Jom Follow.....

Tuesday, October 30, 2012

Peniaga Dan PKNS: Ibarat Timun & Durian

15 Zulhijjah 1433


Lebih 200 peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini melahirkan rasa bimbang kemungkinan mereka diusir dari premis perniagaan itu jika ia diambil alih pihak lain.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Amran Yahya berkata ini kerana, kesemua peniaga di kompleks berkenaan belum memperbaharui kontrak sewa premis berkenaan sejak isu kenaikan sewa pada Januari lepas.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak PKNS dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar berjumpa peniaga terbabit dan menerangkan situasi sebenar yang bakal dihadapi mereka.

"Kami ini ibarat mentimun dan mereka durian. Kami faham pelaksanaan korporat yang ingin dilakukan oleh PKNS. Kami bimbang apabila ia dilakukan, adakah nasib kami peniaga yang telah mencari rezeki selama 30 tahun di kompleks ini akan terbela,"

Maklumat lanjut:BERNAMA

Monday, October 29, 2012

Spring Ameng Melantun Kembali?

14 Zulhijjah 1433


Toing! Toing! Toing!.. Begitulah pendapat Bancik tentang berita terkini penyanyi yang pernah menghiburkan hati ini suatu ketika dahulu. Menurut laporan BH Online:



Tiada siapa dapat menduga perasaan penyanyi lagu Sampai Hati dan Bougenvila tatkala irama menusuk kalbu itu didendangkan dengan penuh perasaan di hadapan khalayak sambil memegang erat tangan anaknya.

Jika satu masa dulu, irama popular kumpulan Spring itu didendangkan Ameng di pentas konsert mahupun rakaman rancangan hiburan, ia kini menjadi lagu wajib buat pemilik nama Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, apabila beraksi di pentas penjara pula. 
 Dengan disaksikan teman banduan, keluarga mereka dan kakitangan penjara, nyanyian Ameng masih tetap berbisa. 

Apa yang lebih menyentuh hati, ketika Ameng menyanyikan dua lagu berkenaan, anaknya, Wan Amar Haikal, 5, setia menemani bapanya di pentas sehingga tamat.

Itulah rutin hidup penyanyi dari Terengganu itu sejak setahun lima bulan lalu selepas menjadi penghuni tetap Penjara Kluang, apabila dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, tahun lalu.

Bagi Ameng, kehidupan di penjara menyedarkannya betapa pengorbanan keluarga terutama isteri, Sabariah Zakaria, 42, amat tidak ternilai dan besar maknanya.

“Saya sentiasa rindukan mereka di sini. Dulu saya tidak pernah terfikir, tetapi sejak dipenjarakan baru saya sedar. Isteri dan anak sudah buktikan kasih sayang dan kesetiaan mereka yang tidak berbelah bagi dalam menempuh susah senang hidup bersama dan ini amat menginsafkan. 
“Hidup dan mati saya selepas ini hanya untuk keluarga. Saya akan membahagiakan mereka selepas dibebaskan nanti bagi membalas pengorbanan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung disebabkan saya,” katanya ketika ditemui pada Program Jalinan Kasih Aidiladha Penjara Kluang, di sini, semalam.

Bak kata lirik lagu Tamu Beradu, "Sampai Bilakah Kesilapan Menjadi Igauan...". Bangunlah semula Ameng seterusnya..lantun dan terus melantun ..toing..toing..toing....



Sunday, October 28, 2012

Orang Melayu Tak Ada Kuasa Membeli? GLCpun Tak Nak Iklan Dalam Bahasa Melayu

13 Zulhijjah 1433


Syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dilihat lupa daratan ekoran keengganan membantu pendapatan iklan industri media cetak berbahasa Melayu di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ketua-ketua pegawai eksekutif GLC merasakan satu kesalahan dan tidak berada pada 'standard' antarabangsa jika membantu industri media cetak dan orang Melayu sendiri.

''Dalam konteks Malaysia, orang Melayu yang paling ramai dan kaum yang tertinggi dalam soal kuasa membeli.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Komuniti Melayu Singapura Tunjukkan Kemajuan Besar

13 Zulhijjah 1433

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyatakan bahawa komuniti Melayu Singapura telah menunjukkan kemajuan besar sejak 3 dekat yang lalu. Jika ini benar, penulis mengucapkan tahniahlah kepada mereka semua.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Ukur Baju Pada Badan Sendiri

13 Zulhijjah 1433


Agak membimbangkan bila membaca di BH Online  bahawa Lebih 50,000 orang muda berusia bawah 34 tahun diisytiharkan muflis di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu.

