Jom Follow.....

Wednesday, December 31, 2014

Banjir: Keadaan di Daerah Kerian Perak Masih Selamat Setakat Ini

9 Rabiulawal 1436

Dalam suasana bencana banjir yang melanda di banyak kawasan, negeri dan daerah di seluruh negara, keadaan di daerah kerian dilihat masih selamat buat masa ini. Mengikut laporan di media arus perdana, tidak banyak kawasan di daerah berkenaan dilanda banjir. Cuma tak silap semasa beberapa hari lepas(tak silap hari jumaat) sebuah stesen radio melaporkan air naik di jalan utama setelah empangan di bukit merah terpaksa dilepaskan air.

Namun semasa penulis bergerak dari Parit Buntar untuk ke Taiping pada hari Isnin lepas, tiada banjir yang berlaku semasa perjalanan dilakukan. Ini mungkin berikutan hujan mula tidak turun pada hari sabtu dan ahad lalu.Namun diharapkan semua pihak di daerah berkenaan terus berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ini kerana daerah Kerian adalah merupakan salah satu daerah yang sering dilanda banjir di negeri Perak sebelum ini. Lebih-lebih lagi berita terkini (Utusan Online)menunjukkan keadaan banjir di bahagian Perak tengah semakin buruk.

Justeru itu, semua pihak perlu mendapatkan maklumat terkini daripada pihak yang berkuasa dan apa yang penting, sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui radio kawasan.

Kita doakan agar bencana banjir dan lain-lain bencana alam yang sedang melanda di banyak kawasan di seluruh negara surut dengan segera.

Wallahualam

Sunday, December 21, 2014

Artis Malaysia Tidak Tahu Berpersatuan?

29 Safar 1436

Penulis merasa agak pelik apabila membaca berita tentang seorang presiden sebuah persatuan artis yang membuat laopran polis atas alasan bendahari persatuan melarikan buku cek baru-baru ini. Melarikan buku cek atau presiden tidak dapat menghubungi bendahari adalah perkara yang berbeza.

Persoalan yang timbul, kenapa sampai membuat laporan polis? Melarikan buku cek tidak memberi apa-apa makna jika ianya tidak ditandatangani oleh pihak yang dinamakan. Dalam urusan persatuan, sekurang-kurangnya perlu ada dua tandatangan oleh 2 pihak pada cek jika pengeluaran wang persatuan hendak dilakukan. Tak tahulah pulak jika dalam perlembagaan mereka ini pelik sikit.

Dalam kes ini, tahukah presiden mereka ini tatacara berpersatuan? Rakyat Malaysia semakin celik pada zaman sekarang dan pihak berkenaan diminta tidak mengeluarkan berita sensasi yang tidak perlu di dunia hiburan Malaysia ini , lebih-lebih lagi ianya dilihat seolah-olah memperbodohkan pengetahuan peminat di industri hiburan tanah air. Ini bakal memualkan lagi suasana hiburan di tanahair yang dilihat makin suram sejak kebelakangan ini.

Jika ada keengganan salah seorang untuk menandatangani cek berkenaan, ianya perlu diselesaikan secara dalaman dan secara baik memandangkan industri hiburan malaysia amat kecil. Pertikaian seperti ini sepatutnya dibincang secara baik dan perlu dibawa ke mesyuarat ahli jawatankuasa persatuan untuk penyelesaian dan bukannya dengan membuat laporan polis. Itu macam main politik nampaknya.Politik lagi.......

Minta maaf jika ada yang terasa.Penulis cuma menegur sahaja. Lagipun tiada nama yang dinyatakan disini. Siapa yang terasa, renungkanlah nasihat penulis ini untuk keamanan semua.

Wallahualam

Saturday, December 20, 2014

Menang Tanpa Piala

28 Safar 1436

Tahniah diucapkan kepada Harimau Malaya kerana berjaya menewaskan pasukan bolasepak Thailand pada malam ini dengan jaringan 3-2. Namun begitu dangan secara agregat , pasukan bolasepak negara masih tewas dengan jaringan 4-3 dalam kejohanan yang dibuat secara timbal balas.Pasukan negara tewas di thailand 2-0 sebelum ini.

Bagi penulis, kejayaan ke final piala AFF sudah merupakan kejayaan yang besar lebih-lebih lagi jurulatih Dollah Salleh baru sahaja mengambil alih pasukan negara yang sebelum ini dilihat dalam keadaan terumbang ambing. Akhir kata..Tahniah semua rakyat Malaysia dan Harimau Malaya. Teruskan berusaha.

Wallahualam

Friday, December 19, 2014

UMNO Mulakan Langkah Berani

27 Safar 1436

UMNO telah memulakan langkah berani dengan membuka keahlian menerusi pendaftaran secara dalam talian. Sebelum ini penulis pernah mengkritik akan ketidakupayaan UMNO menyediakan platform sedemikian sedangkan kerajaan yang ditunjangi parti berkenaan di Malaysia telah memperkenalkan Korridor Raya Multimedia(MSC).

Memetik laporan Utusan Online, langkah ini dilihat salah satu usaha bagi menjenamakan semula parti dan membuka peluang semua pihak terutama generasi x dan y dari rakyat biasa , professional dan bangsawan Untuk turut bersama menyertai UMNO. Istilah berani merujuk kepada, hanya pemimpin UMNO yang layak sahaja akan dapat memimpin UMNO disebabkan lebih ramai pihak yang bakal dapat mengambil bahagian dalam menentukan kepimpinan UMNO pada masa akan datang.

