Jom Follow.....

Tuesday, July 31, 2012

Pak Imam Oh Pak Imam

12 Ramadhan 1433

Sudah nak masuk hari ke 12 Ramadhan nampaknya kita berpuasa pada keesokan hari. Namun suasana sembahyang terawikh di masjid masih meriah dan diharapkan terus berterusan. Namun penulis berharap agar para Pak Imam tolong beri pertimbangan sedikit agar bacaan surah-surah dapat dipercepatkan dan diperjelaskan jika tidak dapat dipendekkan.

Bukan apa.., kesian kepada mereka-mereka yang membawa anak-anak kecil ke surau-surau atau ke masjid-masjid. Penulis bukan nak memaksa, tetapi sekadar meluah rasa agar pertimbangan sebegini diambil kira.Kalau nak baca panjang-panjang, bolehlah buat kat rumah.Namun begitu ,kalau tak nak ambil kira pendapat ini pun.., apa boleh buat..?. Penulis hanya berserah pada Allah atas kelemahan diri ini dan berharap agar terus diberikan kekuatan dalam menempuhi hari-hari mendatang.

Wallahualam


Lebih 500,000 Maykad Tidak Dituntut

12 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 31 Julai,2012- Sebanyak 501,941 MyKad belum dituntut di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said.

Kesemua MyKad itu merupakan kad pengenalan yang belum dituntut untuk kategori kurang daripada tempoh 18 bulan kad dikeluarkan, katanya kepada Bernama.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Lima Beradik Yatim Perlukan Bantuan

12 Ramadhan 1433


PENGKALAN HULU, 31 Julai, 2012- Seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah di Kelian Intan di sini dengan pendapatan RM600 sebulan hanya mampu meraih simpati bagi membesarkan dan menyekolahkan lima anaknya.

Zaleha Ahmad, 49, sentiasa bimbangkan masa depan anak-anaknya itu selepas kematian suaminya Mohd Yusof Ali, 59, akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Ramadan ini.

Lebih memeritkan lagi, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan kepada allahyarham suaminya sebelum ini yang menghidap sakit jantung juga telah dihentikan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

12 Ramadhan 1433


PETALING JAYA, 31 Julai, 2012- Majikan dinasihat membuat pemeriksaan terhadap latar belakang bakal pekerja mereka bagi mengelak daripada mengambil kerja mereka yang memiliki ijazah palsu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh universiti tempatan.

"Saya nasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Bandar Sunway di sini Selasa.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Promosi Arak Sempena Aidilfitri ?

12 Ramadhan 1433


GEORGE TOWN, 31 Julai, 2012- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria".

"Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa. Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Komen penulis: Kesabaran umat Islam diuji dan dicabar lagi. Tak habis-habis perasaan umat Islam terus dihina.

Monday, July 30, 2012

Warga Palestin Berharap Ramadan Merapatkan Silaturahim Puak Berbalah

11 Ramadhan 1433


GAZA CITY, 30 Julai (Bernama) -- Sempena keberkatan bulan Ramadan, penduduk Gaza optimis perdamaian yang dinanti-nantikan akan terjalin antara dua puak terbesar Palestin yang bertelagah - Hamas dan Fatah.

Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza dan Pihak Berkuasa Palestin yang disokong oleh pihak Barat menguasai Tebing Barat, dipisahkan angkara perselisihan sejak enam tahun lepas.

"Ramadan adalah bulan penuh rahmat. Kami berdoa untuk perdamaian dan perpaduan antara puak-puak yang bertelagah," kata pelajar Palestin Salah Hamad.

Pada 26 Julai, pemimpin Gaza Ismail Haniyeh bertemu presiden baru Mesir Mohamed Morsi di Cairo untuk membincangkan peranan yang boleh dimainkan Mesir untuk mengurangkan penderitaan penduduk di Gaza.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Komen penulis:

Bukan rakyat Palestin sahaja berharap macam tu, kat Malaysia inipun , ramai yang berharap agar umat Islam di sini juga dapat duduk semeja dan berbincang secara baik.

Cuti Umum Aidilfitri Diperluas Ke Wilayah Songkhla

11 Ramadhan 1433


BANGKOK, 30 Julai ,2012- Kabinet Thailand memperluas cuti umum Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan Tahun Baru Cina ke Wilayah Songkhla berkuatkuasa serta-merta.

