Jom Follow.....

Sunday, February 20, 2011

Wake Up Ameng !!! Ayuh!! Bangunlah Ameng!!

Selepas membaca berita mengenai terkini mengenai penyanyi ini, aku merasa simpati dengan nasib yang menimpa beliau. Salah sebuat stesen TV di sini telah memaparkan kisah berkenan semasa proses pendakwaan di mahkamah dengan berlatar belakangkan sebuah lagu yang pernah beliau popularkan bersama kumpulan Spring dahulu iaitu " Sejujur Mana Kata Kata".


Lagu yang pernah popular bersama Kumpulan Spring




Sebagai salah seorang penyanyi yang pernah menghiburkan aku melalui lagu-lagu yang tangkap lentok di satu ketika dahulu, aku terpanggil untuk menyeru beliau agar bangun kembali. ...Setidak-tidaknya renungkan kembali lirik lagu ini untuk kembali bangun meneruskan kehidupan. Berusahalah untuk pulih kembali dan mohonlah bantuan kepada pihak yang berkenaan seperti PENGASIH dan sebagainya.

"Pengalaman telah mendewasakan..pahit getir yg pernah dilalui guruku abadi".....lirik lagu tu pun dah cukup membuat dia sedar tapi ntahlah....simpati pun ada juga..."Allah tidak akan merubah nasib seseorang hambanya sehingga dia berubah sendiri....jauhilah dadah ", Itulah komen daripada rakan facebook aku , Azman Ali, bila aku postkan lagu"Sejujur Manakah Kata-Kata" di dalam facebook aku semalam.

Sebagai salah seorang pendengar yang pernah terhibur dengan lagu-lagu beliau bersama Kumpulan "Spring " dahulu, aku hanya mampu menyeru agar beliau bangun melihat konteks kehidupan yang lebih luas. Jangan jadikan kekecewaan untuk terus kecewa. Sebaliknya, jadikanlah kekecewaan sebagai pencetus semangat untuk bangun kembali. Tentang anak-anak tu, percayalah mereka akan mencari Ameng semula bila mereka dewasa nanti, Insyaallah.

Ameng mempunyai banyak koleksi lagu yang boleh dijadikan sumber kekayaan di masa hadapan. Siapa tahu Ameng pula bakal menjejaki Jamal Abdillah membuat persembahan di Istana Budaya suatu hari nanti? Percayalah , hidup umpama "Spring", adakalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Saya berdoa agar kebaikan akan menjelma jua buat Ameng dan umat Islam semua. Semoga kita semua dilimpahi rahmat Ilahi dunia dan akhirat.

Monday, February 14, 2011

Bronok Oh Bronok

Artikel asal telah ditulis pada 5 Februari 2011
 
Saya amat terkejut apabila menonton Majalah 3 sebentar tadi yang membuat liputan tentang Bronok di Langkawi. Bronok merupakan hidupan laut yang berbentuk macam ubi keledek.Dalam liputan berkenaan hidupan berkenaan dijadikan sajian makanan sebagai contoh ianya boleh dibuat kerabu.

Teringat masa zaman remaja saya yang mana saya pernah bekerja sebagai nelayan disekitar perairan Pulau Pinang.Bronok memang tiada nilai dan tak ada sesiapapun menjadikannya makanan di tempat saya.Malah ianya mendatangkan masalah jika bot Pukat Kengka yang ditunda, menaikkan berbakul-bakul Bronok. Satu hal pula kami terpaksa membuangnya dengan menggunakan cakuk untuk memisahkannya dengan tangkapan lain seperti udang dan ikan.

Jika makin ramai yang mula memakan Bronok, lambat laun, para nelayan di tempat saya di Sungai Udang, Seberang Perai Selatan,boleh la tersenyum sekarang. Tapi bagi saya, "tidok le teman lalu memakannya......geli geleman dibuatnye... he..he.. Buat orang kampung di Sungai Udang, Sungai Acheh,Sungai Chenaam,Sungai Bakau.., hangpa sanggup makan ka...?

Bolasepak Malaysia : Menyatukan Semua ?

Artikel asal telah ditulis pada 30 Disember 2010
 
Alhamdulillah, pasukan bolasepak Malaysia berjaya melakarkan sejarah selepas 14 tahun menunggu untuk menjadi juara Piala Suzuki AFF. Dengan kemenangan agregat 4- 2 ke atas pasukan Indonesia, secara tak sedar ianya sedikit sebanyak meredakan suhu politik negara yang sering dipanaskan oleh segelintir ahli-ahli politik di Malaysia yang bersikap terlalu opportunistik.

