Jom Follow.....

Saturday, June 30, 2012

Tahniah Kepada Morsi

11 Syaaban 1433

Sebagaimana ucapan tahnniah daripada Perdana Menteri Malaysia kepada Morsi seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA , penulis mingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Mohammed Morsi yang baru sahaja berjaya menangkat sumpah sebagai Presiden Mesir yang baru. Diharapkan selesainya upacara angkat sumpah berkenaan akan dapat menamatkan persengketaan sesama rakyat negara berkenaan.

Wallahualam.

Kira Baki Wang Sebelum Beredar

11 Syaaban 1433


KUALA LUMPUR, 29 Jun , 2012 - Masyarakat di ibu kota serta bandar besar yang lain di negara ini sememangnya tidak asing malahan kian selesa dengan gaya hidup 'makan di kedai'. Mungkin kerana faktor-faktor seperti kesuntukan masa, lokasi premis makan yang menjanjikan akses mudah dan pilihan makanan yang banyak menyebabkan 'budaya' itu muncul dan menular.

Atau juga warga kota mungkin rasa terlalu penat selepas bekerja seharian menyebabkan ramai di kalangan mereka memilih gaya hidup sebegini.

Namun trend seperti ini menyebabkan ada pihak yang mungkin mengambil kesempatan terutama dari segi pemulangan baki pada setiap kali bayaran. Kadangkala kita sering memandang ringan perkara seperti ini. Untuk cerita lanjut, wartawan BERNAMA ,saudara  Zulkiple Ibrahim, telah memaparkan kisah tersebut.


Maklumat lanjut :BERNAMA

Sifat Takbur

11 Syaaban 1433

Antara kesilapan yang dilakukan oleh kita ialah bersikap tinggi diri dan takbur. Sifat ini amat terkeji di mana iblis yang suatu masa telah menjadi guru kepada para malaikat telah dilaknat oleh Allah s.w.t akibat bersikap takbur dengan menolak perintah Allah s.w.t untuk sujud kepada nabi Adam. Penolakan terhadap perintah berkenaan disebabkan sifat yang merasakan bahawa dia lebih mulia daripada Adam dari sudut asal-usul cara penciptaan.

Antara cara-cara untuk mengatasinya ialah dengan selalu beritikad di dalam hati bahawa setiap yang kita ada adalah milik Allah S.W.T. dan elakkan untuk membanggga-banggakan diri.

Wallahualam

Media Sosial Jentera Penting Bagi Memenangi PRU?

11 Syaaban 1433


SANDAKAN, 30 Jun, 2012- Peranan media sosial kini dilihat mempunyai peranan lebih luas, antaranya menjadi jentera penting kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata media sosial penyokong kerajaan berperanan penting dalam memperbetul dakyah seperti fitnah dan pembohongan yang disebar menerusi blog oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Apabila Ulama Berbalah : Ya Allah.. Selamatkanlah Umat Ini

11 Rejab 1433

Hati ini merasa teramat sedih apabila melihat perbalahan dikalangan ulama di Malaysia dan di dunia semakin parah. Jika berbeza perbezaan pendapat tu biasalah, namun jika dah melibatkan kecam mengecam, maka ianya dilihat semakin parah. Terbaru seperti yang dilaporkan di SINAR HARIAN

Dalam situasi seperti ini, ada kalanya timbul rasa teramat sedih dan sayu dan kadangkala rasa timbul rindu akan kehadiran Rasulullah S.A.W walaupun sebentar. Namun hati ini terubat bila teringat bahawa baginda telah tinggalkan Al-Quran dan sunnahnya. Maka situasi sekarang, aku tiada pilihan iaitu terpaksa bongkarkan sendiri dan menambah ilmu terhadap apa yang ditinggalkan.

Andai Nabi Muhammad s.a.w. masih ada......

Haram Panggil PRU13 Musim Haji ?

11 Syaaban 1433

Hati penulis rasa tercuit dengan telahan demi telahan bahawa PRU 13 akan diadakan pada musim haji. Terbaru menerusi SINAR HARIAN, suatu kumpulan yang mendakwa sebagai pendakwah telah mengeluarkan hukum bahawa haram jika PRU diadakan pada musim haji.