Sebelum ini, cuti umum itu hanya diberikan kepada wilayah selatan iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala.

Maklumat lanjut :BERNAMA

OIC Adakan Mesyuarat Untuk Gerakkan Sokongan Kepada Rohingya

11 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 30 Julai ,2012 - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan menganjurkan beberapa mesyuarat untuk menggerakkan sokongan dan mengambil langkah praktikal untuk membantu masyarakat Rohingya beragama Islam di Myanmar, terutamanya yang menjadi sasaran kempen sistematik penghapusan etnik sejak lebih dua bulan lepas.

OIC merancang mengadakan mesyuarat berkenaan di peringkat negara-negara Islam dan antarabangsa di beberapa ibu negara negara Islam, menurut kenyataan OIC yang memetik sumber.

Jumaat lepas, OIC mengadakan mesyuarat dengan wakil dari 57 negara anggotanya di Geneva untuk menggariskan mekanisme bagi tindakan antarabangsa untuk mencari penyelesaian terhadap krisis yang dihadapi masyarakat Rohingya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Malu Dengan Status Perkahwinan?

11 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 30 Julai, 2012- Malu dan tidak faham undang-undang antara punca ibu bapa lewat atau tidak mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka sehingga berlaku kes kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said berkata terdapat ibu bapa yang berkahwin dengan warga asing atau mempunyai anak tidak sah taraf tidak tahu bahawa setiap kelahiran wajib didaftarkan.

"Kadang-kadang ada kes ibu tak tahu mana bapa dia, ada juga kes yang melibatkan pasangan belum berkahwin. Jadi mereka nak datang ke JPN malu sebab takut nanti orang tanya itu dan ini kerana ia soal maruah," katanya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Tertuduh Meninggal Dunia Ketika Pertuduhan Dibaca

11 Ramadhan 1433


MELAKA, 30 Julai,2012- Kompleks Mahkamah Melaka gempar apabila seorang tertuduh kes dadah rebah dan meninggal dunia selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Majistret petang isnin.

Sejurus sebelum kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang itu, mangsa, Fazlie Khamis, 28, dilihat duduk dalam keadaan lemah di tepi kandang tertuduh dengan air liur meleleh dan tidak menunjukkan sebarang reaksi, menyebabkan jurubahasa mahkamah terpaksa membacakan semula pertuduhan terhadapnya.

"Tertuduh kemudian jatuh melutut sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia oleh seorang anggota perubatan yang berada di mahkamah ketika itu," kata seorang saksi yang enggan dikenali ketika ditemui di kompleks mahkamah di sini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Penulis merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Diharapkan agar terus tabah menempuh kehidupan.

Kualiti Udara Di Pantai Barat Semenanjung Merosot

11 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 30 Julai, 2012 Peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Khamis lepas menyebabkan kemerosotan kualiti udara di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya Isnin, berkata kawasan Pelabuhan Klang, Selangor berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 118 setakat 11 pagi tadi.

Sebanyak 16 kawasan berada pada tahap baik daripada 51 stesen pengawasan kualiti udara JAS, manakala 31 lagi berada pada tahap sederhana.

Pengaruh angin monsun barat daya yang bertiup dari kawasan titik panas atau kawasan berlakunya pembakaran terbuka yang tidak terkawal di Sumatera, telah membawa pencemaran merentasi sempadan dan menyebabkan kemerosotan kualiti udara di kawasan pantai barat Semenanjung terutamanya di Pelabuhan Klang, kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut : BERNAMA

DAP Klang Bantah Pelaksanaan Hukum Hudud

11 Ramadhan 1433

KLANG, 30 Julai , 2012- Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini terus menerima reaksi negatif anggota pakatan pembangkang apabila kira-kira 600 pemimpin akar umbi DAP di Klang membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan undang-undang Islam oleh parti itu.


Setiausaha penganjur Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Klang K. Yoga Sigamany berkata pihaknya juga menyokong sepenuhnya Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang membantah pelaksanaan hukum hudud oleh PAS.

