Jom Follow.....

Friday, August 31, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 1433 Hijrah

14 Syawal 1433

Penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua pembaca bagi tahun 1433 Hijrah. Kita perlu bersyukur kerana masih berada di negara yang aman damai. Kepada mereka yang sanggup menjadi ajen kepada negara asing yang mencemburui keamanan negara ini, apa kata serahkan status warga negara dan memilih menjadi warganegara negara yang mereka menjadi ajen berkenaan.

Semoga Malaysia terus dirahmati dan dipelihara oleh Allah s.w.t. daripada anasir-anasir yang tidak baik dan berniat jahat,

Wallahualam


Jangan Biarkan Gunting Dalam Lipatan

14 Syawal 1433

Berita bahawa ada NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia menerima dana daripada negara asing amat membimbangkan kita. Lebih-lebih lagi tindak tanduk mereka yang seringkali cuba mencetuskan suasana yang kurang selesa dikalangan rakyat. Jika ini berlaku, maka tidak hairanlah negara seperti Syria dilanda konflik yang tidak berkesudahan. Sebagai rakyat, apakah kita mahu semua ini berlaku.

Pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia perlulah berbuat sesuatu atau membuat bantahan. Ataupun , jangan asyik bertahan sahaja.Jangan biarkan gunting dalam lipatan berada di dalam negara, Sekurang-kurangnya perlu ada undang-undang bagi menyekat hal seperti ini yang boleh dianggap sebagai pengkhianatan kepada negara. Penyaluran dana asing ini bermaksud Malaysia diserang oleh pesaing atau musuh. Takkan asyik nak bertahan aje. Setidak-tidaknya kita perlu serang balas.

Wallahualam

JAIP Cekup 19 Pasangan Berkhlawat Malam Merdeka

14 Syawal 1433


KUANTAN 31 Ogos, 2012 - Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

Maklumat lanjut: UTUSAN ONLINE

Komen Penulis :

Nampaknya ramai dikalangan kita yang masih belum merdeka dari kawalan hawa nafsu yang tidak baik. Penulis juga tujukan nasihat ini kepada diri sendiri sebagai peringatan.

Wallahualam

Pertahankan Kemerdekaan

14 Syawal 1433

KUALA LUMPUR, 31 Ogos , 2012 - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia terus memperkukuh benteng perpaduan dalam mempertahan kemerdekaan negara yang dikecapi dan mahu setiap individu bersama-sama memacu negara ke arah mercu kejayaan lebih unggul.

Perdana Menteri juga menyeru rakyat untuk bersatu dan berusaha dengan kepimpinan negara bagi menjayakan agenda transformasi yang telah dan akan dilaksanakan.

Beliau berkata setelah 55 tahun merdeka, Malaysia kini boleh diangap sebagai sebuah negara yang berjaya dan semakin hari semakin kaya, makmur serta kuat. "Beringatlah bahawa sesungguhnya kemerdekaan itu hanya mengetuk pintu setiap pertiwi sekali saja. Marilah berganding berjuang pertahan kemerdekaan ini dengan barisan yang rapat lagi kukuh di setiap penjuru dan setiap ketika.

"Lebih rapat lagi ketika pihak seteru dan pembangkang cuba memporak-perandakan negara kita," katanya ketika berucap di depan lebih 150,000 orang yang menghadiri Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena Hari Kemerdekaan ke-55 negara di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini Jumaat malam.

Maklumat lanjut :BERNAMA


Kenaikan Harga Rumah Tanpa Kawalan Sukarkan Rakyat

14 Syawal 1433

RAWANG, Ogos 31,2012- Tindakan segelintir pemaju rumah menaikkan harga rumah tanpa kawalan menyebabkan golongan berpendapatan rendah sukar memiliki rumah sendiri, kata Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB), Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh.


Beliau berkata harga rumah di kawasan Pulau Pinang, Johor Baharu dan Lembah Klang kini naik dua kali ganda dan ini menyukarkan masyarakat memiliki rumah sendiri.

