Jom Follow.....

Tuesday, October 18, 2011

Batu Karang Dalam Buah Pinggangku

Selepas sahaja waktu maghrib hari ahad lalu, dengan tiba-tiba pinggangku terasa teramat sakit. Ini kali kedua selepas dua tahun lepas ianya berlaku ke atas aku. Sah-sah dalam hatiku, ini sudah semestinya disebabkan angkara batu karang yang ada di dalam buah pinggangku. Entah sejak bila ianya muncul kembali.

Setelah sejam berlalu, sakit berkenaan tidak menunjukkan akan reda walaupun berkali-kali disapu krim oleh isteriku.Batu karang sebelum ini cuma bertapak di sebelah kiri buah pinggangku sahaja.Namun ianya telah dikeluarkan. Tapi bukannya melalui kaedah pembedahan tetapi melalui kaedah alternatif yang mungkin ramai diantara kita kurang percaya.

Penulis sebelum ini , mendapatkan rawatan alternatif di Melaka menerusi seorang Haji di Kampung Gangsa.Beliau hanya menggunakan kaedah menyapu krim dan mencubit di bahagian yang beliau dapati ada batu karang.Dengan tiba-tiba, keluarlah batu karang di bahagian kulit yang dicubit dan ditariknya itu. Kenyataan yang beliau keluarkan berkenaan kes aku agak sama dengan apa yang doktor perkatakan walaupun aku tidak berkata apa-apa lagi kepada beliau.

Aku pada mulanya tidak percaya bila dicadangkan ke tempat berkenaan. Tetapi bila rakan-rakan aku menceritakan, tiada syarat yang dikenakan bahkan kalau nak bayarpun Tn Haji tidak meminta dan siapa yang nak derma ikut kemampuan dan seikhlas hati sahaja. Kalau ada perbelanjaanpun, jikalau hendak beli botol kosong yang dijual oleh orang-orang kampung untuk diisi air untuk dibawa pulang, ataupun ubat krim.Krim itupun kadang-kadang diberi percuma.Oleh yang demikian, tak salah mencuba.

Yang menariknya, bila buat pemeriksaan susulan di hospital, Dr yang merawat telah mengesahkan bahawa batu berkenaan sudah tiada dalam buah pinggangku. Namun aku tidak dibenarkan memakan kacang tanah, meminum milo dan cokelat. Maka terpaksalah aku menikmati sate tanpa berkuah kacang selepas itu. Namun kadangkala, bila termakan makanan atau kek berperisa cokelat atau tertelan kacang disebalik nasi lemak, maka sakit berkenaan datang kembali. Terpaksalah hantar badan pergi servis ke Melaka keluarkan batu karang yang muncul kembali disebabkan terlanggar pantang.

Tetapi, apa yang terjadi baru baru ini amat mengejutkan. Ianya tiada petanda langsung sebelum sakit berkenaan akan datang. Maka terpaksalah aku dihantar ke Hospital Pantai pada malam itu juga. Bila dibuat imbasan, maka ternampaklah batu karang di dalam buah pinggang di bahagian kanan sebesar 2 mm seperti mana yang tertera di laporan.Yang lain sudah turun ke pundi kencing dan telah terasa seakan terkeluar ketika membuang air kecil.Maka terpaksalah aku bermalam di Hospital berkenaan buat semalam, disebabkan ujian air kencing menunjukkan adanya campuran darah.

Apabila dibenarkan keluar sahaja oleh doktor pakar(disebabkan batu itu kecil) dan diberi cuti sakit dua hari.Aku dinasihatkan meminum banyak air sebelum diminta datang semula ke hospital dalam masa 2 minggu lagi.Maka pada awal-awal pagi tadi berbegaslah aku ke Melaka semula setelah lebih 6 bulan tidak ke sana. Alhamdulillah, pada hari ini tak ramai pula pesakit seperti selalu . Tambahan lagi pada awal-awal lagi aku berdoa agar dipermudahkan urusan pada hari ini. Kalau tidak sehari suntuklah kena tunggu . Kali ini,tak sampai setengah jam sahaja nombor giliran dah sampai. Lagipun , tuan aji panggil aku dan dua orang lain yang duduk dekat pintu bilik rawatan beliau. Agaknya tengok muka aku yang nampak toya dan kesian ni, maka dipercepatkan dan dipanggil pesakit 3 orang sekaligus. Tanpa bertanya, Tn haji menarik dibahagian kanan buah pinggang aku dan keluarlah batu sebesar 2mm(dengan izin Allah S.W.T).

