Jom Follow.....

Friday, November 30, 2012

Budaya Hedonisme Di Kalangan Remaja Melayu Membimbangkan

16 Muharram 1433


Penularan budaya hedonisme yang menjadikan kesenangan dan kenikmatan sebagai tujuan hidup terutamanya di kalangan generasi muda hari ini sekiranya tidak ditangani boleh merapuhkan semangat jati diri dan pegangan agama, kata seorang penulis buku biografi.

Budaya ini, kata Datin Seri Fatini Yaacob, sekali gus membantutkan kesinambungan kepemimpinan negara berkualiti.

Beliau menyifatkan trend yang mementingkan keseronokan hidup sebagai membimbangkan kerana mereka yang mengamalkan budaya ini terlalu fleksibel terhadap semua perkara sehingga boleh melunturkan perasaan kasih kepada bangsa dan negara.

Maklumat lanju: BERNAMA

Wednesday, November 28, 2012

Wanita Malaysia Berkerjaya Mudah Ditipu Di Internet

15 Muharram 1434


Hubungan keluarga yang renggang, mementingkan kerjaya serta mahu diberi perhatian menjadi antara faktor utama wanita di negara ini mudah terjebak dalam penipuan internet yang melibatkan kerugian RM50 juta pada 2011.

Anggota Majlis Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhatian serius perlu diberikan terhadap bahaya kes penipuan dalam internet terhadap wanita dan masyarakat tidak boleh memandang remeh perkara itu.

Justeru, beliau mencadangkan supaya badan bukan kerajaan mengambil inisiatif dengan menubuhkan kaunter perkhidmatan aduan awam sekiranya berlaku kes penipuan tersebut.

"Gadis zaman sekarang tidak rapat dengan keluarga atau golongan yang lebih tua untuk membincangkan masalah dan pentingkan kerjaya jadi mereka lebih suka mencari jalan penyelesaian sendiri dan ini adalah punca berlakunya jenayah ini," katanya kepada Bernama.

Menurut laporan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, seramai 1,436 wanita tempatan terjerat dengan pujukan warga Afrika yang mengakibatkan kerugian RM87.6 juta dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Ia meningkat daripada 514 pada 2010 menjadi 671 pada 2011 dengan kerugian mencapai RM20 juta pada 2010, RM50 juta (2011) dan RM17.6 juta bagi lima bulan pertama tahun ini.

Sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, 417 wanita tempatan menjadi mangsa kes penipuan melalui laman sosial kemudian memujuk mangsa supaya mengirimkan wang.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Ahli UMNO Mahu Najib Bubar Parlimen Sekarang

15 Muharram 1434


Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Umno, parti yang diketuai sejak 2009, sudah mengalami perubahan sepenuhnya dan kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan tahun depan.

Mesej beliau itu disusuli dengan laungan para perwakilan parti agar Parlimen dibubar sekarang bagi mendapatkan mandat rakyat.

"Umno sudah berubah (sepenuhnya)," kata Presiden Umno dan Perdana Menteri ini memulakan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 di Dewan Merdeka hari ini.

Ketika Najib mengajukan soalan sudah bersedia tiga kali, perwakilan dan pemerhati yang membanjiri Dewan Merdeka melaungkan, "bubar, bubar, bubar..."

Dengan senyuman Najib menjawab,"sudah bersedia? Sudah bersedia? Sudah bersedia?
Disambut perwakilan "sudah"
 
Bila? Esok? Tahun depan?," tambah Najib

Maklumat lanjut: SH Online

Kisah Monyet Kasanova Part 1

15 Muharram 1434

Ini adalah merupakan kisah yang boleh dianggap dongeng. Kisah seekor moyet yang pandai menggayakan persembahan pentas. Sememangnya monyet ini tak boleh menyanyi , tetapi ia boleh menggayakan gaya penyanyi seakan seperti "superstar" dengan gaya "miming" secara bersahaja. Namun ianya sama taraf dengan bintang Bollywood yang juga menggunakan kaedah yang sama di rata-rata persembahan mereka.