Maklumat lanjut : BERNAMA


Thursday, August 30, 2012

Apabila Ustaz Khazim Bersuara

13 Syawal 1433

Penulis ingi memaparkan kembali/mengabadikan suara Ustaz Khazim seperti yang dipaparkan pada Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-bisik Awang Selamat untuk dijadikan renungan bersama. Penulis  memang bersependapat dengan beliau. Cuma dalam bab agama ini, beliau lebih layak membuat kenyataan.Antara petikan kenyataan beliau:

Bercakap mesti ada dalil. Jangan hina sebarangan. Islam bukan dikutip di tepi jalan. Islam diturun melalui nabi kita (Nabi Muhammad SAW), turun dengan wahyu. Tetapi baru-baru ini, tuan-tuan tidak kira sesiapa pun baru sat-sat pakai tudung, dah jadi ustazah. Ini apa ini. Adakah semudah dan semurah itu Islam. Tidak perlu mengaji, tidak perlu tadah kitab, belajar tauhid, boleh beri ceramah kepada orang. Bukan saya hina, tidak. Kalau betul berhijrah, kalau betul kita sudah bertaubat, pergilah belajar. Tambahkan ilmu, tadah kitab dengan guru yang muktabar, yang mursyid. Jadilah pejuang Islam sebenar dengan mendokong ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya cakap tadi, perbandingan kita macam satu karpet. Katakanlah karpet kita ini tidak elok, ada dua tiga tompok tahi kucing, jadi apa kaedah untuk kita bersihkannya. Kaedahnya, kita hanya perlu bersihkan tempat yang ada najis sahaja, tidak perlu basuh semua. Serupa juga ada kesan kencing budak di dalam karpet masjid, bagaimana ia perlu dibersihkan. Tidak perlu bersih semua, cukup sekadar basuh ditempat kena najis sahaja. Saya merupakan orang yang konsisten mempertahankan Islam. Saya tidak tolak hudud dan akan terus mempertahankan Islam. Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk sokong karpet (baru) jika karpet ini karpet Islam. Tetapi tuan-tuan, karpet yang kononnya lebih baik daripada karpet lama ini, depa yang sebenarnya paling kuat menentang Islam. Depa paling kuat menentang sekolah agama Islam, mereka konsisten , mereka juga yang mahu hapuskan keistimewaan orang Islam. Lebih malang lagi, meresap pula fahaman syiah, khawarij, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), fahaman pluralisme yang kata semua agama sama. Macam mana hendak sujud jika karpet ada fahaman LGBT.

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Wallahualam

Jika Kekasih Anda Panas Baran

13 Syawal 1433

Penulis bersetuju dengan nasihat salah seorang Pakar Motivasi terkenal Datuk Dr Fadhilah Kamsah yang pernah menyebut bahawa"Jika pasangan anda didapati sudah mula mengguna tangan kepada anda disebabkan panas baran, maka angkat kaki atau tinggalkan terus sahaja teman anda itu", sebelum anda terjerat dalam ikatan percintaan dan seterusnya ikatan perkahwinan. Moralnya, jika dalam berkasihpun dah mula berani gunakan kekerasan, apatah lagi jika berumah tangga.

Ini berikutan laporan dari BERNAMA, yang mana teman lelaki sanggup membakar teman wanitanya.

Wallahualam

Kelantan Perlu Laksanakan Hudud

13 Syawal 1433

Rupa-rupanya kejadian samun yang ditulis sebelum ini (lihat pautan) berlaku di sebuah negeri yang mendakwa pemerintahan mereka mengamalkan syariat Islam. Jika betul hasrat berkenaan(menegakkan syariat Islam), penulis amat menyokong.Namun kejadian berkenaan mungkin dapat ditiadakan jika negeri telah memperkenalkan undang-undang yang telah ditetapkan Syariat Islam iaitu seperti yang diwar-warkan mereka iaitu Hudud.

Terbaru, seramai 100 orang polis wanita ditugaskan untuk mengawal ibu negeri berkenaan seperti yang dilaporkan di UTUSAN ONLINE, manakala mangsa telah selamat menjalani pembedahan seperti yang dilaporkan di akhbar yang sama. Kes terbaru menuntut agar perlaksanaan undang-undang berkenaan disegerakan di negeri berkenaan. Penulis percaya tiada, kerana dinar emaspun mereka boleh buat. Takkan bab duit aje yang laju..?