"Kami di DAP akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pandangan Karpal Singh dan menegaskan bahawa tiada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat harus melaksanakan nilai-nilai Islam dalam masyarakat berbilang kaum," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sunday, July 29, 2012

Sudah 10 Hari Berpuasa

10 Ramadhan 1433

Rasa sekejap sahaja tiba-tiba kita menyedari bahawa kita dah masuk hari ke 10 berpuasa. Namun apa yang penting, harapan kita ialah agar puasa kita makin meningkat dari segi kualitinya hingga sampai penghujungnya nanti. Apa yang menjadi cabaran besar kini ialah apabila kita keluar untuk membeli keperluan sambutan hari raya nanti, sama ada dari segi pandangannya, nafsu berbelanja dan tutur kata.

Namun, yang penting ialah , kita perlu fokus kepada fadhilat Ramadhan terlebih dahulu sebelum menyambut hari kemenangan. Kalau puasa pun dah kecundang.., macam mana nak sambut Hari Kemenangan?

Wallahualam


Kemalangan Menjadi Jadi

10 Ramadhan 1433

Akhir-akhir ini banyak kejadian kemalangan telah dilaporkan di media-media, sama ada di darat, laut dan udara. Ianya seakan sahut menyahut dan seolah-olah tiada hentinya. Maka , sempena bulan yang Mulia ini, marilah kita bersama berdoa agar kita semua dilindungi daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Wallahualam

Friday, July 27, 2012

Taliban Pakistan mahu pertahan Rohingya

8 Ramadhan 1433


Islamabad: Pergerakan Taliban Pakistan semalam mengancam untuk menyerang Myanmar bagi membalas dendam jenayah yang dilakukan terhadap penduduk Islam Rohingya.

Pada masa sama, ia juga mendesak kerajaan Pakistan memutuskan hubungan dengan kerajaan Myanmar selain menutup kedutaannya di sini sebagai syarat tidak meneruskan niatnya itu.   Dalam satu kenyataan
mengenai nasib penduduk Islam di luar negara yang jarang disuarakannya sehingga hari ini, kumpulan Tehreek-e-Taliban (TTP) cuba menunjukkan diri mereka sebagai pembela wanita dan lelaki Islam di Myanmar.

“Kami akan balas dendam terhadap kematian anda,” menurut kenyataan pergerakan itu. Sehubungan itu, jurucakap TTP. Ehsanullah Ehsan menuntut kerajaan Pakistan menamatkan semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaannya di Islamabad.

Maklumat lanjut: BH

Thursday, July 26, 2012

Hanya Kepada Engkau Ku Mohon Pertolongan

7 Ramadhan 1433

Kadangkala hati ini terasa sesak disebabkan cabaran hidup yang semakin mencabar.Ianya terdiri daripada pelbagai aspek kehidupan terutama dari segi memikul tanggungjawab, mencari rezeki dan menempuhi persekitaran semasa. Sesekala hati rasa hampir berputus asa.

Namun di sudut hati kecil berbisik, kita masih mempunyai Maha Pencipta yang Maha Besar, yang menguasai sekalian alam. Ya Allah, Rahmatilah kehidupan kami seharian, terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini.Berikanlah kami kekuatan dalam menunaikan tanggungjawab kami. Cukuplah kepadaMu Ku mohon pertolongan.

Wallahualam.






Saturday, July 21, 2012

Terima Kasih Rahmat Ekamatra !

2 Ramadhan 1433

Penulis amat tertarik bila membaca artikel di BH yang telah memaparkan berita bahawa Rahmat Ekamatra selesa selepas berhijrah. Rahmat kini (penulis percaya) bahagia dengan kehidupannya sekarang. Walau bagaimanapun, penulis berpendapat lagu-lagu nyanyian beliau pada masa lalu telah menghiburkan insan-insan seperti penulis di kala kekecewaan. Terutama sekali "sentuhan kecundang". Lagu tersebut kami pakat-pakat layan bila gagal menjawab soalan peperiksaan dengan sempurna atau sebagai penghibur hati yang sedang berduka pada zaman remaja.Tak silap penulis lagu berkenaan popular ketika penulis berada di Kelas 5 Sains di Sekolah Menangah Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Teringat pada masa tu yang turut layan minat kumpulan berkenaan(tak silap penulis) ialah Cun(Nasrul), Tamam dan Mie Rockers.

