Jom Follow.....

Saturday, June 16, 2012

Antara Artis Dan Ilmuan

27 Rejab 1433

Secara peribadi, penulis berasa semakin bimbang dengan "trend" yang semakin popular di negara ini di mana cakap-cakap artis lebih diikuti berbanding dengan para ilmuan. Ini kerana apa yang berlaku sekarang ini, pendapat mereka lebih didengari apabila berbicara dalam bab-bab keagamaan berbanding dengan pihak yang mengambil masa yang lama mendalami ilmu agama.

Keadaan semakin buruk bila mana berlakunya perbezaan pendapat di antara dua pihak iaitu di antara para ilmuan dan para artis yang baru sahaja bertukar identiti disebabkan niat mereka berhijrah ke suatu yang lebih baik. Berhijrah ke suatu yang lebih baik adalah suatu sifat terpuji, namun begitu, jika sudah berani tampil dikalangan khalayak serta mengeluarkan pendapat berkaitan keagamaan, penulis berpendapat ianya perlulah dimuhasabah semula.

Memberi pendapat dalam hukum bukan seperti mengeluarkan album atau filem. Eloklah kita tumpukan sepenuhnya bagi mendalami ilmu daripada berada di pentas utama jika kita ingin berubah ke arah kebaikan.Nak berkongsi pandangan boleh, tetapi bukanlah di pentas utama, takut-takut tersalah cakap, lebih-lebih lagi kita dah ramai peminat, takut-takut kesilapan itu turut diikuti oleh peminat. Amat menyedihkan jika benar berlakunya keadaan di mana seorang ilmuan agama lebih mudah dikeji berbanding artis yang baru berjinak-jinak berada di pentas syarahan agama.

Semua kita semua dilindungi Allah S.W.T. dari sebarang kekeliruan dan keinsafan sentiasa berada di dalam jiwa kita semua.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...