Apa yang menariknya setiap lagu yang dipersembahkannya(monyet ini) akan diikuti oleh ramai peminat dan mendapat tepukan yang begitu gemuruh.Namun malang tak berbau di mana sebuah lagu berentak balada ataupun dengan kata lain, lagu tangkap cintan, monyet ini ditimpa nasib malang.

Suasana mula berubah ketika suasana sekitar persembahan pentas digelapkan dan monyet berkenaan cuba menggayakan lilin yang dinyalakan, kerana membawakan konsep balada persembahan lagu tersebut. Apa yang berlaku , ditengah-tengah nyanyian ,apabila sampai kepada "chorus" lagu itu, dengan tiba-tiba ribuan peminat  mula  membalingkan botol dan sampah sarap kepada monyet berkenaan. Ianya diikuti dengan laungan "boo" kepada monyet tersebut.

Kenapakah keadaan ini berlaku? Apa yang terjadi kepada monyet berkenaan..? Nantikan Part 2 kisah Monyet Kasonova pada post yang akan datang.

Wallahualam

Anak Didik British

15 Muharram 1434



Ehsan Sumber :Mykmu

Tuesday, November 27, 2012

Parlimen Parit Buntar-Kembalikan Kepada Calon Tempatan

14 Muharram 1434

Bancik merasakan sudah sampai masanya Parlimen Parit Buntar diberikan kepada calon tempatan untuk ditandingi pada PRU akan datang. Tidak kira sama ada di pihak BN atau Pakatan Tak Berdaftar, seharusnya kedua-dua pihak harus memberikan kepada calon tempatan untuk mewakili pengundi mereka.

Namun, ini adalah hanya satu permintaan daripada orang biasa yang bernama Bancik. Jika tak nak ambil pot sangat pun tak apa.Apalah sangat suara budak kampung ni..

Namun sebagai pengundi di sana, calon tempatan akan diberikan keutamaan Bancik dalam membuat keputusan pada masa mengundi nanti. Ini kerana, kami merasakan seolah-olah diabaikan berabad-abad sejak zaman Dr Hassan Ali lagi. Kemudian BN menang balik pun pakai calon luar jugak.

Namun, wakil kami nampaknya asyik berpolitik, maklumlah nak tawan Putrajayalah katakan nampaknya. Kepada warga parlimen dan ADUN di sana, mulakan langkah perubahan. Mai kita ramai-ramai pakat pilih oraghang tempatan pulak noo..... Ni pulak nak ada ADUN nak lari ke Parlimen pulak.., mana tau dapat jadi menteri macam Kak Pidah Aziz..? Berita lanjut: SH Online. Kok ya pun, betulkanlah dulu titi kat Titi Serong tu, nak tergeliat tangan nak putar stereng selama ni..Tak nak tolong betulkan ke titi yang serong tu .., jadi titi lurus...he.he..jangan marah...sahabat-sahabat teman hijau kat sana noo....

Wallahualam

Sunday, November 25, 2012

Kesatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain,

12 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 25 November 2012- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesungguhan Umno untuk memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu bukan bererti parti itu rasis dan menentang kaum lain di negara ini.

Menepis dakwaan Umno sebagai parti rasis untuk kesekian kalinya, Presiden Umno itu menegaskan, parti itu sentiasa berpegang bahawa kekuatan negara harus berpaksi kepada kerjasama antara kaum.

"Perpaduan Melayu bukan bererti kita menentang kaum lain... kita mesti bawa kaum lain bersama kita. Semangat ini kita dah bawa sejak dulu lagi dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak... kenapa kita hendak ketepikan apa yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin pengasas kita.

"Kalau kita tidak mahu kerjasama kaum lain Tunku (Abdul Rahman) tidak akan buat (parti) Perikatan, Tun (Abdul) Razak tidak akan buat BN, tetapi mereka buat sebab kita tahu kekuatan negara kita mesti berpaksi kepada kerjasama antara kaum. Itu kita mesti pegang," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saturday, November 24, 2012

PRU Disember Ini, Kalau Banjir Boleh Naik Bot ?

