Jom Follow.....

Friday, June 5, 2015

Bahana Bila Banyak Gunakan Penasihat Orang Putih?

19 Syaaban 1436

Sejarah telah menunjukkan bahawa negara pernah dalam zaman kegelapan apabila para pemimpin atau raja-raja menerima atau dipaksa menerima orang putih sebagai penasihat. Peperangan demi peperangan yang sedang berlaku di dunia sekarang ini juga melibatkan negara-negara orang putih.

Pada zaman sekarang inipun di peringkat swasta dan awam, kalau juru perunding tempatan bercakap, pemimpin tidak akan terima idea mereka. Tapi yang anehnya, bila idea yang sama diberikan kepada orang putih dan bentang semula, idea berkenaan diterima dengan mudah. Kalau boleh perdana Menteripun , silap-silap nak orang putih juga.

Bukan apa, sekadar melontarkan persoalan untuk direnungkan bersama terhadap banyak isu yang sedang melanda negara dan di dunia.

Wallahualam

Friday, March 20, 2015

Benarkan Umat Islam Malaysia Amalkan Syariat Islam

29 Jamadil Awal 1436

Penulis mengucapkan syukur kerana DUN Kelantan telah berjaya membentangkan rang undang-undang dengan pindaan bagi membolehkan syariat Islam diamalkan sebaiknya terutama dari segi perundangan. Ianya bakal dibentangkan di parlimen pula bagi membolehkan ianya selari dengan undang-undang persekutuan.

Kepada bukan Islam yang menentang, kami meminta.."Benarkan kami mengamalkan syariat Islam dengan aman  memandangkan kami juga tidak pernah mengganggu amalan kamu selama ini". Ini bukan atas sebab politik. Ini adalah salah satu daripada suruhan daripada Maha Pencipta Kami. Oleh itu, jangan ganggu orang Islam.Biarkan kami mengamalkan Islam dengan bebas.

Wallahualam

Friday, March 6, 2015

Golongan Agamawan Perlu Elakkan Perbalahan

16 Jamadil Awal 1436

Golongan agamawan di negara ini perlu mengelakkan sebarang perbalahan atau perselisihan secara terbuka. Sebarang perbezaan pendapat perlulah dibincang secara bersemuka dan berdialog secara tertutup. Ini berikutan perselisihan yang terkini berlaku di antara seorang mufti dan seorang penceramah bebas.

Apa yang penting, umat Islam sekarang ini dilihat terlalu lemah untuk berbalah sesama sendiri, terutama di Malaysia. Dah la ahli politik nak berpolitik tak berkesudahan, ini pula para agamawan pula. Kalau golongan agamawanpun tak boleh duduk semeja, jangan haraplah rakyat-rakyat yang lain.

Wallahualam.

Saturday, February 21, 2015

Klinik Beri Ubat Lebih Mudah

1 Jamadil Awal 1436

Isu panas kepenggunaan di malaysia timbul lagi dengan cadangan pihak tertentu agar klinik tidak lagi dibenarkan memberikan ubat sebaliknya tugas atau peranan tersebut diberikan kepada kedai farmasi. Ape ke heinya cadangan ini? Ianya amat menyusahkan rakyat kerana terpaksa pergi dua tempat untuk mendapatkan rawatan yang sama. Cadangan ini bakal membebankan rakyat di mana rakyat terpaksa menanggung kos pengangkutan tambahan. Sementara itu caj yang dikenakan juga akan meningkat kerana ianya melibatkan dua entiti yang berbeza. Jika ianya dikeluarkan di klinik yang sama, selalunya pengguna akan mendapat harga pakej disebabkan ubat dikeluarkan di klinik yang sama.

Persoalan lain juga, apa akan jadi jika pesakit perlu mendapat suntikan atau pengambilan ubat segera seperti demam panas melampau atau sebagainya. Apakah perlu dapatkan di farmasi dan suntik sendiri? Oleh itu, hentikanlah daripada mengeluarkan cadangan yang akan menyusahkan rakyat .

Wallahualam

Saturday, February 14, 2015

BN Tak Perlu Tanding di DUN Chempaka, Tetapi Perlu Bertanding Di Permatang Pauh

23 Rabiul Akhir 1436

Penulis amat bersetuju dengan sesetengah pendapat agar BN tidak meletakkan calon di DUN Chempaka, Kelantan bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini adalah kerana, lebih baik dana untuk berkempen disalurkan bagi memulihkan negeri Kelantan yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Namun begitu, BN perlu berusaha merampas kerusi di Permatang Pauh di Pulau Pinang, bagi memberi peluang kepada  rakyat yang mahu menunjukkan mesej jelas kepada kerajaan Pulau Pinang agar tidak terus menggunakan isu sensitif dalam pentadbiran mereka terutama yang melibatkan kepentingan Islam.

Wallahualam

Pulangnya Seorang Ilmuan

23 Rabiul Akhir 1436

Kira-kira pukul 9.40 malam , 12 Februari 2015 bersamaan 21 Rabiul Akhir 1436 yang lepas, negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Nik Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka , Kota Baharu.

Ianya merupakan kehilangan seorang lagi ilmuan islam di Malaysia.Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Wallahualam

Thursday, January 29, 2015

MH370 - Sudah Sampai Masa di Sini

9 Rabiul Akhir 1436

Kenyataan kerajaan Malaysia terkini telah menunjukkan bahawa sudah sampai masanya satu  keputusan perlu dibuat terhadap status penerbangan berkenaan. Walau bagaimanapun komitmen untuk mencari pesawat dan mangsa masih lagi diteruskan oleh kerajaan Malaysia.