Namun hanya itu yang kami mampu lakukan, pada zaman susah dan pada zaman penulis anak yatim dahulu. Bagi penulis inipun sumbangan besar Rahmat kapada insan-insan seperti kami.Selain dari Rahmat Ekamatra, penulis juga meminati lagu nyanyian Rahmat Tohak dari Kumpulan Mega.

Lagu-lagu ni, bukan semua membawa keburukan dan ianya terpulang pada sesiapa yang mentafsirkannya. Namun syabas di atas penghijraan berkenaan. Semoga lagu-lagu baru nyanyian beliau bakal membawa para peminat lebih mengingati Maha Pencipta dan PesuruhNya.

Penulis berharap agar Rahmat tidak menyebelahi mana-mana parti politik secara terbuka seperti mana trend yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tumpukan usaha menanamkan sifat menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai idola di kalangan umat Islam. Terima kasih Rahmat! Teruskan usaha murni anda.

Wallahualam


Bertukar Juadah Berbuka Di Ramadhan Yang Mulia

1 Ramadhan 1433

Ketika penulis berada pada zaman kanak-kanak, belum ada lagi kegiatan pasar ramadhan. Namun suasana kemeriahan tersebut digantikan dengan budaya bertukar juadah di antara jiran-jiran. Ianya sedikit sebanyak mengeratkan silaturrahim antara sesama muslim.Selalunya penulis antara budak-budak suruhan atau "dispatch" untuk aktiviti berkenaan. Sungguh indah mengenangkan zaman berkenaan.

Namun, adakah ada lagi budaya berkenaan pada masa kini? Rata-rata kita hanya perlu ke pasar ramadhan dan membeli juadah di sana. Namun bagi penulis adalah baik budaya ini terus disambung dan disemarakkan semula. Yang pasti penulis dan isteri telah memulakannya semenjak berumahtangga lagi. Jika takselalupun, sekurang-kurangnya ada dilakukan sekadar yang termampu.

Wallahualam




Friday, July 20, 2012

Ahlan Wasahlan Ramadhan

1 Ramadhan 1433

Penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1433 kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Semoga Ramadhan pada kali ini dapat memberi tarbiah yang terbaik kepada semua terutama aspek hubungan manusia dengan Pencipta dan aspek  hubungan umat Islam sesama Islam  serta hubungan sesama manusia.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Wallahualam.


Thursday, July 19, 2012

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Sabtu Ini




KUALA LUMPUR, 20 Julai ,2012- Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Maklumat lanjut: BERNAMA


Sunday, July 15, 2012

Najib Buat Kejutan

25 Syaaban 1433

Ini bukannya kejutan pasal pilihanraya, tetapi kejutan terhadap sebuah program sukarelawan yang dibanjiri 50,000 sukarelawan belia yang hadir untuk menyatakan sokongan terhadap program yang julung kali diadakan, 1Malaysia For Youth (iM4U).

Maklumat lanjut : BERNAMA

RM 42 Billion Harta Pusaka Terbeku

26 Syaaban 1433

Rasa terkejutpun ada bila terbaca sebuah buku karangan Ustaz Ghazali Ibrahim yang mendedahkan sebanyak RM 42 Bilion harta pusaka umat Islam di Malaysia yang belum dituntut. Ini disebabkan kegagalan umat Islam sendiri yang kurang memahami Ilmu faraid, wasiat dan hibah.

Bayangkan dengan jumlah tersebut, jika dapat dimanfaatkan maka ianya dapat meningkatkan sosio ekonomi umat Islam itu sendiri. Maka pengajarannya, tingkatkanlah ilmu berkenaan faraid, wasiat dan hibah selain daripada ilmu-ilmu berinternet yang kita sedang lakukan.

Wallahualam

Saturday, July 14, 2012

Peluang Menjadi Usahawan Pembekal Tenaga Elektrik

24 Syaaban 1433

Penulis tertarik dengan peluang untuk mendapatkan pendapatan secara purata sebanyak RM 500 sebulan dengan menjual tenaga elektrik. Ianya seperti yang dilaporkan di Berita Harian.

Menurut laporan, pemilik kediaman yang menyertai program menjual tenaga diperbaharui kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berpeluang mendapat pulangan RM500 sebulan untuk selama 21 tahun.

