Jom Follow.....

Thursday, January 29, 2015

MH370 - Sudah Sampai Masa di Sini

9 Rabiul Akhir 1436

Kenyataan kerajaan Malaysia terkini telah menunjukkan bahawa sudah sampai masanya satu  keputusan perlu dibuat terhadap status penerbangan berkenaan. Walau bagaimanapun komitmen untuk mencari pesawat dan mangsa masih lagi diteruskan oleh kerajaan Malaysia.

Apa yang boleh dibuat ialah, teruskan berdoa agar petunjuk diberikan kepada insan-insan yang lemah seperti kita. Allah yang lebih mengetahui dan berkuasa. Mungkinkah MH 370 "sudah sampai  sini". Di sini bertemu Maha PenciptaNya.

Wallahualam

Kredit dan terima kasih  Untuk pemilik Video ini.

Al Fatihah Untuk MH370

9 Rabiul Akhir 1436

Tak banyak bicara yang mampu diucapkan apabila kerajaan membuat pengisytiharan terkini terhadap pesawat, krew dan penumpang MH370. Menerusi laporan Utusan Malaysia, Kerajaan semalam telah mengisytiharkan kesemua 239 penumpang dan krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Beijing, 8 Mac lalu sebagai terkorban.

Sedih .., memang sedih. ini merupakan dugaan besar Allah s.w.t. kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Malaysia. Hanya Al Fatihah dan doa yang mampu dibaca. Bagi yang beragama Islam,semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.

Wallahualam


Friday, January 16, 2015

Mr PM Naik LRT


26 Rabiulawal 1436

Penulis menghargai pendekatan Dato' Sri Najib yang sering melakukan tinjauan ke stesen LRT. Cuma beza kali ini beliau datang bersenderian. Ya ! memang betul ada kalanya kita perlu bersendirian dan jauh daripada orang sekeliling yang sering kebiasaan bersama kita.  Para Khalifah pada zaman kegemilangan islam juga sering bersendirian berjalan diwaktu malam merenung dan menyelami keluh kesah rakyat yang diamanahkan kepada mereka untuk memimpin. Mungkin selepas ini Dato Sri boleh mencuba keluar di waktu malam dan lihat gelandangan-gelandangan dan orang-oarang miskin. Tapi..janganlah bersendirian, dan perlu ada "bodyguard" yang mengekori dari jauh.

Gambar: FB PM
Ataupun memandu sendiri di sekitar KL pada waktu puncak dan di daerah-daerah lain di Lembah Kelang. Barulah DatoSri boleh menilai sendiri kualiti jalanraya yang ada di zaman pemerintahan Dato Sri. Dan boleh juga dibuat penilaian Dato Sri terhadap pihak yang di amanahkan oleh Dato Sri.

Syabas..teruskan usaha dan tradisi seperti ini. Sejuk mata rakyat marhain seperti kami melihatnya. Kami pun dah penat dengan suasana politik Malaysia sekarang. Kami mahukan kelainan!

Gambar: FB PM








Kami sering bertanya, "mana Abu Bakar as Siddiq Alaf Baru, kami rindukan Umar Al Qattab zaman millinium ini, Kami juga rindukan kelembutan Usman Al Affan dan kami juga dambakan keberanian Saidina Ali di zaman penuh adu domba yang mencabar ini. Mereka ini telah melaksanakan dengan baik dan mewarisi amanah daripada Rasul kita , Muhammad s.a.w sebagai pemimpin di sebuah negara dan umat.

Jika ada sedikit daripada sifat-sifat serta ciri pemerintahan yang ada pada mereka diikuti, itu sudah baik buat umat manusia terutama di Malaysia.

Wallahualam

Friday, January 9, 2015

Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia Ketika Malaysia Dilanda Musibah

19 Rabiulawal 1436

Tindakan Indonesia mengebom kapal nelayan Malaysia ketika Malaysia dilanda musibah adalah keterlaluan. Lebih-lebih lagi Malaysia dan rakyatnya sedang bertungkus lumus keluar daripada krisis malapetaka seperti kehilangan pesawat MH370, MH17 dan sekarang pula dilanda banjir terbesar dalam sejarah. Ini seperti yang dilaporkan secara terus terang di Sinar Harian. Walaupun dibuat menerusi perintah mahkamah, tetapi perlulah ada sikap timbangrasa sedikit.

Bukan nak buat provokasi, tetapi penulis hanya ingin ucapkan terima kasihlah kepada Indonesia kerana melayan jirannya seperti ini lebih-lebih lagi jirannya sedang berada dalam kesusahan. Namun jika orang buat baik kita balas baik, biasa Pak. Tetapi bila orang buat jahat kita balas baik, itu luar biasa Pak....Terima kasih atas segalanya.

Wallahualam

Wednesday, January 7, 2015

Kurangkan Komen, Banyakkan Tindakan

17 Rabiulawal 1436

Penulis mengajak para pembaca serta diri sendiri untuk lebihkan tindakan berbandingkan asyik memberikan komen yang seolah-olah tidak berkesudahan di alam siber. Ini berikutan trend yang berlaku sekarang di mana, rakyat sering dilihat banyak berpolemik, berpolitik yang seolah-olah tidak akan berkesudahan di media-media sosial atau di media perdana online yang mempunyai ruang komen di setiap artikel.

Masa yang diperuntukkan itu sebaliknya disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah seperti membantu mangsa banjir dan sebaginya. Kalau tak mampu membantu, kita juga boleh menolong iaitu" tolong duduk diam", dan bukannya menyebarkan berita yang bukan-bukan.Bukannya apa, takut-takut orang lain semua dah sampai ke bulan, kita masih berada di tanah.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...