Menurut laopran berkenaan, kebanyakan mereka bankrap disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan.  Malah, ada juga yang menjadi mangsa penipuan disebabkan penggunaan butiran peribadi mereka oleh peminjam tidak dikenali.

Seharusnya, kita balik kepada pepatah melayu yang menyatakan "ukur baju pada badan sendiri" agar masalah muflis  dikalangan orang muda dapat dibendung dari terus merebak.

Wallahualam

Saturday, October 27, 2012

Wisma "Confident" Akan dijual ?

12 Zulhijjah 1433

Wisma "Confident" atau Wisma Yakin adalah termasuk dalam salah satu daripada lima aset utama PKNS yang termasuk dalam cadangan ingin dijual oleh kerajaan negeri Selangor.Menerusi laporan BERNAMA nilai lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu bernilai RM321 juta.


Sementara itu Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Abdul Khalid terutamanya perlu menjelaskan rasional cadangan penjualan itu khusus mengenai kesannya ke atas golongan usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan di premis-premis terlibat.

Selain daripada Wisma "Confident" di Jalan masjid India Kuala Lumpur, empat lagi  aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam , Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi.

@mybancik

Friday, October 26, 2012

Ulama Juga Perlu Berkorban

11 Zulhijjah 1433

Hati Bancik terasa amat gusar apabila melayari berita di salah sebuah akhbar secara online yang terus memaparkan perdebatan di kalangan bijak pandai ulama. Asalnya ialah suatu majlis diskussi diadakan di antara mereka terhadap peranan ulama menasihati para pemimpin.

Namun hasil daripada majlis berkenaan seolah-olah menjadi medan untuk mencari salah silap antara satu sama lain. Yang menjadi masalahnya, bukan pemimpin yang mencari silap, tetapi diantara mereka sendiri yang menyebabkan perdebatan di akhbar terus berterusan selepas berakhirnya wacana berkenaan(Ini persepsi yang timbul di hati ini). Lebihmalang lagi jika perdebatan ini diteruskan dikala kita menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433 hijrah.

Bancik berharap , dikala umat Islam di negara ini menghadapi krisis yang hebat seperti gejala pembuangan bayi dan sebagainya, eloklah kita semua hentikan segala perdebatan dan pertikaian antara satu sama lain. Ya, Bancik setuju ulama perlu menegur pemimpin dan pemimpin perlu menerima teguran dengan hati yang lapang.

Namun begitu, jika Saidina Umar Al Khattab, salah seorang seorang ulama agungpun minta ditegur, maka eloklah ulamapun sanggup berkorban untuk sanggup dikritik atau ditegur . Namun , ini adalah pendapat peribadi Bancik sahaja. Kalau nak jelas dan nak pakai pendapat ini, silalah rujuk kepada golongan ulama yang muktabar dalam hal ini.

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban 1433 kepada semua pembaca dan pengunjung laman ini.

Wallahualam

Muhammad Haq Bin Idris

10 Zulhijjah 1433

Hati Bancik tersentuh apabila tertonton sebuah drama terbitan TV3 sebentar tadi. Ianya mengisahkan seorang kaya yang bernama Haji Abdullah , lakonan Eizlan Yusof dan seorang tukang kasut bernama Muhammad Haq bin Idris lakonan Fahrin Ahmad dalam drama berjudul Lambaian Baitullah.

Haji Abdullah sering bermimpi terdengar suatu suara yang menyebut seseorang yang bernama tertentu yang hajinya diterima. Malangnya nama tersebut terlindung ketika beliau tersedar dari mimpinya. Namun setelah terganggu dengan mimpi tersebut , beliau menyangka beliaulah yang dimaksudkan memandangkan beliau adalah seorang yang pemurah dan dermawan. Namun malangnya tanpa beliau sedari bahawa derma dan kebaikan yang dilakukan itu atas tujuan menunjuk-nunjuk.

Akhirnya pada mimpi yang terakhir, beliau mendengar nama seseorang yang bernama Muhammad Haq Bin Idrislah yang sebenarnya yang dimaksudkan.Lebih mengejutkan bahawa Muhammad Haq hanyalah seorang tukang kasut yang belum pernah menunaikan ibadah haji berbanding dengan Haji Abdullah yang berkali-kali telah ke tanah suci.

