Jom Follow.....

Saturday, February 21, 2015

Klinik Beri Ubat Lebih Mudah

1 Jamadil Awal 1436

Isu panas kepenggunaan di malaysia timbul lagi dengan cadangan pihak tertentu agar klinik tidak lagi dibenarkan memberikan ubat sebaliknya tugas atau peranan tersebut diberikan kepada kedai farmasi. Ape ke heinya cadangan ini? Ianya amat menyusahkan rakyat kerana terpaksa pergi dua tempat untuk mendapatkan rawatan yang sama. Cadangan ini bakal membebankan rakyat di mana rakyat terpaksa menanggung kos pengangkutan tambahan. Sementara itu caj yang dikenakan juga akan meningkat kerana ianya melibatkan dua entiti yang berbeza. Jika ianya dikeluarkan di klinik yang sama, selalunya pengguna akan mendapat harga pakej disebabkan ubat dikeluarkan di klinik yang sama.

Persoalan lain juga, apa akan jadi jika pesakit perlu mendapat suntikan atau pengambilan ubat segera seperti demam panas melampau atau sebagainya. Apakah perlu dapatkan di farmasi dan suntik sendiri? Oleh itu, hentikanlah daripada mengeluarkan cadangan yang akan menyusahkan rakyat .

Wallahualam

Saturday, February 14, 2015

BN Tak Perlu Tanding di DUN Chempaka, Tetapi Perlu Bertanding Di Permatang Pauh

23 Rabiul Akhir 1436

Penulis amat bersetuju dengan sesetengah pendapat agar BN tidak meletakkan calon di DUN Chempaka, Kelantan bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini adalah kerana, lebih baik dana untuk berkempen disalurkan bagi memulihkan negeri Kelantan yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Namun begitu, BN perlu berusaha merampas kerusi di Permatang Pauh di Pulau Pinang, bagi memberi peluang kepada  rakyat yang mahu menunjukkan mesej jelas kepada kerajaan Pulau Pinang agar tidak terus menggunakan isu sensitif dalam pentadbiran mereka terutama yang melibatkan kepentingan Islam.

Wallahualam

Pulangnya Seorang Ilmuan

23 Rabiul Akhir 1436

Kira-kira pukul 9.40 malam , 12 Februari 2015 bersamaan 21 Rabiul Akhir 1436 yang lepas, negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Nik Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka , Kota Baharu.

Ianya merupakan kehilangan seorang lagi ilmuan islam di Malaysia.Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...