Jom Follow.....

Sunday, September 30, 2012

Maafkan Aku Ya Rasulullah

15 Zulkaedah 1433

Terasa penyesalan yang amat sangat di sanubari ini apabila diri ini seolah tidak mampu berbuat apa-apa ketika dirimu dihina. Umat Islam terus bersengketa dan tidak berpadu suara ketika dirimu di hina.

Masing-masing mengutamakan kuasa. Masing-masing mahukan undi semata-mata. Mereka yang menunjukkan bantahan terhadap penghinaan terhadapmu di anggap mempunyai penyakit jiwa. Malangnya ungkapan sedemikian datang dari pemimpin yang masih mempunyai ramai pengikut dan rakan-rakan. Lebih malang lagi yang menyokong pemimpin berkenaan adalah dari kalangan para lebai-lebai yang mendakwa memperjuangkan Islam dan sunnahmu. Apakah mereka ini lebai malang..... aku tidak tahu.Keliru kami dibuatnya di akhir zaman ini wahai Rasulullah.

Maafkan ku Ya Rasulullah.Aku tak mempunyai kuasa membetulkan semua ini. Apa yang aku ada hanya satu jasad , nyawa dan cinta yang mana aku harapkan dapat mengamalkan ajaranmu secara berterusan selagi mana aku mampu. Itupun dengan izin Yang Maha Kuasa. Moga aku terus diberikan hidayah dan kekuatan untuk terus beritiqamah dalam menjalankan kebaikan di dunia dan akhirat.

Wallahualam


Yang Sedar Dan Yang Tahu

15 Zulkaedah 1433

Orang yang tahu tidak semestinya dia sedar. Manakala orang yang sedar pula, insyaallah dia akan tahu.

Wallahualam


BERSIH Sudah Mula Beri Kesan Negatif Kepada Bakal Jemaah Haji?

15 Zulkaedah 1433

Sudah mula menjadi perbualan keluarga serta taulan  dikalangan bakal jemaah haji dari Malaysia yang mendaftar dengan menggunakan kaedah pakej melalui agensi yang didakwa secara majoriti masih belum mendapat kepastian sama ada akan berpeluang mengikuti haji pada tahun ini. Ini disebabkan kouta tambahan yang selama ini tidak menjadi masalah kepada Malaysia sudah mula menunjukkan masalah.

Persoalannya, apakah ini disebabkan perhimpunan bersih yang juga dilakukan di Tanah Suci sebelum ini? Jika ini benar, maka ....ramai-ramailah pakat renung-renungkan dan fikir sendiri....

Wallahualam.

Orang Bijak Vs Orang Pandai

15 Zulkaedah 1433

Orang yang pandai ialah orang yang berjaya menyelesaikan masalah, tetapi orang yang bijak pula ialah orang yang mencegah sesuatu masalah itu daripada berlaku.

Wallahualam

Windows 8 Pulak ?

15 Zulkaedah 1433

Belum sempat habis belajar Windows sedia ada, dah keluar pulak versi 8. Nampak gayanya tak terkejar la teknologi sekarang ini yang bergerak terlalu pantas. Yang menjadi masalahnya gajet kita makin menjadi lembab operasinya  disebabkan tak dapat menampung applikasi terkini.

Wallahualam

Protes BERSIH Vs "Innocent of Islam"

15 Zulkaedah 1433

Agak menghairankan bila mana ada pihak di kalangan umat Islam sendiri yang memperlekehkan himpunan protes penghasilan video "The Innocent of Islam(TII)" yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W tetapi menyanjung perhimpunan BERSIH yang diketuai oleh bukan Islam.

Namun begitu tidakkah mereka lihat bahawa perhimpunan protes  TII dilakukan lebih teratur dan tidak menyebabkan kerosakan di Ibu Negara berbanding himpunan BERSIH yang banyak merosakkan harta benda awam. Dah la tu , ada pulak kata siapa yang terlibat dalam perhimpunan protes TII itu menghadapi masalah jiwa? Marilah kita sama-sama banyakkan istifar..


Wallahualam


Ceupacs Keterlaluan?

15 Zulkaedah 1433

Bancik berpendapat tindakan Kongress Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam(Ceupacs) telah bersikap agak keterlaluan apabila menuntut agar pengecualian cukai diberikan kepada penjawat awam oleh kerajaan  terhadap bonus yang diberikan kepada mereka.