Haji Abdullah meminta Muhammad Haq menceritakan kisah kehidupannya untuk mengkaji maksud mimpi yang sering menghantui dirinya. Rupa-rupanya Muhammad Haq telah terpaksa membatalkan hasrat beliau menunaikan haji kerana terpaksa membantu seorang nenek dan dua anak yatim yang mana ibu mereka dalam keadaan sakit tenat. Cerita berkenaan menyebabkan Haji Abdullah bertaubat dan cuba membawa Muhammad Haq ke tanah suci. Namun di akhir cerita, hasrat berkenaan tidak kesampaian kerana muhammad Haq meninggal dunia.

Bancik menghargai dan mengucapkan tahniah penerbitan drama seperti ini. Semoga lebih ramai penerbit-penerbit yang menyediakan jalan cerita seperti ini bagi mengimbangi cerita-cerita yang penuh dengan genre tahyol, hantu, berunsur dendam , khianat seperti sinetron yang kurang baik dan sebagainya. Masanya sudah tiba untuk para penerbit menghasilkan drama-drama atau filem-filem seperti ini.

Wallahualam



Monday, October 22, 2012

BN Tak Kisah?

7 Zulhijjah 1433

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) tidak kisah sama ada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.


"Itu hak dia, saya tiada hak nak komen terpulang kepada kepimpinan Pas jika fikir beliau (Datuk Nik Aziz Nik Mat)) masih bertenaga dan tajam fikiran, saya tak nak komen lebih terserah kepada rakyat untuk menilai," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata BN telah pun bersiap sedia dengan jentera pilihan raya dan menawarkan kepimpinan yang berwibawa untuk bertanding di negeri tersebut.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sunday, October 21, 2012

iPad Mini Dilancarkan

6 Zulhijjah 1433


Beberapa minggu selepas pelancaran bersejarah iPhone 5, Apple muncul dengan satu lagi gajet yang dijangka mendapat sambutan hangat iaitu versi mini tablet iPad keluarannya.

Apple menghantar jemputan bagi majlis pelancaran di San Jose, California esok tetapi tidak menyatakan maklumat lengkap seperti selalu dilakukannya dengan hanya berkata: "Kami ada lebih lagi untuk dipersembahkankan kepada anda."  Laporan dan khabar angin mengenai kemunculan iPad Mini sudah merebak selama berbulan-bulan tetapi Apple enggan membuat ulasan.

Maklumat lanjut : BH Online

Friday, October 19, 2012

Jana Elektrik Dari Tahi Lembu?

4 Zulhijjah 1433

LITTLETON: Najis lembu akan digunakan untuk memberi kuasa membolehkan peminat ski sampai ke sebuah pusat peranginan ski Vermont musim sejuk kali ini.Pendekatan menggunakan najis lembu untuk
menghasilkan elektrik itu adalah sebahagian daripada usaha kreatif pihak berkuasa yang menyedari kebaikan adanya banyak ladang ternakan di negeri ini.

Killington adalah antara pusat ski terbesar di New England. Pengusahanya bercadang menggunakan 300,000 kilowatt tenaga elektrik daripada najis itu daripada 13 ladang ternakan pada tahun ini.

Maklumat lanjut : BH Online

Thursday, October 18, 2012

Tiada Kuota Tambahan Jejas Pakej Haji

3 Zulhijjah 1433


Anak syarikat Tabung Haji, TH Travel and Services Sdn Bhd yang menganjurkan konsep haji berpakej termasuk pakej mewah, hanya membawa 1,800 jemaah haji tahun ini berikutan kegagalan Malaysia memperoleh kuota tambahan.

Maklumat lanjut: BERNAMA


Putra LRT Bermasalah ?

3 Zulhijjah 1433

Bancik mengalami kelewatan menghadiri suatu mesyuarat pagi hari ini disebabkan kerosakan teknikal yang dialami oleh Putra LRT. Ianya berpunca kerosakan yang dialami di sekitar kawasan Sri Rampai . Oleh yang demikian perjalanan yang mengambil masa 10 minit menjadi 1 jam masa perjalanan.

