Jom Follow.....

Thursday, September 7, 2017

Bantulah Rohingya

17 Zulhijjah 1438

Umat Islam diseluruh dunia digesa untuk memberi tekanan kepada kerajaan masing masing agar kekejaman yang dilakukan ke atas kaum Rohingya dapat dihentikan. Umat Islam juga digesa agar berhenti berbalah dan berkelahi sesama sendiri dan hilang fokus dalam memberi keutamaan terhadap isu isu yang melanda umat Islam yang lain.

Perbalahan yang berterusan akan melemahkan umat islam itu sendiri. Apabila kita lemah, maka kita tidak dapat membantu umat Islam yang lain yang sedang ditindas seperti yang berlaku pada kaum Rohingya.

Wallahualam

Saturday, September 2, 2017

Alhamdulillah

12 Zulhijjah 1438

Alhamdulillah, bertemu kita lagi pada post kali ini. Jika diizinkan penulis berazam untuk terus menulis dalam menyatakan pendapat berkenaan isu isu semasa dengan konsep nyatakan kebenaran walaupun pahit ataupun diam jika ada berlakunya perbezaan pendapat yang mungkin jika terus berbahas bakal mendatangkan kemudaratan kepada umat.Penulis juga mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua umat Islam.

Wallahualam

Saturday, August 13, 2016

Terima Sumbangan Daripada Luar Buka Campur Tangan Asing

11 Zulkaedah 1437

Mana mana parti politik, pemimpin atau penjawat awam yang menerima sumbangan daripada pihak luar negara sebenarnyalah pihak yang boleh menyebabkan campur tangan asing di negara ini. Ini bermaksud tiada dakwaan terpilih boleh dibuat sewenang wenangnya terhadap pihak yang bertanggungjawab sama ada ianya di pihak kerajaan memerintah atau pembangkang.

Tulisan ini dibuat setelah penulis melihat media di arus perdana kini seolah pilih kasih dalam membuat komentar terhadap topik berkenaan. Jika konsep ini dipegang, maka suasana di dalam negara akan terus aman daripada polemik sebengini yang seolah tidak akan berkesudahan.

Wallahualam

Friday, August 12, 2016

Bersatu Sertai Parti Baru

10 Zulkaedah 1437

Orang orang Melayu dan peribumi yang telah dipecat keahlian dan ditolak keahlian mereka di dalam mana mana parti politik sebelum ini digesa bersatu menyertai parti baru yang sedang menunggu kelulusan pendaftarannya. Jika sebelumini ada parti baru yang telah ditubuhkan, tetapi ramai yang ragu ragu dengan asas perjuangannya.

Parti baru ini yang telah didaftarkan oleh bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Mahyudin dan dunaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun M dilihat memberi sinar baru kepada golpngan ini untuk turut serta berpolitik secara sihat.Oleh itu sama samalah kits bersatu menyertai pati baru ini.

Wallahualam

Sunday, August 7, 2016

Siapa Yang Membuka Ruang Campur Tangan Asing ?

4 Zulkaedah 1437

Penulis rasa pelik apabila siaran TV menyiarkan kenyataan pemimpin yang menuduh sesetengah pihak lawan mereka membuka ruang campurtangan asing. Namun sedarkah mereka bahawa siapakah dikalangan rakyat mereka yang sebenarnya menjadi punca? Bagi penulis yang menjadi punca ialah mereka yang dinamakan untuk harta-harta mereka yang bakal dirampas oleh negara yang dituduh hendak campur tangan.

Apa yang nak ditakutkan? Jika diri tak bersalah, lakukan pembelaan menerusi undang-undang. Apa yang sebaiknya, pemimpin politik sepatutnya mendesak agar nama ' malaysia official 1" dan beberapa 'official" lagi didedahkan agar, rakyat tidak meragui apa-apa lagi dan menunggu proses mahkamah diselesaikan. Apa yang penting, harta yang bakal dirampas difahamkan akan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia.

Persoalannya setakat ini.., kat mana campur tangannya?

Wallahualam

Bersih , Cekap Dan Amanah

21 Zulkaedah 1436

BERSIH, CEKAP DAN AMANAH...Itulah slogan yang digunakan oleh Tun Dr Mahathir ketika mengambil alih kepimpinan negara. Tak silap , penulis pada ketika itu baru belajar dalam darjah 1. Namun begitu, slogan berkenaanlah adalah menifestasi hala tuju kepimpinan yang diterapkan oleh beliau ketika baru menjawat jawatan Perdana Menteri ketika itu.

Tidak terhenti di situ, beliau juga memperkenalkan slogan " Kepimpinan Melalui Teladan", "Apa Dikata, Dikota". Ianya berlainan dengan keadaan sekarang. Kononnya kita didahulukan, namun sebenarnya kita yang dibebankan. dibebankan dengan GST contohnya.

Oleh yang demikian kita amat mengalu-alukan parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir. Adakah sentuhan politik beliau akan mewarnai dan mengulangi kegemilangan Malaysia semasa pentadbiran beliau dahulu? Apa yang pasti nakhodanya pasti berbeza dan diharapkan membawa konsep perjuangan yang sama.

Wallahualam

Parti Politik Baru Orang Melayu Dialu Alukan

4 Zulkaedah 1437

Penubuhan parti politik baru untuk orang Melayu adalah amat-amat ditunggu tunggu bagi memberikan keseimbangan kuasa dan persaingan yang sihat. Setidak tidaknya ianya memberikan pilihan kepada orang-orang melayu yang telah tidak diterima keahliannya disebabkan kekhuatiran segelintir pemimpin parti politik sedia ada akan kepentingan kuasa politik mereka. Ataupun parti baru ini bakal memberi ruang kepada para pemimpin yang telah dipecat daripada parti parti mereka sedia ada bagi meneruskan idealisma yang diperjuangkan oleh mereka.

Justeru itu, janganlah golongan ini dicemuh, dicela dan dimomokkan dengan pelbagai propaganda disebabkan menyertai parti baru sedangkan ada dikalangan mereka yang telah dipecat tanpa melalui proses disiplin dalaman parti itu sendiri.

Bagi penulis, kemunculan secara rasmi parti baru ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...