Bab  syariat perlulah lebih laju juga.Kalau ada halangan undang-undang, apa kata perbincangan diadakan di antara ahli-ahli parlimen berugama Islam agar halangan berkenaan dapat dihapuskan di peringkat Parlimen?Itupun.., kalau nak buatlah......

Wallahualam

Apabila Sultan Merajuk ?

13 Syawal 1433

Penulis berharap agar pihak yang berkenaan menggunakan semangat Syawal pada tahun ini menjernihkan air yang keruh. Ini berikutan laporan di UTUSAN ONLINE yang memaparkan kontroversi yang berlaku di sebalik sambutan hari Kemerdekaan di salah sebuah negeri.

Agaknya dah terlalu banyak sangat dah buat hal oleh pemimpin-pemimpin yang baru berkuasa satu penggal ini yang sering mengecilkan hati Sultan mereka. Sekali sekala, apa salahnya meminta maaf.

Wallahualam


Bukankah Kamera itu Besi?

13 Syawal 1433


Sebelum ini ada suatu kes di mana salah seorang pemimpin pembangkang telah membela seorang pemimpin parti komponen utama pembangkang tertentu yang telah mencetus kontroversi disebabkan pengedaran gambar sensasinya, atas alasan kamera itu besi.Namun hal yang berkenaan tidak berlaku bila bekas orang kuat parti sendiri dilihat secara bergambar bersama dengan salah seorang musuh politik mereka.

Seperti yang telah dilaporkan di UTUSAN ONLINE, nampaknya menjadi dosa besar jika ada ahli parti berkenaan bergambar dengan musuh politik mereka.Tapi, bukankah kamera itu besi juga pada kali ini? Namun ada juga pemimpin politik mereka sendiri yang pernah dilihat siap bergambar dan menunjukkan tanda jari telunjuk 1 Malaysia, namun tak menjadi hal pulak,,? Nasiblah...., politik-politik......

Wallahualam

Janji Dingkari Vs Janji Ditepati

13 Syawal 1433


Penulis rasa pelik dengan kenyataan salah seorang pemimpin politik berkaitan perbezaan diantara perkataan  menifesto dan janji. Lebih-lebih lagi apabila membaca artikel di  UTUSAN ONLINE. Apapun penulis berpendapat ramai yang percaya bahawa kedua-dua istilah adalah memberikan masksud yang sama.

Penulis berharap agar lebih ramai ahli politik berfikir dahulu sebelum bercakap. Kita orangpun sekolah tinggi jugak...

Wallahualam


Wednesday, August 29, 2012

Janji Bersih atau Demi Kuasa?

12 Syawal 1433


SHAH ALAM, 29 Ogos, 2012- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka Khamis supaya mematuhi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata penganjur perhimpunan itu perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu kerana Dataran Merdeka terletak di bawah bidang kuasa agensi itu.

"Tuan punya kawasan (Dataran Merdeka) ialah DBKL dan kita tidak boleh masuk campur secara langsung dalam hal memberi kebenaran ini.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Komen Penulis :

Dalam hati janganlah pula kotor pula. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kita.

Wallahualam

Penyamun Semakin Ganas: Sudah Sampai Masanya Kerajaan Malaysia Sekarang Laksanakan Hukum Hudud

12 Syawal 1433


Berita penjenayah samun menetak tangan mangsa mereka amat menyayat hati. Ini menunjukkan mereka semakin ganas dan sanggup menetak tangan mangsa mereka. Menurut laporan UTUSAN ONLINE seorang wanita yang cuba menyelamatkan beg tangannya daripada diragut, hampir putus pergelangan tangan kirinya akibat ditetak dengan parang beberapa kali oleh penjenayah terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang ketika mangsa, Rohairani Abdullah, 36, sedang berjalan berseorangan di hadapan kedai di Pusat Jualan Tudung, Jalan Sultanah Zainab di sini.

