Jom Follow.....

Monday, October 15, 2012

Lahirnya Bangsamoro

30 Zulkaedah 1433

Bancik mengucapkan tahniah kepada rakyat Bangsamoro selepas terlaksananya perjanjian di antara kerajaan Filipina dan MILF. Daripada hasil perjanjian berkenaan , wilayah baru autonomi akan diwujudkan di selatan Filipina.


Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi di Istana Malacanang di sini Isnin bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.

Detik bersejarah bagi memulakan proses penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, pada pukul 3 petang waktu tempatan semalam.

Majlis yang turut disaksikan oleh Ketua MILF, Murad Ebrahim itu ditandatangani oleh wakil kerajaan Filipina, Marvic Leonen dan Ketua Perundingan Damai MILF, Mohagher Iqbal.

Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Okt lepas.

Maklumat lanjut:BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...