Jom Follow.....

Friday, June 22, 2012

Jangan Khianati Malaysia

2 Syaaban 1433

Penulis berasa amat kurang senang apabila mengetahui penglibatan pihak Singapura dalam perhimpunan BERSIH  3(yang pada pendapat penulis sebenarnya tidak bersih dari erti kata sebenarnya). Salah sebuah portal politik pro UMNO  iaitu mykmu telah membuat kritikan pedas dengan menyatakan bahawa "PENYERTAAN sejumlah diplomat Singapura dalam himpunan Bersih 3.0 dengan seorang daripada mereka memakai baju kuning rasmi himpunan tersebut memang mengejutkan. Mengejutkan kerana Singapura langsung tidak membenarkan sebarang perhimpunan seumpama itu diadakan di dalam negara pulau mereka tapi disini, depa bagi bantuan dan sokongan moral dengan menghantar diplomat.Jadi bila negara Singapura sendiri tidak berkenan himpunan seumpama itu, kenapa mereka hantar diplomat mereka disana?

Itu yang membezakan kehadiran diplomat Singapura dengan diplomat negara-negara lain yang disebut-sebut turut hadir dalam himpunan tersebut.Dan kita yakin, nama saja diplomat tapi sebetulnya 3 orang yang terkantoi itu adalah perisik tentera Singapura yang memang kerjanya untuk mensabotaj Malaysia. Entah berapalah dana yang disumbang Singapura ke dalam akaun Bersih 3.0 untuk menjayakan himpunan tersebut.

Kira perisik kita lebih hebat sebab boleh kenal perisik mereka."


Sementara itu menerusi kenyataan BERNAMA Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra Jumaat berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan Jumaat berkata beliau telah memanggil Ong ke pejabatnya petang ini untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan itu.

Penulis berpendapat bahawa rakyat Malaysia perlu menolak sebarang campur tangan luar bagi mengadudombakan perhubungan dan keamanan sesama rakyat Malaysia jika berita ini benar. Sesuatu yang amat menjijikan jika sesebuah nagara berjaya dalam ekonomi hanya disebabkan tindakan mereka mengucarkacirkan negara lain. Semoga Allah mengampuni dosa kita dan memelihara persaudaraan sesama insan di Malaysia dan menghancurkan rancangan jahat tangan-tangan luar terhadap keamanan di negara ini.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...