mengutuskan seseorang meminang Tasyayu' dan seterusnya mereka melangsungkan pernikahan. Setelah berkahwin dan ketika baginda sedang berada di mihrabnya, dengan tiba-tiba baginda terdengar suara keras yang berpunca dari dua orang lelaki yang asing.Kedua-dua lelaki itu meluru ke arah baginda sehingga baginda berasa amat terkejut."Jangan terkejut!Kami adalah dua orang yang sedang terbabit dalam suatu perkara di mana salah seorang dari kami telah berbuat zalim ke atas yang lain. Kerana itu, berilah keputusan yang adil dan janganlah tuan menyimpang dari kebenaran dan tunjukkanlah kemi ke jalan yang lurus!"

Baginda lalu berkata,"Cuba ceritakan kepadaku tentang perselisihan kamu berdua!".

Salah seorang dari keduanya berkata," Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai sembilan puluh ekor kambing betina,sedangkan aku hanya memiliki seekor.Saudaraku ini lalu berkata kepadaku,"Serahkanlah kambingmu itu kepadaku!". Dia pun selalu mengalahkanku dalam setiap perdebatan, yakni dengan memaksa dan berbuat aniaya terhadapku. Diapun secara paksa meminta dan mengambil kambingku untuk digabungkan dengan kambing-kambingnya. Dalam berbicara pun diq lebih pintar daripada aku, jika dipanggil, dialah yang lebih dahulu datang dan jika keluar, dia lebih banyak pengikutnya."

Lalu baginda berkata, " Sesungguhnya dia telah berbuat zalim dengan meminta kambingmu itu untuk ditambahkan kepada kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang  yang berserikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan amatlah sedikit mereka ini.

Kemudian, dengan tiba-tiba maka tertawalah orang yang dituduh melakukan semua itu. Baginda lalu berkata,"Engkau telah berbuat zalim, mengapa engkau tertawa, rupanya engkau perlukan kapak untuk menghancurkan kening dan mulutmu".

Malaikat(yang berubah wujud menjadi seorang lelaki) itu lalu berkata," Saya kira tuanlah yang memperlakukan hal yang berkenaan!". Akhirnya kedua-dua malaikat mengubah bentuknya ke asal dan naik ke langit seraya berkata" Bahawa Lelaki ini(Nabi Daud a.s) telah mengadili dirinya sendiri".

Baginda akhirnya memahami bahawa apa yang dimaksudkan adalah sebenarnya diri baginda sendiri. Lalu baginda pun merebahkan diri, bersujud selama empat puluh hari. Selama bersujud, baginda tidak pernah mengangkat kepala, kecuali hanya untuk melakukan satu keperluan. Selepas menunaikan keperluan, baginda akan sujud kembali.

Diriwayatkan, sehari-hari baginda tidak makan dan minum, baginda terus menerus menangis sehingga di sekitar kepala baginda bersujud tumbuh rumput-rumput.Baginda selalu menyebutkan nama Allah S.W.T. seraya mengucapkan taubat .

Dalam sujudnya baginda selalu membaca tasbih dan doa yang bermaksud," Maha Suci Sang Pencipta cahaya yang menghalang semua hati. Maha Suci Sang Pencipta cahaya! Tuhanku, Engkau telah mengosong antara aku dan musuhku iblis sehingga aku tidak mampu untuk memfitnahnya ketika Engkau turun bersamaku. Maha suci Sang Pencipta Cahaya! Tuhanku, selamanya aku tidak pernah mengambil hikmah dari apa yang pernah aku nasihatkan kepada orang lain.Tuhanku, Engkau telah memerintahkan kepadaku agar aku terhadap anak yatim bagaikan sang ayah yang penuh kasih sayang dan terhadap sang janda bagaikan suami yang penuh kasih sayang pula, tapi aku melupakan akan janji kepada-Mu.

"Maha Suci Sang Pencipta cahaya! Tuhanku,dengan mata yang mana aku harus melihat Engkau pada hari Kiamat nanti?Kerana sesungguhnya orang-orang yang zalim telah memandang dari sisi yang samar-samar.

"Maha Suci Sang Pencipta, Tuhanku! Kecelakaanlah bagi Daud ketika tabir telah menimpanya."


"Maha Suci Sang Pencipta, Tuhanku. Kerosakanlah bagi Daud ketika tabir telah dibuka darinya."

Kemudian kepada dirinya sendiri baginda berkata," Inilah Daud yang salah itu?"

Baginda lalu meneruskan doanya: 'Maha Suci Sang Pencipta cahaya!Tuhanku, hanya kepada Engkaulah aku lari dengan membawa segala dosaku dan aku mengaku atas segala kesalahanku. Oleh kerana itu, janganlah Engkau jadikan aku termasuk orang-orang yang berputus asa dan jangan pula Engkau susahkan aku pada hari Kiamat nanti."

Diriwayatkan, baginda berteriak dengan teriakan yang menggoncangkan apa yang ada di sekeliling baginda. Baginda berteriak-teriak, "Wahai Tuhanku! Ampunilah dosa yang telah menimpaku!"

Lalu diwahyukan kepada baginda , " Wahai Daud, angkatlah kepalaMu! Sungguh Aku telah mengampuni dosamu".

Wallahualam

Sumber:Dipetik dari Himpunan Kisah-kisah Teladan, Nurulhas


Wallahualam

Wednesday, January 4, 2012

Kiamat tidak berlaku tahun ini?

10 Safar 1433


KUALA LUMPUR 4 Jan 2012- Tiada teori fizik yang boleh dijadikan petunjuk untuk menentukan kiamat akan berlaku pada tahun ini seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna (UNOV) yang berpangkalan di Pusat Antarabangsa Vienna, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, bidang astro fizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari.

"Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahu pun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.

"Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.

"Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia," katanya pada sidang akhbar selepas sesi ceramah Prominent Malaysia bertajuk Unknown Universe di sini hari ini.

Program anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama Planetarium Negara itu disertai lebih 200 peserta.

Sumber: Utusan Malaysia

Komen Penulis:

Jika kita baca terjemahan Al-Quran, banyak seruan agar kita beriman dan bab kiamat ini ada ditegaskan hanya Alah S.W.T. sahaja yang tahu. Soal bila kiamat itu tidak penting, tetapi apa yang lebih menggerunkan ialah , apakah kita bersedia untuk kiamat kecil iaitu hari kematian kita? Adakah amalan dan keimanan kita mencukupi untuk menghadapi alam berkenaan? Ya Allah, tempatkanlah kami bersama orang-orang yang beriman kepadaMu di dunia dan akhirat.

Wallahualam

Bahaya fahaman Liberalisme-Pluralisme

10 Safar 1433

Ismail Mina Ahmad@ Gambar Utusan Online 

 Dalam satu wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM di Kuala Lumpur, semalam, Ahli Jawatankuasa Muafakat, ISMAIL MINA AHMAD (gambar) menjelaskan mengenai bahaya fahaman liberalisme-pluralisme .

Ismail pernah bersama  membangunkan Yayasan Anda dan bersama-sama dalam Angkatan Belia Islam(ABIM ) suatu ketika dulu.


UTUSAN: Pada hemat Tuan Haji, mengapa isu akidah ini sesuatu yang penting.

ISMAIL: Isu akidah teramat penting kerana ia adalah pembeza di antara seorang Islam dengan bukan Islam. Justeru, semua Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah SWT membawa tema akidah, seawal Nabi Adam as. Apabila kita berkata akidah sebagai pembeza status agama seseorang, maka kita sampai kepada satu doktrin lagi iaitu doktrin salvation atau keselamatan atau dalam istilah akidah disebut najiyah yakni kumpulan yang selamat.

Dalam epistemologi Islam, keselamatan bermakna selamat di dunia daripada syirik dan selamat di akhirat. Yakni selamat daripada api neraka dan berjaya masuk ke syurga. Akidah teramat penting kerana salah akidah akan menyebabkan salah laku dalam semua perkara. Betapa jika seseorang itu beriktikad yang Zat yang disembah itu berbagai-bagai maka implikasinya ialah ia akan menyembah Zat itu menurut kefahaman akidahnya, yang mana ini tidak dibenarkan oleh Islam.

Akidah Islam mengajar cara untuk menyembah Tuhan dan cara beribadat yang tercetus daripada akidah. Yang di luar akidah Islam tidak diiktifaf dan tidak diterima oleh Allah SWT dan justeru tidak akan membawa keselamatan di akhirat. Seperti Fritjh Schuon, yang mewajarkan cara beribadat yang berbagai-bagai kerana bagi beliau setiap agama memiliki cara pandangan yang berbeza dalam menyembah tuhan, tetapi mempercayai tuhan yang satu, tuhan yang sama. Doktrin ini juga sudah mula bercambah di Malaysia.

Yang membezakan ‘tempat kembali’ iaitu sama ada di syurga atau neraka adalah akidah. Suatu perkara yang wajar difahami dengan baik ialah seseorang yang akidahnya benar tetapi membuat maksiat hatta dosa besar sekalipun, dia cuma akan dihukum berdasarkan perlakuannya membuat maksiat sahaja, tetapi selepas dihukum, dia masih berpeluang masuk syurga dengan rahmat Allah SWT.

Tetapi seseorang yang akidahnya salah tetapi masih puasa dan berhaji, dia akan dihukum dengan neraka dan kekal selama-lama di dalamnya berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Nasa’ ayat 116: Allah SWT tidak mengampuni syirik (yakni akidah yang bercanggah dengan akidah Islam) dan Dia mengampuni dosa kecuali dari dosa syirik itu... Ya, akidah yang teramat penting.

Saya perhatikan dewasa ini, persoalan akidah tidak begitu diperhalusi oleh sebahagian umat Islam hatta orang yang mendakwa memperjuangkan Islam. Ini terbukti apabila sebahagian yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi menganut akidah yang berfahaman liberalisme-Pluralisme yang menyamakan Allah SWT, yang orang Islam sembah sama dengan tuhan yang orang bukan Islam sembah sehingga mereka mewajarkan orang bukan Islam berkongsi menggunakan kalimah Allah SWT Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi itu dengan orang yang bukan Islam.

Berlaku perlanggaran akidah dalam pelbagai bentuk. Apakah isu “Kalimah Allah” itu juga sesuatu yang dikaitkan dengan pelanggaran akidah.

Ya, oleh kerana kita sudah menyentuh perihal kalimah Allah SWT, maka saya bersetuju dengan pendapat saudara bahawa kalimah Allah SWT ada kaitan dengan akidah kerana jika tasawur atau konsepsi seseorang itu kepada Allah SWT bercanggah dengan apa yang Allah sendiri nyatakan mengenai Zat dan Sifat-Nya, maka seseorang itu sudah tergolong ke dalam golongan melanggar akidah.

Saya sendiri pernah mendengar seorang Liberalis-Plurais Malaysia berkata kepada satu audiens bukan Islam dalam satu rapat politik tidak lama dahulu bahawa Allah SWT yang disembah oleh orang Islam sama dengan yang disembah oleh orang bukan Islam.

Dia memetik ayat Allah SWT yang berbunyi kalimatun sawa dengan salah, untuk mewajarkan pegangannya itu. Ahli politik diabolik murahan ini telah menjual Tuhannya kepada orang bukan Islam dengan harga sebuah neraka, kerana sesiapa yang memberi makna kepada sesebuah ayat Allah SWT dengan salah, maka tempatnya adalah dalam neraka. Sebab itu seperti saudara katakan ia adalah pelanggaran kepada akidah, amat benar dan tepat sekali.

Kita katakan penggunaan Allah SWT yang dianuti golongan liberalis-pluralis tadi salah adalah kerana Allah SWT yang orang Islam sembah adalah berbeza dengan fahaman Allah yang difahami dan disembah oleh orang bukan Islam seperti Yahudi dan Nasrani – Kristian. Kerana kualiti Allah yang sebenar telah terhakis oleh fahaman dekonstruksionisme tajaan Yahudi-Kristian itu.

Kenapa tidak, dengan menyamakan Allah SWT sembahan kita dengan Allah sembahan orang bukan Islam bermakna seseorang itu menerima epistemologi bukan Islam itu sebagai benar. Walhal Allah SWT memberitahu kita bahawa Allah SWT adalah Zat yang tidak beranak dan diperanakan tetapi orang Yahudi beriktikad yang Nabi Uzaiyr anak Allah dan Isa anak Allah dan Allah. Inilah yang dikatakan ia melanggar akidah.

Wacana mengenai kewajaran penggunaan kalimah Allah SWT telah banyak dibuat, baik oleh badan kerajaan mahupun NGO Islam yang semuanya sepakat menolak penggunaan kalimah Allah itu termasuk Dr. Harun Din aktivis penting Pas dan ulama intelektual terkenal Ustaz Uthman Muhammady.

Saya fikir tak payah saya panjangkan hal ini dan elok kita rujuk kepada resolusi perbincangan mereka itu. Dan yang menariknya seoarang pemimpin parti politipembangkang (penulis keluarkan namanya dari arikel ini)pernah mengadakan perbincangan bersama intelektual dan NGO Islam mengenai hal ini di rumahnya pada suatu waktu tetapi gagal membuat resolusi untuk mewajarkannya kerana disanggah kuat oleh peserta. Tapi kemudian mereka menerbitkan buku mewajarkan penggunaan kalimah itu.

Apakah aliran ini ada kaitannya dengan isu Islam liberal dan pluralisme beragama?

Oh, ya memang benar. Aliran ini adalah produk daripada fahaman Liberalisme-Pluralisme agama. Kalau dah semua agama sama, maka tuhan pun samalah, satu prinsip fahaman liberal Islam ini ialah sapere aude atau bebas sebebasnya yang dianuti seorang pemimpin dalam menginterprestasi dan memahami Islam.

Fahaman ini juga menyamakan semua agama sama taraf dan sama benar, pada hal jelas dalam al-Quran agama yang diterima oleh Allah SWT hanyalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan seperti yang dibawa oleh Kahar atau Ghulam Ahmad dan sebagainya.

Saya bukan tuduh, tetapi saudara boleh lihat sendiri dalam buku-buku yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) sebuah badan pemikir yang dinisbahkan kepada pemimpin berkenaan(pembangkang). Buku-buku terbitan IKD ini semuanya, saya ulangi, semuanya adalah berfahaman Liberal-Pluralisme.

Dalam buku mereka bertajuk Pergolakan Pemikiran Islam dan banyak lagi, menjurus kepada membebaskan umat Islam daripada autoriti yang diijmakan dan berpegang kepada autoriti mereka yang diabolik itu, pada hal mereka sebenarnya berpegang kepada Kant dan sebagainya. Mereka menerima huraian orang bukan Islam mengenai agama kita tetapi menolak ulama Islam sendiri.

Memang kalimah Allah SWT ini amat terkait dengan fahaman liberal. Saya cuba melihat satu perspektif lain daripada fahaman ini yang merupakan fenomena baru di Malaysia. Saya melihat di Malaysia, kelompok ini sungguh-sungguh mempromosikan fahaman ini.

Usaha ini mempunyai dua motif. Pertama untuk memusnahkan akidah ummah Islam dengan menjadikan orang Islam sebagai agentur. Kedua untuk menjayakan agenda politik kerana dengan menurunkan taraf agama Islam sama taraf dengan agama bukan Islam, maka cita-cita orang bukan Islam untuk menolak Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, terhasil.

Pembohongan kelompok ini berterusan tanpa rasa bersalah. Mereka hanya berani di kalangan audiens bukan Islam atau yang kurang maklumat mengenai perkara ini.

Apa bezanya pluralisme dan pluraliti dalam konteks beragama dan bermasyarakat?

Memang terdapat perbezaan. Bukan sahaja perbezaan epistemologi bahkan dari etimologi. Saya tidak begitu hirau sangat jika orang awam tidak memahami perbezaan kedua-duanya, tetapi agak pelik jika kekeliruan timbul dari kalangan cerdik pandai. Perbezaan amat nyata.

Pluraliti adalah kepelbagaian, seperti kepelbagaian pakaian, budaya, bahasa, makanan bahkan agama juga, tetapi, pluralismemerujuk kepada konsep, fahaman dan doktrin yang dinaungi dalam satu entiti, baik secara eksoterik mahu pun eksoterik.

Menurut fahaman ini, bagi kelompok seperti John Hicks berusaha supaya wujud satu agama baru yang menyatukan semua agama dalam satu entiti secara fizikal. Pelbagai golongan menamakannya sebagai World Religion atau Global Faith atau Abrahamic Faiths, yang amat aktif membuat promosi tentang idea ini dan amat kerap menghadiri program-program tajaan kelompok ini bersama-sama dengan pendita Yahudi dan rahib-rahib Kristian.