Jika dilihat pada komen-komen pada artikel berkenaan, ada dikalangan kita yang cuba membuat provokasi dan melaga-lagakan di antara ulama. Penulis tidak mahu komen lanjut, cuma persoalannya apakah wajar jika kita sering bersikap bersangka buruk, sedangkan Perdana Menteri pun tak pernah menunjukkan tanda-tanda ketara bahawa PRU akan diadakan pada masa yang mereka sangkakan.

Jika diadakan sekalipun , apakah kita tidak boleh terima bahawa Allah s.w.t. telah menentukan bahawa ianya(tarikh berkenaan) adalah ketentuanNya.Mungkin memberi kelebihan pula kepada pembangkang akibat rasa simpati umat Islam.

Bersamalah kita bermuhasabah dan bertaubat agar kita dan umat Islam mendapat manfaat sebenarnya di dunia dan akhirat.

Wallahualam

Perwakilan Malaysia Beri Penjelasan Isu Kehadiran Diplomat Singapura Dalam Perhimpunan Bersih

11 Syaaban 1433

SINGAPURA, 30 Jun , 2012 - Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura telah memberi respons terhadap surat yang tersiar dalam akhbar The Straits Times Khamis lepas berhubung dakwaan kehadiran tiga diplomat republik ini pada perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April.

 Dalam jawapan itu,, Kaunselor (Politik) Nik Ady Arman memulakan tulisannya dengan menegaskan tentang pentingnya mengenal pasti perbezaan antara tindakan yang diambil Kerajaan Malaysia dan tindakan NGO serta kumpulan tertentu yang berkepentingan.

 Kata beliau walaupun kerajaan Malaysia telah meminta Pesuruhjaya Tinggi Singapura menangani isu ini secara diplomatik, tetapi tidaklah memeranjatkan apabila NGO dan kumpulan lain yang berkepentingan, menunjukkan reaksi masing-masing berhubung isu berkenaan berdasarkan sentimen yang tercetus daripadanya.

 Seperti yang diduga, begitu jugalah yang dilakukan para pembaca dalam surat mereka kepada The Straits Times.

 Kedua, kata Nik Ady, perkara yang perlu juga diambil kira ialah tentang perbezaan kecil, tetapi tidak kurang pentingnya, antara kehadiran diplomat pada perhimpunan itu dan perhimpunan haram.

 Nik Ady berkata sebagai negara demokrasi, Malaysia tidak pernah mengehadkan atau menghalang sesiapa daripada menyertai mana-mana perhimpunan yang sah di sisi undang-undang, tetapi beliau menegaskan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu perhimpunan haram.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Anak Harimau Malaya Mengaum Lagi

11 Syaaban 1433

Anak Harimau Malaya mengaum dengan mengalahkan Vietnam pada kejohanan bolasepak Piala AFC Bawah 22 tahun di  Myanmar. Syabas diucapkan kepada pasukan anak Harimau Malaya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Friday, June 29, 2012

Senandung Buat Ibu

10 Syaaban 1433

Wahai ibuku
Aku tahu bahawaaku tak akan dapat membalas jasamu
Jasa dan baktimu akan tetap bersemadi di dalam diriku
Yang kukuh bersemadi dalam ingatanku

Ibuku yang ku cinta
Walaupun ayah telah tiada
Jasanya tetap bersama kita
Meneruskan kehidupan di alam yang nyata

Aku tak mampu memuaskan hatimu
Aku tak akan mampu membahagiakanmu
Namun aku tetap akan berusaha menggembirakanmu
Walau jasatku dan jiwaku dicincang lumat bagi memastikan kegembiraanmu

Aku sanggup terluka bagi memastikan kau gembira
Maafkan ku jika engkau belum teruja
Kerana cabaran kami sebagai ibubapa sekarang lebih getir dan derita
Berbanding masa mu membesarkan, mendidik anak-anakmu semua

Apapun wahai ibuku
Kami memohon restumu wahai ibuku
Keredhaan yang Maha Esa terhadap kami bergantung kepada redhamu
Wahai ibu, ampunilah kesilapan dan dosa kami terhadap mu

Wallahulam

Nama Adik Ade Tak Ayah?