Tawaran kepada 2,000 rumah di Semenanjung dan Sabah yang sedia memasang panel solar di rumah mereka dijangka dibuka bulan depan atas dasar setiap rumah menjana empat kilowatt tenaga.  Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Tan Sri Dr Fong Chan Onn, berkata pihaknya menyasarkan 10,000 rumah dilengkapi panel solar tahun depan dan 100,000 menjelang 2020.
"
 Pemilik rumah boleh mendapatkan nasihat dan keterangan daripada pemasang panel solar bertauliah berhubung kesesuaian rumah dan kosnya. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.seda.gov.my.

 "Halangan terbesar menyertai program ini adalah modal yang agak besar sehingga RM10,000 untuk menjana setiap kilowatt atau RM40,000 untuk empat kilowatt. Walaupun tinggi, mereka boleh memperoleh pendapatan purata RM500 sebulan dan pulangan modal selepas enam tahun," katanya semalam.

Maklumat lanjut: Berita Harian Online

Friday, July 13, 2012

Indeks Jenayah Di Malaysia Meningkat?


24 Syaaban 1433

KOTA SAMARAHAN, 14 Julai , 2012 - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyifatkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung kadar indeks sebenar jenayah di negara ini masih tinggi sebagai bersifat peribadi.Beliau berkata kadar indeks jenayah di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara lain di dunia dan statistik yang diperoleh merangkumi keseluruhan kes jenayah sebagaimana yang ditentukan di bawah indeks keamanan global (GPI).

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, July 12, 2012

Tiada Lagi Siapa Yang Bimbangkan Kami

23 Syaaban 1433

Tiada lagi sesiapa bimbangkan lagi nasib kami di dunia ini
Semenjak dikau pergi meninggalkan kami
Kami di akhir zaman ini seolah terkapai tercari-cari
Manakah yang patut diikuti

Pemimpin-pemimpin kami bersengketa sesama sendiri
Walaupun kiblat sama tapi lain di hati
Ulama-ulama mencaci sesama sendiri
Seolah - olah tiada noktah di zaman ini

Umat berbunuh sesama sendiri
Syaitan dikawani dan musuh dijadikan sahabat sejati
Rakan seagama dibenci dan dicurigai
Semata-mata kuasa yang ingin dimiliki

Kini tiada lagi ucapan dari pemimpin kami
Yang sering menyebut kalimah "ummati"!, "ummati"!
Kutitipkan coretan ini
Bagi mengubat keresahan diri

Tetiba terasa rindu di hati ini
Mengenang dirimu yang tak pernah kujumpai
Kuharap dikau sudi menerima diri ini
Sebagai salah seorang umatmu yang engkau ingati

Sebak mengenangkan nasib dan keadaan umatmu di akhir zaman ini
Nasihatmu diazami untuk diikuti
Walaupun susah untuk direalisasi
Moga dapat bersua, di alam yang kekal abadi

Di suatu masa yang telah dijanjikan Ilahi
Pada akhir hayat dunia ini


Wednesday, July 11, 2012

Blog pertahan DAP tanding 90 kerusi

22 Syaaban 1433


KUALA LUMPUR 11 Julai - Blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com hari ini mempertahankan kenyataan bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut penulis blog itu, dia mempunyai dokumen bagi menyokong maklumat tersebut seperti senarai calon pakatan pembangkang yang bakal bertanding dan akan memperkenalkan nama-nama terlibat secara berperingkat mulai esok.

Dakwanya, DAP mempunyai kelebihan kerana ada maklumat menunjukkan parti itu mampu menawan 100 peratus undi Cina dan 50 peratus undi India sebagai tambahan kepada undi Melayu daripada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Selain itu, dakwanya, DAP wajar bertanding di 90 kerusi memandangkan ia merupakan sebuah parti berbilang kaum.

Maklumat lanjut: Utusan Online

Tidak sangka Kelantan ada emas

22 Syaaban 1433


KOTA BHARU 11 Julai , 2012- Rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini terkejut dan tidak menyangka Kelantan yang dianggap negeri termiskin selama ini, sebenarnya mempunyai simpanan khazanah emas yang banyak.

Menurut mereka, kegiatan haram itu seperti mana didedahkan oleh Utusan Malaysia hari ini adalah sesuatu yang mengecewakan.

Justeru, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menangani masalah berkenaan.

