Jom Follow.....

Tuesday, December 20, 2011

Empat Puluh Soalan Dengan Satu Jawapan

25 Muharram 1433

Diceritakan pada suatu ketila dahulu terdapat seorang cendekiawan yang bermusafir di sebuah desa. Si cendekiawan itu, ketika dia sampai lalu terus bertanya dengan para penduduk desa berkenaan itu,"Siapakah orang yang paling pandai dan bijak di desa tersebut?

"Nasruddin !", jawab para penduduk desa tersebut secara sepontan dan serentak. Cendekiawan tersebut lalu meminta agar ditunjukkan dan dihantar ke rumah Nasruddin yang jaraknya tidak begitu jauh. Setelah bertemu dan berbual, maka si cendekiawan lalu berkata kepada Nasruddin.

"Aku mempunyai empat puluh pertanyaan. Dapatkah engkau menjawabnya dengan satu jawapan?" "Gila agaknya orang ini," kata Nasruddin dalam hati. Tapi bukan Nasruddin namanya kalau aku menyerah begitu sahaja", tambahnya di dalam hati sambil berfikir sejenak. Lalu Nasruddin menjawab, Ya, cuba tuan sebutkan kesemua empat puluh pertanyaanmu itu".

Si cendekiawan lalu mengajukan kesemua pertanyaan tersebut satu per satu. "Apakah engkau menghendaki satu jawapan sahaja?", Nasruddin meminta kepastian sekali lagi."Ya, bukankah sudah aku katakan sejak awal lagi? tegas si cendekiawan berkenaan.

"Kalau begitu, mudah sahaja. Aku tak tahu jawapannya". Si cendiakawan hanya tercengang mendengar jawapan Nasruddin"

Wallahualam

Dipetik dari- Himpunan Kisah-kisah Teladan terbitan Nurulhas

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...