Jom Follow.....

Thursday, February 28, 2013

Kawalan Di Sempadan Dan Perairan Negara Perlu Dipertingkatkan

18 Rabiulakhir 1434

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pasukan keselamatan meningkatkan kawalan serta rondaan di kawasan sempadan dan perairan negara bagi mengelakkan ia dicerobohi pihak luar.

Beliau berkata ia penting bagi mengelakkan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah daripada berulang.

"Nampak begitu mudah sekali, satu pasukan tak canggih dapat masuk dalam negara kita. Ini bermakna kita harus tingkatkan kawalan kita supaya tiada orang boleh ceroboh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Tradisi dan Kesinambungan: Tenunan dan Tekstil Berhias Semenanjung Tanah Melayu di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini Jumaat.

Selain itu, Dr Mahathir berkata pembangkang sudah pasti akan mengggunakan isu berkenaan sebagai modal politik mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat.

"Pembangkang akan guna segalanya kerana pada mereka tak ada apa yang tak boleh dijadikan isu politik," kata bekas perdana menteri.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Gendang PRU-13 Mula Dipalu

18 Rabiulakhir 1434

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mula "memalu" gendang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) apabila melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pekan.

Ketika melancarkan majlis yang dihadiri hampir 5,000 orang itu, Najib yang juga Pengerusi BN berkata 'gendang perang' telah dipalu dan semua pihak mesti mengatur langkah sebagai pendekar.

"Kita tunggu isyarat, lepas tu kita turun ke medan juang, selagi belum capai kemenangan besar, jangan kita undur walaupun seinci," katanya.

Perdana Menteri berkata semua jentera BN perlu bersiap sepenuhnya untuk menghadapi PRU-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sekali gus memberikan kemenangan lebih besar berbanding pada pilihan raya umum ke-12.

"Apabila Parlimen dibubarkan nanti, kita pastikan jentera bergerak licin dan lancar, gerak kerja mesti ikut haluan tak kira siapa jadi calon, siapa jadi calon kita akan sokong," katanya.

Najib juga mahu jentera BN memastikan setiap penyokong menunaikan tanggungjawab untuk mengundi termasuk mereka yang berada di luar kawasan.

Beliau yakin rakyat akan bijak memilih kerajaan BN yang ternyata telah melaksanakan pelbagai program transformasi bagi membela kesejahteraan rakyat menerusi pelbagai bantuan dan program pembangunan.

"Mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lagi besar (sambil disahut sorakan "mahu!" oleh hadirin), adakah kita ini lembu atau ayam (sambil disahut "tidak!" oleh hadirin), kita adalah manusia yang perlu ditolong dan kita perlu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pemimpin," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Penceroboh Bersenjata Mulakan Dahulu Serangan

18 Rabiulakhir 1434

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.

Perdana menteri berkata beliau telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.

Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.

"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh yang diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Feb lepas.

"Saya tidak lagi buat keputusan. Terserah kepada mereka (panglima ATM dan Ketua Polis Negara) untuk ambil tindakan...mereka akan diberikan kuasa sepenuhnya.

"(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka," kata Najib.

Perdana menteri berkata kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.

Maklumat lanjut : BERNAMA


Jejambat Putrajaya Link Runtuh

18 Rabiulakhir 1434

Jejambat yang menghubungkan Taman Putra Perdana, Puchong dan Taman Sains Selangor II dekat sini runtuh dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 24 Putrajaya Link itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam hasil tindakan proaktif pihak bertanggungjawab iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) yang telah menutup laluan tersebut lebih sebulan lalu.

Ia juga tidak menyebabkan gangguan lalu lintas yang teruk kerana laluan lencongan telah dibina.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, laluan jejambat itu ditutup selepas pihaknya mendapati beberapa tiang jejambat kelihatan condong yang mungkin disebabkan tanah mendap.

“Laluan bawah yang merupakan laluan Putrajaya Link di Kilometer 2.4 turut ditutup. Jururunding bebas dilantik untuk menyiasat serta mengumpul maklumat mengenai keadaan keselamatan jejambat bertingkat berkenaan bagi tujuan baik pulih.

“Namun, belum pun laporan daripada jururunding bebas sempat diterima, jejambat itu yang kini di bawah seliaan PLUS telah runtuh,” katanya yang mendakwa jejambat itu telah diserahkan kepada PLUS untuk tujuan penyelenggaraan pada 22 Mac 2012.

Maklumat lanjut: Kosmo Online

Perajurit Negara Terkorban Di Lahat Datu: Merekalah Pejuang Sebenar

17 Rabiulakhir 1434

Bancik mengucapkan takziah kepada keluarga perajurit negara  yang terkorban di insiden pencerobohan di Lahat Datu, Sabah. Bagi Bancik , merekalah wira sebenar negara. Namun Bancik berasa terkilan jika benarlah dakwaan sesetengah pihak , pencerobohan berkenaan telah didorong oleh hubungan diantara pihak penceroboh dan pemimpin atasan pemimpin pembangkang sekarang.

Gambar: MyKMU
MyKMU melaporkan bahawa Kedua-duanya anggota dari Unit 69 Komando dikenali sebagai Insp Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin.
Mengikut laporan lain sekurang-kurangnya 10 orang dari kumpulan penceroboh terbunuh manakala empat yang lain cedera. 10 lagi menyerah diri dan selebihnya dipercayai melarikan diri.

Setelah terpalit dengan dakwaan para pemimpin pembangkang bahawa , golongan pemberontak komunis adalah wira negara, insiden ini sekali lagi seolah mengesahkan bahawa, demi kuasa, sesetengah pemimpin politik sanggup melakukan apa saja.

Bagi keluarga dan anak-anak kecil para perajurit yang telah terkorban, jika anda besar nanti dan jika kalian terbaca artikel ini, kenangilah jasa allayarham ayahanda anda semua yang terkorban demi mempertahankan negara. Begitu juga rakyat Malaysia, kita perlu kenang jasa mereka dan jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran. Kepada penyokong parti selain Barisan Nasional, janganlah disebabkan mereka bekerja dan terkorban di zaman pemerintahan Barisan Nasional, jasa dan pengorbanan mereka diperlekehkan pula.

Dengan lelehan air mata ketika di ayat akhir artikel ini, penulis berdoa dan meminta para pembaca yang sudi membaca artikel ini menghadiahkan Al Fatihah kepada mereka semua. Semoga mereka digolong sebagai "syahid" di sisi Allah s.w.t.

