Jom Follow.....

Sunday, December 4, 2011

Ke Mana Perginya Pepatung?

9 Muharram 1433 Hijrah

Dalam penulis menjenguk blog ini, penulis terpandang semula gambar yang penulis gunakan sebagai profile di blog ini. Gambar ini diambil secara sepontan pada masa Hari Raya Aidilfitri lebih kurang 2 tahun lepas semasa beraya di rumah atuk penulis di kampung. Alhamdulillah disebelah emak, penulis masih mempunyai kedua atuk dan tokwan.

Penulis secara tak sengaja tertarik denga pepatung yang sedang hinggap di pokok bunga. Ini mengimbau kenangan penulis semasa zaman kanak-kanak menagkap serangga berkenaan. Penulis hanya menggunakan getah yang terdapat di pokok mempelam/mangga dan menggulungkan getah berkenaan di hujung lidi kelapa.

mailto:Pepatung@MyBancik 2011
Dengan perlahan , getah yang telah dipasang pada hujung lidi kelapa ,perlahan dipancing untuk dilekatkan di sayap pepatung berkenaan yang sedang hinggap di pokok-pokok bunga atau dirumput-rumput. Hati penulis ketika kanak-kanak amat puas bila jerat berkenaan mula mengena. Walaupun nampak kejam, nak buat macam mana..kanak-kanaklah katakan...

Namun bila berada di taman perumahan di sekitar lembah kelang, rasanya belum pernah penulis terjumpa berkenaan sama ada di rumah atau di taman permainan. Agaknya suasana di sini agak tercemar berbanding di desa agaknya. Namun begitu, di kampungpun susah nak jumpa seranggan berkenaan berbanding pada zaman yang lampau. Mana agaknya mereka pergi? Atau mereka semakin pupus. Sayang sekali generasi sekarang yang mungkin tidak lagi teruja dalam hal yang sebegini.

Wallahualam.


3 comments:

  1. ermmmm... alam semakin tenat... banyak serangga sudah berkurangan..jom kita pelihara alam semulajadi d sekeliling kita

    ReplyDelete
  2. Time zie kecik² dulu kan...suka nah tangkap anak pepatung yg kecik² tu. soooo cute! :D

    ReplyDelete
  3. hee.. untung anak2 ai masih bole kenal dragon flies.. mereka dh tak panggil pepatung mcm zaman kita.. pun bezanya kita sibuk mengejar kalau tak menangkapnya tp mereka siap mengelak takutkan dragon flies.. hurrmmmm

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...