Jom Follow.....

Friday, June 29, 2012

Khir Toyo Mengesahkan Tidak Bertanding PRU-13

10 Rejab 1433

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini menerusi laporan BERNAMA telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU_) ke-13 akan datang.

 Beliau yang merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."

Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.

Maklumat lanjut :BERNAMA

1 comment:

  1. Segmen Ni Dah Dapat Sambutan Ramai La . Hope Join Segmen Baru YG Gempak Ni Ramai2 K . SEGMEN AKU NAK JADI BLOGGER YANG PALING FAMOUS DI DUNIA . :)

    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/06/segmen-aku-nak-jadi-blogger-yang-paling.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...