Jom Follow.....

Saturday, April 14, 2012

Siapakah Asalnya Di Belakang Penubuhan PTPTN?

23 Jamdilawal 1433

Sudah menjadi prinsip dalam penulisan blog ini bagi mencari kebenaran atau melontarkan persoalan untuk direnungi bersama dan dicari fakta-fakta lanjut untuk diadili. Terkini ialah isu berkenaan demonstrasi meminta penghapusan  tabung PTPTN yang dijadikan perkara utama .Bagi penulis isu ini dibangkitkan bagi mendapat "kredit" menjelang pilihanraya umum(PRU) yang akan datang yang dijadualkan bila-bila masa sahaja. Ketuanya pula mungkin berpeluang menjadi calon pada PRU nanti setelah direhatkan daripada menyembung pelajaran oleh universiti yang beliau belajar. Namun penulis berharap agar mahasiswa-mahasiswi bersikap lebih rasional dalam hal ini. Menghapuskira pinjaman berkenaan sesungguhnya bakal melibatkan hak orang lain yang lebih memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan.

Kemudahan pinjaman PTPTN sebenarnya bukan sahaja dinikmati oleh anak-anak golongan pertengahan, tetapi juga layak dimiliki oleh golongan kaya. Sebaliknya bagi golongan miskin pula, selalunya saluran keutamaan ialah kepada anak-anak orang miskin sama ada di peringkat kerajaan atau badan-badan korporat.

Namun begitu dalam usaha berdemonstrasi bagi menyokong penghapusan dana berkenaan, tidakkah mahasiswa dan mahasiswi ketahui atau ingin mengetahui siapakah gerangan orang yang menubuhkan tabung berkenaan?Penulis tak nak menuduh sesiapa di sini, tetapi meminta  mahasiswa dan mahasiswi bersikap "educated" sedikit dalam mencari fakta dan lebih rasional kepada siapa yang perlu disalahkan dalam hal ini.

Penulis adalah salah seorang yang memprotes semasa fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)dalam memberi penajaan kepada pelajar universiti dipindahkan kepada tabung berkenaan, semasa penulis bergelar mahasiswa. Tetapi apa boleh buat, pada masa berkenaan, saluran media perdana telah dikuasai oleh seseorang pemimpin tertentu yang pernah menjadikan akhbar-akhbar perdana sebagai bahan propaganda beliau dalam menumbangkan timbalan perdana menteri ketika itu. Setiap kali dihantar artikel di ruangan forum, jangan haraplah akan disiarkan terutama isu-isu yang melibatkan kepentingan pemimpin tertentu. Masa itu facebook dan blog, ataupun internet pun belum ada lagi. Siapalah kita untuk pendapat kita didengari.

Penulis adalah antara "batch" terakhir dalam menerima penajaan atau pinjaman boleh ubah daripada JPA, sebelum fungsi pemberian pinjaman diambil oleh tabung berkenaan selepas beberapa tahun kemudian. Fungsi JPA kemudian  hanya dihadkan kepada pemberian biasiswa sahaja kepada pelajar cemerlang. Terdetik juga di hati apalah yang akan jadi pada adik-adik dan anak-anak kita pada masa akan datang, yang mana sudah tentu mereka bakal menghadapi cabaran yang lebih hebat dalam mendapat peluang melanjutkan pelajaran. Penulis tidak berapa pasti sama ada skim pinjaman boleh ubah masih ada dilaksanakan/dipraktikkan  di tabung berkenaan.

Jika fakta yang penulis utarakan ini didapati ada asasnya, kepada siapakah demonstrasi berkenaan wajar ditujukan? Penulis kagum dengan Datuk Sri Najib, kerana beliau tidak-sewenang-wenangnya menunding jari  kepada pihak yang melakukan kesilapan di masa lampau yang melibatkan parti pemerintah yang beliau warisi pada hari ini.Banyak perkara yang perlu beliau lakukan untuk memperbetulkan kelemahan-kelemahan di zaman lampau mengikut kesesuaian masa.Namun bagi menghukum beliau seorang dalam hal ini amat tidak adil tambahan orang yang menjadi saingan beliau bagi merebut jawatan Perdana Menteri sekarang ini juga banyak terlibat dalam menentukan dasar yang ada sekarang. Penulis tinggalkan semua persoalan ini untuk difikirkan bersama untuk kemaslahatan Umat Islam dan bangsa Malaysia.

Wallahualam

3 comments:

  1. Biasiswa JPA still ada lagi kan skang? Apa maksud awak biasiswa JPA ditukar ke pinjaman?

    ReplyDelete
  2. Biasiswa JPA masih ada, cuma terhad tak macam dulu dan hanya untuk pelajar benar-benar cemerlang sahaja. Dulu disamping biasiswa,pinjaman dari JPA pun ada pada kadar 0%, 0% bayaran pemprosesan.Sekarang pinjaman JPA dah tak ada dan fungsinya telah diambil alih oleh PTPTN. Sekiranya dahulu kalau masuk U, pelajar secara automatik akan dapat 2 Borang sama ada JPA atau MARA.

    Dah lah tu , kalau result baik, ada yang tak perlu bayar langsung atau diberi diskaun 75%. Saya sempat menikmati zaman berkenaan dengan membayar hanya 25% daripada pinjaman.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  3. ooo..macam tu ye dulu..baru tau.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...