Ada lagi satu versi pluralisme agama ini yang disebut sebagai kelompok Transcendentalist atau Pure Metaphysic tajaan Frithjof Schoun. Fahaman Pluralisme agama versi ini ialah semua agama secara rohaniah akan bertemu Allah dan akan selamat dari api neraka jika mereka mengamalkan ajaran agama itu, tidak kira apa agama sekali pun, sama ada Buddha atau Yahudi atau Hindu dan sebagainya.

Kelompok pluralis ini keliru bahkan salah apabila mereka merujuk kepada Perlembagaan Madinah yang didakwa sebagai pluralisme agama. Perlembagaan Madinah dengan jelas menyebut entiti Yahudi berbeza daripada orang Islam. Islam menolak Pluralisme agama, akan tetapi Islam tidak menolak pluraliti agama dan menerima hakikat kewujudan berbagai agama, bangsa, puak, budaya, bahasa dan sebagainya di muka bumi Allah ini.

Islam mengiktiraf hak-hak mereka, yakni hak orang bukan Islam untuk hidup dan beramal dengan ajaran dan kepercayaan keagamaan mereka. Hal ini jelas dalam sejarah negara Islam Madinah al-Munawwarah dengan Sahifah Madinah yang terkenal itu, yang mana orang yang berlainan agama dari agama Islam, diberi perlindungan dan kebebasan yang optimum dalam kegiatan keagamaan mereka.


Pengusung pluralisme agama menuduh penentang tidak memahami secara benar gagasan atau konsep Pluralisme Agama mereka. Pada hakikatnya, merekalah yang naif, tidak memahami dan tidak dapat membezakan antara pluraliti dengan pluralisme dan salah dalam memahami kewujudan pelbagai agama dan bangsa di Madinah al-Munawwarah itu.

Penentang pluralisme agama dari awal-awal, sudah menerima hakikat kewujudan pelbagai agama di dunia ini, hatta sejak zaman Nabi SAW lagi. Golongan Pluralis ini telah jatuh ke dalam gaung kesesatan yang dalam apabila mendakwa dan berpendirian bahawa pelbagai agama yang wujud di zaman Nabi SAW itulah pluralisme Agama.

Kalau semua agama itu sama, tidak perlu lagi Nabi dan sahabat-sahabat berdakwah dan berjihad, mengajak orang bukan Islam menganut Islam bahkan memerangi orang murtad. Demikian juga dalam masyarakat yang berbagai bangsa, agama dan budaya yang bersifat kosmopolitan di zaman Damsyik dan Baghdad, tidak terdapat catatan yang ulama menyamakan agama Islam dengan agama lain.

Kosmopolitan bukan baru bagi masyarakat Islam. Maka diversiti dan pluraliti agama serta kosmopolitan bangsa dan budaya dalam negara Islam itu tidak menukar “akidah dan syariat mereka.


Pluralislah sebenarnya yang tidak dapat membezakan antara pluraliti agama dan pluralisme agama, bukan penentangnya. Mereka menulis dengan jelas menyatakan bahawa pluraliti agama adalah pluralisme agama. Mereka sangat keliru.

Seorang tokoh dari Malaysia pernah bercakap mengenai isu pluralisme di London School of Economics. Apakah pandangan Tuan Haji mengenai perkara itu?

Tokoh atau ditokohkan? Ya, selepas kami mendapat maklumat dan mendapat teks ucapannya itu, kira-kira sebulan kemudian, kami dari Muafakat mengadakan satu wacana di UIAM, menolak dan sekali gus menjawab pendirian Pluralisme beliau. Atas permintaan, kami ulang lagi wacana tersebut. Untuk maklumat, audiensnya semua bukan Islam.

Ya, jelas dalam ucapannya itu ia memang berfahaman semua agama sama sahaja, bukan Islam sahaja yang paling benar; semua agama memberi keselamatan di akhirat; agama itu bukan hanya amalan sahaja dan sebagainya yang semua ini menjejaskan akidah sebagai seorang Islam. Sebagai seorang Islam beliau tidak sepatutnya mengucapkan perkataan tersebut.

