Jom Follow.....

Tuesday, November 29, 2011

Kapal Selam Mendarat Di Pantai Kelebang, Melaka

Kapal Selam Di  Melaka@MyBancik 2011
4 Muharram 1433 Hijrah

Baru-baru ini media tanahair telah melaporkan bahawa sebuah kapal selam terpakai telah dibawa ke Melaka. Hari ini penulis berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri.. Bahkan ini boleh dikatakan kapal selam pertama yang dinaikkan ke daratan di bumi Malaysia.

Selain daripada itu, penulis juga kagum dengan suasana pantai Kelebang , Melaka yang telah dibangunkan sebagai lagoon.Kali terakhir berkunjung di kawasan ini, kawasan berkenaan baru mula ditambak.Kini suasana kawasan berkenaan pesat membangun dan semakin cantik.

Kehadiran kapal selam terpakai ini amat menarik perhatian orang ramai. Walaupun baru mula didaratkan, orang ramai semakin berpusu-pusu datang. Penulis yakin ianya bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Bayangkan jika 1 juta pelancong setahun yang datang berbelanja sebanyak RM 40 seorang, di Melaka untuk melihat kapal selam ini, maka senang senang aje Melakan mendapat pendapatan sebanyak RM 40 juta.
Kapal Selam di Pantai Kelebang@MyBancik 2011

Namun, hari ini juga menjadi sejarah bagi penulis kerana melihat dari dekat bentuk kapal selam berkenaan. Ianya menambah satu lagi koleksi pengalaman bagi penulis.

Wallahualam

5 comments:

  1. waaaa best ni...
    liza pernah pergi tgk kapal seram kat surabaya...
    ni entry nyer...
    http://santaileeza.blogspot.com/2011/07/kapal-selam-indonesia.html

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok pun...tengok dalam gambar ada lah..

    ReplyDelete
  3. oowh beso rupenye kapal selam ni. ingt kecik mcm kete kancil je. keh keh keh. #jakuntakhagak.# :P

    ReplyDelete
  4. nak g tngok secara dkt jgk la.. penah tengok dlm TV je

    ReplyDelete
  5. nanti kalau berkesempatan gi sana nak pergi la muzium kapal selam nih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...