Wallahualam





Polis Sahkan Dua Anggota, 12 Ahli Penceroboh Maut di Lahad Datu

17 Rabiulakhir 1434

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.
Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.

Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal.

Maklumat lanjut: BH Online


Wednesday, February 27, 2013

Harun Minta Guan Eng Buktikan

17 Rabiulakhir 1434

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuktikan kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa parti itu benar-benar turut memperjuang dan menegakkan agama Islam.

Tegasnya, bukti itu penting bagi meyakinkan umat Islam mengenai dakwaan Guan Eng, kononnya DAP turut berperanan dalam segala hal berkaitan Islam termasuk hukum syarak terutama di negeri yang diterajuinya, Pulau Pinang.

Menurutnya, umat Islam akan mempercayai apa yang dinyatakan oleh pemimpin DAP itu sekiranya dia mempunyai bukti kukuh.

Jika sebaliknya, ujar beliau, Guan Eng tidak wajar mengeluarkan kenyataan bahawa DAP adalah sebuah parti yang memperjuang dan menegakkan Islam di negara ini kerana boleh menimbulkan kekeliruan.

Maklumat lanjut :
Utusan Online

Thailand Sedia Berdamai

17 Rabiulakhir 1434

Thailand mahu mengadakan rundingan damai dengan kumpulan pemisah, ekoran insiden pemberontakan dan keganasan yang semakin meningkat di selatan di negara ini, kata ketua keselamatan kerajaan, hari ini.

Pelawaan itu dibuat ekoran serangan yang semakin meningkat di selatan negara ini yang bersempadan dengan Malaysia, menjelang pertemuan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Kedua-dua pemimpin itu akan berbincang untuk menamatkan pemberontakan yang berlarutan sejak sembilan tahun lalu yang telah mengorbankan lebih 5,500 orang dan kemungkinan Malaysia menjadi tuan rumah bagi rundingan antara kerajaan dengan kumpulan militan.

"Saya harap rundingan ini akan dapat diadakan secepat mungkin,'' kata Leftenan Jeneral Paradon Pattanathabutd, Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC), yang akan menyertai Yingluck pada rundingan di Kuala Lumpur minggu ini.

"Malaysia akan menguruskan (rundingan itu) dengan mengatur tempat (rundingan) tetapi tidak akan memainkan peranan dalam rundingan tersebut,'' katanya, sambil menegaskan tentang keperluan ''ketua-ketua tegar militan ... yang aktif'' dikenal pasti dan dihubungi untuk mengadakan rundingan itu.

''Jika tidak, masalah itu tidak akan dapat diselesaikan,'' katanya.

Maklumat lanjut : Utusan Online

Aquino Enggan Jumpa Sultan Sulu

17 Rabiulakhir 1434

Kerajaan Filipina hari ini menolak hasrat Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, untuk bertemu Presiden Filipina, Benigno Aquino selagi pengikut-pengikutnya tidak meninggalkan Sabah, sambil menyifatkan permintaan itu sebagai 'tidak boleh diterima.'

Jurucakap Aquino, Edwin Lacierda berkata, pengikut Kiram perlu meninggalkan Sabah terlebih dahulu bagi meredakan ketegangan di kawasan itu, sebelum sebarang rundingan dengan kerajaan Filipina boleh diadakan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat Aquino selepas mengambil kira soal keselamatan, bukan sahaja keselamatan pengikut-pengikut Kiram, tetapi juga keselamatan lebih 800,000 rakyat Filipina yang berada di Sabah.

Lacierda turut menegaskan bahawa Aquino hanya bersedia berunding dengan Kiram selepas kesemua pengikutnya meninggalkan Sabah.

"Ketegangan perlu diredakan di kawasan itu (Sabah) dan selepas itu kita berbincang. Namun, dengan masih terdapat penyerang bersenjata di Lahad Datu, jangan harap kami akan bertemu anda dan berbincang dengan anda.

"Keadaan itu menunjukkan anda mendesak kami. Ia tidak boleh diterima," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran pengikut Kiram di Sabah tidak membantu tuntutan kerajaan Filipina ke atas Sabah.


Maklumat lanjut : Utusan Online

Daging Kuda Dalam Bebola Daging ?

17 Rabiulakhir 1434

Bebola daging yang dijual di IKEA Malaysia mengandungi hanya daging lembu dari Australia, kata Pengurus Gedungnya, Roszalena Mashurdin.

"Tiada satu pun bahan-bahan yang digunakan dihasilkan oleh pembekal yang terlibat," katanya bagi menjawab kontroversi yang melanda Eropah bahawa terdapat kesan-kesan daging kuda dalam produk daging lembu.

"Kami tidak bertolak ansur dengan bahan-bahan makanan selain yang telah ditentukan di dalam resepi atau spesifikasi kami, dan ini dilakukan menerusi standard, pensijilan dan analisis produk yang telah ditetapkan oleh makmal yang bertauliah.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, kami telah menghentikan jualan bebola daging di Kedai Khas Makanan Sweden IKEA dan Restoran IKEA sementara menunggu keputusan ujian DNA," katanya dalam kenyataannya Rabu.

Roszalena berkata IKEA menjangkakan keputusan ujian pada pertengahan minggu hadapan untuk memastikan tiada daging kuda di dalam bebola daging itu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

PRU 13 Merupakan "Pilihan Raya Media Sosial" Pertama Di Malaysia.

17 Rabiulakhir 1434

Pengamal media sosial perlu bersikap lebih matang dan bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan baharu itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil menyatakan sikap optimistik beliau terhadap media sosial dan kesannya terhadap masyarakat, Najib berkata adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya media sosial tidak terikat langsung dengan sebarang etika.

Kata beliau etika dan tanggungjawab yang datang bersamanya (media sosial) adalah sama pentingnya bagi masyarakat dalam memanfaatkan kepentingannya.

"Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya tidak wujud sebarang etika dalam konteks media sosial ini," kata Najib pada Minggu Media Sosial Malaysia anjuran Dewan Media Sosial (SMC) Malaysia di sini Rabu.

Acara itu turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan pengasas, yang juga presiden Dewan Media Sosial Malaysia Shahul Hameed Shaik Dawood.

Najib berkata bulan-bulan yang akan datang merupakan tempoh yang menarik bagi mereka yang meminati politik dan Internet.

Perdana Menteri berkata beliau yakin pilihan raya kali ini akan merupakan "pilihan raya media sosial" pertama bagi Malaysia.

"Kita dapat melihat betapa ia bertindak sebagai pemangkin bagi ahli politik untuk berurusan secara dalam talian dan sebenarnya ini adalah sesuatu yang baik.

