Jom Follow.....

Wednesday, December 31, 2014

Banjir: Keadaan di Daerah Kerian Perak Masih Selamat Setakat Ini

9 Rabiulawal 1436

Dalam suasana bencana banjir yang melanda di banyak kawasan, negeri dan daerah di seluruh negara, keadaan di daerah kerian dilihat masih selamat buat masa ini. Mengikut laporan di media arus perdana, tidak banyak kawasan di daerah berkenaan dilanda banjir. Cuma tak silap semasa beberapa hari lepas(tak silap hari jumaat) sebuah stesen radio melaporkan air naik di jalan utama setelah empangan di bukit merah terpaksa dilepaskan air.

Namun semasa penulis bergerak dari Parit Buntar untuk ke Taiping pada hari Isnin lepas, tiada banjir yang berlaku semasa perjalanan dilakukan. Ini mungkin berikutan hujan mula tidak turun pada hari sabtu dan ahad lalu.Namun diharapkan semua pihak di daerah berkenaan terus berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ini kerana daerah Kerian adalah merupakan salah satu daerah yang sering dilanda banjir di negeri Perak sebelum ini. Lebih-lebih lagi berita terkini (Utusan Online)menunjukkan keadaan banjir di bahagian Perak tengah semakin buruk.

Justeru itu, semua pihak perlu mendapatkan maklumat terkini daripada pihak yang berkuasa dan apa yang penting, sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui radio kawasan.

Kita doakan agar bencana banjir dan lain-lain bencana alam yang sedang melanda di banyak kawasan di seluruh negara surut dengan segera.

Wallahualam

Sunday, December 21, 2014

Artis Malaysia Tidak Tahu Berpersatuan?

29 Safar 1436

Penulis merasa agak pelik apabila membaca berita tentang seorang presiden sebuah persatuan artis yang membuat laopran polis atas alasan bendahari persatuan melarikan buku cek baru-baru ini. Melarikan buku cek atau presiden tidak dapat menghubungi bendahari adalah perkara yang berbeza.

Persoalan yang timbul, kenapa sampai membuat laporan polis? Melarikan buku cek tidak memberi apa-apa makna jika ianya tidak ditandatangani oleh pihak yang dinamakan. Dalam urusan persatuan, sekurang-kurangnya perlu ada dua tandatangan oleh 2 pihak pada cek jika pengeluaran wang persatuan hendak dilakukan. Tak tahulah pulak jika dalam perlembagaan mereka ini pelik sikit.

Dalam kes ini, tahukah presiden mereka ini tatacara berpersatuan? Rakyat Malaysia semakin celik pada zaman sekarang dan pihak berkenaan diminta tidak mengeluarkan berita sensasi yang tidak perlu di dunia hiburan Malaysia ini , lebih-lebih lagi ianya dilihat seolah-olah memperbodohkan pengetahuan peminat di industri hiburan tanah air. Ini bakal memualkan lagi suasana hiburan di tanahair yang dilihat makin suram sejak kebelakangan ini.

Jika ada keengganan salah seorang untuk menandatangani cek berkenaan, ianya perlu diselesaikan secara dalaman dan secara baik memandangkan industri hiburan malaysia amat kecil. Pertikaian seperti ini sepatutnya dibincang secara baik dan perlu dibawa ke mesyuarat ahli jawatankuasa persatuan untuk penyelesaian dan bukannya dengan membuat laporan polis. Itu macam main politik nampaknya.Politik lagi.......

Minta maaf jika ada yang terasa.Penulis cuma menegur sahaja. Lagipun tiada nama yang dinyatakan disini. Siapa yang terasa, renungkanlah nasihat penulis ini untuk keamanan semua.

Wallahualam

Saturday, December 20, 2014

Menang Tanpa Piala

28 Safar 1436

Tahniah diucapkan kepada Harimau Malaya kerana berjaya menewaskan pasukan bolasepak Thailand pada malam ini dengan jaringan 3-2. Namun begitu dangan secara agregat , pasukan bolasepak negara masih tewas dengan jaringan 4-3 dalam kejohanan yang dibuat secara timbal balas.Pasukan negara tewas di thailand 2-0 sebelum ini.

Bagi penulis, kejayaan ke final piala AFF sudah merupakan kejayaan yang besar lebih-lebih lagi jurulatih Dollah Salleh baru sahaja mengambil alih pasukan negara yang sebelum ini dilihat dalam keadaan terumbang ambing. Akhir kata..Tahniah semua rakyat Malaysia dan Harimau Malaya. Teruskan berusaha.

Wallahualam

Friday, December 19, 2014

UMNO Mulakan Langkah Berani

27 Safar 1436

UMNO telah memulakan langkah berani dengan membuka keahlian menerusi pendaftaran secara dalam talian. Sebelum ini penulis pernah mengkritik akan ketidakupayaan UMNO menyediakan platform sedemikian sedangkan kerajaan yang ditunjangi parti berkenaan di Malaysia telah memperkenalkan Korridor Raya Multimedia(MSC).

