Jom Follow.....

Sunday, December 21, 2014

Artis Malaysia Tidak Tahu Berpersatuan?

29 Safar 1436

Penulis merasa agak pelik apabila membaca berita tentang seorang presiden sebuah persatuan artis yang membuat laopran polis atas alasan bendahari persatuan melarikan buku cek baru-baru ini. Melarikan buku cek atau presiden tidak dapat menghubungi bendahari adalah perkara yang berbeza.

Persoalan yang timbul, kenapa sampai membuat laporan polis? Melarikan buku cek tidak memberi apa-apa makna jika ianya tidak ditandatangani oleh pihak yang dinamakan. Dalam urusan persatuan, sekurang-kurangnya perlu ada dua tandatangan oleh 2 pihak pada cek jika pengeluaran wang persatuan hendak dilakukan. Tak tahulah pulak jika dalam perlembagaan mereka ini pelik sikit.

Dalam kes ini, tahukah presiden mereka ini tatacara berpersatuan? Rakyat Malaysia semakin celik pada zaman sekarang dan pihak berkenaan diminta tidak mengeluarkan berita sensasi yang tidak perlu di dunia hiburan Malaysia ini , lebih-lebih lagi ianya dilihat seolah-olah memperbodohkan pengetahuan peminat di industri hiburan tanah air. Ini bakal memualkan lagi suasana hiburan di tanahair yang dilihat makin suram sejak kebelakangan ini.

Jika ada keengganan salah seorang untuk menandatangani cek berkenaan, ianya perlu diselesaikan secara dalaman dan secara baik memandangkan industri hiburan malaysia amat kecil. Pertikaian seperti ini sepatutnya dibincang secara baik dan perlu dibawa ke mesyuarat ahli jawatankuasa persatuan untuk penyelesaian dan bukannya dengan membuat laporan polis. Itu macam main politik nampaknya.Politik lagi.......

Minta maaf jika ada yang terasa.Penulis cuma menegur sahaja. Lagipun tiada nama yang dinyatakan disini. Siapa yang terasa, renungkanlah nasihat penulis ini untuk keamanan semua.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...