Secara peribadinya, saya berpendapat kejayaan pasukan ini bertitik tolak dari pengurangan penglibatan ahli-ahli politik yang memegang jawatan utama daripada persatuan bolasepak. Biarlah bolasepak diuruskan oleh ahli-ahlinya, manakala ahli politik boleh membantu dari sudut yang lain pula. Namun, jika kita lihat paparan kebanyakan akhbar-akhbar di sini, komen-komen yang diberikan menunjukkan bahawa, tanpa mengenal ideologi politik, kita sebenarnya boleh dan perlu bersatu apabila maruah negara diperkotak katikkan dan diperlekehkan oleh pihak luar.

Cuma persoalan yang timbul di benak saya, apakah kita wajar mengikut cara rakan - rakan di sana yang sering menuduh pihak lain apabila terdapat kelemahan diri dan memutarbelitkan dengan demonstrasi jalanan?Apakah kita wajar bersama pihak luar memperlekehkan negara di luar negara dalam sesuatu isu yang kita tak persetujui, sedangkan kita mempunyai banyak tempat berceramah di negara sendiri?

Saya percaya rata-rata dari kita berasa sakit hati dan terhina apabila ada pihak yang menghina negara kita. Sesungguhnya amat jelas, jika kita bersatu seperti yang ditunjukkan oleh kombinasi jurulatih yang terdiri dari pelbagai bangsa, kita boleh mencapai kejayaan dengan disokong oleh kepelbagaian keturunan dikalangan rakyat Malaysia. Sesungguhnya rata-rata dari kita merasa puas apabila pasukan Malaysia berjaya menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia pada malam semalam.Malaysia Boleh.

Kepada umat Islam, kenapa kita tidak boleh bersatu jika Islam diperlekeh dan hak Umat Islam mula dipertikaikan di serata dunia?Tepuk dada tanya diri kita, dimanakah iman?

Apabila Bukan Islam Menyeru Orang Islam Bertaubat

Artikel asal telah ditulis  pada 24 Disember 2010
 
Akhir - akhir ini semakin ketara beberapa orang Islam meminta/menyeru agar orang Islam beramar makruf dan menjauhi munkar atau bertaubat. Tanpa menamakan pihak terbabit, yang terbaru ialah seorang ahli politik bukan Islam di pihak sebuah parti meminta seorang ahli politik bebas yang beragama Islam bertaubat. Tetapi dari segi Islam, adakah mereka ini layak membuat seruan berkenaan?

Namun , firman Allah dalam Surah Al Imran, ayat 118 dan 119 boleh dijadikan pedoman dan renungan buat kita semua:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi"orang dalam"(yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telahpun nyata(tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu(mahu) memahaminya":Al-Imran ,118

"Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang(yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka(dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah(sedang mereka tidak beriman kepada al-Quran).Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata"Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah(kepada kamu). Katakanlah (wahai Muhammad):"Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala(isi hati) yang ada di dalam dada. : Al Imran, 119

Bersama kita berfikir dan renungkan bersama. Wallahualam.

Kalimah Suci

Artikel asal ditulis pada 10 Mac 2010
 
Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Katakanlah(wahai Muhammad):"(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?"Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia mencipta jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. -Al Maidah -17.

1.Katakanlah(wahai Muhammad):"Hai orang-orang kafir!.2.Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.3"Dan kamu tidak mahu menyembah(Allah) yang aku sembah.4."Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.5."Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.6."Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". -Al Kaafiruun- 1 hingga 6.

1. Katakanlah (wahai Muhammad):"(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa;2.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;3."Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya". -Al-Ikhlas -1 hingga 4.
 
Sebagai seorang muslim, bersamalah kita berfikir tak kira berlainan fahaman politik dan sebagainya.Bersamalah kita menimba ilmu untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Aku Dan Isteri

Artikel asal ditulis pada 7 Mac 2010

Aku secara rasminya bergelar suami pada 26 Jun 1998 diakad nikahkan di Surau Taman Kemunting Jaya Taiping Perak. Mula mengenali Anisah Binti Mohamed Junus`semasa melanjutkan pelajaran di ITM Cawangan Arau pada 1 Julai 1991 dalam jurusan Pre-Commerce. Kami diletakkan dalam kelas yang sama sehingga tamat pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan pada tahun 1994.

