Jom Follow.....

Saturday, June 30, 2012

Perwakilan Malaysia Beri Penjelasan Isu Kehadiran Diplomat Singapura Dalam Perhimpunan Bersih

11 Syaaban 1433

SINGAPURA, 30 Jun , 2012 - Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura telah memberi respons terhadap surat yang tersiar dalam akhbar The Straits Times Khamis lepas berhubung dakwaan kehadiran tiga diplomat republik ini pada perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April.

 Dalam jawapan itu,, Kaunselor (Politik) Nik Ady Arman memulakan tulisannya dengan menegaskan tentang pentingnya mengenal pasti perbezaan antara tindakan yang diambil Kerajaan Malaysia dan tindakan NGO serta kumpulan tertentu yang berkepentingan.

 Kata beliau walaupun kerajaan Malaysia telah meminta Pesuruhjaya Tinggi Singapura menangani isu ini secara diplomatik, tetapi tidaklah memeranjatkan apabila NGO dan kumpulan lain yang berkepentingan, menunjukkan reaksi masing-masing berhubung isu berkenaan berdasarkan sentimen yang tercetus daripadanya.

 Seperti yang diduga, begitu jugalah yang dilakukan para pembaca dalam surat mereka kepada The Straits Times.

 Kedua, kata Nik Ady, perkara yang perlu juga diambil kira ialah tentang perbezaan kecil, tetapi tidak kurang pentingnya, antara kehadiran diplomat pada perhimpunan itu dan perhimpunan haram.

 Nik Ady berkata sebagai negara demokrasi, Malaysia tidak pernah mengehadkan atau menghalang sesiapa daripada menyertai mana-mana perhimpunan yang sah di sisi undang-undang, tetapi beliau menegaskan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu perhimpunan haram.

Maklumat lanjut :BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...