Perjalanan tren transit aliran ringan (LRT) antara Jelatek dengan Sri Rampai berkeadaan perlahan sejak pagi hingga 12.27 tengah hari Khamis berikutan satu gangguan teknikal sistem isyarat.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataannya berkata perkhidmatan di sepanjang laluan itu berlaku kelambatan kerana ia terpaksa dikendalikan secara manual.
 "Sejumlah 29 perjalanan tren empat gerabak digerakkan tetapi perjalanan masih perlahan dan orang ramai terpaksa menunggu lebih lama untuk menaiki tren," menerusi kenyataan melalui BERNAMA

Namun begitu , Bancik berharap agar pihak berkenaan membuat pemeriksaan berkala lebih kerap bagi mengelakkan masalah kerosakan sepada sistem pengangkutan berkenaan.

Wallahualam


Bumbung Banglo Runtuh:Seorang Buruh Maut, Cedera Dan Tiga Terperangkap

3 Zulhijjah 1433

Seorang buruh binaan maut, seorang putus kaki dan tiga lagi terperangkap apabila bumbung konkrit banglo yang sedang diubah suai di Seksyen 7 di sini runtuh, Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata usaha menyelamat mangsa yang terperangkap sedang dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

"Kami percaya ketiga-tiga mereka masih hidup kerana kami masih mendengar suara-suara mereka memberikan respons kepada anggota penyelamat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Wednesday, October 17, 2012

Dipenggal Kepala Kerana Enggan Melacur

2 Zulkaedah 1433

Polis Afghanistan semalam, menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang wanita yang enggan menjadi pelacur.

Menurut Ketua Polis Herat, Abdul Ghafar Sayedzada, kepala Mah Gul, 20, dipenggal selepas menolak permintaan ibu mertuanya untuk dilacurkan di kediaman mereka, di sini pada minggu lalu.

Maklumat lanjut : Utusan Online

Tuesday, October 16, 2012

Berdamailah Syria & Turki

1 Zulhijjah 1433


Turki dan Syria harus sedia menyelesaikan pertikaian mereka secara aman tanpa perlu mengambil tindakan ketenteraan, kata Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff.

Merujuk kejadian serangan di sempadan bersama kedua-dua negara, beliau berkata Malaysia menyertai masyarakat antarabangsa yang menggesa kedua-dua pihak mengekang tindakan mereka.

"Kami berpendapat mengambil tindakan tentera memburukkan keadaan," kata beliau dalam satu kenyataan mengenai perbahasan Majlis Keselamatan PBB di New York mengenai situasi di Timur Tengah. Kenyataan itu dihantar kepada media di sini.

Maklumat lanjut : BERNAMA



Monday, October 15, 2012

Lahirnya Bangsamoro

30 Zulkaedah 1433

Bancik mengucapkan tahniah kepada rakyat Bangsamoro selepas terlaksananya perjanjian di antara kerajaan Filipina dan MILF. Daripada hasil perjanjian berkenaan , wilayah baru autonomi akan diwujudkan di selatan Filipina.


Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi di Istana Malacanang di sini Isnin bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.

Detik bersejarah bagi memulakan proses penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, pada pukul 3 petang waktu tempatan semalam.

Majlis yang turut disaksikan oleh Ketua MILF, Murad Ebrahim itu ditandatangani oleh wakil kerajaan Filipina, Marvic Leonen dan Ketua Perundingan Damai MILF, Mohagher Iqbal.

Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Okt lepas.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Saturday, October 13, 2012

Tabung Haji Tetap Beri Keutamaan Kepada Warga Emas

28 Zulkaedah 1433


Tabung Haji tetap memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia yang berusia 70 tahun ke atas untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci sungguhpun jumlah mereka yang menunggu giliran kini sudah mencecah satu juta.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata daripada senarai menunggu giliran itu, kira-kira 12,000 terdiri daripada mereka yang berusia 75 tahun ke atas dan ini merupakan satu jumlah yang agak besar.

"Tabung Haji bagaimanapun telah mengambil langkah untuk mempercepatkan proses mereka dan keutamaan diberikan untuk golongan ini menunaikan haji pada tahun ini dan dalam tahun-tahun terdekat," katanya kepada pemberita semasa menyaksikan proses temuduga program warga emas di maktab jemaah haji Malaysia di Hotel Land Premnium, Misfalah di sini, Sabtu.

Maklumat lanjut :BERNAMA


Pendakap Gigi Tanpa Wayar (Wireless) ?