"Memanglah, ia bukan merupakan faktor paling besar pada pilihan raya ini, tetapi, yang pasti, ia akan memberi tempo kepada perbahasan politik dan mengundang lebih banyak orang untuk bersuara melaluinya," kata beliau.

Najib berkata, sebenarnya, adalah menjadi sebahagian daripada hasrat dan tanggungjawab beliau sebagai perdana menteri untuk memikirkan tentang seluruh negara dan memastikan seramai mungkin rakyat mempunyai akses terhadap peluang yang dibawa oleh media sosial - "bukan saja kepada kita yang ada di dalam dewan ini."

Katanya adalah tidak wajar bagi kerajaan membiarkan sebahagian anggota masyarakat berada di sebelah "jurang digital" yang merugikan mereka, terputus daripada menikmati manfaat besar dalam bidang pendidikan dan perusahaan pada zaman moden ini.

"Kami sedang berusaha untuk memastikan perkara itu tidak berlaku, melalui inisiatif seperti Digital Malaysia, menawarkan baucer telefon pintar kepada golongan muda dan meluaskan akses jalur lebar di kawasan luar bandar.

"Saya mahu semua rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi masa depan yang sedang datang dengan begitu pantas sekali," katanya.

Najib berkata media sosial merupakan satu kuasa besar yang mewujudkan keterbukaan dan kerajaan juga tidak terkecuali daripada mengamalkannya.

Kata Perdana Menteri sebab itulah beliau berusaha untuk berkomunikasi melalui platform paling baharu dan melalui cara paling relevan seperti Belanjawan, beliau cuba melaksanakan tugas secara berlainan daripada biasa dengan melancarkan perundingan secara dalam talian, di mana beliau mempelawa orang ramai mengemukakan idea mereka dan pada waktu yang sama memberi pertimbangan terhadap pendapat lain.

"Oleh itu, bagi kerajaan, sama seperti syarikat perniagaan, teknologi bererti cara baharu melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kuasa untuk mendekati khalayak baharu, membawa tanggungjawab baharu juga; bersikap lebih terbuka dan bertanggungjawab.

"Rakyat, terutama 'pribumi digital', yang membesar bersama Internet, kini mempunyai harapan lebih tinggi tentang keterbukaan dalam semua hal kehidupan," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Ketuanan Melayu Adalah Ketuanan Islam

17 Rabiulakhir 1434

Bancik tertarik dengan kenyataan seoarang pemimpin politik yang meminta ketuanan Melayu dihumban keluar dari arus politik negara atas dakwaan tidak adil ke atas kaum lain dan tidak menurut Al Quran. Bancik menghormati pandangan beliau namun Bancik berpendapat sebaliknya. Ketuanan Melayu di Malaysia jika kita lihat dari segi konteks di Malaysia sebenarnya  adalah juga merujuk kepada Ketuanan Islam.

Jika kita lihat, apabila beratus tahun umat Islam  di jajah, maka perlunya konsep ketuanan itu diwujudkan bagi menyusun semula masyarakat dan merapatkan jurang perbezaan ekonomi di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan adanya konsep berkenaan, banyak institusi-institusi Islam berjaya ditubuhkan dan diperkasakan. Maka adalah tidak adil untuk menghumbankan konsep ketuanan Islam dan memperlekeh-lekehkan ketuanan Melayu yang selama ini telah berjaya menegakkan Islam dan melahirkan ustaz-ustaz yang telah dihantar ke luar negara untuk mencari ilmu disebabkan kemakmuran yang wujud daripada hasil ketuanan tadi, walaupun sebahagian besar graduan berkenaan menentang pelaksaan dasar berkenaan. Jika kita telah berjaya, jangan pula menghalang pihak lain untuk menikmati konsep berkenaan sebaliknya kita perlu berusaha memperbaikinya.

Wallahualam.

Tuesday, February 26, 2013

Beberapa Tempat Di Kelantan Dilanda Banjir

15 Rabiulakhir 1434

Seramai 261 penduduk di Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sejak malam tadi.

Enam buah pusat pemindahan dibuka iaitu tiga di Tanah Merah, dua di Pasir Puteh dan satu di Kuala Krai bagi menempatkan 59 keluarga yang terjejas akibat banjir.

Gambar: myMetro
Hujan berterusan sejak tiga hari lalu turut mengakibatkan beberapa daerah lain seperti Rantau Panjang dinaiki air. Antara kampung terjejas di daerah berkenaan adalah Kampung Lanchang, Kampung Bongor, Kampung Banggol Nyiur, Kampung Kelawar, Kampung Lubuk Batil, Kampung Binjai, Kampung Siram serta Kampung Jejawi.

Kampung lain di kawasan rendah dan berhampiran sungai seperti Kampung Padang Licin, Kampung Tasek Bakong dan Kampung Putat Tujuh turut dinaiki air sehingga menyebabkan jalan menghubungkan kampung itu dengan kampung sekitar tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Maklumat lanjut: myMetro

Isu Sultan Sulu: Polis Malaysia Tamatkan Rundingan

15 Rabiulakhir 1434

Polis menutup pintu rundingan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini, dan bersedia mengambil tindakan menggunakan kekuatan pasukannya bagi menamatkan pencerobohan itu.

 Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata penceroboh tidak mempunyai pilihan kecuali keluar dari lokasi persembunyian untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.Tegasnya, pasukan keselamatan akan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat daripada diganggu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu.

“Tiada lagi rundingan dan (kita) akan mengambil tindakan mengikut undang-undang jika mereka enggan mengikut arahan untuk pulang ke negara asal.

“Kita tidak peduli kumpulan terbabit daripada Kesultanan Sulu kerana mereka adalah pendatang dan melanggar kedaulatan serta keselamatan negara.

Maklumat lanjut: BHOnline

Tidak Adil Samakan Pemberi BR1M Dengan Firaun

15 Rabiulakhir 1434

Bancik dengan rasa rendah hati menyeru para bijak sana , bijak situ dan bijak sini agar tidak menghina pihak-pihak yang menerima atau memohon atau yang memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau dengan nama glamour BR1M. Selepas ada pihak yang menyamakan pihak yang menerima sebagai haiwan sebelum ini, maka terbaru ada pihak yang menyamakan pihak yang memberi sebagai Firaun pula.