Jika mengikut Hukum Islam , penjenayah seperti itulah yang perlu dipotong tangan mereka jika bersalah den menepati syarat jenayah tersebut. Renung renungkanlah.., sebelum mereka tetak tangan kita atau menyembelih mangsa seperti mana yang sering dilaporkan sejak akhir-akhir ini, biarlah undang-undang yang ditetapkan Maha Pencipta mengenakan hukuma potong tangan mereka (penyamun) sebelum mereka menetak tangan lebih ramai mangsa yang lain. Kalau tak mampun juga nak laksanakan lagi , potong atau sunat aje mereka(para penyamun) sekali lagi.

Wallahualam

Haron Din Sertai Nasharudin Mat Isa?

12 Syawal 1433

Mungkin dikalangan penyokong Pas, UMNO dan sesiapa jua yang berpegang pada ajaran Islam akan menarik nafas lega seketika apabila Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini seperti yang dilaporkan di UTUSAN ONLINE tampil mempertahankan Nasharudin Mat Isa apabila menegaskan gesaan bekas Timbalan Presiden itu agar Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan adalah wajar dan bukan satu kesalahan.

“Kenyataan Nasharudin yang menggesa parti mengkaji semula hubungan dengan pakatan sehingga mencetus polemik bukan satu kesalahan. Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir-akhir ini Pengerusi DAP, Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak hudud.

Komen Penulis:

Penulis berharap kenyataan Ustaz Haron Din ini akan menjadi pemangkin kepada lebih ramai para-para pejuang Islam untuk bersuara dengan lebih tegas apabila ada mana-mana pihak yang cuba mempersoalkan Islam tak kiralah di sebelah manapun sama ada di pihak pembangkang ataupun di pihak pemerintah sedia ada.

Wallahualam

Friday, August 24, 2012

Tegur Adik Ipar Boleh Sebabkan Kematian?

7 Syawal 1433


MELAKA – Niat murni seorang lelaki yang menegur adik iparnya yang didakwa kerap memukul isteri berakhir dengan mangsa mati ditikam oleh pemuda itu di sebuah rumah di Kampung Serkam Pantai di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam, mangsa, Rashid Ahmad, 46, meninggal dunia di Hospital Melaka pada pukul 1.40 pagi semalam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang kiri akibat ditikam adik iparnya yang berusia 41 tahun.

Amat menyedihkan apabila tragedi berdarah tersebut berlaku di rumah ibu Rashid pada hari raya keempat ketika suspek, mangsa bersama sanak saudara berkumpul di rumah tersebut.

Maklumat lanjut : KOSMO! ONLINE

Ular Tedung Mati Digigit Petani?

7 Syawal 1433

Selalunya berita yang kita sering baca ialah petani mati dipatuk ular, namun ianya berlainan pada kali ini. Menurut laporan KOSMO ONLINE seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam.

Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam.

Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu ketika dia dipatuk ular tersebut.

"Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah."Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya pada Selasa lalu.

"Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut," katanya.Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kini berehat di rumahnya.

"Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati," dakwanya yang berusia 55 tahun kepada akhbar Annapurna Post.

"Saya mungkin membunuhnya dengan kayu tetapi saya menjadi 'gila' kerana marah dan mahu membalas dendam."Saya membunuhnya dengan gigi saya," tambahnya.

Komen Penulis: Nampaknya, ular-ular semakin hilang bisanya.

Wallahualam


Selamat Kembali Ke Lembah Kelang

7 Syawal 1433

Alhamdulillah, perjalanan penulis kembali semula ke Lembah Kelang yang selamat sampai sebentar tadi berjalan lancar atas keizinan Yang Maha Kuasa. Penulis mengambil keputusan bergerak dari Taiping mengikut Jalan Beruas menuju ke Setiawan.Kebetulan hendak menziarahi ibu saudara sebelah isteri yang telah 4 tahun lumpuh di tempat pembaringan.

Dalam perjalanan ke Setiawan, sempat juga menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg Banjar.Perjalanan diteruskan di sebelah petang ke arah Kuala Selangor melalui Teluk Intan , Sabak Bernam dan sebagainya juga berjalan lancar. Penulis berasa simpati bila mendengar laporan kesesakan di lebuhraya menerusi corong radio. Pihak berkenaan perlulah melakukan sebaik mungkin bagi mengelakkan kesesakan di lebuhraya.