28 Zulkaedah 1433

Bancik ingat hanya telefon atau jalur lebar sahaja yang sekarang ini beroperasi tanpa wayar atau dalam bahasa Inggerisnya "wireless". Namun sekarang ini, pendakap gigipun dah boleh beroperasi tanpa wayar. Ini berikutan laporan bahawa sebuah syarikat ,Clearpath Marketing Sdn Bhd yang telah memperuntukkan RM500,000 bagi memperkenalkan pendakap gigi lut sinar tanpa besi dan wayar, ClearPath Ortodontics Clear Aligners, bagi pasaran Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pengarah Urusan Mazdurah Mohd Zain berkata pihaknya akan menjalankan promosi secara agresif dengan memperkenalkan pendakap gigi kepada doktor-doktor gigi tempatan, selain menganjurkan promosi bergerak untuk mendidik pengguna berkenaan produk terbaharu ini.

"Kami menyasarkan untuk bekerjasama dengan 1,500 pakar perubatan pergigian dari ketiga-tiga negara tersebut untuk memperkenalkan pendakap gigi tanpa wayar ini."

 "Setakat ini, seramai 148 doktor gigi dari Malaysia dan 20 doktor gigi dari Singapura bersetuju untuk bekerjasama dengan kami," tambahnya.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Friday, October 12, 2012

Najib Jumpa Soros

27 Zulkaedah 1433

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperjelaskan bahawa pertemuannya dengan spekulator mata wang, George Soros, di New York dua tahun lepas, adalah satu kunjungan hormat yang biasa.


"Ya, memang saya berjumpa dengannya. Apa salah dengan itu?. Ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak.

"Tak perlu dibimbangi. Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat.

"Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia." katanya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Thursday, October 11, 2012

Nenek Ditembak Disangka Kera?

26 Zulkaedah 1433


Seorang wanita warga emas di Jalan Sekolah Kampung Batu Tiong, Dungun di sini ditembak jirannya Selasa lepas kerana menyangka wanita itu seekor kera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi, wanita berusia 60 tahun itu sedang berada di depan rumahnya terdengar bunyi tembakan dan terasa sakit pada dadanya.

Maklumat lanjut :BERNAMA



Tuesday, October 9, 2012

Kemenangan Umat Islam Terletak Pada Umatnya Sendiri-Nasha

24 Zulkaedah 1433

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?

"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.
Maklumat lanjut : SH Online

Jangan Kaitkan Pas Dengan Tindakan Anwar- Haron Din

23 Zulkaedah 1433


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal.

Beliau yang dipetik dari sebuah portal berita AntaraPos.com menegaskan demikian ekoran kenyataan Mobashar yang didakwa meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara ketika majlis itu di ibu negara, baru-baru ini.

Haron ketika dihubungi portal berita berkenaan turut meminta semua pihak agar tidak menganggap tindakan Ketua Pembangkang itu yang seakan-akan bersekongkol dengan individu seperti Mobashar sebagai sesuatu yang direstui Pas.

Maklumat lanjut:Utusan Online

Monday, October 8, 2012

Malaysia Jadi Pengkalan Tentera AS?

23 Zulkaedah 1433


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing, justeru rakyat tidak perlu bimbang dengan perkara tersebut.

"Lawatan muhibah tentera laut dari negara-negara sahabat jangan dianggap sebagai mendedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik.

"Mereka tidak pernah membawa masuk dana asing untuk membiayai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik sebagaimana yang dibuat oleh beberapa pihak," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menerusi portal berita Keadilan Daily, yang menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjadikan Malaysia sebagai percaturan politik dunia dengan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Karpal Tetap Mahu Saman Nasharudin

23 Zulkaedah 1433


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menegaskan bahawa beliau tetap akan meneruskan prosiding fitnah terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Bagaimanapun beliau belum menetapkan tarikh kes itu akan difailkan.

Menurutnya, disebabkan kekangan masa dan kerja, beliau tidak mempunyai kesempatan untuk meneruskan prosiding menyaman fitnah terhadap Nasharudin.

Maklumat lanjut : SH Online

Kerjasama Pas-DAP Tidak Menepati Kehendak Islam: Shahnon

23 Zulkaedah 1433


Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan Pas.

Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.

Maklumat lanjut : SH Online

Cas Kereta Elektrik Pada Kadar Hanya RM8 Untuk Jarak Perjalanan 160 Km?

23 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 8 Oktober - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membangunkan sistem pengecas kereta elektrik yang berkeupayaan mengecas pelbagai jenis kereta elektrik untuk bergerak sejauh 160km pada kadar hanya RM8.