Kalau beliau berniat untuk berdakwah, isi dakwah ialah menerangkan Islam sebenar, bukan mendiskreditkan Islam atau memberi maklumat palsu mengenai ajaran Islam. Tetapi apa boleh buat, itulah kualiti kefahaman agamanya dan jangan lupa ia ada agenda-agenda besar, menjadikan semua agama berada dalam satu entiti pluralisme agama.


Sebagai orang yang pernah terlibat dengan ABIM apakah pada pemerhatian Tuan Haji, kepimpinan ABIM-WADAH- PKPIM kini menyedari tentang kecenderungan baru yang berlaku.

Kepimpinan gerakan Islam menyedari fahaman Pluralisme agama pemimpin ini kerana mereka hadir dalam perjumpaan pada malam itu. Ada pemimpin tertinggi WADAH dan ABIM dan tersesat seorang AJK Pas. Tak tahu siapa yang ajak. Agak menggelikan hati, ada pemimpin WADAH hanya menceritakan hubungannya dengan pemimpin berkenaan sepanjang percakapannya itu, pada hal orang bincang pasal Pluralisme agama. Pelik.

Bab akidah tak penting agaknya bagi mereka. Saya rasa kalaulah fahaman ini keluar daripada mulut lawan politik mereka, saya tak tahulah apa akan terjadi. Selepas perjumpaan pada malam itu, ada seseorang berkata kepada saya: Kita ada agenda yang lebih besar. Saya jawab: tidak ada agenda yang lebih besar daripada agenda akidah, akidah yang benar.

Tengok, kalau dulu kami dalam ABIM, tolak Arqam kerana mereka merosakkan akidah, tapi bila pemimpin ini yang terang-terang tulis dan ucap perkara yang bercanggah dengan akidah, mereka masih mahu mempertahankannya. Adakah perjuangan mereka mahu membela akidah atau membela orang yang rosak akidah?

ABIM perlu muhasabah. Dalam perlembagaan ABIM, perjuangan adalah untuk menegakkan ajaran al-Quran dan sunnah. Tidak ada seorang awam pun yang menerima semua agama sama. Nabi bukan Pluralis.

Apa jalan yang terbaik supaya faham pluralisme ini tidak mengakar dan berkembang menggugat akidah umat Islam di Malaysia.

Untuk membendung supaya fahaman Liberalisme-Pluralisme tidak berkembang saya fikir antara caranya ialah kembali kepada wacana ilmu-ilmu Islam arus perdana yang sering ditekankan sangat oleh Dr. Uthman Muhammady dan ulama-ulama Islam. Badan-badan dakwah Islam perlu membuat manifesto yang jelas mengenai agenda dakwah mereka, bukan mengikut agenda peribadi orang tertentu.

Sumber: Utusan Malaysia

Salah Siapa? Salah Bangau Oh Bangau?

10 Safar 1433

Bila kita melayari alam siber ini, ramai dari kita tidak mengetahui pantang larang, tips dan sebagainya. Jika kita masih memandang negatif alam ini, maka sesungguhnya anda mungkin akan berada di ke belakang. Malahan Perdana Menteri Malaysia Dato' Najib sendiri telah menyedari betapa pentingnya menguruskan dan mengambil segala bentuk peluang di alam ini.Dan hari semakin hari usaha beliau makin menampakkan hasil.

Namun jika kita seoarang yang cemerlang dalam peperiksaan, tidak semestinya kita akan cemerlang dalam semua perkara. Jika kita kita berkuasa dan tidak semestinya kita akan berkuasa selama-lamanya. Jika kita kaya, kita tak semestinya akan kaya selama-lamanya.Jika kita ada kesemua kriteria itu, tak semestinya kita pandai menguruskan setiap perkara bila berinteraksi di alam siber . Sepandai-pandai orang, ramai jugaklah yang kecundang di alam siber ini.Ramai juga pasangan yang kantoi di alam siber ini juga dan menyebabkan berlakunya peperangan dunia di alam rumah tangga, politik dan sebagainya.

Apa yang penting ialah kita mesti ingat asal usul kita , sentiasa berusaha meningkatkan keimanan kita terhadap Ilahi.Jika kita pegang pada panduan Ilahi, insyaallah kita akan berasa tenang dan selamat.