Semasa pengajian di ITM Arau, aku dan isteri tiada apa-apa hubungan atau perasaan, kerana fokus aku pada masa itu hanya ingin menamatkan pengajian secepat mungkin dan dalam masa yang telah ditetapkan.Namun begitu, aku tidak mengerti mengapa beberapa rakan rapat aku sering cuba mengaitkan aku dengan isteri aku pada masa berkenaan. Begitu juga dengan isteri aku(seperti mana yang diceritakan beliau), sering juga dikaitkan dengan aku, oleh teman-teman yang rapat dengan beliau. Malah beliau juga amat membenci dengan cara dan perwatakan aku pada masa itu(he..he.. padan muka..dah jadi suami kau akhirnya).

Apabila tamat pengajian di peringkat diploma, aku terus tanpa membuang masa melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Lanjutan Pengurusan & Perniagaan(Kewangan) di ITM shah Alam pada 1 Januari 1995.Dalam masa aku mencari rentak diperantauan, isteriku pada semester berikutnya turut melanjutkan pengajian di kampus yang sama tetapi jurusan yang berlainan(Insuran). Maka hubungan sebelum ini yang tak terjalin(kalau sekarang ni..lagu tema cari jodoh-kumpulan Wali lah katakan...), dengan kuasa yang Maha Esa, hubungan aku dan isteri mula bertaut. Mula - mula agak tak berapa nak menjadi, tetapi disebabkan satu peristiwa yang tak disangka, isteri aku rupa-rupa menyedari bahawa dia sebenarnya mencintai aku.

Hubungan ini berterusan hingga ke jinjang pelamin dan sekarang telah menghasilkan empat(4) orang anak dan insyalallah terus dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Bancak

Artikel ini asalnya telah ditulis pada 7 Mac 2010

Bancak adalah abang sulungku daripada 10 adik beradik. Sebelum ini 4 daripada adik beradik aku telah meninggal dunia semasa kecil.Aku dan Bancak sering mempunyai pandangan yang berlainan dalam beberapa perkara, tetapi aku sering beralah dan lebih mendiamkan diri.

Bagiku, cara beliau menguruskan kehidupan beliau agak melalui liku-liku yang mencabar, tetapi beliau mungkin puas dengan cara beliau yang tersendiri.Oleh kerana aku mula sibuk menguruskan kehidupan aku sendiri, aku jarang mengikuti sangat perkembangan kehidupan beliau.Akupun sejak akhir-akhir ini amat jarang bertemu beliau memandangkan bancak sering tidak pulang ke kampung pada hari raya atau perayaan yang lain atas alasan tersendiri.

Namun pada 2 Mac 2010 lalu, menjelang hampir tengah malam aku dikejutkan dengan panggilan yang memberi tahu bahawa beliau telah mengalami kemalangan di Seramban disimbah asid ketika dirompak semasa memandu teksi dari Kuala Lumpur ke Seremban.Pada hari berikutnya aku menghubungi ibuku yang kebetulan berada di hospital berkenaan dan aku dimaklumkan beliau berada dalam keadaan stabil dan mampu bersembang dengan sesiapa yang mengunjungi beliau. Maka dengan itu aku bercadang untuk mengunjungi beliau hari Sabtu nanti kerana disebankan kesibukan aku di pejabat dengan pelbagai hal dan menjelang pelancaran Projek Jalur Lebar Nasional(High Speed Broadband-HSBB) pada 24 Mac nanti, di mana aku juga terlibat secara tidak langsung dalam beberapa hal.

Namun begitu, hatiku amat terkilan bila diberitahu hari berikutnya bahawa Bancak telah tidak sedarkan diri selepas pembedahan. Ya Allah, hanya Allah jua yang tahu perasaan aku. Aku tak terfikir apa kena mengena terkena asid di badan dengan ketidakstabilan pengaliran oksigen ke dalam otak.Aku diberitahu, kemungkinan Bancak tidak akan sedar lagi.