Maklumat lanjut :Utusan Online

Tuesday, July 10, 2012

Pembangkang Perlu Telus Umumkan Agihan Kerusi

21 Syaaban 1433

Pembangkang di Malaysia perlulah telus dalam mengumumkan formula pembahagian kerusi yang bakal ditandingi mereka pada PRU yang akan datang nanti agar rakyat boleh membuat penilaian secara telus juga. Ini rentetan daripada wujudnya dakwaan bahawa DAP akan mendapatkan kuota 90 kerusi yang akan ditandingi seperti dilaporkan di mykmu.Namun dakwaan ini disangkal oleh Datuk Nik Aziz seperti dilaporkan di Sinar Harian yang beliau anggap sebagai karut. Manakala Datuk Sri Hadi Awang pula menolak sama sekali dakwaan berkenaan , juga di Sinar Harian.

Namun begitu, belum ada kenyataan bersama dikeluarkan oleh para pemimpin utama pembangkang.Jika ini tidak dapat dilakukan, ianya akan terus mendatangkan keresahan di kalangan umat Islam yang semakin dimomokkan dengan ceramah agama diselitkan politik setiap hari. Maklumlah, banyak surau dan masjid dah dikuasai dan menjadi media terbaru mereka.

Sekurang-kurangnya bila ada pengesahan, jika benar DAP nak bertanding dengan kerusi dengan jumlah berkenaan(90) berbanding PAS, barulah senang para jemaah nak tanya soalan cepu emas kepada para-para penceramah berkenaan untuk mendapatkan pendapat mereka. Nak harapkan PKR, lebih kurang  separuh daripada calon PKRpun dah dikalangan dari mereka yang tidak beriman.Secara nombor, kiralah sendiri bila diumumkan nanti.Bukankah dalam Al-Quran ada sebut dalam hal ini(larangan mengangkat golongan kafir sebagai pemimpin, terutama sekali yang secara terang anti terhadap Islam). Tetapi aneh, sejak berbaik dengan DAP, ayat-ayat berkenaan tak kedengaran pula.Sangka baik.., mungkin penulis terlena ketika ayat berkenaan dibacakan semasa ceramah berkenaan.

Oleh itu, umat Islam(termasuk penulis) tak kiralah fahaman politik perlulah berhati-hati dalam hal seperti ini.Semoga kita diampunkan oleh Allah S.W.T. atas segala dosa yang kita ada dan dijauhi dari sebarang malapetaka.

Wallahualam

Penceramah Perlu Bersikap Adil Dalam Berceramah

21 Syaaban 1433

Pada minggu lepas penulis secara tidak disangka diberi kelapangan oleh Allah S.W.T. untuk bersama-sama menghadiri satu kuliah Zohor di tempat kerja. Namun ketenangan penulis agak terganggu disebabkan tindakan penceramah berkenaan agak berat sebelah dalam memberi contoh terkini dalam memilih pemimpin.

Penulis bersetuju dengan kriteria yang beliau perjelaskan, namun contoh terkini yang diberikan agak berat sebelah. Kelemahan yang pihak/pemimpin yang dia sokong pula tak diketengahkan pula.Penulis faham kerana musim pilihanraya sudah makin dekat. Penulis juga faham dan akur jika kita ingkar pada mana-mana ayat dalam Al-Quran maka ianya akan menjejaskan akidah.

Namun penulis kurang bersetuju dengan cara penceramah berkenaan mentafsirkan Ayat Al-Quran , Surah Ibrahim-ayat 21 yang mengaitkan penyokong pemimpin ahli politik yang tak sealiran dengan beliau.Kajian pembacaan penulis, ianya(ayat berkenaan) merujuk kepada orang-orang kafir dan tafsiran pada ayat berkenaan agak jelas.Namun tak perlu penulis kupaskan disini ataupun nak berdebat dengan beliau. Jika tafsiran beliau benar, penceramah berkenaan akan dapat pahala, tetapi jika salah, biarlah beliau tanggung dan menjawab di hadapan Allah S.W.T. pada hari pembalasan nanti. Kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut, rujuklah kepada ulama-ulama yang takutkan Allah dan hari akhirat untuk mendapatkan kefahaman lanjut.