Sememangnya penantian ketika bersesak di lebuhraya memang menyeksakan. Lebih-lebih lagi para pengguna terpaksa membayar untuk mengalami kesesakan.

Wallahualam


Kita Perlu Selalu Bersyukur

7 Syawal 1433

Sememangnya rakyat Malaysia perlu selalu bersyukur kerana menjadi warganegara di bumi bertuah ini. Lebih-lebih lagi bila membaca laporan bahawa hampir 25,000 orang rakyat di negara Syria terkorban sejak konflik perbalahan yang berlaku sejak Mac 2011 seperti yang dilaporkan di UTUSAN ONLINE hari ini.

Sebagai seorang umat Islam , kita sewajarnya mengambil semangat Ramadhan dan Syawal pada kali ini untuk bermuhasabah atas segala peristiwa yang berlaku di dunia Islam yang lain agar dijadikan teladan dan pengajaran agar kita tidak terjebak dalam hal yang bersamaan dengan konflik berkenaan.

Wallahualam

Saturday, August 18, 2012

Nasharudin Mat Isa sedia Disaman Pengerusi DAP

1 Syawal 1433


KUALA LUMPUR 18 Ogos - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sedia bertemu Pengerusi DAP, Karpal Singh di mahkamah.

Ahli Parlimen Bachok itu menyifatkan Karpal yang menolak dan menentang keras pendirian Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud itu sebagai telah menolak sebahagian daripada Islam yang sekali gus menolak Islam.

“Justeru saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di mahkamah.

“Menolak sebahagian daripada Islam bermakna menolak Islam," katanya kepada Mingguan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini.

Maklumat lanjut: UTUSAN ONLINE

Ittaqillah, Ittaqillah, Ittaqillah - Nasharudin Mat Isa

1 Syawal 1433


Sebaik tiba di tanah air dari Tanah Suci, Mekah semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengadakan sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada sidang akhbar itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud.

Berikut kenyataan penuh beliau: UTUSAN ONLINE

Salam Aidilfitri 1433

1 Syawal 1433

Penulis mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1433, Maaf Zahir Batin. Jika ada sebarang salah dan silap dari segi aspek penulisan disini yang menyingung mana-mana pihak, ribuan kemaafan diminta. Semoga Aidilfitri pada tahun ini memberikan sesuatu yang lebih bermakna kepada kita semua.

Wallahualam


Wednesday, August 15, 2012

Keindahan Ramadhan

27 Ramadhan 1433

Sedar tak sedar bahawa Ramadhan pada tahun ini, 1433 Hijrah bakal meninggalkan kita. Apapun diharapkan Ramadhan pada kali ini telah meninggalkan kenangan terindah bagi kita semua.

Wallahualam


Nasharudin Mat Isa Keluar Pas?

27 Ramadhan 1433

KOTA BHARU 15 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.


“Pelik apa, kalau (Datuk Mohd.) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Maklumat lanjut : UTUSAN ONLINE


Monday, August 13, 2012

Mahkamah Putuskan Harakah Memfitnah UMNO

25 Ramadhan 1433


SHAH ALAM, 13 Ogos, 2012- Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memutuskan bahawa satu artikel yang tersiar dalam akhbar Harakah keluaran 19-21 Julai 2011 yang mengaitkan Umno Selangor dengan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos tahun lepas, adalah fitnah terhadap Umno.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki Husin bagaimanapun menolak tuntutan saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed terhadap setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan tiga yang lain berhubung penyiaran artikel berkenaan berikutan Mohd Zin bukan seorang penjawat awam.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Pemegang Lesen Baharu Punca Utama Kemalangan Maut

25 Ramadhan 1433

BUTTERWORTH, 13 Ogos , 2012- Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Datuk Hassan Yaacob berkata 68 peratus kemalangan maut di negeri ini berpunca daripada pemandu yang memiliki lesen kurang lima tahun.