Isu sebenar yang nak ditulis pada artikel ini ialah berkenaan dakwaan atau kritikan terhadap salah seorang pelajar cemerlang yang dibanggakan oleh Umat Islam di Malaysia yang pernah menggemparkan dan mengagumkan negara tidak lama dahulu. Isu ini berkaitan penyebaran gambarnya terkini di alam siber . Kritikan demi kritikan dilemparkan rata-rata di blog-blog di Malaysia yang mengundang pelbagai reaksi. Ada yang menyalahkan dan ada yang menyokong satu sama lain.Penulis tidak berniat hendak menghakimi siapa yang salah dan siapa yang benar.

Namun, apa yang pasti pihak yang meng"upload" gambar itu sendiri ke alam maya yang perlu dipersalahkan sendiri.Buat masa kini penulis tak tahu siapa dan tak nak ambil tahu siapa yang mang"uploadkan" gambar berkenaan. Bagi penulis mana-mana pihak boleh cuba apa jua pakaian yang dia hendak jika dia bersendirian. Penulis ulang..jika bersendirian..ye..Nak pakai bikini ke,tak nak pakai baju pun seseorang itu punya hal lah.Tapi kalau beri kat orang lain atau 'upload" kat internet, itu penulis tak dapat nak tolong. Dan sudah semestinya, itu bukan salah Bangau.

Moga dijauhkan juga kita dari sebarang fitnah ,sifat memfitnahkan yang lain , mengaibkan dan diaibkan oleh orang lain.

Wallahualam.

Tuesday, January 3, 2012

Perhimpunan Haram :Empat Ciri Perlu Dilihat

9 Safar 1433

KUALA LUMPUR 3 Jan 2012 - Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot menasihatkan orang ramai supaya berpandukan kepada empat ciri yang ditetapkan dalam surah Al-Asr sebelum melakukan sesuatu tindakan termasuk menyertai perhimpunan haram.

Empat ciri berkenaan kata beliau, pertama, sebelum berbuat apa-apa tanya iman terlebih dahulu, boleh atau tidak ia dilakukan dan kedua, mengerjakan amal soleh yang mana ia mesti sesuatu perkara yang baik dan tidak merugikan semua orang.

Ciri ketiga pula jelas Noh ialah berpesan dan menasihati kepada yang hak serta kebenaran bermaksud mengambil pandangan majoriti masyarakat secara keseluruhannya.

''Keempat, berpesan dengan kesabaran yang mana tindakan kita tidak boleh mengikut hawa nafsu, perasaan, kepentingan individu dan politik sempit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas isu perhimpunan haram yang akan menyusahkan rakyat dan menimbulkan huru-hara kepada negara di sini hari ini.
Menurut Noh, adalah jelas keempat-empat ciri tersebut tidak terdapat dalam perhimpunan haram.
''Oleh itu, umat Islam perlu tolak perkara yang berlawanan dengan al-Quran dan hadis. Mereka juga perlu mengikut undang-undang sedia ada.
"Nasihat saya bertindaklah mengikut iman, budaya yang betul kerana ia bukan budaya Islam dan Melayu yang hanya menunjukkan tidak bertamadun serta mengikut perasaan, jangan terjebak kerana Allah SWT melihat segala-galanya," jelas beliau.

Sementara itu, pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, sekiranya sesuatu tindakan yang akan mengganggu orang lain, mewujudkan pergaduhan dan merosakkan harta-benda, ia tidak wajar dilakukan.

"Kita tidak boleh melakukan tindakan seperti perhimpunan yang akan menimbulkan huru-hara kepada negara dan orang lain. Selain itu, perlu melihat dari segi tujuan perhimpunan dibuat dan sama ada ia mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan," ujarnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Monday, January 2, 2012

Larangan Berdusta & Melakukan Kerosakan

7 Safar 1433

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Dan di antara manusia ada yang berkata:"Kami telah beriman kepada Allah dan hari akhirat"; padahal sebenarnya mereka tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdayakan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka(golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan peroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta(dan mendustakan kebenaran). Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab:"Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Al-Quran, Surah Al Baqarah , Ayat 8-12

Sunday, January 1, 2012

Polis Nafi Guna Kekerasan Ketika Suraikan Perhimpunan Haram Di UPSI

7 Safar 1433

TANJUNG MALIM, 1 Jan , 2012- Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.

"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

Mohd Shukri berkata pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.

"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.

"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.

Kesemua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.