Pembangunan sistem itu dikenali sebagai "My Electrical Vehicle (MyEV)" adalah inisiatif Sekolah Informatik Termaju UTM kampus Kuala Lumpur (UTM AIS) yang menjalin kerjasama Panasonic Engineering Malaysia Sdn Bhd dan General Electric Malaysia.

Pengarah Projek UTM AIS Prof Datuk Norbik Bashah Idris berkata sistem MyEV itu mengambil masa kira-kira 45 minit di stesen pengecas dan empat jam di rumah untuk mengecas penuh sebuah kereta elektrik.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sunday, October 7, 2012

Jangan Rampas Hak Orang Miskin

22 Zulkaedah 1433


PADA 2 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tanah seluas 115 hektar di Serendah, Rawang yang ‘dirampas’ kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada 2010 dipulangkan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Keputusan itu membolehkan organisasi bukan kerajaan berkenaan meneruskan projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Serendah yang akan menjana pendapatan tetap untuk membiayai aktiviti membantu golongan fakir, miskin dan anak yatim.

Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM baru-baru ini, Pengerusi YBK, DATUK ZAINAL ABIDIN SAKOM (gambar) berkongsi susah payah dihadapi pihaknya akibat perbuatan tidak masuk akal kerajaan PKR untuk merampas tanah milik yayasan berkenaan.

Maklumat lanjut :UTUSAN ONLINE

Undi pembangkang sama seperti undi Soros ?

22 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR 7 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan memberi undi kepada pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam.

Beliau menegaskan, Soros menggunakan wang beliau bagi meletakkan calon pilihannya untuk memerintah negara-negara yang disasarkan.

Maklumat lanjut : UTUSAN ONLINE

Najib Sambut Baik Rangka Perjanjian Damai Kerajaan Filipina, MILF

22 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 7 Okt, 2012- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut baik pengumuman rangka perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Beliau berkata kedua-dua pihak telah menunjukkan hasrat mereka untuk menamatkan keganasan yang sudah berlangsung selama berdekad dan memuji usaha mereka mencapai persetujuan meskipun berbeza pendapat.

"Saya juga memberikan pujian khas kepada Presiden (Benigno) Aquino kerana komitmen beliau yang tidak berbelah-bahagi bagi mewujudkan keamanan di Filipina.

"Saya amat gembira kerana menerusi perjanjian bersejarah ini, hak maruah dan kemakmuran masa depan penduduk Bangsamoro akan dilindungi manakala pada masa yang sama, kedaulatan dan perlembagaan Filipina tetap terpelihara," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Pengumuman berhubung rangka perjanjian itu dibuat berikutan rundingan peringkat awal antara panel perunding dari kedua-dua pihak yang diadakan di ibu negara Malaysia mulai 2 hingga 7 Okt.

"Penting bagi semua pihak untuk berpegang teguh dengan komitmen mereka dan berusaha ke arah era baru yang aman di Filipina," katanya.

Perjanjian itu, katanya, akan memastikan penduduk Bangsamoro menikmati keamanan yang sememangnya menjadi hak mereka.

"Sehubungan itu, mereka harus menghormati rakan senegara yang beragama Kristian kerana kesederhanaan merupakan cara Islam yang sebenar," katanya.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Bangsamoro- Kerajaan Islam Autonomi Selatan Filipina Ditubuhkan

22 Zulkaedah 1433


MANILA 7 Okt, 2012 Kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai perjanjian damai awal yang menyaksikan pembentukan satu wilayah autonomi bagi menamatkan pergolakan di selatan negara ini.

Presiden Filipina, Benigno Aquino mengumumkan persetujuan tersebut hari ini, sekali gus memberi gambaran konflik selama 40 tahun di wilayah berkenaan yang telah mengakibatkan lebih 120,000 kematian, akan berakhir.

Perjanjian yang lama ditunggu-tunggu itu menyaksikan satu pelan diatur bagi membentuk sebuah wilayah autonomi baru dikenali sebagai Bangsamoro yang didominasi umat Islam di selatan Filipina sebelum tempoh pentadbiran Aquino tamat pada 2016.

Bangsamoro merujuk kepada umat Islam dan masyarakat minoriti bukan Islam yang tinggal di selatan negara ini.

Ia dicapai dalam satu rundingan di Kuala Lumpur, Malaysia, minggu lalu.