11 Muharram 1434

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.


Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, November 21, 2012

Bersyukurlah

8 Muharram 1434

Melihat perkembangan terkini di Gaza dan di Ronhingya, kita kini telah melihat dengan jelas bahawa saudara kita di sana sedang diuji dengan begitu hebat sekali. Pengajarannya di sini ialah kita perlu mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat keamanan yang masih dikecapi di negara ini.

Bagi menghayati erti syukur ini ianya bukan sekadar ucapan di mulut namun ianya juga perlu diterjemahkan dalam bentuk perbuatan yang dianjurkan oleh Islam. Selain daripada itu usaha juga perlu dilakukan bagi mengekalkan keamanan di negara ini agar kita boleh menyalurkan bentuan kepada rakan-rakan kita yang tidak bernasib baik. Pebezaan pendapat bukanlah halangan kepada kita untuk bersatu dalam menjaga keamanan dan keharmonian dalam bernegara.


Wallahualam

Friday, November 16, 2012

Kenyataan Nakal Ketua Dewan Ulama PAS ?

3 Muharram 1434


DAP pada hari  Jumaat menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengerusinya Karpal Singh berkata berkata kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, November 15, 2012

Dr Juanda Letak Jawatan?

2 Muharram 1434

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dipercayai telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal Perlis berkuat kuasa Jumaat lalu kerana tidak gembira dengan pengurusan dan pentadbiran agensi tersebut.


Menurut  laporan Sinar Harian, difahamkan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada pengurusan tetapi tidak pasti sama ada keputusan itu atau diterima atau tidak.

Bagaimanapun Juanda ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

Maklumat lanjut:SH Online

Anggota Islam PKR Kaji Keluar Parti ?

2 Muharram 1434


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beragama Islam mengkaji semula keahlian mereka dalam parti itu berikutan kenyataan kontroversi Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berhubung dengan kebebasan beragama.

Ketua Penerangan Mubarak Datuk Abdul Rahmman Sulaiman berkata ahli-ahli PKR beragama Islam harus bertanya mengapakah sampai kini Nurul Izzah belum bertaubat atau menarik balik kenyataannya walaupun dinasihatkan Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbuat demikian.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Mahasiswa Bantah Serangan Israel Ke Atas Palestin

2 Muharram 1434

Kira-kira 30 mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) berhimpun di hadapan sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini, bagi membantah tindakan Israel menyerang penduduk Islam dan orang awam di Semenanjung Gaza.


Mereka berhimpun selama sejam mulai 3.30 petang dengan membawa kain rentang antaranya bertulis "celaka Israel" serta melaungkan "hancur Israel".

Maklumat lanjut: BERNAMA

Orang Melayu Perlu Elak Sengketa

2 Muharram 1434


Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu orang Melayu mengelak sengketa dan syak wasangka sesama sendiri bagi membolehkan mereka menjadi bangsa yang kukuh.

Baginda bertitah bangsa Melayu perlu mempunyai masa depan yang baik dan setiasa berfikiran jauh ke hadapan dengan mengutamakan semangat perpaduan.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Kita Dianjurkan Sentiasa Bertaubat

2 Muharram 1434

Dalam apa jua keadaan kita di dunia ini, kita dianjurkan sentiasa bertaubat kepada Yang Maha Esa setiap hari. Ini yang sering Bancik dengar daripada ceramah-ceramah atau pada majlis Ilmu.

Wallahualam

Konsert 'Zikrullah' Hafiz Hamidun Cetus Fenomena Baru

2 Muharram 1434

Kehebatan konsert 'zikrullah' yang julung kali dianjurkan malam tadi mungkin bakal menjadi pencetus trend dalam industri muzik Islamik dan kerohanian di negara ini.

"Konsert Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun', diadakan pada malam pertama Muharam, tahun baru Hijrah dalam kalendar Islam sempena penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah, merupakan satu fenomena luar biasa dan mengasyikkan.

