Jom Follow.....

Monday, March 24, 2014

Perjalanan MH370 Berakhir Di Lautan Hindi

23 Jamadil Awal 1435

Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang:

Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu.

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut.

Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera.

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini.

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini.

Dipetik dari: BERNAMA

Saturday, March 22, 2014

Lautan Dalam Amat Menakutkan

21 Jamadil Awal 1435

Bancik berpengalaman menjadi nelayan pada zaman remaja yang lampau. Salah satu aktiviti yang pernah diikuti ialah menyertai penangkapan ikan menggunakan pukat hanyut di perairan Selat Melaka. Pernah satu hari bot kami mengembara hingga perairan yang amat dalam. Laut biru bertukar kehitaman. Apabila ditanya kepada tekong, tekong memberitahu ianya disebabkan kedalaman laut tersebut.

Ombak pula meninggi sekitar 1 hingga 2 meter. Bot pula tenggelam timbul dihempap ombak besar. Atas sebab mencari pendapatan dan rezeki di laut , suasana tersebut perlu dihadapi dengan tabah.

Namun sekarang, bila Bancik membaca komen dari pelbagai pihak terhadap pencarian pesawat MAS MH370(termasuk di laut) yang masih lagi misteri, secara sinis Bancik terfikir, masing-masing hendak tunjuk pandai. Komen...herm..masing -masing boleh komen. Seolah-oleh merekalah yang hebat. Tetapi bagi sesiapa yang pernah merasai pengalaman tersebut, peristiwa ini dilihat sebagai iktibar sebagai hamba yang amat lemah berbanding penciptanNya. Teruskan berdoa untuk pesawat MH370..

Wallahualam


Friday, March 21, 2014

PRK Kajang Hambar?

20 Jamadil Awal 1434

Bancik berpeluang bersiar-siar di sekitar Kajang pada 20 Mac 2014(waktu malam) yang lalu atas tujuan tugasan yang telah diberikan oleh majikan. Namun begitu, pada pengamatan Bancik, suasana berkempen pada hari berkenaan dari segi perang poster dilihat amat hambar, walaupun hanya beberapa hari saja lagi proses pengundian bakal dijalankan. Kalau adapun ianya agak meriah sedikit di sekitar pusat bandar sahaja.

Namun jika di lihat di kawasan perumahan, perang poster dilihat seolah-olah tiada langsung bagi kedua-dua pihak yang bertanding. Namun begitu, Bancik tak mahu buat apa-apa spekulasi, cukuplah sekadar mengucapkan selamat mengundi bagi pengundi yang berdaftar di ADUN Kajang.

Wallahualam

Sunday, March 9, 2014

MH370 : Cukuplah Alllah Sebaik Penolong

8 Jamadil Awal 1434

Di kala pihak yang mempunyai kuasa sedang bertungkus lumus mengesan pesawat MAS MH370, kita sebagai orang-orang yang beriman perlu terus menerus memohon pertolongan Allah S.W.T agar diberikan pertolongan dalam menghuraikan misteri berkenaan. Ini termasuklah mengharapkan agar kesemua penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan terselamat. Namun kita perlu juga bersedia menerima apa jua ketentuan dariNya.

Hindarilah diri kita daripada menerima apa jua maklumat yang dibuat untuk tujuan sensasi dan spekulasi atau kepentingan politik pihak yang tidak bertanggungjawab.

Wallahualam


Friday, March 7, 2014

Pesawat MAS Terputus Hubungan

6 Jamadil Awal 1435

MAS telah mengesahkan bahawa pesawatnya MH370 ke beijing telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang. Kita menyeru semua rakyat Malaysia mendoakan agar tiada perkara buruk yang akan berlaku.

Wallahualam

Sumber berita: Utusan Online

Wednesday, March 5, 2014

Takziah Kepada PDRM & Keluarga Mangsa Anggota Polis Terkorban

4 Jamadil Awal 1435

Bancik ingin merakamkan ucapan takziah kepada Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan keluarga anggota polis yang terbunuh akibat diserang oleh pendatang asing semalam. Sesungguhnya kejadian ini harus membuka mata kita semua bahawa tugas polis adalah berat dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin. Justeru ini marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada para anggota keselamatan dalam menjalankan tugas mereka dan bukannya memperlekeh-lekehkan setiap tindakanmereka.

Ini juga menuntut agar kerajaan melakukan usaha besar-besaran dalam menangani isu pendatang tanpa izin dan pendatang tanpa izin yangsekarang ini dilihat mudah berniaga di Malaysia. Ini berlainan pula bagi warga tempatan yang amat sukar berniaga di negara sendiri.

Tapi hairan juga, tiada pemimpin politik daripada pembangkang setakat ini yang melahirkan rasa simpati berbanding kritikan terhadap polis yang melepaskan tembakan kepada penjenayah bersenjata sebelum ini. Takkan nak bersilat lagi? Semoga roh mangsa sentiasa disucuri rahmat daripada Allah S.W.T.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...