Memetik laporan Utusan Online, langkah ini dilihat salah satu usaha bagi menjenamakan semula parti dan membuka peluang semua pihak terutama generasi x dan y dari rakyat biasa , professional dan bangsawan Untuk turut bersama menyertai UMNO. Istilah berani merujuk kepada, hanya pemimpin UMNO yang layak sahaja akan dapat memimpin UMNO disebabkan lebih ramai pihak yang bakal dapat mengambil bahagian dalam menentukan kepimpinan UMNO pada masa akan datang.

Penulis sudah mencuba mendaftar semalam, dan menunggu akan keberkesanan kaedah ini. Ini disebabkan keputusan awal hanya menunjukkan keahlian sementara dan diletakkan di Bahagian Segambut dan di Cawangan PWTC. Kalau kekal di PWTC pun ok juga, sebab mana tau  boleh pergi mesyuarat cawangan di PWTC. Itu pun seolah sama macam pergi Perhimpunan Agung UMNO  kat PWTC jugak.

Sebelum ini, penulis nekad untuk tidak balik mengundi pada pilihanraya umum(PRU) akan datang sekiranya , keahlian UMNO yang dipohon beberapa kali sebelum ini tidak ada khabar berita. Kalau kaedah inipun masih tidak berjaya, maka sudah pasti penulis tidak akan mengundi pada PRU akan datang. Ini bukan satu ugutan, tapi satu cabaran kepada ahli dan pemimpin UMNO sekarang.

Wallahualam

Tak Perlu Naikkan Had Umur Untuk Berkahwin

27 Safar 1436

Kerajaan digesa tidak melayan cadangan sesetengah pihak untuk menaikkan had umur minimum berkahwin kepada 18 tahun seperti mana yang telah dilaporkan di SH Online. Ini jelas menyalahi hak asasi manusia dan menyalahi hukum Allah dan seolah-olah cadangan ini adalah cadangan bagi mengharamkan sesuatu yang halal.

Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi perkahwinan. Sudah la kebanyakan di kalangan manusia menolak dan ingkar akan hukum Allah.Jangan lah pula ada di kalangan manusia di Malaysia ini berusaha menghalang manusia yang lain mematuhi hukum Allah. lagipun , bagi  sesiapa yang memenuhi syarat untuk berkahwin di dalam Islam, ianya tidak perlu dihalang. Sila rujuk pakar Agama Islam untuk pencerahan lanjut.

Wallahualam

Mahasiswa & Mahasiswi Perlu Bijak Berpolitik

27 Safar 1436

Sikap untuk menjadikan pentas perwakilan pelajar sebagai tiket express dalam bidang politik sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan kaedah demonstrasi yang mana ianya dilihat sudah lapuk yang pernah digunakan oleh seoarang mantan menteri kanan Barisan Nasional yang dilihat telah  naik ke puncak dengan agak cepat dan kemudiannya jatuh dengan agak cepat juga.

Isu-isu yang perlu diperjuangkan perlulah berasaskan fakta dan bukannya berdasarkan persepsi semana-mata. Dan apa yang lebih penting lagi, untuk menjadi pemimpin yang baik, kita juga perlu jadi pengikut yang baik dan rakyat yang baik dan mengikut peraturan dan undang-undang. Jika undang-undangpun tak mahu patuh, bagaimana pula pengikut hendak patuh kepada kita jika kita memimpin pada suatu masa kelak?

Wallahualam

Monday, December 15, 2014

Kita Tidak Kebal Daripada Undang-undang

23 Safar 1436

Sesiapapun tidak kebal daripada undang-undang, sama ada kita pemimpin parti politik, NGO, masyarakat dan sebagainya. Jika kita hendak menjadi pemimpin yang baik, kita juga perlu menjadi rakyat marhain yang baik sebelum kita diangkat menjadi pemimpin.

Kenyataan ini penulis tujukan kepada segelintir ahli politik yang sering dilihat mencabar beberapa keputusan mahkamah yang tidak ikut selera mereka. Lebih mengecewakan keputusan mahkamah disanggah demi mendapat "political advantage" tarhadap kumpulan tertentu di negara ini. Namun kita harus ingat bahawa undang-undang perlu dipatuhi bagi memastikan kestabilan negara ini hatta di negara lain sekalipun. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan sensitiviti hubungan antara pelbagai bangsa dan agama.Pihak berkuasa pula perlulah bertegas kuatkuasakan undang-undang.

Sebagai contoh, jika undang-undang jalanraya menetapkan bahawa kita perlu berhenti pada masa lampu isyarat berwarna merah, maka kita perlu patuhi. Jika tidak patuh, maka kecelakaanlah yang menanti kita. Kalau kena saman tu..OK lagi. Kalau KO... ? Sempat ke mengucap?

Wallahualam

Thursday, December 11, 2014

Anak Malaysia Boleh! Dolah Telah Buktikan Malam Ini

19 Safar 1436

Anak Malaysia telah buktikan membawa pasukan Harimau Malaya ke pentas akhir Piala AFF 2014. Berbanding pasukan Vietnam yang menggunakan khidmat jurulatih asing Dolah Salleh yang mengambil alih pasukan Harimau Malaya dalam tempoh yang terhad sebelum kejohanan telah menaikkan lebih semangat kepada penulis/kepercayaan penulis bahawa semangat Malaysia Boleh harus diperkuatkan bagi meningkatkan keyakinan rakyat. Kemenangan 4-2 malam ini menaikkan semangat seluruh negara.