Dengan membawa anggota keluarga, termasuk bayi, kira-kira 2,600 peminat, kebanyakannya beragama Islam, memenuhi Dewan Perdana Felda di sini untuk menyaksikan konsert 90 minit Mohammad Hafiz Hamidun dan barisan artis Arteffects International iaitu Fitri Haris, Imam Muda Najdi, dan Izzat Mahadi.

Tidak sepertimana konsert hiburan yang biasa, konsert zikrullah begitu santai tetapi unik kerana ia berpaksikan tiga elemen iaitu "dengar, lihat dan rasa", diiringi lapan pemuzik.

Persembahan pada malam itu dipenuhi dengan "zikir", puji-pujian kepada Allah SWT, dengan peminat turut bersama-sama mengalunkannya, dengan penuh ikhlas memohon keampunan dan mengagungkan kebesaran Allah SWT dalam menyambut kedatangan tahun baru, dengan memanjatkan doa dan bermuhasabah diri.

 Mohammad Hafiz, lebih popular sebagai Hafiz Hamidun, mempersembahkan 12 lagu daripada album 'Zikir Terapi Diri', antaranya Ya Latif, Astaghfirullah, La Hawla Wa La, Tawbatan Nasuha, Subhanallah, Alhamdulillah dan Lawkana Bainana.

Maklumat lanjut: BERNAMA


Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman Diumum Tokoh Maal Hijrah

2 Muharram 1434


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman hari ini diumum penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada sambutan yang berlangsung di sini.

Hadiah wang tunai RM100,000; pingat; plak dan sijil penghargaan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada balu Allahyarham, Puan Seri Jamilah Mohd Said.

Dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Sik, Kedah, Allahyarham terpilih menerima biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang perundangan Islam.

Pada 1977, Allahyarham dilantik Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama.

Selain itu, Allahyarham juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan dari 1981 sehingga 1984 selain mengetuai Pusat Islam di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam.

Allahyarham semasa hayatnya turut aktif dalam bidang politik dan pernah memenangi pilihan raya umum pada 1990 serta menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno.

Allahyarham dilantik menjadi penasihat kepada Perdana Menteri pada 2001 hingga 2009 dan penasihat Hal Ehwal Islam di Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd, sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 23 Dis 2011 akibat serangan agin ahmar, ketika berusia 72 tahun.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Anwar Bidas Tindakan MPPP Roboh Rumah Warga Emas

2 Muharram 1434


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh rumah seorang warga emas di Lengkok Sungai Gelugor, di sini Khamis lepas.

Beliau mempersoalkan tindakan MPPP itu memandangkan arahan untuk tidak merobohkan rumah berkenaan telah dikeluarkan kerajaan negeri.

"Kalau ada ahli majlis dari Pakatan Rakyat yang terlibat, saya akan tentukan orang seperti ini tidak perlu dilanjutkan kerana dia tidak prihatin permasalahan rakyat," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, November 14, 2012

Yo Bernilai RM 6 Juta

1 Muharram 1434


RM6 juta! Itulah nilai Norshahrul Idlan Talaha yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sekiranya mana-mana pasukan terutama Johor mahu mendapatkan khidmat Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) tiga tahun berturut-turut itu.

Nilai itu termasuk kos penajaan dan pengurusan penyerang kelahiran Besut, Terengganu itu sepanjang bersama The Red Warriors selain nilai tebus kontraknya yang masih berbaki 13 bulan dengan gergasi Pantai Timur itu.

Maklumat lanjut: BH Online

BN Mampu Capai Kemenangan Pada PRU-13

1 Muharram 1434


Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.

"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU-13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Penyokong Pas Dijangka Tidak Akan Mengundi ?