Sebagai pekerja di sektor swasta ,cukai juga merupakan isu besar yang sering memeningkan kepala apabila menerima slip bonus tahunan. Tambahan lagi , persepsi dikalangan pekerja swasta bahawa cukai yang dikenakan kepada pekerja swasta adalah bagi menampung sebarang kenaikan gaji atau bonus di sektor awam.

Bancik berharap agar Ceupacs berhenti daripada membuat tuntutan yang tidak masuk akal. Lagipun Bancik percaya, majoriti kakitangan awam menyokong pembangkang yang berikrar untuk mengurangkan kakitangan awam sendiri jika berkuasa berbanding kerajaan sekarang.

Wallahualam


Salahkah Umat Islam di Malaysia Bersatu?

15 Zulkaedah 1433

Sejak akhir-akhir ini seolah-olah ada pihak yang berasa kurang senang melihat bibit-bibit penyatuan di kalangan umat Islam di negara ini. Persoalannya mengapakah ianya berlaku? Umat Islam perlu sedar kenyataan sebegini. Ini menunjukkan bahawa perpaduan boleh menyebabkan kegerunan di kalangan pihak yang memusuhi Islam.

Wallahualam

Halal Ke Makan di Kedai Kopi Cina?

15 Zulkaedah 1433

Pada hari Khamis lepas penulis ditugaskan di sebuah kawasan di Negeri Sembilan. Penulis bermalam di pekan Melang. Ketika bersiar di kawasan berkenaan, penulis terpandang keadaan di mana ada orang Melayu yang sedang duduk di meja makan di kedai kopi cina.

Penulis tak pasti sama ada mereka sedang menunggu pesanan atau sekadar berbual. Namun bagi penulis nak duduk dalam kedai kopi pun penulis tak sanggup, lebih-lebih lagi bau "char quey tiaw" yang sedang baik digoreng oleh seorang nyonya.

Apa yang menjadi persoalan, apakah makin ramai yang mengambil pendirian"ada aku kisah?" halal dan haram dalam bab makan?

Wallahualam.

Saturday, September 29, 2012

Miskin

14 Zulkaedah 1433

Biar miskin di dunia, jangan miskin di akhirat. Sebaiknya janganlah kedua-duanya kita miskin.

Wallahualam

Senang Hendak Jadi Susah

14 Zulkaedah 1433

Bukan senang hendak jadi senang, tetapi bukan susah hendak jadi susah.

Wallahualam

Hebatnya Orang Yang Mencari Kesalahan Diri

14 Zulkaedah 1433

Hebatnya orang-orang  yang mencari kesalahan dan kelemahan diri sendiri daripada orang-orang yang snetiasa mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.

Wallahualam


Kasihi Orang Lain

14 Zulkaedah 1433

Orang yang mengasihi diri sendiri ialah orang yang mengasihi diri orang lain.

Wallahualam

Sijil Halal Tidak Perlu ?

14 Zulkaedah 1433

Hati penulis terasa marah apabila terbaca kenyataan seorang ahli politik bukan Islam di perak yang memetik mengatakan bahawa sijil halal tidak perlu. Untuk mengelakkan sebarang kesusahan disebabkan risiko saman-menyaman di kemudian hari, pembaca bolehlah merujuk kepada laman-laman web politik pro kepada Melayu dan Islam.

Beliau cuba menggambarkan bahawa sijil halal adalah menyusahkan dan menyatakan manusia membebankan dengan menambahkan pelbagai syarat.Ini adalah usaha berterusan beliau yang menunjukkan permusuhan kepada Islam. Namun sedih kerana parti yang mengaku memperjuangkan Islam sehingga kini masih bersama komponen dan bersetongkol dengan mereka.

Bagi penulis , jangan cuba mempersoalkan apa yang telah disyariatkan oleh Islam. Memang sijil halal tiada di negara lain , namun ianya menyusahkan umat Islam yang benar-banar mengamalkan konsep halalan toyyiban jika sijil berkenaan tiada. Ini Malaysia, kalau tak suka Malaysia boleh cari negara lain.

Wallahualam

UMNO Makin Lemah?

14 Zulkaedah 1433


SHAH ALAM - Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.

 Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

 "Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?".

 Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.

