28 Rejab 1433
"Jika orang baling najis, kita baling bunga". Kata-kata ini sering dipopularkan oleh seoarang pakar motivasi yang terkenal iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah. Maksudnya,jika seseorang telah menyakiti hati kita, tidak semestinya kita membalasnya dengan kesakitan, sebaliknya kita membalas perbuatannya dengan kebaikan, iaitu dalam konteks kasih sayang dan persaudaraan.
Agak-agak mampukah kita lakukan hal yang sedemikian. Jika kita lihat senario yang berlaku di Malaysia sekarang, terutama di arus perdana politik, anggapan perkara sedemikian akan berlaku amat mustahil. Semuanya seolah-olah berasaskan dendam kesumat yang tidak berkesudahan.
Namun, tidak mustahil jika ianya bermula dari diri penulis sendiri. Kita mulakan dahulu!. Jika bunga yang dibalas, bila najis dibaling, maka najis akan menjadi baja, manakala bunga akan terus subur disebabkan baja berkenaan.Namun, ianya masih tidak bererti jika bunga yang dibaling itu hanya sekuntum bunga plastik. Marilah kita mulakannya...
Wallahualam
tiada yang mustahil
ReplyDelete