Batu Karang Bancik 2011

Pada masa yang sama, Tn Haji mengumumkan ubat yang baru  dihasilkan telah mendapat kelulusan. Antara kebaikan ubat berkenaan, jika dimakan, batu akan turun dengan sendirinya(dengan izin Allah), dan tiada pantang larang lagi untuk makanan tertentu, cuma tinggal pantang nampak...Tapi aku tak dapat memilikinya lagi kerana ianya belum dikeluarkan lagi.

Namun, hal ini menyebabkan aku berfikir bahawa setiap penyakit dan dugaan datang dari Allah S.W.T., maka Allah jualah yang menyediakan penyelesaiannya. Sesungguhnya Tn Haji ini adalah seorang yang diberi kelebihan olehNya untuk membantu pesakit-pesakit yang senasib denganku. Allah jualah yang Maha Berkuasa, Maha Besar, Maha Memberi dan segalanya.

Wallahulam.

21 comments:

  1. arwah ayah eita pun guna kaedah alternatif macam ni jugak...
    moga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  2. oo..bagusnya tuan aji tu..
    azie tak penah dengar lagi kaedah ni..
    new info :)

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.boleh email kn alamat n no telefon tuan haji tu? Sya pn ada batu karang dlm buah pnggang..sakitnya allah saja yg tau. Tqvm. Hanie7301@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Aslmkm.boleh email kn alamat n no telefon tuan haji tu? Sya pn ada batu karang dlm buah pnggang..sakitnya allah saja yg tau. Tqvm. Hanie7301@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam w.b.k.t,

    Pn Hanie,

    Saya tak ada alamat dan no telefon, tapi saya dah email arah tuju jalan ke sana.semoga sembuh..

    ReplyDelete
  6. as salam
    bancik emailkan saya arah tuju jalan ke sana jua.....addin@muslim.com

    tqvm

    ReplyDelete
  7. Salam,sy pun nak jg email,dh 2 mggu skt pggang..tq atas jasa baik
    inarasdi@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Salam,sy pun nak jg email,dh 2 mggu skt pggang..tq atas jasa baik
    inarasdi@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam w.b.k.t,

    En Din & Pn Ina,

    Saya dah email arah tuju jalan ke sana.semoga sembuh..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..boleh tak emelkan alamat ke rumah tuan haji tu..sy sakit dah 2 minghu. Emel : madihah2112@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam w.b.k.t,

    Puan Husna,

    Saya dah email arah tuju jalan ke sana.semoga sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, boleh saya dapatkn cara ke rumah tuan haji tu?

      Delete
  12. salam, bole saya dapatkn alamat rumah tuan haji tu juga.. ini alamat email saya: rubaidah_rahmat@yahoo.com.sg

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam w.b.k.t Puan Rubaidah,

    Saya sudah emailkan aalamat Tn Haju tu.

    ReplyDelete
  15. Tlg emailkan pd saya. Tq
    rsdelimaktrg@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, bole saya dapatkn alamat rumah tuan haji tu juga.. ini alamat email saya: ffadzier@gmail.com
      Tq

      Delete
  16. jaga2 kampung gangsa kawasan hotspot wabak denggi.dapat penyakit baru nanti.

    ReplyDelete
  17. jaga2 kampung gangsa kawasan hotspot wabak denggi.dapat penyakit baru nanti.

    ReplyDelete
  18. salam, bole saya dapatkn alamat rumah tuan haji tu juga.. ini alamat email saya: ffadzier@gmail.com. tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...