Maklumat lanjut : SINAR HARIAN


Elakkan Budaya "Ada Aku Kisah?"

14 Zulkaedah 1433

Akhir-akhir ini sudah semacam trend perkataan "Ada Aku Kisah? " dalam perbualan harian di kalangan rakyat di Malaysia. Ia seolah-olah menunjukkan sikap tidak ambil peduli terhadap apa jua yang berlaku di persekitaran mereka. Namun begitu, cuba bayangkan jika para pejuang kemerdekaan negara pada zaman yang lampau juga bersikap demikian?

Apakah kita akan merdeka?

Wallahualam

Friday, September 28, 2012

Duka

13 Zulkaedah 1433

Kita mungkin sedang berduka, tetapi jangan biarkan duka itu diabadikan selama-lamanya.

Wallahualam

Adil Menghampiri Takwa

13 Zulkaedah 1433

Bersikap adil itu adalah hampir kepada takwa.

Wallahualam

Thursday, September 27, 2012

Jangan Menghina

12 Zulkaedah 1433

Janganlah menghina jika tidak mahu dihina.

Wallahualam

Wednesday, September 26, 2012

Tanda Kejatuhan

11 Zulkaedah 1433

Jika anda sering merasakan bahawa sesuatu kejayaan itu hanya datangnya daripada anda seorang sahaja, maka itu adalah petanda awal kejatuhan anda.

Wallahualam

Monday, September 24, 2012

Saya Mulakan Dulu (I Start First)

9 Zulkaedah 1433

Bayangkan jika kita melihat pasangan kita keletihan, serta dalam hati kita timbul rasa kasihan. Maka kita membuat keputusan memulakan dahulu dalam membantu pasangan kita melakukan kerja rumah atau kerja-kerja rutin.

Bayangkan jika kita melihat sedara mara kita berada dalam kesusahan, maka kita mengambil keputusan sebagai orang yang pertama menghulurkan pertolongan.

Bayangkan jika kita melihat ranting-ranting pohon yang jatuh di laluan berjalan kaki, maka kitalah orang yang pertama memulakan dulu untuk mengutip ranting-ranting berkenaan bagi memudahkan orang berlalu-lalang.

Bayangkan jika kita melihat perpecahan dari perpaduan dikalangan saudara seagama, maka kitalah yang mulakan dahulu untuk bersikap berbaik sangka dan menganjurkan perpaduan serta mendamaikan saudara kita yang bersengketa.

Bayang dan bayangkan...... jika setiap dari kita mahu mulakan dahulu, insyaAlllah, maka akan damailah dunia ini.

Wallahualam

Sunday, September 23, 2012

Gambar Pelakon Aksi Panas Dijadikan Bahan Pembelajaran?

8 Zulkaedah 1433

Macam -macam hal dunia sekarang ini. Agaknya penerbit dah kekeringan idea untuk menyediakan kandungan pembelajaran. Ataupun salah satu idea untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Namun begitu, agak-agak laa sikit.

Seperti yang dilaporkan di negara seberang, pihak berkuasa Indonesia semalam melakukan siasatan mengenai bagaimana gambar pelakon lucah Jepun, Maria Ozawa dicetak pada buku latihan pelajar sekolah menengah di negara ini.

Buku latihan bahasa Inggeris pelajar tahun tiga di sebuah sekolah agama di Jawa Timur mengandungi gambar Ozawa yang lengkap berpakaian dan pelajar diminta menerangkan siapa wanita terbabit.
"Sudah tentu pelajar akan melayari Internet untuk mengetahui siapa Ozawa dan perkara itu boleh merosakkan akhlak mereka," kata jurucakap Menteri Pendidikan dan Kebudayaan kepada Jakarta Post.

Diharapkan perkara yang sama tidak berlaku di negara ini. Cukuplah apa yang sudah ada di internet. Tak percaya cuba tekan kat carian gambar di google atau yahoo. Lain yang dicari, lain yang keluar.