Rasanya, dari segi pemahaman bancik yang dhaif ini, tak terfikir pula ayat-ayat Al-Quran yang dihujahi oleh pihak berkenaan ada kena mengena bantuan BR1M atau yang menyamai. Pihak yang memberi pula tidak pula minta disembah seperti mana yang Firaun lakukan. Maka eloklah para ulama-ulama yang muktabar di Malaysia ini terus membuat teguran kepada pihak berkenaan. Bancik hanya mampu menegur di blog yang tak seberapa ini aje. Itupun kalau ada yang sudi membacanya.

Cuba kita ambil jalan yang lebih baik dengan berbaik sangka. Bukankan banyak kisah lain yang menggalakkan kita memberi kepada mereka yang meminta dan yang tidak meminta. Bancik harap agar lebih ramai para ustaz-ustaz yang mempunyai ilmu menjelaskan perkara kebenaran tak tidak terkepung dengan fahaman politik semata-mata. Katakanlah benar walaupun ianya amat memedihkan hati atau pahit untuk ditelan.

Bancik tinggalkan persoalan ini untuk renungan bersama. Sama-samalah kita Banyakkan beristigfar.

Wallahualam


Monday, February 25, 2013

Kerajaan Filipina Hantar Kapal Untuk Bawa Pulang Kumpulan Penceroboh Di Lahad Datu

15 Rabiulakhir 1434

Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb.

Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam ini.

Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga, "sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan".

Maklumat lanjut: BERNAMA

Rakyat Berpendapatan Rendah Akan Terpinggir Jika Negara Amalkan Model Pembangunan Sosialis

15 Rabiulakhir 1434

Rakyat berpendapatan rendah sama ada di bandar atau luar bandar akan terpinggir dan ketinggalan daripada arus pembangunan negara sekiranya kerajaan melaksanakan model pembangunan sosialis yang menidakkan prinsip keadilan sosial dan meritokrasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata justeru apa sahaja yang menjadi penghalang kepada prinsip ini mesti diubah dan diruntuhkan supaya keadilan sosial menjadi kenyataan dan realiti bersesuaian dengan satu daripada tonggak dalam gagasan 1Malaysia.

Katanya bersesuaian dengan prinsip itu, maka model pembangunan negara ini bukanlah model apabila kuasa pasaran menentukan segala-galanya.

"Bukan juga model sosialis di mana kita tidak ambil kira soal meritokrasi, soal daya saing. Apa yang perlu kita lakukan ialah supaya prinsip mengiktiraf kecemerlangan dan kebolehan disokong dengan program-program yang boleh menentukan keadilan sosial tanpa menjejaskan prinsip mengiktiraf kebolehan dan kecemerlangan," katanya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Teknologi Baharu Ubah Cara Orang Ramai Berkomunikasi

15 Rabiulakhir 1434

Kemunculan teknologi komunikasi baharu telah membawa transformasi besar dalam cara orang ramai berkomunikasi dan berkongsi pengetahuan serta maklumat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.

Beliau berkata teknologi baharu, seperti TV interaktif dan IPTV, menawarkan peluang luas bagi penyertaan dan pembabitan orang ramai.

"Penggunaan media telah diperluaskan dan sudah tiba masanya untuk meneliti asas dan hala tuju media, komunikasi dan kebudayaan," katanya pada persidangan antarabangsa bagi latihan penyiaran di sini.

Rais berkata audien kini proaktif dalam mendapatkan maklumat dan mempunyai kuasa untuk menyuarakan kehendak mereka dan berkeupayaan mewujudkan ruang bagi perubahan sosial dan kebudayaan.

"Impak HDTV (TV Definisi Tinggi) tidak harus diremehkan berikutan bukan sahaja nilai hiburan bertambah baik tetapi mesej-mesej kepada rakyat juga boleh menjadi lebih efektif," katanya.

Beliau berkata program-program berita HDTV berupaya memaparkan imej acara dan peristiwa yang berlaku di negara ini dengan amat jelas, dan ini akan dapat membantu menyakinkan penonton dan membantu menghapuskan kekeliruan dalam fikiran orang ramai.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saturday, February 23, 2013

Isu Air Selangor Semakin Gawat

12 Rabiulakhir 1434

Paip reput, atap repui di loji rawatan air, pam rosak akibat beroperasi melebihi had sebenar, loji rawatan air beroperasi pada kapasiti sepenuhnya - dan lebih teruk lagi, tidak cukup air dirawat untuk pengguna domestik dan industri - masalah air di Selangor kini semakin gawat.

Kerajaan negeri enggan memberikan kelulusan kepada empat syarikat konsesi air mendapatkan dana bagi menyelesaikan masalah berkenaan kerana ia berhasrat mengambil alih syarikat air berkenaan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Tuesday, February 19, 2013

Agama Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan Bukan Peruntukan Sia-sia

9 Rabiulakhir 1434

Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan bukan satu peruntukan sia-sia.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata dengan adanya peruntukan itu negara Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah 'negara Islam'.

"Di mata dunia, Malaysia bukan sahaja dilihat sebagai sebuah negara Islam, malah negara Islam contoh di abad ini. Malaysia juga dianggap sebagai contoh sebuah negara Islam maju di zaman ini," katanya.

Abdul Hamid berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Islam dan Tafsiran Keperlembagaan oleh Mahkamah di Malaysia' pada Muzakarah Pakar bertajuk 'Malaysia: Kemelut Negara Islam Negara Sekular' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini Selasa.

Beliau berkata kerajaan Malaysia mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan dan perkembangan perbankan Islam, kewangan Islam, dan takaful sehingga negara berada pada tahap ke hadapan dalam bidang itu.

Abdul Hamid berkata rakyat juga boleh melakukan aktiviti keislaman termasuk membina universiti, kolej, masjid dan sekolah.

"Bayangkan jika tidak ada perisytiharan mengenai Perkara 3(1) itu dalam Perlembagaan Persekutuan, bolehkah semua itu dilakukan?" katanya.

Mengenai tajuk muzakarah itu berkaitan negara sekular, Abdul Hamid yang merujuk kepada penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh melawan pihak pendakwaan pada 1988, berkata dalam penghakiman itu perkataan 'secular' disebut sebanyak tiga kali.

"Kali pertama dalam rangkai kata 'secular institutions' semasa memetik daripada buku karangan M.B.Hooker. Dua kali lagi dalam rangkai kata 'secular law' semasa merujuk kepada undang-undang yang berkuat kuasa pada hari Kemerdekaan," katanya.

Abdul Hamid berkata penghakiman itu menggunakan perkataan 'secular' bukan untuk menggambarkan negara tetapi menggambarkan institusi-institusi dan undang-undang.

