Jom Follow.....

Thursday, November 27, 2014

Akta Hasutan Masih Relevan

5 Safar 1436

Akta Hasutan dilihat masih relevan di Malaysia ketika ini dan pada masa yang akan datang. Dalam negara yang berbilang bangsa, sudah semestinya ada pihak-pihak yang mempunyai penyakit "jiwa kacau" akan terus mencuba untuk menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini. Pihak seperti ini sama ada tidak bersyukur atau diupah oleh anasir luar bagi menimbulkan suasana ketidakseimbangan dikalangan masyarakat.

Keputusan kerajaan mengekalkan akta ini amat dihargai. Ini bagi memastikan keamanan yang ada di negara ini dapat dikekalkan di samping dapat mengingatkan rakyat di negara ini agar terus bersyukur akan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. selama ini.


Wallahualm

Wednesday, November 26, 2014

Denggi Bukan Berpunca Dari Rumah Semata mata

3 Safar 1436

Jika anda menyangkakan bahawa nyamuk aedes hanya berada di rumah anda dan anda hanya berisiko terkena jangkitan demam denggi di kawasan perumahan, anda tentu silap. Hakikatnya, nyamuk berkenaan akan berada dimana-mana persekitaran yang membolehkan ianya membiak. Jika kawasan rumah anda bersih, namun anda mungkin jua boleh digigit nyamuk ketika di pasar malam, semasa pulang dari tempat kerja di waktu senja atau sedang balik berjoging ketika lewat petang.

Nyamuk aedes dilihat  terbang dan menyerang dengan agak cepat berbanding dengan nyamuk lain. Ini berdasarkan pengalaman penulis yang dah empat kali kena denggi. Oleh yang demikian kita perlu berhati-hati ketika keluar pada waktu senja atau di waktu pagi di mana-mana jua persekitaran bagi mengelakkan gigitan nyamuk berkenaan. Mohon pada Allah s.w.t agar kita semua dilindungi daripada sebarang bahaya.

Wallahualam

Tuesday, November 25, 2014

Mahukah UMNO Berubah?

3 Safar 1436

Tun Mahathir mungkin sedar bahawa ada sesuatu yang tidak sempat diperbetulkannya pada UMNO semasa beliau di tampuk kuasa. Menerusi kenyataan di laman web beliau Chedet, beliau menggariskan beberapa kesalahan pemimpin dan ahli UMNO. Antaranya yang jelas dan pernah dihadapi penulis ialah tahap  penerimaan ahli-ahli baru yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan. Secara jujur penulis telah memohon sekurang-kurangnya 3 kali untuk menjadi ahli dan malangnya sehingga kini, tiada maklum balas kelulusan diterima.

Golongan ini dilihat amat sukar diterima dan dipelawa menjadi ahli UMNO. Kalau adapun yang diterima, mereka mempunyai hubungan darah dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Yang kecewa , ada yang menyertai parti lain.

Adakah teguran ini akan diterima? Kalau nak buka peluang menjadi ahli, UMNO dah lama buat dah. Semuanya sudah menggunakan applikasi  IT sekarang. Takkan UMNO tak boleh membuka pendaftaran secara online, serta saringan juga dilakukan secara online, tanpa melalui kelulusan ketua bahagian? Memadailah dengan sekateriat di bangunan UMNO yang memberikan kelulusan secara online. Komunikasi dengan ahli juga boleh dibuat secara online dan media sosial. Apakah itupun UMNO tak mampu lakukan?

Apa masalahnya sekarang? Masalahnya ialah adakah para pemimpin dan ahli ahli UMNO mahu berubah?

Wallahualam

Monday, November 24, 2014

Najib Tak Perlu Arahkan Tenggelamkan Kapal?

2 Safar 1436

Malaysia , sama ada pemimpin atau rakyatnya tidak perlu tenggelamkan kapal nelayan, tongkang atau sebagainya untuk mana-mana warga asing yang menceroboh sempadan maritimnya untuk menunjukkan ketegasan. Segalanya akan dilakukan  mengikut undang-undang dan mengikut sifat peri kemanusiaan tetapi penuh dengan ketegasan yang bertempat.

Ini berlainan dengan arahan salah seorang pemimpin utama negara jiran yang mengarahkan pihak berkuasa negaranya meneggelamkan bot nelayan yang didapati menceroboh perairan negara terbabit. Jika berita ini benar, maka amat malang bagi rakyat dan jiran negara tersebut yang kini mempunyai pemimpin utama dan jiran mereka yang mempunyai sifat demikian.

Berlainan dengan Australia dan China, kedua-dua  negara tersebut terus memberikan kerjasama dan pertolongan kepada malaysia yang kesusahan lebih-lebih lagi dalam usaha pencarian pesawat malang MH370 sehingga kini belum dijumpai. Sebagai salah seoarang rakyat Malaysia , penulis bersyukur bahawa setakat ini, tiada pemimpin atasan nombor satu Malaysia bersikap sedemikian. Bagi penulis Najib sebagai pemimpin nombor satu Malaysia, lebih bersikap budiman dan tak perlu memberi arahan sedemikian.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...