1 Muharram 1434

Rentetan daripada penolakan 11 Resolusi bagi mengembalikan PAS kepada perjuangan asal oleh beberapa pemimpin utama PAS, penyokong PAS dijangka mengalih sokongan atau tidak akan keluar mengundi pada pilihanraya umum akan datang. Ini sama seperti yang dialami oleh UMNO pada pilihanraya umum yang lalu yang mana teguran dan nasihat daripada mantan presiden UMNO , CheDet diketepikan begitu sahaja.Ini menyebabkan penyokong UMNO bertindak untuk tidak mengundi atau mengundi parti lawan.

Walaupun ahli masih kekal bersama parti, namun bilangan ahli tidak mampu melawan bilangan pengundi yang bukan ahli dan mereka selama ini hanya menjadi penyokong dari luar parti. Jika situasi yang sedang melanda PAS kini masih berlarutan selepas muktamar akan datang, jangan mimpilah untuk kekalkan penguasaan di Kedah atau Perak serta Selangor. Silap-silap Kelantanpun boleh kecundang.Namun ini hanyalah ramalan Bancik sahaja.Tak perlu rasa kurang senang, bak kata orang putih, "no hard feeling".

Walalhualam

Jemaah Haji Dah Ramai Pulang, Pilihanraya Semakin Hampir

1 Muharram 1434

Tuduhan yang tak berasas bahawa Dato' Sri Najib akan membubarkan parlimen semasa musim haji telah ditakdirkan meleset. Cuma Bancik berpendapat, sekali sekala, tak bolehkah kita bersangka baik sesama muslim dengan mengelakkan sifat prasangka buruk?

Namun dengan kerancakan kepulangan para jemaah haji dari tanah suci Mekah, Bancik merasakan bahang pembubaran Parlimen semakin hampir.Tarik dan waktunya hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha mengetahui. Namun pada pendapat peribadi Bancik, Dato' Sri Najib sekarang berada dalam landasan terbaik untuk meneruskan perjuangan untuk kekalkan kekuasaan berbanding dengan pesaingnya dengan izin Allah s.w.t. di arena politik Malaysia. Insyaallah.

Wallahualam

Kes Orang Melayu Sertai Ratu Cantik Vs Bebas Pilih Agama

1 Muharram 1434

Bancik masih ingat lagi bagaimana bekas Perdana Menteri Malaysia , CheDet yang pernah mempersoalkan cara penangkapan peserta Ratu Cantik yang beragama Islam di suatu ketika dahulu. Itu baru hanya mempersoalkan cara penangkapan sahaja, sebaliknya Bancik difahamkan beliau mempersoalkan kenapa tidak dihalang dari awal dan sebaliknya peguatkuasa  membiarkan mereka menyertai dahulu dan kemudian ditangkap serta diheboh dan dimalukan.

Namun teguran berkenaan telah dicanangkan oleh sebilangan besar yang mendakwa bijak pandai agama terutama di sebelah parti pembangkang bahawa Chedet telah menolak Islam.Namun apabila berlaku kenyataan daripada pemimpin pembangkang bahawa orang Melayu berhak bebas pilih agama, maka tidak pula teguran dilakukan oleh pimpinan utama mereka. Yang ada cuma teguran dari kalangan mereka yang tidak diiktiraf sebagai akar umbi oleh pemimpin mereka sendiri. Yang paling kuatpun, ada yang menyerahkan kepada rakyat sendiri untuk menilai. Bagi Bancik, kenyataan sedemikian seolah kita tunduk kepada demokrasi secara total. Namun sebaiknya demokrasi perlulah berpimpin. Dipimpin oleh Islam dan bukannya Islam dipimpin oleh demokrasi. Yang pasti Allah sahaja yang Maha menilai akan tiap-tiap sesuatu dan bukannya manusia. Penulis berpendapat ayat-ayat dan hukum Allah janganlah dipergunakan untuk kepentingan peribadi dan ianya  perlulah digunakan secara berhati-hati.

Wallahualam

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1434

1 Muharram 1434

Bancik ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1434. Semoga tahun baru ini akan meningkatkan kefahaman kita terhadap Islam.Sesungguhnya di akhir zaman ini suasana amat mencabar dari segi kefahaman dan amalan kita terhadap Islam. Semoga apa jua yang kita lakukan sentiasa diberkati Allah s.w.t dan kita perlulah berazam untuk sering mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.