"Perjanjian rangka waktu ini membuka laluan kepada perdamaian di Mindanao. Perkara ini turut membantu kepada pembubaran semua kumpulan pemisah di wilayah itu.

"Ini juga bermakna, tangan yang satu masa dahulu memegang senjata akan mula bercucuk tanam, menjual hasilnya dan membuka peluang kepada penduduk lain," kata Aquino dalam satu siaran langsung dari Istana Presiden yang turut dihadiri barisan Kabinetnya.

Aquino bagaimanapun berkata, nama Bangsamoro itu perlu diluluskan Kongres dan dipersetujui oleh satu pungutan suara.

Maklumat lanjut : UTUSAN ONLINE

Saturday, October 6, 2012

Hypp TV Perkenal Dua Saluran Sukan Untuk Pelanggan, Saingi Astro

21 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 6 Okt,201- Pelanggan HyppTV, perkhidmatan televisyen berbayar Telekom Malaysia Bhd (TM), kini boleh menikmati liputan sukan secara langsung dengan pengenalan dua saluran sukan baru, iaitu HyppSports HD Channel (Saluran 174) dan FOX Football Channel (Saluran 173).

Naib Presiden Eksekutif HyyppTV New Media Jeremy Kung berkata peminat sukan Malaysia kini boleh menonton liputan terkini di kedua-dua saluran selain mengikuti di saluran sedia ada seperti MUTV, Trace Sports HD dan HyppExtreme HD, yang bakal bersiaran menerusi UniFi, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM.

"Kami berbangga mengumumkan buat pertama kali bagi perkhidmatan televisyen berbayar di Malaysia, peminat boleh menikmati empat perlawanan langsung Kejohanan Liga UEFA dan Liga Eropah UEFA menerusi HyppSports HD dan saluran sukan lain, secara serentak," katanya kepada pemberita selepas pelancaran saluran itu di sini Sabtu.

Hyppsports HD Channel, yang merupakan usaha sama TM dan saluran sukan 24-jam Pan Asian, iaitu All Sports Network (ASN), akan memaparkan pelbagai acara sukan berkualiti Amerika seperti Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Liga Hoki Nasional (NHL).

Mengulas kerjasama dengan TM, Ketua Pegawai Eksekutif ASN Thomas Kressner berkata pihaknya gembira bekerja dengan HyppTV kerana ia membolehkan mereka menawarkan saluran penuh kepada penonton Malaysia buat pertama kali.

"Menerusi kerjasama dengan TM, liputan kami kini diperluas kepada 15 pasaran di seluruh rantau Asia, dan kami berharap untuk berkembang bersama HyppTV bagi memenuhi penawaran kandungan yang kian meningkat selain memenuhi selera pelanggan yang mahukan aksi sukan berkualiti," katanya.

Sementara itu, FOX Football Channel merupakan saluran tanpa henti yang memaparkan antara liga bola sepak terbaik di dunia seperti LaLiga BBVA Sepanyol, Eredevisie Belanda, Liga Perdana Rusia dan Divisyen Primera Argentina.

Selain itu, peminat kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Manchester City, kini boleh menikmati program dari ChelseaTV dan CityTV di saluran tersebut.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Wednesday, October 3, 2012

14,700 Jemaah Malaysia Sudah Berada Di Tanah Suci

18 Zulkaedah 1433


MEKAH, 3 Okt, 2012- Seramai 14,700 jemaah haji Malaysia atau kira-kira 53 peratus daripada 28,000 orang jemaah tahun ini sudah berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah dan haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pada masa ini, 6,500 jemaah berada di Madinah dan selebihnya sudah mula menunaikan umrah di Mekah.

"Sehingga kini 42 penerbangan telah berlepas dari Malaysia dan tinggal 35 penerbangan lagi. Sejak 30 Sept, semua penerbangan akan mendarat di Jeddah dan penerbangan ke Madinah dihentikan...mereka akan berihram dari Jeddah dan akan terus ke Mekah menaiki bas," katanya kepada pemberita Malaysia di ibu pejabat Tabung Haji di sini.

Katanya setiap hari dianggar 1,000 jemaah haji Malaysia akan memasuki Mekah dari Madinah dan mereka akan ditempatkan di 13 buah hotel yang disewa sekitar Masjidil Haram.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada masalah timbul setakat ini walaupun terdapat khabar angin adanya wabak penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) di Tanah Suci.

Maklumat lanjut :BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...