11 Syaaban 1433
Hati penulis rasa tercuit dengan telahan demi telahan bahawa PRU 13 akan diadakan pada musim haji. Terbaru menerusi SINAR HARIAN, suatu kumpulan yang mendakwa sebagai pendakwah telah mengeluarkan hukum bahawa haram jika PRU diadakan pada musim haji.
Jika dilihat pada komen-komen pada artikel berkenaan, ada dikalangan kita yang cuba membuat provokasi dan melaga-lagakan di antara ulama. Penulis tidak mahu komen lanjut, cuma persoalannya apakah wajar jika kita sering bersikap bersangka buruk, sedangkan Perdana Menteri pun tak pernah menunjukkan tanda-tanda ketara bahawa PRU akan diadakan pada masa yang mereka sangkakan.
Jika diadakan sekalipun , apakah kita tidak boleh terima bahawa Allah s.w.t. telah menentukan bahawa ianya(tarikh berkenaan) adalah ketentuanNya.Mungkin memberi kelebihan pula kepada pembangkang akibat rasa simpati umat Islam.
Bersamalah kita bermuhasabah dan bertaubat agar kita dan umat Islam mendapat manfaat sebenarnya di dunia dan akhirat.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment