Jom Follow.....

Sunday, December 11, 2011

Apabila Pinggan Pecah Hancur Berderai

16 Muharram 1433

Kelmarin, penulis mempunyai peluang untuk meluangkan masa untuk pulang ke kampung. Apabila sampai di kampung , penulis, ibu dan isteri di sebelah malamnya bersedia untuk makan malam.Namun dengan tidak semena-mena pinggan yang diletakkan telor goreng yang baru diangkat dari kuali telah meletup dengan kuat , berkecai dan berderai di atas meja makan, selepas beberapa minit dihidangkan. Ianya berlaku ketika kami semua sedang mula hendak makan. Salalunya jika panaspun ia hanya akan menyebabkan pinggan retak sahaja.Kejadian ini amat pelik kerana ianya hanya melibatkan telur goreng yang tengah panas sahaja. Lainlah jika ianya melibatkan makanan berkuah yang panas.

Ini adalah pengalaman pertama penulis menghadapi keadaan sedemikian.Jika bersikap negatif, penulis mungkin menganggap sesuatu yang buruk sedang berlaku, ataupun sesuatu benda yang tidak baik sedang dilakukan oleh kejahatan makhluk-makhluk yang lain. Ini kerana, arwah ayah penulis pernah mendapat pengalaman yang sama, namun ianya melibatkan gelas yang diisi dengan ais batu ketika minum di kedai makan.

Mungkin ini disebabkan penulis membaca doa-doa yang pernah diajar oleh guru penulis sebelum ini? Ini juga penulis tidak dapat mengesahkan.Penulis hanya mampu berserah kapada Allah S.W.T. yang segalanya lebih Maha mengetahui.

Namun dari segi jika bersikap positif, mungkin agaknya pingan tersebut sudah usang agaknya dan ianya bukan rezeki penulis dan keluarga untuk meneruskan sajian berkenaan.Namun, penulis perlu lebih berhati-hati selepas ini.

Wallahualam

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...