Penulis sudah mencuba mendaftar semalam, dan menunggu akan keberkesanan kaedah ini. Ini disebabkan keputusan awal hanya menunjukkan keahlian sementara dan diletakkan di Bahagian Segambut dan di Cawangan PWTC. Kalau kekal di PWTC pun ok juga, sebab mana tau  boleh pergi mesyuarat cawangan di PWTC. Itu pun seolah sama macam pergi Perhimpunan Agung UMNO  kat PWTC jugak.

Sebelum ini, penulis nekad untuk tidak balik mengundi pada pilihanraya umum(PRU) akan datang sekiranya , keahlian UMNO yang dipohon beberapa kali sebelum ini tidak ada khabar berita. Kalau kaedah inipun masih tidak berjaya, maka sudah pasti penulis tidak akan mengundi pada PRU akan datang. Ini bukan satu ugutan, tapi satu cabaran kepada ahli dan pemimpin UMNO sekarang.

Wallahualam

Tak Perlu Naikkan Had Umur Untuk Berkahwin

27 Safar 1436

Kerajaan digesa tidak melayan cadangan sesetengah pihak untuk menaikkan had umur minimum berkahwin kepada 18 tahun seperti mana yang telah dilaporkan di SH Online. Ini jelas menyalahi hak asasi manusia dan menyalahi hukum Allah dan seolah-olah cadangan ini adalah cadangan bagi mengharamkan sesuatu yang halal.

Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi perkahwinan. Sudah la kebanyakan di kalangan manusia menolak dan ingkar akan hukum Allah.Jangan lah pula ada di kalangan manusia di Malaysia ini berusaha menghalang manusia yang lain mematuhi hukum Allah. lagipun , bagi  sesiapa yang memenuhi syarat untuk berkahwin di dalam Islam, ianya tidak perlu dihalang. Sila rujuk pakar Agama Islam untuk pencerahan lanjut.

Wallahualam

Mahasiswa & Mahasiswi Perlu Bijak Berpolitik

27 Safar 1436

Sikap untuk menjadikan pentas perwakilan pelajar sebagai tiket express dalam bidang politik sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan kaedah demonstrasi yang mana ianya dilihat sudah lapuk yang pernah digunakan oleh seoarang mantan menteri kanan Barisan Nasional yang dilihat telah  naik ke puncak dengan agak cepat dan kemudiannya jatuh dengan agak cepat juga.

Isu-isu yang perlu diperjuangkan perlulah berasaskan fakta dan bukannya berdasarkan persepsi semana-mata. Dan apa yang lebih penting lagi, untuk menjadi pemimpin yang baik, kita juga perlu jadi pengikut yang baik dan rakyat yang baik dan mengikut peraturan dan undang-undang. Jika undang-undangpun tak mahu patuh, bagaimana pula pengikut hendak patuh kepada kita jika kita memimpin pada suatu masa kelak?

Wallahualam

Monday, December 15, 2014

Kita Tidak Kebal Daripada Undang-undang

23 Safar 1436

Sesiapapun tidak kebal daripada undang-undang, sama ada kita pemimpin parti politik, NGO, masyarakat dan sebagainya. Jika kita hendak menjadi pemimpin yang baik, kita juga perlu menjadi rakyat marhain yang baik sebelum kita diangkat menjadi pemimpin.

Kenyataan ini penulis tujukan kepada segelintir ahli politik yang sering dilihat mencabar beberapa keputusan mahkamah yang tidak ikut selera mereka. Lebih mengecewakan keputusan mahkamah disanggah demi mendapat "political advantage" tarhadap kumpulan tertentu di negara ini. Namun kita harus ingat bahawa undang-undang perlu dipatuhi bagi memastikan kestabilan negara ini hatta di negara lain sekalipun. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan sensitiviti hubungan antara pelbagai bangsa dan agama.Pihak berkuasa pula perlulah bertegas kuatkuasakan undang-undang.

Sebagai contoh, jika undang-undang jalanraya menetapkan bahawa kita perlu berhenti pada masa lampu isyarat berwarna merah, maka kita perlu patuhi. Jika tidak patuh, maka kecelakaanlah yang menanti kita. Kalau kena saman tu..OK lagi. Kalau KO... ? Sempat ke mengucap?

Wallahualam

Thursday, December 11, 2014

Anak Malaysia Boleh! Dolah Telah Buktikan Malam Ini

19 Safar 1436

Anak Malaysia telah buktikan membawa pasukan Harimau Malaya ke pentas akhir Piala AFF 2014. Berbanding pasukan Vietnam yang menggunakan khidmat jurulatih asing Dolah Salleh yang mengambil alih pasukan Harimau Malaya dalam tempoh yang terhad sebelum kejohanan telah menaikkan lebih semangat kepada penulis/kepercayaan penulis bahawa semangat Malaysia Boleh harus diperkuatkan bagi meningkatkan keyakinan rakyat. Kemenangan 4-2 malam ini menaikkan semangat seluruh negara.

Mengimbau kenangan krisis ekonomi pada era akhir 90an, ianya  juga diselesaikan oleh anak Malaysia tanpa mengambil nasihat daripada orang asing atau tabung Kewangan Dunia (IMF). Tapi sayang.., kini semangat Malaysia Boleh seakan padam di arena korporat Malaysia. Ramai orang asing semakin diambil menjawat pegawai tinggi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) , seakan tiada warga Malaysia yang boleh memikul tanggungjawab berkenaan.

Terima kasih Dolah Salleh...! Malam ini anda telah mengubat hati kami. Rakyat Malaysia BOLEH..!

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...