"Itu pun penggunaannya pada pandangan saya tidak tepat dan perkataan itu tidak perlu digunakan. Disebabkan oleh kepentingan politik dan kumpulan, ia kerap dipetik di luar konteks bagi mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular, sedangkan Perlembagaan Persekutuan tidak sekali pun menggunakan perkataan itu," tegasnya.

Juga merujuk kepada penghakiman kes itu yang didengar lima hakim dan ditulis oleh bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas, Abdul Hamid berkata beliau juga bersetuju dengan penghakiman itu bahawa Perkara 3(1) itu tidak dengan sendirinya menjadikan semua undang-undang yang bercanggah dengan Syariah adalah tidak sah dan batal.

Beliau juga berkata kerapkali peguam sivil tidak tahu bahawa sesuatu undang-undang yang sedia ada itu adalah patuh kepada Syariah malah serupa dengan Syariah manakala ahli-ahli syariah pula tidak tahu bahawa prinsip-prinsip Syariah telah pun dijadikan undang-undang.

"Saya percaya jika hari ini diisytiharkan Malaysia akan melaksanakan Undang-Undang Islam sepenuhnya, lebih daripada 90 peratus undang-undang yang sedia ada tidak akan berubah," katanya.

Semasa sesi soal jawab berhubung pembahagian bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, Abdul Hamid mencadangkan jika terdapat isu syariah di Mahkamah Sivil seorang hakim Mahkamah Syariah hendaklah dipinjam untuk bersidang bersama Hakim Mahkamah Sivil.

Beliau juga berkata kedua-dua mahkamah itu boleh digabungkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun bekas ketua hakim negara itu berkata perkara itu tidak akan berlaku kerana ia memerlukan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan bidang kuasa terhadap Mahkamah Syariah dipindahkan kepada kerajaan Persekutuan.

Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz dari Jabatan Undang-Undang Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika membentangkan kertas kerjanya pula berkata tiada bukti yang menunjukkan negara ini pernah menjadi negara sekular.

"Ada dua bentuk sekular iaitu bentuk sekular yang rigid (ketat) atau sekular yang fleksibel (anjal). Kedua-duanya tidak wujud di negara ini," katanya.

Muzakarah Pakar Malaysia: Kemelut Negara Islam Sekular membentangkan tiga kertas kerja bertajuk 'Pemasukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan" oleh Dr Shamrahayu.

Dua lagi oleh Abdul Hamid dan Prof Emeritus Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, Dekan Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM, bertajuk 'Pra-syarat dan Ciri-Ciri Negara Islam: Aplikasi Semasa di Malaysia.'

Muzakarah selama tiga jam setengah itu menjelaskan kedudukan, tafsiran dan implikasi sebenar Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, membetulkan salah tanggapan dan salah tafsiran ke atas penghakiman kes Che Omar, serta mengemukakan resolusi muzakarah kepada pihak berwajib, parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain yang berkepentingan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, February 13, 2013

UMNO Tidak Tipu PAS

3 Rabiulakhir 1434

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada penipuan yang dilakukan oleh Umno berhubung dakwaan bahawa PAS telah ditipu oleh Umno semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri itu berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.

"Katanya PAS telah ditipu oleh Umno semasa PAS berada dalam BN. Bagaimana Umno menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang," katanya dalam entri terbaharu dalam blog beliau di www.chedet.cc Rabu.

Katanya perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN.

"Perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden PAS ketika itu). Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh Umno," katanya.

Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau adalah menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn ketika PAS keluar dari BN, begitu juga berada dalam kabinet Tun Abdul Razak Hussein bersama Datuk Asri Muda dan Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua Agung PAS ketika itu) semasa PAS menyertai BN.

"Datuk Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna beliau bertanggungjawab terhadap FELDA.

"Selepas beberapa bulan PAS menyertai BN, anggota Umno Johor mengadu kepada Tun Razak bahawa Datuk Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu," katanya.

Katanya secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat Umno dan selepas Asri bertanggungjawab ke atas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak Umno.

"Pada waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai ketua PAS dengan Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Asri. Mohd Nasir mendakwa beliau telah mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan," katanya.

Sumber : BERNAMA

UMNO Bakal Letak Calon Tempatan Untuk Parlimen Parit Buntar?

3 Rabiulakhir 1434

Barisan Nasional (BN) mempunyai potensi untuk mengambil kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Parit Buntar dan Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keyakinan BN untuk menawan semula kerusi Parlimen dan Dun itu timbul berikutan kegagalan penyandang kerusi dari parti pembangkang membawa pembangunan di kawasan berkenaan.

"Apa yang kita dapat bila kita memilih calon pembangkang?... Rakyat perlukan pembangunan," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bertemu rakyat di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Piandang di sini, hari ini.

Pada PRU12 pada 2008, kerusi Parlimen Parti Buntar dimenangi oleh Dr Mujahid Yusof Rawa dari Pas dan dua kerusi Dun di bawah Parlimen itu iaitu Titi Serong disandang oleh Dr Khalil Idham Lim (Pas) dan Kuala Kurau oleh Abdul Yunus Jamahari dari PKR.

Kerusi Parlimen Bagan Serai dimenangi oleh calon PKR, Muhsin Fadzli Samsuri manakala kerusi Dun Alor Pongsu dimenangi calon BN Sham Mat Sahat dan Dun Gunung Semanggol oleh calon Pas, Ramli Tusin.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata, kekalahan BN di kawasan tersebut bukan disebabkan pembangkang kuat sebaliknya ia disebabkan oleh masalah dalaman dan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli parti.

Justeru itu, beliau berkata, permasalahan lama yang dihadapi oleh jentera pilihan raya BN di kedua-dua kawasan itu harus diselesaikan segera supaya dapat bangkit semula daripada kekalahan lima tahun lepas.

Beliau turut memberi jaminan bahawa calon BN pada PRU13 di kawasan itu adalah daripada kalangan anak tempatan.

Maklumat lanjut: SH Online

Jika Bendera Parti-Parti Pakatan Diharamkan Pada PRU 13 ?

3 Rabiulakhir 1434

Apa rasanya jika kerajaan BN mengharamkan bendera Pakatan Pembangkang dari dikibarkan pada PRU 13 akan datang? Sudah tentu isu yang akan akan ditimbulkan bahawa kerajaan BN adalah zalim. Bancik menyatakan demikian berikutan laporan di Utusan Online yang menyebut bahawa Barisan Nasional (BN) mungkin tidak dibenarkan memasang bendera parti sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan kegagalannya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong mendakwa, banyak bendera 1Malaysia yang digantung di laluan-laluan utama di negeri ini sempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran BN negeri kelmarin tidak mempunyai permit.