Beliau berkata peratusan itu adalah bagi kemalangan maut melibatkan semua jenis kenderaan, dan ia berpunca daripada kekurangan pengalaman memandu serta sikap tidak suka mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Maklumat lanjut: BERNAMA


Saturday, August 11, 2012

Kes Demam Denggi Masih Membimbangkan

23 Ramadhan 1433

360 Kes Denggi Dilaporkan Bagi Tempoh 29 Julai Hingga 4 Ogos

Nampaknya kes demam denggi masih belum menunjukkan penurunan . Terbaru menerusi laporan BERNAMA sepanjang minggu lepas sebanyak 371 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dengan sembilan buah negeri mencatatkan peningkatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman berkata Selangor meningkat kepada 18 kes, Terengganu meningkat 16 kes, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta Johor masing-masing meningkat 10 kes, Melaka dan Kelantan enam kes, Perlis dan Perak empat kes.

Beliau berkata angka terkini itu menjadikan jumlah kes terkumpul bagi tempoh Januari hingga 4 Ogos lepas ialah sebanyak 13,533 kes iaitu meningkat 11 peratus atau 1,306 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Hati penulis amat mudah tersentuh bila terbaca bab denggi ni. Penulis pernah menulis topik berkenaan tanda-tanda demam denggi dan ianya telah menjadi topik yang paling popular di blog ini setakat ini. Begitu juga , penulis pernah abadikan kisah demam denggi dengan artikel yang ditulis bertajuk Bila Mana Ku Di Ambang Kritikal.

Selain daripada kes kematian disebabkan kemalangan di musim perayaan, kes kematian disebabkan demam denggi juga sering menghantui negara ini. Bagi penulis semua pihak perlu memainkan peranan sama ada dari segi pencegahan, mendapatkan rawatan awal dan tindakan susulan selepas rawatan. Ini termasuklah pihak berkuasa tempatan, penduduk dan masyarakat. Kadangkala jika kita hanya pentingkan diri sendiri, kita cuma akan pastikan kawasan rumah kita sendiri sahaja yang bersih. Persoalannya, apakah kita tidak ke pasar malam atau pasar-pasar lain di kawasan kejiranan kita? Penulis lontarkan persoalan ini untuk renungan bersama.

Apapun, selepas berusaha, kita serahkan pada Yang Maha Kuasa.

Wallahualam



Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan Semakin Meninggalkan Kita

20 Ramadhan 1433

Begitu pantas rasanya berlalu di mana pada hari ini dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Bagi yang betul-betul memahami konsep Ramadhan, mereka akan mula merasa sedih kerana bulan yang mulia ini bakal meninggalkan kita pada kali ini. Namun bagi yang sebaliknya mereka hanya akan teruja untuk meraikan berlalunya ramadhan. Apa yang diraikanpun mereka mungkin tidak pasti.

Namun, 10 hari yang tinggal masih membuka peluang bagi kita terus menghayati konsep ibadah dibulan yang mulia ini. Semoga Ramadhan pada kali ini membuka lebih ruang bagi kita untuk mengaut sebanyak mungkin rahmat dan kebaikan kurniaan Ilahi.

Wallahualam


Kesesakan Trafik Antara Alasan Pembekal Naik Harga Barang

20 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 8 Ogos, 2012- Kesesakan trafik adalah antara alasan yang diberi pembekal untuk menaikkan harga barang, terutama barangan keperluan harian di Lembah Klang menjelang sambutan Aidilfitri.

Menurut peniaga barangan basah yang ditemui Bernama Rabu, mahu tidak mahu mereka terpaksa mengenakan harga yang tinggi kepada pelanggan akibat tindakan pembekal terbabit.

Pembekal mendakwa mereka terpaksa mengeluarkan kos bahan api yang tinggi sebab lori tersangkut dalam kesesakan ketika menghantar bekalan ke pasar, kata Chan Mei Yin, seorang peniaga sayur di Pasar Chow Kit di sini.

Katanya pembekal juga mendakwa kesesakan jalan menyebabkan mereka terpaksa membayar upah lebih masa kepada pekerja dan pelbagai lagi sebagai mewajarkan perbuatan menaikkan harga sayuran.