Sedih menyelubungi hati aku. Walaupun aku sering tidak bersetuju dengan Bancak, dan walaupun Bancak banyak mengguris hati aku, disuduk hati aku, dia tetap abang sulungku. Aku lebih suka mendiamkan diri bila Bancak sering bertekak dan berselisih faham diantara adik beradikku yang lain.Ini kerana, aku sering memujuk diri aku, sebagaimana diapun, dia telah ditakdirkan sedarah dengan aku.Namun berlainan, dengan adik beradik aku yang lain yang sering membalas, tetapi mereka bagiku masih suka malayan juga karenah dan permintaan beliau berbanding aku.

Airmataku mengalir, bila melihat Bancak masih tidur terlantar dikatil wad ICU di Hospital Seremban. Aku tak sangka, Bancak menghadapi dugaan lebih hebat dari aku. Sebelum ini aku pernah beberapa kali menghadapi situasi kritikal di hospital akibat denggi. Kritikal pertama sewaktu aku di Pusat Perubatan Kampung Baru,demam denggi aku amat susah nak surut, tiba-tiba datang Bancak secara tiba-tiba membawa 2 botol susu kambing . Kali pertama aku meneguk susu kambing, aku terus berselera meminum atau menghabiskan sebotol dan botol seterusnya. Selepas itu selera aku terus datang untuk menjamah makanan yang lain.

Kali kedua aku berada di ICU Hospital Pantai Bangsar,pada Jun 2007 disebabkan denggi berdarah.Pada masa tu aku juga berada dalam keadaan tenat. Namun kali ini akak aku "A" dan adik aku "Caun" membawakan susu kambing. Namun , atas petua tambahan daripada rakan-rakan dan sedara mara yang lain "sup ketam" pula kali ini menaikkan selera makan kembali.Namun seingat aku, Bancak ada juga melawat aku, tetapi aku rasa mamai dan kurang mengenali orang sangat yang datang.

Selain daripada itu, aku sering masuk ke hospital akibat beberapa penyakit lain seperti Batu Karang dan Demam yag disebabkan jangkitan kuman.

Berdasarkan peristiwa yang aku alami, dan mengetahui Bancak jarang masuk hospital,aku masih rasa tak percaya yang beliau dalam keadaan sebegini.Aku amat sedih dan aku berpesan pada Ibu dan adik beradik yang lain, agar memaafkan apa jua tindak laku Bancak yang menyebabkan terkilan di hati, agar ianya dapat menghapuskan dugaan yang dihadapi Bancak. Aku juga berpesan agar sedara mara yang melawat agar memaafkan beliau dalam hal yang sama. Ini juga melibatkan juga bagi insan-insan yang pernah beliau sayangi....

....bersambung....

Bancik

Bancik adalah nama timangan  seorang budak kampung yang dilahirkan di alamat F-86, Sungai Bakau, 342000 Parit Buntar , Perak. Mendapat pendidikan awal di tadika Kemas Sungai Bakau, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Kemudian bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh (Cawangan Sungai Bakau), Nibong Tebal, Sebarang Perai Selatan.Tempoh ini berlalu dari tahun 1980 hingga 1985.

Selepas tamat pelajaran di darjah enam, Bancik kemudiannya menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang(SPBG). Di SPBG pengajian budak kampung ini dibahagikan kepada dua phasa. Phasa pertama ialah di aliran Pertanian iaitu kelas 1P hingga 3P dari tahun 1986 hingga 1988. Antara kenangan manis ialah dengan tidak disangka, beliau telah diumumkan sebagai pelajar terbaik Sijil Rendah Pelajaran di SPBG. Kenapa tidak disangka ialah, Bancik telah kehilangan bapa yang tersayang  yang telah pulang ke Rahmatullah hanya beberapa bulan sahaja sebelum menduduki peperiksaan.

Kemudian mendapat tawaran melanjutkan peringkat menengah seterusnya di aliran sains di sekolah yang sama. Mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1990, Bancik kemudiannya mendapat tawaran mengikuti pengajian di peringkat "Pre-Commerce" di Institut Teknologi MARA, Cawangan Arau, Perlis. Selepas itu beliau menyambung pengajian di institusi yang sama dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan sehingga tamat. Selepas tamat pengajian di peringkat diploma, Bancik kemudiannya telah membuat keputusan untuk melanjutkan terus pelajaran di peringkat Ijazah Lanjutan(ADBS Finance), kemudiannya dinaikkan taraf sebagai  Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengkhususan dalam bidang Kewangan(BBA(Hons) Finance.

he.. hee.. to be continued......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...