10 Syaaban 1433

Seorang anak kecil sedang bermain-main berlari di mengelilingi ayahnya yang berada di ruang tamu yang sedang membelek diari yang diletekkan secara maya di iPad kesayangannya. Sekali sekala si ayah berang dengan kerenah si anak kecil yang sedang berlari-lari tersebut, takut-takut dilanggar pula iPad kesayangannya.Si ayah terus dengan lamunan dan khayalan di dunia korporatnya dengan terus menyemak jadual dan temujanjinya sehariannya.

Dengan tiba-tiba si anak bertanya kepada si ayah. "Ayah buat ape tu?" tanya si anak kecil itu. "Ayah tengah semak temu janji ayah esok dan sepanjang minggu ini", balas si ayah secara acuh tak acuh. "Temu janji tu ape ayah? " tanya si anak lagi. "Temu janji itu ialah masa jadual yang ayah perlu sediakan dan luangkan masa untuk berjumpa dengan orang-orang penting" balas si ayah dengan nada yang sedikit marah.

"Ooo..Kalau macam tu, nama adik ade tak ayah dalam iPad tu ?" tanya si anak kecil itu secara sepontan dan terus beredar. Dengan tidak semena-mena air mata si ayah bergelinangan dan berasa sebak? "Ya Allah! Apa aku telah lakukan kepada anak-anakku selama ini? Apakah aku hanya kejarkan kemewahan dan keduniaaan semata mata? Apakah aku telah abaikan amanah yang telah engkau amanahkan kepada ku?Ampunilah dosa ku...

Khir Toyo Mengesahkan Tidak Bertanding PRU-13

10 Rejab 1433

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini menerusi laporan BERNAMA telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU_) ke-13 akan datang.

 Beliau yang merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."

Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Hanya Logo dan Sijil Halal JAKIM Sahaja Yang Halal Mulai Esok

10 Syaaban 1433

UTUSAN  hari ini telah melaporkan bahawa mulai esok, hanya sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dibenarkan berada di pasaran.

Sehubungan itu, Jakim tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana premis makanan yang menggunakan atau mempamerkan logo atau ungkapan halal selain daripada yang dibenarkan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, tempoh peralihan enam bulan kepada premis makanan supaya menanggalkan logo halal sedia ada selain memohon logo halal yang diiktiraf berakhir esok.

Sumber: Utusan Malaysia

Ambiga Mati Dibakar

10 Syaaban 1433

Amat menyedihkan melihat laporan pada UTUSAN pada hari ini yang melaporkan bahawa seorang wanita mati dibakar sebaik pulang daripada mencari rezeki. Kejadian berlaku di hadapan koridor rumahnya di Pangsapuri Mesra Prima, Kampung Amnpang Campuran, Ampang .

Mangsa P. Yoga Ambiga, 27 tahun, yang baru bertunang dipercayai diperlakukan sedemikian akibat sifat cemburu oleh pihak ketiga. Timbul persoalan bahawa apakah manusia semakin kejam?Walaubagaimanapun, kita mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Namun kejamdian ini menuntut agar kita semua lebih berhati-hati.

Wallahualam

Tuesday, June 26, 2012

Kerajaan Malaysia Tolak Budaya LGBT

7 Syaaban 1433

Kerajaan Malaysia sekarang telah membuat pengumuman secara terbuka bagi menentang sebarang bentuk  gejala LGBT di negara ini. Menerusi laporan UTUSAN Perdana Menteri berkata "Kerajaan berikrar akan mempertahan kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang seperti amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak mendapat tempat di negara ini.Pada masa yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang kini diperjuang pihak tertentu juga akan ditentang."

Penulis menyambut baik kenyataan berkenaan dan berharap agar punca permasalahan ini dapat dikaji dan dicari jalan penyelesaian.Dasar-dasar yang boleh membendung gejala ini juga perlu diberi perhatian yang serius untuk diperkenalkan.

Wallahualam

Apabila Masjid Dan Surau Menjadi Rebutan

7 Syaaban 1433

Hati ini berasa amat kecewa dan sedih  tentang  apa yang dipaparkan di media, antaranya UTUSAN sejak beberapa hari lepas terhadap berlakunya perebutan terhadap AJK Surau dan Masjid di negeri Selangor. Namun penulis menyeru agar ianya dapat diselesaikan dengan semangat persaudaraan Islam.