Wallahualam

Sumber: UTUSAN ONLINE

Simpatilah Diri Sendiri - Chedet

8 Zulkaedah 1433


SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Maklumat lanjut : UTUSAN ONLINE

Friday, September 21, 2012

Masa Untuk Kita Bersatu

6 Zulkaedah 1433

Penghinaan demi penghinaan ke atas Islam kini dilihat semakin menjadi-jadi. Ianya tidak berlaku di luar negara ini, bahkan ianya sudah mula kelihatan secara terbuka di negara ini. Apa yang boleh dijadikan pengajaran ialah, jika kita berpecah belah bukan sahaja Islam dihina, bahkan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W juga dihina.
Harapan umat Islam di Malaysia terhadap perpaduan 

Sesungguhnya, isu terbaru ini telah melondehkan isi hati musuh-musuh Islam termasuk yang turut berada di negara ini. Persoalannya, apakah kita mahu terus bersahabat secara politik kepada golongan ini?

Diharapkan janganlah pula ada yang membandingkan musuh politik(orang Islam) mereka yang kurang mengamalkan ajaran Islam bagi mempertahankan tindakan rakan politik kafir harbi ini.Sudah terang lagi bersuluh....
Menimbulkan persoalan



Wallahualam


Empat Negeri Diberi Amaran Ancaman Demam Denggi

6 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 21 Sept , 2012- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pahang serta Terengganu diminta meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi di semua peringkat, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata kementeriannya telah mengeluarkan nasihat kepada empat negeri itu berikutan peningkatan kes demam denggi yang direkodkan bagi tempoh 9 hingga 15 Sept lalu.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Monday, September 17, 2012

HIMPUN UMNO dan Pas : Isu Video Penghinaan Menyatukan Umat Islam

2 Zulkaedah 1433


SHAH ALAM – Himpunan Sejuta Umat akan menyertai Umno dan Pas, bergabung menentang penerbitan video Innocence of Muslims sebagai tanggungjawab orang Islam.

Pengerusi Bersama Himpun, Dr Yusri Mohamad berkata, beliau secara peribadi bersetuju dengan perhimpunan yang bakal dilakukan merupakan perkara yang ditunggu umat Islam.

Beliau turut memuji usul kedua-dua parti politik itu yang sanggup ketepikan ideologi mereka demi menyelamatkan maruah agama.

“Saya amat bersetuju dengan cadangan ini dan mengalu-alukan agar ia segera dilaksanakan.

“Ia sangat penting bagi kita memelihara kesucian agama Islam daripada terus dihina oleh masyarakat dunia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Yusri berkata, sepatutnya perkara itu dilakukan lebih awal agar Umno dan Pas duduk bersama membincangkan isu tersebut.

Maklumat lanjut:SH

Apabila Matahari Beredar

2 Zulkaedah 1433

Penulis pada hari ini terdengar suatu rancangan agama di sebuah stesen radio yang membicarakan tentang Islam dan sains. Salah satu maklumat yang diketengahkan ialah penemuan terbaru para saintis yang mengesahkan bahawa matahari juga bergerak dan bukan semata-mata bumi dan plenet-plenet yang mengelilinginya. Sebelum ini , di zaman sekolah yang lampau, kita diajar bahawa peredaran matahari yang kita lihat ialah disebabkan oleh pusingan bumi yang mengelilingi matahari, di mana kedudukan matahari dipercayai adalah berada dalam kedudukan statik.

Namun penemuan terbaru ini telah membuka dimensi baru dari sudut ilmu sains.Walau bagaimanapun, penemuan ini sebenarnya terlalu lewat. Ini kerana ianya telah disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W, menerusi ayat Al Quran, dalam Surah Yasin ayat  38 yang bermaksud:"Dan(sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

Tetapi sayang, kebanyakan manusia tidak mahu menerima kenyataan ini dan berfikir. Oleh yang demikian, moga penemuan ini bakal meningkatkan keimanan kita kepada Yang Maha Esa.

Wallahualam


Sunday, September 16, 2012

Malaysia Mampu Bina Kapal Perang

1 Zulkaedah 1433

Malaysia dijangka mampu mengeluar atau membina kapal perangnya sendiri pada masa akan datang. Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, beliau yakin bahawa syarikat tempatan sedia ada mampu membina kapal-kapal yang lebih besar termasuk kapal perang di masa hadapan, dengan syarat syarikat-syarikat sedia ada dalam industri berkenaan terus diberi peluang.