Bagi penulis , dalam politik Malaysia kita perlu lihat dari pelbagai sudut dan kedudukan strategi yang tertentu. Jika parti yang penceramah itu sokong itu hanya bertanding di kerusi yang jumlahnya lebih kecil daripada rakan mereka yang tidak beriman, nak menegakkan Islam ape ke bendanya?Itu baru pembahagian kerusi, menang belum tentu lagi. Silap-silap Islam pula akan tergadai disebabkan kesilapan mereka itu nanti. Minta dijauhkan Allah S.W.T. di bumi Malaysia ini.

Wallahualam

Bank Mana Yang Potong Elaun Pekerja Disebabkan Solat?

21 Syaaban 1433

Buletin Utama sebentar tadi melaporkan bahawa Persatuan Pekerja Bank (NUBE) membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atas tindakan sebuah bank yang memotong elaun pekerja hanya disebabkan pekerja menunaikan solat.

Jika berita ini benar, NUBE perlu war-warkan kepada umum di seluruh negara akan nama bank terbabit agar kempen secara besar-besaran dilakukan di seluru negara agar bank berkenaan diboikot atau gesaan dibuat terhadap Bank Negara Malaysia agar lesen bank berkenaan ditarik balik atau digantung.

Penulis juga mendesak para demonstrasi yang suka membuat demonstrasi politik agar bertindak juga dalam hal ini dengan mengambil tindakan yang sama dalam menuntut keadilan dan bukan hanya bab politik sahaja.

Wallahualam

Seorang Lelaki Terkorban Gara-Gara Mengamuk

21 Syaaban 1433

Rasa terkejutpun ada dan sedih pun ada apabila mendengar berita seorang individu telah ditembak mati disebabkan mengamuk di salah sebuah bangunan kerajaan di Putrajaya.UTUSAN MALAYSIA  hari ini telah melaporkan bahawa di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, kecoh apabila seorang lelaki dan wanita dikatakan mengamuk sambil melibas pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Menurut laporan berkenaaan lelaki yang tidak berbaju itu dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali. Sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikejarkan ke tempat kejadian.“Anggota-anggota MPV yang sampai cuba memujuk, tetapi diserang oleh kedua-dua suspek dan mereka kemudian ditembak oleh anggota polis berkenaan.

“Suspek perempuan cedera di paha kanan manakala lelaki pula di bahagian tangan dan ari-ari bahagian kiri," katanya.Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dihantar ke hospital untuk rawatan dan butir-butir suspek serta motif kejadian dalam siasatan.“Suspek lelaki disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Rasa sedih hanya disebabkan mahukan kuasa, individu berkenaan sanggup terkorban dengan cara yang tidak praktikal.Semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa kita semua.

Wallahualam

Friday, July 6, 2012

myBancik: Blog Muzikal Pertama

17 Syaaban 1433

Tersebutlah al kisah bahawa myBancik mulai hari ini melancarkan "tema" terbaru yang mana telah menggunakan blog muzikal sebagai penambahan kepada "tema" sedia ada. Rasionalnya ialah kebanyakan artikel yang dipaparkan akan disertakan video berkaitan lagu-lagu tema yang sesuai.

Kemungkinan blog ini adalah blog muzikal yang pertama di Malaysia berdasarkan ketiadaan blog seumpamanya yang menjadikan tema ini secara rasmi.





Ianya juga mungkin yang pertama terdapat di dunia jika berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan.



Namun yang pertama, kedua atau yang terakhir bukanlah soal yang utama. Apa yang penting setiap penulisan yang dipaparkan dapat dimanfaatkan kepada setiap insan.

Wallahualam


Kamaafan Pahit, Tetapi Indah

17 Syaaban 1433

Sifat memaafkan seseorang adalah sesuatu yang amat pahit tetapi ianya merupakan suatu keindahan. Arikel ini ditulis ketika mendengar program motivasi pagi di TV3  oleh ustaz Ahmad Shukri pada pagi ini. Ianya merupakan sesuatu yang  amat pahit tetapi merupakan ubat yang mujarab kepada penyakit jiwa.

Namun ianya bukan mudah dilakukan, namun tidak rugi jika mencuba. Jika ini dapat dilakukan, insyaallah hati kita akan bersih dari secebis penyakit jiwa yang ada pada setiap manusia. Penulis kini bersemangat hendak mengamalkannya dengan lebih lagi.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...