Jika kita takutkan hari pembalasan, soal seperti ini tidak akan berlaku. Ketepikan soal politik dan kita perlu fokus kepada persoalan yang lebih besar terhadap cabaran yang bakal mendatang ke atas masyarakat Islam di negara ini.Benarlah cerita pada akhir zaman ini, manusia akan mencari tanggungjawab sedangkan ia tidak mampu menggalasnya.

Wallahualam

Aku Akan Ditanya Tujuanku Menulis

7 Rejab 1433

Sesekali terdetik di hati ini bahawa aku akan ditanya diakhirat nanti tujuan aku menulis di blog ini. Apakah untuk mendapatkan pengaruh, kerana nama, menyampaikan secebis ilmu yang aku miliki, mengadu domba, mencari sumber pendapatan,menyebarkan fitnah dan sebagainya?

Namun di hati ini sering memujuk agar setiap jari jemari yang menulis di blog ini ialah bagi mendapat keredhaan Ilahi dan mengamalkan apa yang ditulis.Namun diri ini berharap, jika ada sebarang kemusykilan di kalangan pengunjung terhadap perkongsian ilmu di sini, silalah berurusan dengan pihak yang lebih berilmu dan yang lebih muktabar jika perlukan lebih pemahaman.

Diharapkan perkongsian di blog ini dapat meningkatkan sifat kasih sesama Islam dan sesama Insan di dunia ini.

Taubatkah Aku?

7 Syaaban 1433

Sejak akhir-akhir ini seolah-olah suatu "trend" bila mana ada dikalangan saudara kita dengan mudah menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku kepada diri dan keluarga mereka. Dengan mudah mereka menyalahkan pihak-pihak yang tertentu di medan ceramah mereka atas apa yang mereka lalui dalam kehidupan selama ini.

Namun di hati ini mula bertanya, adakah aku perlu menyalahkan orang lain jika berlaku kekurangan pada diri ini selama berpuluh tahun aku hidup? Apakah aku perlu menyalahkan ibu dan ayahku? Apakah aku perlu menyalahkan datuk moyangku? Apakah sifat sering menyalahkan orang lain merupakan tanda-tanda aku sudah berhijrah ke arah kebaikan dan bertaubat?

Ya Allah, perbaikilah diri ini dan jadikanlah aku sebahagian dari insan yang sering bertaubat dan diterima taubat olehMu.

Wallahualam

Saturday, June 23, 2012

Berbicara Macam Nabi Tetapi Perangai Macam Labi-labi

3 Syaaban 1433

Hati ini terasa tersentak bila mana terdengar bicara oleh ustaz  Ebit Lew di corong radio beberapa hari lepas terhadap tajuk di atas.  Kadangkala kita bercakap bagaikan nabi tetapi jika kita semak semula kadangkala amalan kita macam labi-labi.Ini termasuklah juga sebarang jua penulisan di blog-blog dan laman sosial.

Macam labi-labi bermaksud kadangkala kita buat dan kadangkala tidak macam kepala labi-labi iaitu kejap ada kejap masuk dalam badannya.Astagfirullah.....Wahai Pemilik nyawa ini, jauhkanlah hambaMu ini dari sifat keji  ini. Berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini  bagi menjadi insan yang diredhaiMu di dunia dan akhirat.

Wallahualam

Friday, June 22, 2012

Jangan Khianati Malaysia

2 Syaaban 1433

Penulis berasa amat kurang senang apabila mengetahui penglibatan pihak Singapura dalam perhimpunan BERSIH  3(yang pada pendapat penulis sebenarnya tidak bersih dari erti kata sebenarnya). Salah sebuah portal politik pro UMNO  iaitu mykmu telah membuat kritikan pedas dengan menyatakan bahawa "PENYERTAAN sejumlah diplomat Singapura dalam himpunan Bersih 3.0 dengan seorang daripada mereka memakai baju kuning rasmi himpunan tersebut memang mengejutkan. Mengejutkan kerana Singapura langsung tidak membenarkan sebarang perhimpunan seumpama itu diadakan di dalam negara pulau mereka tapi disini, depa bagi bantuan dan sokongan moral dengan menghantar diplomat.Jadi bila negara Singapura sendiri tidak berkenan himpunan seumpama itu, kenapa mereka hantar diplomat mereka disana?