Maklumat lanjut : SH

Berakhirnya Syawal

1 Zulkaedah 1433

Sebentar tadi , menjelangnya waktu maghrib maka berakhirlah sambutan bulan Syawal pada tahun ini. Ini bererti maka berakhirlah secara rasmi sambutan raya di Malaysia selama sebulan. Mungkin Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyambut hari raya selama sebulan dengan diserikan dengan pelbagai ragam rumah terbuka.

Walaubagaimanapun secara positifnya ini menunjukkan kemakmuran dan keamanan yang dikecapi oleh kebanyakan rakyat negara ini. Kenikmatan ini perlulah diikuti dengan sifat banyak-banyak bersyukur agar nikmat berkenaan akan terus diberkati oleh yang Maha Esa. Semoga kita akan terus berpeluang menyambut Syawal pada tahun hadapan.

Wallahualam



Saturday, September 15, 2012

Malaysia Sekat Penyiaran Filem Hina Nabi Muhammad S.A.W.

29 Syawal 1433


BINTULU, 15 Sept, 2012- Malaysia akan menyekat penyiaran filem 'Innocence of Muslims' yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW berikutan motif filem tersebut jelas menghina agama Islam.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata negara Islam lain seperti Indonesia dan Timur Tengah telah melakukan tindakan menyekat penyiaran filem tersebut dan Malaysia akan mengikut jejak yang sama.

"Saya telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui Youtube atau pun saluran lain," katanya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Friday, September 14, 2012

Legoland Kini Dibuka Kepada Umum

28 Syawal 1433


JOHOR BAHARU, 14 Sept , 2012- Taman Legoland pertama di Asia yang terletak di tengah-tengah wilayah ekonomi Iskandar Malaysia akan dibuka kepada orang ramai esok.

Pembukaan rasminya adalah pada 22 Sept.

Taman tema antarabangsa pertama di Malaysia itu merentangi kawasan seluas 30.8 hektar dan direka khusus bagi keluarga dengan anak-anak yang berusia dua hingga 12 tahun dengan lebih 40 permainan interaktif, pertunjukan dan daya tarikan.

Pengarah urusan Taman Legoland bagi Merlin Entertainments, John Jakobsen berkata Legoland Malaysia benar-benar unik dan percaya taman tema itu, yang mudah dimasuki dari Johor, Singapura negara-negara lain di Asean, akan mencapai kejayaan besar.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Friday, September 7, 2012

Budak Kebal

21 Syawal 1433


KUALA KUBU BHARU: Harian Metro online hari ini telah memaparkan seorang budak yang didapati mempunyai tubuh yang kebal. Menurut laporan berkenaan ,dia selayaknya digelar ‘budak kebal’ kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam.

Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.

Mohd Adam tidak berasa sakit ketika membakar tangannya.
Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.

“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.

Maklumat lanjut :Mymetro

Wednesday, September 5, 2012

PAS Hadapi Masalah Yang Pernah Dihadapi Oleh UMNO

19 Syawal 1433

Apabila timbul ura-ura bahawa bekas Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bakal dipecat dari parti berkenaan seperti yang dilaporkan di UTUSAN ONLINE, maka bagi penulis ianya suatu yang lumrah bagi arena politik. Hal yang sama pernah dialami oleh UMNO di mana bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga pernah mengalami nasib yang sama dan sesetengah krisis puncanya berlaku dari sumber yang sama , yang mana sumber berkenaan berada di kelompok kalangan pemimpin pembangkang sekarang.

Hal yang sama juga berlaku semasa selepas PRU ke 12, di mana banyak dikalangan ahli dan pemimpin UMNO yang pernah berjasa diperlekeh-lekehkan oleh generasi baru kepimpinan yang merasakan mereka kuat. Hal yang demikian menyebabkan penolakan rakyat kepada pimpinan berkenaan dan akhirnya akar umbi berjaya menukar kepimpinan yang selaras dengan aspirasi mereka.

Namun bezanya di dalam PAS, suasana akar umbi agak berbeza, di mana cakap pemimpin atasan seolah-olah muktamat dan tidak boleh disanggah. Namun , senario terbaru memberi harapan di mana beberapa nama besar di dalam parti berkenaan mula bersuara dan menyatakan pendapat mereka. Namun, sebagai umat Islam, penulis hanya mendoakan yang terbaik dan berharap pihak yang benar-benar memperjiangkan Islam dan iklas dalam perjuangan akan mencapai kemenangan .

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...