Awal Ahad pagi, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI selepas sambutan Ambang Tahun Baru bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

 Sumber- BERNAMA

Batalkan Hasrat Meminda AUKU

7 Safar 1433

Kerajaan digesa dan didesak membatalkan rancangan melonggarkan atau meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) kerana dikhuatiri ianya bakal mendatangkan kemudharatan ke atas kemaslahatan umat keseluruhan. Melihat perkembangan terkini, ianya seolah-olah memaparkan bahawa Mahasiswa dan Mahasiswi di Malaysia masih belum bersedia atau matang untuk diberi kelonggaran. Mereka hanya melihat AUKU dari sudut politik kepartian semata-mata dan sering mudah diperkotak katikkan, mudah melatah dan senang dipermain-mainkan oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan peribadi.

Kemaslahatan umat sudah tidak diberi pertimbangan, pensyarah dan pentadbir tidak lagi dihormati dan bersikap agak biadap. Penulis juga bersetuju jika hendak dipindapun, ianya perlu diperketatkan lagi seketat-ketatnya. Adakah sikap seperti ini merupakan akhlak yang dituntut dalam Islam. Apakah tujuan sebenar perjuangan menghapuskan AUKU? Apakah mereka mahu bebas sebebasnya? Apakah mereka mahu lakukan apa jua yang mereka mahu tanpa batasan dan pedoman dan berassakan pegangan Islam?

Penulis khuatir mungkin adanya segelintir pelajar akan datang yang akan melakukan perhimpunan haram sekiranya tidak berpuas hati dengan markah peperiksaan yang diberikan oleh para pensyarah mereka jika banyak kelonggaran diberikan. Slogan demokrasi dan pelajar adalah hakim lebih diutamakan berbanding kemampuan pensyarah membuat penilaian. Demokrasi dan populariti bakal mengatasi hakikat kebenaran yang sebenarnya.Mereka bakal dilihat hanya melihat kelemahan orang dan sering menyalahkan orang lain dan tidak melihat kepada kelemahan diri.Jika ini berlaku, maka akan wujudlah krisis kredibiliti dalam sistem pendidikan tinggi dan pembangunan sumber manusia negara pada masa akan datang.

Penulis dengan ini menyeru agar kita bersikap lebih rasional dan sentiasa berpegang kepada kebenaran dalam melakukan sesuatu. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara. Rujuk dan contohilah akhlak Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan dakwah ke muka bumi dan bukannya menjadikan seseorang yang tidak kita ketahui akhlak sebenarnya sebagai Idola kita.

Wallahualam

@MyBancik

Mulanya 2012 : Ke Mana Arah Tuju Blog Ini?

7 Safar 1433

Hari ini adalah pertama tahun Masihi 2012. Penulis tidak bercadang hendak berkongsi apa-apa jua azam baru pada tahun ini. Yang lebih penting ialah penulis sentiasa berazam untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa bagi mencari keredhaan Ilahi. Ibarat semalam menjadi sejarah, hari ini ialah anugerah dan esok masih tercari arah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang kepada diri ini menghirup udara kehidupan di dunia ini.

Ini kerana kehidupan ini hanyalah persinggahan dan apa yang paling penulis khuatiri adakah Pencipta penulis akan menerima penulis pada hari kebangkitan semula  dan pembalasan nanti. Berdasarkan pengetahuan penulis, tiada siapa yang dapat memberi jaminan akan penerimaan berkenaan. Tiada sesiapa yang boleh memberi jaminan sama ada ke syurga atau neraka. Tetapi penulis yakin bahawa kita tidak seharusnya berputus asa ke atas rahmatNya. Apa yang mampu dilakukan hanya pasrah dan berserah.

Apa yang jelas, penulis akan meneruskan konsep menyokong kebenaran dan menentang kebatilan dalam mengutarakan isu-isu tertentu di zaman sekarang. Selain daripada itu penulis akan meneruskan berkongsi pengalaman-pengalaman tertentu yang boleh dijadikan pedoman dan pengajaran sebagai asas  mencari kecermelangan pada masa akan datang.Nukilan dari sudut hati dan sanubari tetap menjadi tema disini.Semoga pelawat-pelawat blog ini bakal mendapat sedikit sebanyak manfaat dari kandungan blog ini, Insyaallah.

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2012


Wallahualam

@MyBancik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...