Apa yang boleh dibuat ialah, teruskan berdoa agar petunjuk diberikan kepada insan-insan yang lemah seperti kita. Allah yang lebih mengetahui dan berkuasa. Mungkinkah MH 370 "sudah sampai  sini". Di sini bertemu Maha PenciptaNya.

Wallahualam

Kredit dan terima kasih  Untuk pemilik Video ini.

Al Fatihah Untuk MH370

9 Rabiul Akhir 1436

Tak banyak bicara yang mampu diucapkan apabila kerajaan membuat pengisytiharan terkini terhadap pesawat, krew dan penumpang MH370. Menerusi laporan Utusan Malaysia, Kerajaan semalam telah mengisytiharkan kesemua 239 penumpang dan krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Beijing, 8 Mac lalu sebagai terkorban.

Sedih .., memang sedih. ini merupakan dugaan besar Allah s.w.t. kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Malaysia. Hanya Al Fatihah dan doa yang mampu dibaca. Bagi yang beragama Islam,semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.

Wallahualam


Friday, January 16, 2015

Mr PM Naik LRT


26 Rabiulawal 1436

Penulis menghargai pendekatan Dato' Sri Najib yang sering melakukan tinjauan ke stesen LRT. Cuma beza kali ini beliau datang bersenderian. Ya ! memang betul ada kalanya kita perlu bersendirian dan jauh daripada orang sekeliling yang sering kebiasaan bersama kita.  Para Khalifah pada zaman kegemilangan islam juga sering bersendirian berjalan diwaktu malam merenung dan menyelami keluh kesah rakyat yang diamanahkan kepada mereka untuk memimpin. Mungkin selepas ini Dato Sri boleh mencuba keluar di waktu malam dan lihat gelandangan-gelandangan dan orang-oarang miskin. Tapi..janganlah bersendirian, dan perlu ada "bodyguard" yang mengekori dari jauh.

Gambar: FB PM
Ataupun memandu sendiri di sekitar KL pada waktu puncak dan di daerah-daerah lain di Lembah Kelang. Barulah DatoSri boleh menilai sendiri kualiti jalanraya yang ada di zaman pemerintahan Dato Sri. Dan boleh juga dibuat penilaian Dato Sri terhadap pihak yang di amanahkan oleh Dato Sri.

Syabas..teruskan usaha dan tradisi seperti ini. Sejuk mata rakyat marhain seperti kami melihatnya. Kami pun dah penat dengan suasana politik Malaysia sekarang. Kami mahukan kelainan!

Gambar: FB PM








Kami sering bertanya, "mana Abu Bakar as Siddiq Alaf Baru, kami rindukan Umar Al Qattab zaman millinium ini, Kami juga rindukan kelembutan Usman Al Affan dan kami juga dambakan keberanian Saidina Ali di zaman penuh adu domba yang mencabar ini. Mereka ini telah melaksanakan dengan baik dan mewarisi amanah daripada Rasul kita , Muhammad s.a.w sebagai pemimpin di sebuah negara dan umat.

Jika ada sedikit daripada sifat-sifat serta ciri pemerintahan yang ada pada mereka diikuti, itu sudah baik buat umat manusia terutama di Malaysia.

Wallahualam

Friday, January 9, 2015

Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia Ketika Malaysia Dilanda Musibah

19 Rabiulawal 1436

Tindakan Indonesia mengebom kapal nelayan Malaysia ketika Malaysia dilanda musibah adalah keterlaluan. Lebih-lebih lagi Malaysia dan rakyatnya sedang bertungkus lumus keluar daripada krisis malapetaka seperti kehilangan pesawat MH370, MH17 dan sekarang pula dilanda banjir terbesar dalam sejarah. Ini seperti yang dilaporkan secara terus terang di Sinar Harian. Walaupun dibuat menerusi perintah mahkamah, tetapi perlulah ada sikap timbangrasa sedikit.

Bukan nak buat provokasi, tetapi penulis hanya ingin ucapkan terima kasihlah kepada Indonesia kerana melayan jirannya seperti ini lebih-lebih lagi jirannya sedang berada dalam kesusahan. Namun jika orang buat baik kita balas baik, biasa Pak. Tetapi bila orang buat jahat kita balas baik, itu luar biasa Pak....Terima kasih atas segalanya.

Wallahualam

Wednesday, January 7, 2015

Kurangkan Komen, Banyakkan Tindakan

17 Rabiulawal 1436

Penulis mengajak para pembaca serta diri sendiri untuk lebihkan tindakan berbandingkan asyik memberikan komen yang seolah-olah tidak berkesudahan di alam siber. Ini berikutan trend yang berlaku sekarang di mana, rakyat sering dilihat banyak berpolemik, berpolitik yang seolah-olah tidak akan berkesudahan di media-media sosial atau di media perdana online yang mempunyai ruang komen di setiap artikel.

Masa yang diperuntukkan itu sebaliknya disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah seperti membantu mangsa banjir dan sebaginya. Kalau tak mampu membantu, kita juga boleh menolong iaitu" tolong duduk diam", dan bukannya menyebarkan berita yang bukan-bukan.Bukannya apa, takut-takut orang lain semua dah sampai ke bulan, kita masih berada di tanah.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...