Selain itu jelasnya, pengantungan bendera berkenaan juga dikatakan membahayakan penguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

“MPPP memberi tempoh seminggu kepada BN negeri untuk tampil membayar kompaun bagi menuntut kembali bendera-bendera yang dirampas.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, kami (MPPP) akan menyenaraihitam BN untuk memohon permit bagi mengantung bendera parti selepas ini termasuklah semasa berlangsungnya pilihan raya umum nanti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jika dilihat di negeri lain yang diperintah BN, bendera-bendera Pakatan Pembangkang dipasang sesuka hati, tiada pula ugutan dibuat oleh pihak BN.Jika ini benar, maka sahlah, pakatan pembangkang cakap tak serupa bikin. Cakap pasal kebebasan media, asyik menyaman aje. Cakap kebebasan berhimpun, depa lagi teruk, nak pasang benderapun tak bagi..?

Bancik tinggalkan sahaja persoalan tersebut di sini untuk renungan bersama.

Wallahualam


Tuesday, February 12, 2013

Persembahan Psy Tidak Libatkan Wang Rakyat

2 Rabiulakhir 1434

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persembahan megastar dari Korea Selatan, PSY, pada majlis rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina tidak melibatkan wang rakyat.

Perdana menteri juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis itu yang popular dengan lagu hit 'Gangnam Style'.

"Sekadar untuk mengulangi, persembahan PSY langsung tidak melibatkan wang rakyat. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menonton," kata beliau menerusi mesej Twitter.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Gara Gara Tidak Hormati Bapa, Lelaki Ditahan Kerana Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Raja Permaisuri Agong

1 Rabiulakhir 1434

Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.

"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.

"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Hatta berkata suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Najib Dijangka Adakan Perjumpaan Dengan Pemikir Dan Cendekiawan Islam 5 Mac Ini

1 Rabiulakhir 1434

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan perjumpaan dengan pemikir dan cendekiawan Islam di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 5 Mac nanti.

Mereka terdiri daripada tokoh-tokoh ulama, pemimpin, mufti, tokoh-tokoh Institusi Pengajian Tinggi (IPT), syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dan ketua-ketua jabatan kerajaan di seluruh negara.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, perhimpunan dan perjumpaan perdana yang dijangka melibatkan 16,000 tokoh cendekiawan Islam antara lain bertujuan bagi menjalin hubungan baik antara kerajaan dengan ulama dan umarak.

"Pada perjumpaan itu nanti, Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu yang istimewa dan penting kepada warga agama bagi menjadikan Islam sebagai agenda penting yang akan diperkasakan selepas pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika melawat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Utama Gong Badak di sini hari ini. Turut hadir Naib Canselor UniSZA Prof Dr Yahaya Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Jailani yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perdana Perhimpunan Ulama/Umarak dan Warga Asnah bersama Perdana Menteri itu berkata, selain sebagai jambatan antara ulama dan umarak, perjumpaan itu untuk memberi resolusi-resolusi terbaik dan menyatakan sokongan padu golongan itu kepada kepimpinan Perdana Menteri.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sunday, February 10, 2013

Cina Jambul

29 Rabiulawal 1434

Jambul adalah nama glamour bagi seoarang apek yang berjiran dengan keluarga Bancik ketika zaman kecil dahulu. Bancikpun tak pasti kenapa dia dipanggil sedemikian. Mungkin generasi di kampung Bancik sekarang dah tak tahu bahawa apek berkenaan pernah berada di situ. Namun ketika waktu dahulu setiap kali perayaan, akan adanya hantaran kuih sesama jiran. Bila sampai masa datang Tahun Baru Cina, Jamboi akan beri limau dan kuih bakul. Begitu juga sebaliknya jika Hari Raya Puasa, kami akan hantar kuih ke rumahnya pula.

Kuih bakul tu Bancik baham aje, maklumlah kanak-kanak, asyik lapar aje memanjang , tambah pula dibekalkan dengan limau.Tapi kuih bakul ketika itu dibuat bekas dengan daun pisang aje. Sekarang ni, dah tak berani makan dah, kata orang , kalau dah was-was, jangan ambil aje dan elakkan.

Yang baiknya tentang jambul ini, kalau dia buat kerja tu, dia amat teliti. Kalau dia bersihkan rumput, habis botak rumput-rumput tersebut seperti mana rambutnya yang botak. Kalau dia tanam apa-apa, dia mesti akan kasi jiran-jiran yang lain rasa walaupun bukan dari kaumnya.Mungkin Jambul adalah dikalangan generasi yang menghargai keamanan dan kestabilan serta keharmonian bernegara.

Kini Jambul telah tiada. Rumahnya yang didiami keluarga yang besar dahulupun telah berpindah tangan kepada tauke 'Hardware" di Sungai Bakau. Cuma anak-anak zaman ini seolah tidak akan merasa zaman berkenaan. Zaman sekarang, kita sering diadu domba dalam hubungan dikalangan berlainan bangsa atas kepentingan politik golongan yang tertentu. Persoalannya, apakah ini baik untuk masa depan negara dalam jangka masa panjang?

Wallahualam

Sunday, February 3, 2013

Harun Taib Bidas Karpal

23 Rabiulawal 1434

Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak berhak mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Karpal tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman parti lain.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas turut mempertikaikan kelayakan Karpal untuk memberikan pandangan dalam isu tersebut.

“Kita tidak peduli pandangan Karpal. Siapa dia hendak beri pandangan? Dia pun daripada parti lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.


Maklumat lanjut: Utusan Online

Chedet Tegur Pok Nik

23 Rabiulawal 1434

Tun Dr Mahathir Menulis :

APABILA agama dijadikan isu politik, tak dapat tidak ia akan tercemar. Politik kerap kotor. Apabila yang bersih dicampur dengan yang kotor, yang bersih akan jadi kotor, bukan sebaliknya.

Kita sedang menyaksikan pencemaran ini berlaku kepada agama Islam bukan sahaja oleh musuh Islam tetapi oleh orang Islam sendiri. Kehormatan terhadap agama, Nabi bahkan Allah sudah berkurangan.

Sudah ada pemuda Melayu yang sanggup berkata, "Kenapa kita perlu lindungi Nabi, Nabilah yang patut lindungi kita".

Seorang lagi pemuda Melayu dalam surat kepada seorang VVIP Melayu berkata, "Allah bukan ada 'patent rights'. Siapa pun boleh guna Allah.