Itu yang membezakan kehadiran diplomat Singapura dengan diplomat negara-negara lain yang disebut-sebut turut hadir dalam himpunan tersebut.Dan kita yakin, nama saja diplomat tapi sebetulnya 3 orang yang terkantoi itu adalah perisik tentera Singapura yang memang kerjanya untuk mensabotaj Malaysia. Entah berapalah dana yang disumbang Singapura ke dalam akaun Bersih 3.0 untuk menjayakan himpunan tersebut.

Kira perisik kita lebih hebat sebab boleh kenal perisik mereka."


Sementara itu menerusi kenyataan BERNAMA Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra Jumaat berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan Jumaat berkata beliau telah memanggil Ong ke pejabatnya petang ini untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan itu.

Penulis berpendapat bahawa rakyat Malaysia perlu menolak sebarang campur tangan luar bagi mengadudombakan perhubungan dan keamanan sesama rakyat Malaysia jika berita ini benar. Sesuatu yang amat menjijikan jika sesebuah nagara berjaya dalam ekonomi hanya disebabkan tindakan mereka mengucarkacirkan negara lain. Semoga Allah mengampuni dosa kita dan memelihara persaudaraan sesama insan di Malaysia dan menghancurkan rancangan jahat tangan-tangan luar terhadap keamanan di negara ini.

Wallahualam

Wednesday, June 20, 2012

Pas, PKR Bantah Bina Sekolah Agama Rakyat(SAR) ?

30 Rejab 1433

PAS dan PKR telah didakwa membantah rancangan pembinaan  Sekolah Agama Rakyat(SAR) semata-mata untuk menjaga segelintir hati orang bukan islam yang membantah pembinaan bangunan tersebut. Jika berita ini benar, maka ianya amat mengecewakan memandangkan isu cadangan merobohkan madrasah oleh kerajaan pimpinan mereka di Kedah masih belum dijelaskan rasionalnya secara jelas.

Di kala dikalangan kita yang mahu membangunkan syiar Islam dan bangunan yang menempatkan gedung keilmuan, ada dikalangan kita yang lebih cenderung untuk membangunkan gedung beli belah dan membantah pula ke arah kebaikan. Penulis tak nak ulas panjang . Sekadar meluahkan kekecewaaan dan melontarkan persoalan untuk renungan jika ianya benar.

Maklumat lanjut: UTUSAN

Sunday, June 17, 2012

Jika Orang Baling Najis..., Kita Baling Bunga?

28 Rejab 1433

"Jika orang baling najis, kita baling bunga". Kata-kata ini sering dipopularkan oleh seoarang pakar motivasi yang terkenal iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah. Maksudnya,jika seseorang telah menyakiti hati kita, tidak semestinya kita membalasnya dengan kesakitan, sebaliknya kita membalas perbuatannya dengan kebaikan, iaitu  dalam konteks kasih sayang dan persaudaraan.

 Agak-agak mampukah kita lakukan hal yang sedemikian. Jika kita lihat senario yang berlaku di Malaysia sekarang, terutama di arus perdana politik, anggapan perkara sedemikian akan berlaku amat mustahil. Semuanya seolah-olah berasaskan dendam kesumat yang tidak berkesudahan.

Namun, tidak mustahil jika ianya bermula dari diri penulis sendiri. Kita mulakan dahulu!. Jika bunga yang dibalas, bila najis dibaling, maka najis akan menjadi baja, manakala bunga akan terus subur disebabkan baja berkenaan.Namun, ianya masih tidak bererti jika bunga yang dibaling itu hanya sekuntum bunga plastik. Marilah kita mulakannya...

Wallahualam

Saturday, June 16, 2012

Hentikanlah Penghinaan Terhadap Para Ilmuan

27 Rejab 1433

Penulis berharap agar penghinaan kepada para ilmuan agama yang tidak sealiran dengan kepentingan politik masing masing agar dapat dihentikan. Setiap teguran dan pandangan mereka perlulah didengar dan difikirkan secara berlapang dada. Jika benar "trend" penghinaan ini sudah bermula, ianya sewajarnya perlu dihentikan dengan segera.

Janganlah kita bersorak hanya apabila teguran mereka terkena kepada pihak lawan politik yang kita sokong, tetapi menghina pula mereka apabila teguran mereka terkena pada jemaah kita sendiri.Yang menyedihkan ada dikalangan kita yang mula menuduh para ilmuan dan ulamak berkenaan menyebelahi pihak lawan kita pula.

