Jom Follow.....

Friday, August 15, 2014

BN Selamat Kerana Pengalaman Khalid Ibrahim Dibakulsampahkan PR

25 Syawal 1435

BN seharusnya menarik nafas lega kerana pengalaman Tan Sri Khalid Ibrahim ketika bersama Tun Mahathir dan pemikir negara sebelum ini diketepikan. Ini adalah kerana beliau adalah merupakan salah satu watak yang telah menaikkan Permodalan Nasional Bhd selama ini. Tindakan PKR memecat beliau membuktikan bahawa pengalaman dan keupayaan beliau mentadbir negeri telah dibakulsampahkan. Ini secara tidak langsung mengekalkan status kuo dan monopoli keupayaan BN memerintah negara dengan tersusun dan sistematik jika dibandingkan dengan pembangkang di peringkat nasional.
Tan Sri Khalid Ibrahim

Antara yang terbaik ialah penglibatan beliau dalam perang saraf dalam inisiatif merampas semula aset negara dari genggaman penjajah British iaitu melalui peristiwa yang dinamakan "Dawn Raid" iaitu pengambilalihan syarikat Gutherie secara senyap di Bursa Saham London pada tahun 1981. Sila rujuk blog : SINI untuk rujukan dan pembacaan lanjut.

Pengalaman Tan Sri Khalid dalam inisiatif berkenaan tidak boleh diperkecilkan. Maka adalah tidak menjadi kehairanan dengan langkah politik yang beliau sedang ambil sekarang yang dilakukan dengan cara beliau sendiri. Memegang jawatan MB dalam keadaan yang rapauh dalam tempoh yang agak lama merupakan suatu kejayaan bagi beliau dan membuka satu dimensi baru dalam politik Malaysia. Apapun, PR nampaknya telah memandang rendah ataupun enteng keupayaan sebenar Tan Sri Khalid dalam berpolitik yang menyebabkan kerajaan PR diheret ke dalam polemik yang masih tidak berkesudahan ketika ini.

Wallahualam

Krisis MB Selangor : Cari Punca Masalah Untuk Selesaikan Masalah

20 Syawal 1435

Gabungan Parti yang menguasai Selangor sekarang ini perlu mencari punca masalah bagi menyelesaikan masalah kemelut politik Selangor ketika  ini. Mujurlah saban hari sekarang ini, bumi Selangor sering dibasahi hujan dan ianya sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan krisis air berlaku lagi. Pada masa yang sama Selangor kini  juga berhadapan dengan masalah wabak denggi yang banyak meragut nyawa.

Kepincangan dan suasana haru biru yang melanda gabungan parti politik sekarang dalam meletakkan atau memilih Menteri Besar semestinya bakal mengganggu kelicinan pentadbiran kerajaan negeri. Ini bakal menyebabkan rakyat terus menanggung kesusahan kerana pimpinan kerajaan sedang menghadapi masalah kepimpinan yang serius di mana exco-exco yang berkaitan hilang kelayakan mentadbir.

Menyalahkan pihak lain dalam masalah ini adalah merupakan langkah yang kurang wajar kerana kerajaan negeri lain juga dapat menyelesaikan isu Menteri Besar sebelum ini dengan cara yang lebih berhemah iaitu dengan mencari punca kepada permasalahan  tersebut. Jika punca tersebut dapat ditangani, maka masalah tersebut dengan secara tidak langsung akan dapat diatasi.

Wallahualam

Friday, August 8, 2014

Boikot Bagus.. Namun Pastikan Tiada Pihak Teraniaya

13 Syawal 1435

Usaha memboikot barangan dan perkhidmatan tertentu terhadap pihak tertentu sememangnya ada kewajaran. Namun begitu, kebanyakan para alim ulama di Malaysia menyatakan bahawa akal perlulah mengatasi emosi dalam usaha memboikot ini.

Secara tidak sedar, banyak barangan dan perkhidmatan yang kita guna juga sepatutnya diboikot termasuklah laman blog platform yang kita guna ini dan sebagainya. Ada yang kata, kita tak bayar apa-apapun, namun, kegiatan kita share, like dan sebagainya telah meningkatkan peluang pengiklanan syarikat berkenaan dan meningkatkan nilai syarikat berkenaan berbilion dollar dengan lebih cepat daripada syarikat makanan yang kita sedang boikot. PC dan telefon bimbit juga perlu dihumbankan jika kita betul-betul hendak memboikot.

Namun kejadian menghina para pekerja syarikat berkenaan di Malaysia adalah sudah memasuki episod yang melampau. Betul, rezeki boleh dicari tempat lain. Tetapi lebih baik pihak yang berkata berkenaan mencari kerja lain dan diberikan surat tawaran kepada pekerja berkenaan, iaitu menolong membantu pekerja berkenaan mendapat kerja baru. Jangan asyik sedap mulut bercakap sahaja.

Apa yang penting, jangan sampai ada pihak yang teraniaya. Niat baik untuk membantu pihak lain teraniaya sebenarnya menyebabkan satu lagi penganiayaan kepada pihak lain.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...