Jom Follow.....

Saturday, June 7, 2014

Hapuskan Bumper Batang Pinang

10 Syaaban 1435

Sekarang ini semakin ramai pihak yang mula memasang 'bumper" di jalan-jalan di taman-taman perumahan bagi tujuan keselamatan kanak-kanak dan pejalan kaki. Niatnya adalah baik.Namun begitu ianya kurang wajar jika ianya turut diletakkan di jalan-jalan utama. Lebih lebih lagi bumper yang dipasang itu terlalu kecil dan tinggi seolah-olah meletakkan batang pinang separuh merintangi jalan.

Ini akan menyebabkan berlaku kerosakan terhadap 'alignment" bagi kenderaan-kenderaan yang lalu lalang setiap hari. Ini akan menyebabkan keselamatan orang ramai yang menaiki kenderaan berkenaan yang makin terdedah kepada kemalangan disebabkan mudahnya berlaku kerosakan terhadap tayar. Oleh yang demikian, isu ini perlu juga diberikan perhatian oleh pihak berkuasa . Pihak-pihak yang berkenaan yang mahu memasang 'bumper" haruslah menepati piawaian yang telah ditetapkan agar keselamatan semua pihak dapat dipelihara.

Wallahualam

Friday, June 6, 2014

Biarlah Yang Pakar Lakukan Kerja Mereka

9 Syaaban 1435

Dalam zaman moden yang mana pelbagai media boleh diakses, kadangkala oleh menyebabkan lebih kekeliruan berlaku dikalangan masyarakat. Masing-masing nak beri hujah dan kadangkala melebihi pihak yang berwajib. Sebagai contoh, ramai nak jadi pakar pencarian pesawat. Yang nak jadi JAKIM juga tak kurang hebatnya.

Yang merisaukan, yang baru mengaji agama juga boleh sanggah pendapat golongan yang telah mendapat tauliah memberi ceramah agama. Lebih sensasi, yang dulunya popular berhujah dan mengkritik secara terbuka ustaz-ustaz popular. Akhirnya perbalahan berlaku dikalangan para penyokong masing-masing pula.

Pada Bancik, sesuatu perkara itu, biarlah mereka yang ahli yang diberikan lebih peluang bagi menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan di bidang masing-masing. Yang lain perlulah bersabar dan tidak cepat melatah.Apakah ini yang dinamakan janji pada akhir zaman?

Wallahualam

Monday, June 2, 2014

Kerang Bulu Di Parit Buntar



5 Syaaban 1435

Kerang bulu. Pastinya golongan muda masa kini bingung memikirkan apa yang membezakan kerang biasa dengan kerang bulu.

Di sebalik bentuk fizikal berbulu-bulu halus di seluruh cengkerang, kerang ini menerima permintaan sangat tinggi penggemarnya di seluruh negara.

Meskipun isinya sedikit liat berbanding kerang biasa, namun tidak menghalang penggemarnya untuk mendapatkan spesies siput itu dengan harga pasaran tinggi.
Faktor permintaan tinggi juga menyebabkan sebahagian kecil pencari siput dan kerang sanggup bergadai nyawa untuk mendapatkannya, termasuk menyelam ke dalam dasar laut sejauh tujuh meter.

Di Kerian, permintaan terhadap kerang bulu amat menggalakkan terutama pada Ramadan sehinggakan terdapat ramai penternak kerang sanggup mengambil risiko menyemai benih anak kerang di sepanjang kawasan persisiran pantai Bagan Tiang dan Kuala Kurau, di sini.

Di Bagan Tiang, pencari kerang tradisional, Kamaruddin Sulaiman, 44, berkata, dia mampu memperoleh hasil pendapatan lumayan dengan menjual siput dan kerang bulu.

Menurutnya, dia sanggup menggadaikan nyawa menyelam ke dalam dasar laut dengan kedalaman lebih tujuh meter bagi mendapatkan kerang bulu dan siput.

“Siput bayam dan kerang bulu biasanya hidup berdekatan malah sering ditemui bersama apabila nelayan menangguk di dasar laut.

“Seorang nelayan mampu memperoleh lebih dua kilogram kerang bulu pada musim pembiakan kerang bulu namun, bukan semua orang boleh melakukan pekerjaan menangguk kerang bulu berikutan perlu menyelam ke dasar laut tanpa menggunakan alat pernafasan selam,” katanya.

Kamaruddin berkata, bagi kebanyakan nelayan di sini, mereka lebih selesa menyelam berbanding menggunakan sauk panjang untuk menangguk dari atas bot.

Jelasnya, apabila menyelam, mereka dapat rasakan sendiri kewujudan lubuk kerang bulu berbanding menangguk dari atas bot yang tidak tentu hasilnya.

“Namun, risiko menyelam juga amat tinggi berikutan penyelam turut berdepan ancaman obor-obor.

"Justeru, kebanyakan kami memakai sut khas yang dibeli dengan lingkungan harga RM800 hingga RM1,300 untuk tujuan keselamatan,” katanya.

Kamaruddin berkata, setiap hari dia mampu memperoleh lebih 50 kilogram hasil kerang bulu yang dijual terus kepada pemborong.

Bagi harga hasil laut itu, Menurutnya, siput bayam dijual antara RM 5 dan RM 6 sekilogram bergantung pada saiznya manakala kerang bulu, dijual antara RM 1 sehingga RM 3 sekilogram.

“Harga kerang bulu dijangka akan meningkat dan selagi ada permintaan, selagi itu nelayan di sini akan mencarinya.

“Walaupun agak liat namun kemanisan isinya tetap mendapat permintaan yang tinggi di sini berbanding kawasan lain,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...