Sebaiknya,  kita perlulah bertenang dan berlapang dada dengan apa jua yang ditegur. Jika kita boleh melakukan sikap berlapang dada ini,maka ianya dapat menghindari diri kita dari rasa sakit hati, stress dan dapat mengelakkan penyakit seperti darah tinggi dan strok juga.

Bagi penulis, para ilmuan dan ulama hanyalah menjalankan suatu amanah terhadap mereka.Adalah suatu pengkhianatan jika kebenaran tidak dinyatakan hanya disebabkan hendak menjaga hati mana-mana pihak tertentu atau disebabkan kepentingan duniawi semata-mata.

Akhir kata, renung-renungkanlah..

Wallahualam

Antara Artis Dan Ilmuan

27 Rejab 1433

Secara peribadi, penulis berasa semakin bimbang dengan "trend" yang semakin popular di negara ini di mana cakap-cakap artis lebih diikuti berbanding dengan para ilmuan. Ini kerana apa yang berlaku sekarang ini, pendapat mereka lebih didengari apabila berbicara dalam bab-bab keagamaan berbanding dengan pihak yang mengambil masa yang lama mendalami ilmu agama.

Keadaan semakin buruk bila mana berlakunya perbezaan pendapat di antara dua pihak iaitu di antara para ilmuan dan para artis yang baru sahaja bertukar identiti disebabkan niat mereka berhijrah ke suatu yang lebih baik. Berhijrah ke suatu yang lebih baik adalah suatu sifat terpuji, namun begitu, jika sudah berani tampil dikalangan khalayak serta mengeluarkan pendapat berkaitan keagamaan, penulis berpendapat ianya perlulah dimuhasabah semula.

Memberi pendapat dalam hukum bukan seperti mengeluarkan album atau filem. Eloklah kita tumpukan sepenuhnya bagi mendalami ilmu daripada berada di pentas utama jika kita ingin berubah ke arah kebaikan.Nak berkongsi pandangan boleh, tetapi bukanlah di pentas utama, takut-takut tersalah cakap, lebih-lebih lagi kita dah ramai peminat, takut-takut kesilapan itu turut diikuti oleh peminat. Amat menyedihkan jika benar berlakunya keadaan di mana seorang ilmuan agama lebih mudah dikeji berbanding artis yang baru berjinak-jinak berada di pentas syarahan agama.

Semua kita semua dilindungi Allah S.W.T. dari sebarang kekeliruan dan keinsafan sentiasa berada di dalam jiwa kita semua.

Wallahualam

Friday, June 15, 2012

Selamat Hari Bapa

26 Rejab 1433

Penulis ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa 2012 yang akan jatuh pada 17 Jun 2012 nanti. Bagi penulis tak perlulah berdebat sama ada perlu atau tidak ianya disambut. Walaupun ada yang berpendapat hari ibu dan bapa adalahperlu disambut pada setiap hari, kenapa tidak kita lihat setiap sesuatu yang dilakukan, jika ianya mendatangkan kebaikan perlulah dilihat dari sudut yang lebih positif?

Sambutan ini perlu dilihat sebagai peringatan kepada kita, di kala kita mengejar kemajuan, kadangkala kita terlupa akan sesuatu iaitu kedua ibu bapa kita. Kepada yang masih ada bapa, kasihani dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada. Bagi penulis, penulis tak pernah menyambut hari bapa, kerana bapa penulis meninggal dunia semasa penulis berusia 15 tahun, iaitu tiada sambutan hari bapa pada masa itu. Namun penulis sentiasa mengharapkan rahmat dari Ilahi, kiriman doa dan rayuan terhadapNya setiap hari sentiasa memberikan kebahagian yang abadi kepada allayarham bapa penulis yang bernama Haji Hassan Bin Haji Johari di sana.Al Fatihah...



Wallahualam

Tuesday, June 12, 2012

Fatwa Haramkan Bersih 3.0 Tidak Pernah Dikeluarkan

23 Rejab 1433

KUALA LUMPUR,12 Jun, 2012- Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada�28 April lepas seperti mana yang didakwa parti pembangkang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

"Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Tak Perlu Tangguhkan Haji Hanya Sebab Pilihanraya

23 Rejab 1433

Penulis berpendapat, tak perlulah mana-mana bakal jemaah haji yang bakal menjadi tetamu Allah untuk menangguhkan ibadat haji hanya disebabkan oleh gesaan mana-mana pihak di negara ini disebabkan anggapan bahawa pilihanraya tahun ini bakal diadakan pada musim haji tahun ini. Ini berikutan laporan pada UTUSAN pada hari ini.