Pemerhatian Bernama mendapati antara barangan yang naik harga antara 10 sen hingga 50 sen sekilo ialah halia, kunyit, lengkuas dan cili.

Seorang peniaga ayam di Pasar Borong Selayang, Salleh Mohd pula mendakwa ada segelintir peniaga ayam tidak bermoral mengubah suai alat timbang memandangkan harga produk itu dikawal kerajaan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sunday, August 5, 2012

ADUN DAP Digesa Tarik Balik Kenyataan Mengenai Perlembagaan

16 Ramadhan 1433



KUALA LUMPUR, 5 Ogos,2012 - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) menggesa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan menarik balik kenyataannya mengenai Perlembagaan Persekutuan yang disiar akhbar semalam.

Bercakap kepada Bernama hari ini, Presiden PPKM Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata kenyataan yang dibuat Adun DAP itu mengelirukan rakyat.

Beliau merujuk kepada kenyataan Manoharan yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam di bawah tajuk 'DAP Mahu PAS Pecat Mohd Nor'.

Manoharan dilapor berkata: "Sebenarnya kita tidak boleh meletakkan perkataan kolot apabila membicarakan soal agama. Ini kerana dalam konteks Malaysia, Perlembangaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan Perlembagaan menegaskan Malaysia adalah negara sekular."

Wan Mahmood berkata jika benar Manoharan mengeluarkan kenyataan itu, beliau harus menarik balik dan membetulkan fakta.

"Ini kerana pada pandangan saya, ini (kenyataan Manoharan) bercanggah dengan Perlembangaan Malaysia dalam artikel 3(1) jelas menyatakan Islam adalah agama rasmi persekutuan," katanya.

Beliau juga berkata perkara sama termaktub dalam undang-undang tubuh negeri Selangor.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Saturday, August 4, 2012

Malaysia Gagal Dalam Menyatukan Rakyat ?

16 Ramadhan 1433

Kegagalan beberapa pihak dalam memahami sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia mencerminkan bahawa gagalnya Malaysia dalam menyatukan rakyat berbilang kaum. Ada segelintir hanya mahu pihak lain menghormati budaya adat resam mereka, tetapi sebaliknya tanpa segan silu menyakitkan hati dan mempersoalkan pegangan orang lain terutama kepada penduduk majoriti utama di negara ini.

Inilah padahnya jika semua perkara hendak dipolitikkan. Jika dari segi politikpun boleh berlaku, apatah lagi dari segi yang lain.Terbaru ialah segelintir pihak yang cuba menganjurkan parti liar di bulan Ramadhan yang Mulia ini. Jika mereka faham sensitiviti umat Islam di negara ini, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Ini menunjukkan suara minoriti lebih kuat dari majoriti. Namun harus diingat yang diam tak semestinya ikut sahaja dan tidak kuat.Sudah sampai masanya kita menilai tahap perpaduan dikalangan rakyat negara ini yang dilihat semakin hari semakin kurang positif.

Wallahualam

Pesta Bikini (Kolam 3.0) Dibatalkan

16 Ramadhan 1433


Seremban: Parti Kolam 3.0 yang membenarkan wanita berbikini masuk percuma dan pemakaian G-string digalakkan yang dijadual malam tadi, akhirnya dibatalkan.

Pengurusan rumah kelab di Rasah Kemayan dekat sini, yang menjadi lokasi parti itu turut menutup premis berkenaan selepas pelanggan berbuka puasa.

Maklumat lanjut :BH Online

Friday, August 3, 2012

Emas Pertama Malaysia di Olimpik?

15 Ramadhan 1433


LONDON, 4 Ogos, 2012- Pencarian pingat emas pertama Malaysia dari temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik, mungkin berakhir pada Ahad ini selepas Datuk Lee Chong Wei menempah tiket ke acara akhir badminton perseorangan lelaki.

Pertemuan epik kedua-dua pemain handalan dunia pada final Ahad ini yang akan berlangsung di Arena Wembley pastinya mengulangi persaingan mereka di final di Beijing, empat tahun lepas.

Maklumat lanjut :BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...