Kepada pembaca dan pelayar semua, teruskanlah melayari dan mangunjungi blog ini. Jika anda perihatin, blog ini telah menggunakan tarikh bulan-bulan hijrah bagi setiap artikel yang telah dihasilkan. Ini cuma sumbangan kecil yang hanya mampu Bancik lakukan bagi menggalakkan rakan-rakan semua menggunakan kalendar Islam seharian.

Selamat Menyambut Maal hijrah 1434 kepada semua.

Wallahualam

@mybancik

Sunday, November 11, 2012

Pemimpin Islam Perlu Sepakat Dalam Soal Menjaga Agama

27 Zulhijjah 1433


Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata pemimpin Islam di negara ini perlu sepakat dalam menjaga kepentingan agama Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Katanya tindakan sesetengah pemimpin politik yang mengetepikan kepentingan agama demi kedudukan politik dan menyebabkan kecelaruan berpanjangan dalam masyarakat amat dikesalkan.

Maklumat lanjut:BERNAMA


Friday, November 9, 2012

Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari Mulai 23 Disember 2012?

25 Zulhijjah 1433


Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.

Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini.

Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, November 5, 2012

Solat Di Belakang Imam

21 Zulhijjah 1433

Bersolatlah kita di belakang imam sebelum kita disolatkan di hadapan imam.

Wallahualam


Lebih Ramai Lelaki Akan Jadi Guru Tabika Kemas

21 Zulhijjah 1433


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memperluas cadangan mengambil tenaga pengajar lelaki di Semenanjung Malaysia dalam usaha membantu tenaga pengajar wanita dalam kelas tabika Kemas seluruh negara pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata usaha itu akan diperluas ke Semenanjung Malaysia tidak lama lagi memandangkan hanya terdapat tenaga pengajar lelaki di Sabah dan Sarawak.

"Setakat ini hanya terdapat 40 tenaga pengajar lelaki masing-masing 20 orang di Sabah dan Sarawak.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Sunday, November 4, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 1433 H

20 Zulhijjah 1433

Bancik ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 1433 Hijrah bagi semua calon-calon di Malaysia yang terlibat. Semoga kalian semua bakal mendapat kejayaan yang cemerlang.

Wallahualam

Antibiotik Dalam Daging Ayam?

20 Zulhijjah 1433


Kementerian Kesihatan kini menunggu laporan ujian makmal terhadap produk ayam keluaran sebuah syarikat didakwa mengandungi antibiotik Chloramphenicol, yang boleh menjejaskan kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata siasatan awal dibuat dan telah dihantar kepada makmal apabila penemuan antibiotik itu dalam daging ayam dikesan oleh pihak veterinari.

"Hanya stok yang dikenal pasti itu telah ditarik balik daripada pasaran sebagai langkah keselamatan. Saya tengah tunggu laporan untuk mendapatkan kepastian sebelum keputusan lanjut dibuat," katanya.

Maklumat lanjut:BERNAMA


Thursday, November 1, 2012

Bahasa Melayu Merosot ?

17 Zulhijjah 1433

Kewujudan bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS), sembang internet dan bahasa rojak menyumbang kepada kemerosotan penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi.


Anggota Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol berkata penggunaan bahasa-bahasa itu secara meluas kebelakangan ini menunjukkan komunikasi yang tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan kesantunan masyarakat Malaysia.

Maklumat lanjut:BERNAMA

IMR TV & FM Dilancarkan

16 Zulhijjah 1433

Sebuah stesen TV dan radio tertumpu kepada Islam dan Melayu yang akan beroperasi secara talian telah dilancarkan. Oangarahnya , Datuk dr Hassan Ali berkata, orang ramai boleh mengaksesnya dengan melayari www.imrnetwork.my.

Maklumat lanjut: BERNAMA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...