Ini kerana, jemaah yang terlibat bukan hanya dari parti pembangkang, bahkan ia juga bakal melibatkan penyokong dari parti lawan masing-masing. Lagipun , mana lebih penting? Menjadi tetamu Allah atau nak pangkah mereka-mereka yang bagi penulis menunjukkan lagak lebih utamakan keduniaan. Penulis tak nak ulas panjang,hanya lontarkan persoalan untuk renungan bersama.

Wallahualam

Saturday, June 9, 2012

Cuci Pinggan Mangkuk Dalam Parit Atau Telaga?

20 Rejab 1433

Mungkin kanak-kanak zaman sekarang tidak berpeluang lagi mencuci pinggan mangkuk di parit-parit atau telaga semasa berlangsungnya setiap majlis perkahwinan di kampung-kampung. Maklumlah, kebanyakan parit-parit hanya tinggal nama , manakala  bagaimana bentuk telagapun, ramai dikalangan generasi y tidak tahu bagaimana bentuknya.

Penulis masih ingat lagi, semasa setiap kali majlis kenduri kahwin diadakan, kanak-kanaksering diberi tanggungjawab untuk mencuci pinggan. Ini adalah antara tugas-tugas yang penting selain daripada tukang masak, penghidang dan bentrara(penanggah).Selalunya kanak-kanak diberikan penghormatan untuk makan dahulu, kerana merekalah yang akan cuci pinggan. Ini amat ditunggu-tunggu kerana, pada masa berkenaan, untuk dapatkan sajian lauk ayam hanya boleh diperolehi pada musim perkahwinan atau hari raya sahaja. Jika barang siapa yang mampu menikmati sajian ayam setiap hari pada zaman itu, memang dianggap sebagai orang berada.

Kami melakukan tugasan berkenaan dengan gembira. Kadangkala bila agak penat, ada yang terus mengambil kesempatan berenang jauh sedikit daripada pelantar yang disediakan di telaga atau parit. Kalau tak, alamat pedihlah mata kena air yang tercemar dengan kuah sisa dari makanan.Yang paling bestnya bila dah habis kenduri, kami akan diberi sebungkus pelastik kuih yang kadangkala diselitkan dengan wang RM 1 atau 2. Cuma cabaran tuan rumah selepas berakhirnya kenduri, jika ada berlakunya ketidakcukupan pinggan mangkuk untuk dipulangkan kepada penjaganya, maka terpaksalah tuan rumah dan ahli-ahlinya menggagau(mencari) sendiri di dasar parit dan telaga. Namun kemeriahan ini semua sudah tidak didapati lagi pada zaman ini.

Ini menunjukkan negara kita ini sudah pesat membangun dan dianugerahi oleh Nikmat daripada Allah S.W.T. yang perlu disyukuri selalu.

Wallahualam

Thursday, June 7, 2012

Apabila Kencing Menjadi Manis

18 Rejab 1433

Bernama hari ini melaporkan bahawa disebabkan kengganan mengubah gaya hidup, ianya dikenali sebagai  antara faktor sesetengah penghidap diabetes di negara ini enggan melakukan pemeriksaan diagnosis.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Awam dan Penyakit Tidak Berjangkit Kementerian Kesihatan Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata mereka adalah antara 1.3 juta rakyat Malaysia yang tidak tahu mereka menghidap diabetes.

"Sesetengah pesakit enggan menjalani pemeriksaan kesihatan atau didiagnos kerana takut gaya hidup mereka terjejas. Mereka tak nak makan ubat, pantang makan atau kehidupan dikongkong," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Komen penulis;

Biar manis bercinta, tapi jangan dapat kencing mulut manis atau diabetis.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Wallahualam

Wednesday, June 6, 2012

Janganlah Berdusta

17 Rejab 1433

Alllah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu:"Ini halal dan ini haram". untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Al Quran; Surah An-Nahl; Ayat 116-117

Tuesday, June 5, 2012

Pengendali Blog Perlu Buat Kajian Serta Menghindari Fitnah

16 Rejab 1433

Penulis amat bersetuju dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim  yang mana menyarankan agar para pengendali blog dan media sosial membuat penyelidikan, termasuk secara ilmiah sebelum menyebarkan maklumat dan pandangan bagi menghindari fitnah di internet.


