Jom Follow.....

Sunday, October 7, 2012

Bangsamoro- Kerajaan Islam Autonomi Selatan Filipina Ditubuhkan

22 Zulkaedah 1433


MANILA 7 Okt, 2012 Kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai perjanjian damai awal yang menyaksikan pembentukan satu wilayah autonomi bagi menamatkan pergolakan di selatan negara ini.

Presiden Filipina, Benigno Aquino mengumumkan persetujuan tersebut hari ini, sekali gus memberi gambaran konflik selama 40 tahun di wilayah berkenaan yang telah mengakibatkan lebih 120,000 kematian, akan berakhir.

Perjanjian yang lama ditunggu-tunggu itu menyaksikan satu pelan diatur bagi membentuk sebuah wilayah autonomi baru dikenali sebagai Bangsamoro yang didominasi umat Islam di selatan Filipina sebelum tempoh pentadbiran Aquino tamat pada 2016.

Bangsamoro merujuk kepada umat Islam dan masyarakat minoriti bukan Islam yang tinggal di selatan negara ini.

Ia dicapai dalam satu rundingan di Kuala Lumpur, Malaysia, minggu lalu.

"Perjanjian rangka waktu ini membuka laluan kepada perdamaian di Mindanao. Perkara ini turut membantu kepada pembubaran semua kumpulan pemisah di wilayah itu.

"Ini juga bermakna, tangan yang satu masa dahulu memegang senjata akan mula bercucuk tanam, menjual hasilnya dan membuka peluang kepada penduduk lain," kata Aquino dalam satu siaran langsung dari Istana Presiden yang turut dihadiri barisan Kabinetnya.

Aquino bagaimanapun berkata, nama Bangsamoro itu perlu diluluskan Kongres dan dipersetujui oleh satu pungutan suara.

Maklumat lanjut : UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...