Semasa lawatan Ratu Elizabeth ke Malaysia untuk Sidang Komanwel pada 1989, baginda tidak dibenar melawat masjid Shah Alam. Alasannya ialah kerana pihak berkuasa masjid tidak dapat menentukan beliau datang bulan atau tidak. Ratu Elizabeth pada masa itu berumur 64 tahun kerana seperti saya, baginda lahir pada 1925.

Sekarang kerana politik, perempuan bukan Islam yang masih boleh hamil dibenar masuk dalam masjid untuk bersyarah, untuk berjumpa Tok Guru. Wanita Islam tahu bila boleh masuk masjid. Apakah pegawai masjid sudah tentukan keadaan pemimpin wanita bukan Islam ini sebelum membenar dia masuk masjid. Atau apakah demi undi, yang tidak bersih pun boleh dianggap bersih.

Tetapi yang menyedihkan sangat ialah kenyataan Nik Aziz bahawa Nabi Muhammad SAW ialah orang biasa. Ia menjadi Nabi hanya setelah meningkat umur 40 tahun. Oleh itu kenapa perlu kita sambut hari Nabi SAW diperanakkan (Maulud Nabi)?

Dan Kelantan pun tidak merayakan Maulud Nabi tahun ini.
Gambar: MyKmu

Tetapi saya baca dan lihat gambar Nik Aziz merayakan hari beranaknya di rumah Karpal Singh dengan bersalam dengannya, untuk merayakan hari Thaipusam.

Jelaslah bahawa bagi Nik Aziz, Mursyidul Am Pas, hari beranaknya boleh dirayakan bersama Karpal Singh. Maulud Nabi bukanlah sesuatu yang perlu kita rayakan.

Kalimah Allah sudah digunakan untuk pancing undi. Kerana ingin dapat undi pihak tertentu dalam pilihan raya, dinyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa sahaja.

Kemudian apabila takut tak dapat undi pihak yang lain, dengan mudah dinyatakan kalimah Allah tidak boleh diguna selain dalam agama Islam. Bila ditanya kenapa dahulu kata boleh, jawabnya itu karut. Mursyidul Am Pas mengaku ia mengarut.

Soalnya ialah apabila kenyataan-kenyataan ini dibuat, apakah ia kerana Allah SWT atau kerana ingin memenangi pilihan raya, ingin jadi Perdana Menteri, ingin pancing undi. Apakah kalimah Allah dijual untuk undi duniawi.

Di Malaysia ada hanya Sunni. Tidak ada Syiah. Kita tahu apabila ada Sunni dan Syiah dalam sesuatu negara maka permusuhan yang ketat akan berlaku sepanjang masa sehingga ramai bunuh-membunuh berlaku antara mereka.

Malaysia tidak ada Syiah. Sebelum adanya pilihan raya tidak ada perpecahan di kalangan orang Islam di Malaysia kerana tafsiran Islam yang berbeza. Apabila pilihan raya memberi peluang untuk mendapat jawatan, elaun dan bermacam keuntungan, barulah perpecahan berlaku. Untuk mendapat nikmat duniawi maka agama diperalatkan. Maka mulalah tuduhan bahawa orang UMNO kononnya kafir supaya mendapat sokongan orang Melayu lain dalam pilihan raya. Maka berpecahlah orang Islam di Malaysia seperti yang terdapat di negara Islam yang mempunyai Sunni dan Syiah. Maka berlakulah sembahyang dua imam, kubur berasingan dan lain-lain. Maka diheretlah kalimah Allah, Maulud Nabi, sembelihan orang tertentu haram dimakan dan bermacam lagi.

Saya percaya pada masa hadapan akan berlaku lebih daripada ini. Agama Islam akan lebih dicemar oleh orang Islam sendiri. Jika ini disertai oleh orang bukan Islam maka akan berlakulah ketegangan hubungan antara kaum dan rusuhan di Malaysia. Negara yang aman ini akan menjadi seperti negara-negara yang mana penduduk terbahagi kepada Syiah dan Sunni dan agama-agama lain.

Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih bahaya daripada permusuhan kerana agama.

Wallahualam

Sumber: Utusan Online


UMNO Yang Salah, Lim Guan Eng & Karpal Singh Juga Yang Betul?

22 Rabiulawal 1434

Bagi Bancik, cukup cukuplah dengan sikap menyalahkan orang lain bila kita mempunyai masalah. Kanyataan ini adalah rentetan kenyataan terbaru seorang Presiden Parti yang mengaku memperjuangkan Islam. Terbaru, menerusi  Sinar Harian Online, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa isu kalimah ALLAH yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ini kerja Umno. Mengaku Islam... bawa isu kalimah ALLAH musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah ALLAH," katanya ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas di sebuah hotel dekat ibu negara, hari ini.

Jelas Hadi, keputusan dibuat Majlis Syura Pas berkaitan dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu termasuk sesetengah media sehingga ia menimbulkan kebimbangan rakyat.

"ALLAH tak boleh diterjemahkan. Dalam masa sama ALLAH digunakan bukan Islam ditempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.

"Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan ALLAH tidak boleh diterjemah. Perkataan ALLAH tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) ALLAH dalam bangsa kamu, itu hak kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan," tegas beliau.

Cadangan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Hari Natal lalu.

 Maklumat lanjut: Sinar Harian Online

Komen Bancik:

Cukuplah menyalahkan orang lain. Adakah sikap menyalahkan orang lain dituntut dalam Islam?

Wallahualam





Pocong Di Parit Buntar ?

22 Rabiulawal 1434

Bancik rasa macam cerita Hantu Kak Limah pulak bila terbaca mengenai berita tentang Pocong di tempat tanah tumpah darah di Tanjung Piandang. Ini berikutan laporan di Sinar Harian Online yang melaporkan bahawa MB Perak dengan sinis mengatakan "Tidak logik dan keterlaluan!" Mungkin itu persepsi timbul apabila kisah tahyul pun dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Sama ada mahu percaya atau sebaliknya, itulah hakikat berlaku di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau.

Barangkali terdesak atau ketandusan strategi berkempen, kisah pelik itu didakwa menjadi pilihan pemimpin Pakaran Rakyat (PR) di kawasan tersebut.

Heboh di sini memperkatakan kononnya pemimpin PR telah memanipulasi 'kekalutan' kemunculan pocong seperti didakwa penduduk sebagai natijah kepada projek pembangunan yang dilaksanakan.