"Ini bererti kita hindarkan diri daripada memfitnah sesama sendiri dan orang lain... kita harus kritik dan berikan pandangan menerusi tweet ataupun Facebook berasas kepada fakta. "Ini memerlukan satu pendekatan yang mewujudkan penyelidikan yang rapi," katanya menerusi laporan BERNAMA.

Bagi penulis, jika ini dapat dilakukan, maka ianya bakal memberi manfaat yang besar terhadap penulisan blog.

Wallahualam

Monday, June 4, 2012

Kahwin Jangan Tak Kahwin

15 Rejab 1433

Perut penulis sejak akhir2 ini asyik terganggu disebabkan kerap menghadiri majlis santapan perkahwinan semasa musim cuti persekolahan kali ini. Pada musim cuti ini ramai pasangan muda-mudi kita mengambil keputusan mengakhiri zaman bujang mereka.

Eloklah tu. Bertenet lama-lamapun tak elok. Eloklah ikatan perhubungan disahkan melalui proses ijab kabul. Kepada yang masih bujang tu(terutama pengikut blog ini) bila lagi nak kahwin. Rugi tau kahwin lambat-lambat. Nanti bila umur meningkat, cabaran sebenar ialah untuk mengekalkan stamina membesar dan mendidik zuriat pula. Jangan la memilih sangat, asalkan calonnya seorang yang beriman dan mahu bertolak ansur. Tapi jangan pula terburu-buru pula sampaikan bangla pun disangka macam bintang filem hindustan pulak.

Apapun, semoga anda terus kaya dan berjaya..he..he..

Wallahualam

Sunday, June 3, 2012

Menteri 'Alu-alukan' Penerbit Buku Irshad Manji Saman Kementerian

14 Rejab 1433

Sumber dari  BERNAMA melaporkan bahawa  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara sinis mengalu-alukan penerbit buku karya Irshad Manji yang dilaporkan berhasrat untuk menyaman kementerian itu. Bercakap di KLUANG, 3 Jun,2012 beliau berkata kementerian sememangnya menantikan Ezra Zaid, iaitu penerbit buku karya Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' untuk tampil membantu siasatan.

"Sama ada dia tampil secara sukarela atau tampil untuk menyaman KDN saya tidak kisah, yang pasti dia perlu tampil ke hadapan untuk bertanggungjawab dengan tindakan yang telah beliau lakukan," katanya.

Pada pendapat peribadi penulis, semakin ramai dikalangan individu-individu di zaman ini semakin berani mengeluarkan pelbagai hukum dan pendapat mengenai Islam menerusi penulisan masing-masing terutama dari luar negara. Penulis berharap ianya tidak dipolitikkan. Apa yang salah tetap salah dan yang benar perlulah diakui. Penulis serahkan perkara ini kepada mereka yang lebih berilmu dan berkuasa untuk menanganinya.

Wallahualam

Friday, June 1, 2012

PAS Tidak Boleh Menjanjikan Syurga- Abdul Hadi

12 Rejab 1433

Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membuat kenyataan seperti yang dilaporkan di   UTUSAN  mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.Menurut Abdul Hadi, Pas tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah SWT.

"Pas memang tak boleh janji syurga, yang berhak jamin syurga hanya Allah. Nabi pun tak berhak janji orang masuk syurga, cuma Tuhan bagi tahu Nabi, jadi kita boleh tahu siapa yang beriman dan beramal soleh dan ikut Islam maka akan masuk syurga, itu saja. Kita tak boleh senarai, itu bukan hak kita," katanya menerusi laporan berkenaan.

Penulis menyambut baik kenyataan tersebut dan biarlah isu-isu seperti ini tidak lagi timbul lagi selepas ini. Umat Islam perlu terus bergerak maju ke hadapan untuk terus menerokai ilmu dan melaksanakan apa yang disuruh serta menjauhi apa yang dilarang oleh Yang Maha Esa.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...