Timbul cerita, pemimpin PR didakwa mengaitkan kehadiran pocong berkeliaran menakutkan penduduk kampung itu kononnya ada kaitan beberapa projek diusahakan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN), seolah-olag satu petanda buruk bakal berlaku kepada penduduk. Dakwa seolah-olah tidak masuk akal dan ‘melucukan’.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia tidak masuk akal dan amat melucukan

Zambry berkata, beliau difahamkan terdapat wakil rakyat PR menggunakan isu kehadiran pocong berkeliaran bakal memberi impak buruk kepada penduduk.

Menurutnya, dakwaan tersebut adalah gambaran sebenar betapa ceteknya pemikiran pemimpin PR sehinggakan terdesak 'menjual' cerita tahyul turut dimainkan untuk memberi gambaran buruk kepada Kerajaan Negeri.

Bancik percaya bahawa ulasan Zambry ada asasnya kerana setahu Bancik Zambry mungkin lebih tahu kerana beliau pernah bersekolah di Parit Buntar. Ini maklumat daripada Arwah Abang Bancik iaitu Bancak yang pernah duduk seasrama dengan beliau. Takkan le Pocong tu tak kenal Zambry ye?  Sebetulnya kalau ada Pocong tu adalah disebabkan terlalu banyak bulan mengambang di Tanjung Piandang tak? Atau Pocong tu nak ingatkan kita agar jangan pandai-pandai jual kalimah Allah untuk habuan dunia dan peringatan kepada kita bahawa kita juga akan dibungkus macam pocong bila dah tak bernyawa lagi.

Atepun Bancik minta saudara Mamat Khalid pergi ke Tanjung Piandang dan promote Parit Buntar sikit bagi glamer. Ataupun agaknya Pocong tu marah, asyik-asyik bila PRU asyik guna calon import aje tak kiralah belah manepun....Setahu bancik yang pernah tidur di batas bendang sorang-sorang jaga guni-guni padi yang tak sempat hantar ke kilang, tak ada ape pun berlaku walaupun ketika itu dimomokkan ada misteri berdekatan di sebuah Kampung yang terkenal sebagai Misteri Kampung Said....di Tanah Seratus Sungai Bakau.

 Menurut laporan itu lagi “Sebenarnya, projek pembangunan Kampung Tersusun di kampung itu merupakan satu projek contoh membuktikan Kerajaan Negeri prihatin dengan kebajikan penduduk apabila bersetuju membina penempatan baru setelah kawasan sedia ada diambil alih untuk pembinaan Rancangan Tebatan Banjir(RTB).

“Keadaan kampung itu pada masa kini jauh berbeza dengan keadaan sewaktu saya hadir ke sana buat pertama kali dan saya berharap rakyat menilai perubahan yang cuba dilaksanakan Kerajaan Negeri secara bijaksana,”katanya pada sidang media di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nam Hwa, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhad Mat Nayan, Pegawai Daerah Kerian, Kamaruddin Awang, Presiden Pertubuhan Belia 4b Kebangsaan, Muammar Ghadafi Jamaluddin, Penyelaras Dun Kuala Kurau, Mohd Salleh Md Disa, Penyelaras Dun Titi Serong, Abu Bakar Md Ali dan Penyelaras Parlimen Parit Buntar, Abdullah Salleh.

Majlis itu turut menyaksikan Zambry menyerahkan lesen bot nelayan dan peralatan keselamatan kepada 182 nelayan kawasan Kuala Kurau selain menyampaikan sumbangan kepada 60 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Kerian.

Zambry berkata, lawatan sehari ke daerah Kerian pada kali ini juga bukan gimik pilihan raya memandangkan beliau sendiri sudah mengadakan lawatan ke sini lebih sepuluh kali.

Menurutnya, sepanjang kehadiran beliau ke Parlimen Parit Buntar, hampir sebahagian besar janji Kerajaan Pusat dan Negeri kepada rakyat berjaya dipenuhi selain menyelesaikan banyak permasalahan rakyat.

Maklumat lanjut : SH Online

Kalau betul ada pocong, Bancik nak balik dan lakonkan watak Awie macam filem Hantu Kak Limah tu....


Wallahualam


Saturday, February 2, 2013

Berangan Menang RM 403,715, Rugi RM17,100

21 Rabiulawal 1434

Bancik merasa simpati bila membaca berita dimana seorang guru tadika berusia 36 tahun membuat laporan polis semalam selepas mendapati dirinya ditipu satu sindiket melalui e-mel pada 13 Dis tahun lepas.

Ketua Polis daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan hari ini berkata e-mel berbahasa Inggeris itu dari pihak tertentu menggunakan logo syarikat penerbangan AirAsia memberitahu bahawa mangsa memenangi US$130,000 (RM403,715) dalam satu cabutan bertuah di London sempena perayaan Krismas.

Katanya, pihak sindiket itu memberitahu guru tadika itu hadiah tersebut telah siap sedia untuk dimasukkan ke dalam akaun wanita itu melalui Telco Online Bank.

Wanita itu dalam laporannya berkata pada bulan lepas beliau menerima satu lagi e-mel dari pihak yang beralamat malaysiapolice@asia.com menyatakan bahawa siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati cabutan bertuah itu sah di sisi undang-undang.

"Berikutan itu, pengadu telah memasukkan secara berperingkat-peringkat wang sebanyak RM17,100 ke dalam akaun yang diberikan sindiket tersebut untuk mendapatkan hadiah yang dikatakan telah dimenanginya itu," kata Ruslan.

Beliau berkata e-mel dari AirAsia dan PDRM itu adalah palsu dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sindiket cabutan bertuah ataupun gores dan menang.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Bancik pernah ditawarkan hadiah lebih daripada RM 2 juta daripada email juga. Namun harus diingat sindiket menggunakan email ini sudah lama dilaporkan berlaku. Tetapi mungkin disebabkan ingin cepat kaya, rata-rata kita terpersona dengan apa yang diumpankan. Kalau tak percaya, anda cubalah buat seminar bagainama hendak jadi kaya. Mungkin anda akan dapat jadi kaya dahulu kerana ramai orang yang ingin tahu bagaimana anda jadi kaya. Anda jadi kaya dahulu kerana anda berjaya kutip yuran daripada mereka-mereka yang mahu jadi kaya.

Wallahualam

Friday, February 1, 2013

Kalimah Allah Hak Islam

20 Rabiulawal 1434

Penganut-penganut agama lain tidak mempunyai hak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah suci Allah kerana tindakan seumpama itu amat bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini.


Sehubungan itu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim meminta penganut-penganut bukan Islam sedar tentang kedudukan tersebut terutama kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan supaya mereka lebih bijak membawa diri dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif.


Maklumat lanjut: Utusan Online 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...