Mengimbau kenangan krisis ekonomi pada era akhir 90an, ianya  juga diselesaikan oleh anak Malaysia tanpa mengambil nasihat daripada orang asing atau tabung Kewangan Dunia (IMF). Tapi sayang.., kini semangat Malaysia Boleh seakan padam di arena korporat Malaysia. Ramai orang asing semakin diambil menjawat pegawai tinggi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) , seakan tiada warga Malaysia yang boleh memikul tanggungjawab berkenaan.

Terima kasih Dolah Salleh...! Malam ini anda telah mengubat hati kami. Rakyat Malaysia BOLEH..!

Wallahualam

Thursday, November 27, 2014

Akta Hasutan Masih Relevan

5 Safar 1436

Akta Hasutan dilihat masih relevan di Malaysia ketika ini dan pada masa yang akan datang. Dalam negara yang berbilang bangsa, sudah semestinya ada pihak-pihak yang mempunyai penyakit "jiwa kacau" akan terus mencuba untuk menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini. Pihak seperti ini sama ada tidak bersyukur atau diupah oleh anasir luar bagi menimbulkan suasana ketidakseimbangan dikalangan masyarakat.

Keputusan kerajaan mengekalkan akta ini amat dihargai. Ini bagi memastikan keamanan yang ada di negara ini dapat dikekalkan di samping dapat mengingatkan rakyat di negara ini agar terus bersyukur akan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. selama ini.


Wallahualm

Wednesday, November 26, 2014

Denggi Bukan Berpunca Dari Rumah Semata mata

3 Safar 1436

Jika anda menyangkakan bahawa nyamuk aedes hanya berada di rumah anda dan anda hanya berisiko terkena jangkitan demam denggi di kawasan perumahan, anda tentu silap. Hakikatnya, nyamuk berkenaan akan berada dimana-mana persekitaran yang membolehkan ianya membiak. Jika kawasan rumah anda bersih, namun anda mungkin jua boleh digigit nyamuk ketika di pasar malam, semasa pulang dari tempat kerja di waktu senja atau sedang balik berjoging ketika lewat petang.

Nyamuk aedes dilihat  terbang dan menyerang dengan agak cepat berbanding dengan nyamuk lain. Ini berdasarkan pengalaman penulis yang dah empat kali kena denggi. Oleh yang demikian kita perlu berhati-hati ketika keluar pada waktu senja atau di waktu pagi di mana-mana jua persekitaran bagi mengelakkan gigitan nyamuk berkenaan. Mohon pada Allah s.w.t agar kita semua dilindungi daripada sebarang bahaya.

Wallahualam

Tuesday, November 25, 2014

Mahukah UMNO Berubah?

3 Safar 1436

Tun Mahathir mungkin sedar bahawa ada sesuatu yang tidak sempat diperbetulkannya pada UMNO semasa beliau di tampuk kuasa. Menerusi kenyataan di laman web beliau Chedet, beliau menggariskan beberapa kesalahan pemimpin dan ahli UMNO. Antaranya yang jelas dan pernah dihadapi penulis ialah tahap  penerimaan ahli-ahli baru yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan. Secara jujur penulis telah memohon sekurang-kurangnya 3 kali untuk menjadi ahli dan malangnya sehingga kini, tiada maklum balas kelulusan diterima.

Golongan ini dilihat amat sukar diterima dan dipelawa menjadi ahli UMNO. Kalau adapun yang diterima, mereka mempunyai hubungan darah dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Yang kecewa , ada yang menyertai parti lain.

Adakah teguran ini akan diterima? Kalau nak buka peluang menjadi ahli, UMNO dah lama buat dah. Semuanya sudah menggunakan applikasi  IT sekarang. Takkan UMNO tak boleh membuka pendaftaran secara online, serta saringan juga dilakukan secara online, tanpa melalui kelulusan ketua bahagian? Memadailah dengan sekateriat di bangunan UMNO yang memberikan kelulusan secara online. Komunikasi dengan ahli juga boleh dibuat secara online dan media sosial. Apakah itupun UMNO tak mampu lakukan?

Apa masalahnya sekarang? Masalahnya ialah adakah para pemimpin dan ahli ahli UMNO mahu berubah?

Wallahualam

Monday, November 24, 2014

Najib Tak Perlu Arahkan Tenggelamkan Kapal?

2 Safar 1436

Malaysia , sama ada pemimpin atau rakyatnya tidak perlu tenggelamkan kapal nelayan, tongkang atau sebagainya untuk mana-mana warga asing yang menceroboh sempadan maritimnya untuk menunjukkan ketegasan. Segalanya akan dilakukan  mengikut undang-undang dan mengikut sifat peri kemanusiaan tetapi penuh dengan ketegasan yang bertempat.

Ini berlainan dengan arahan salah seorang pemimpin utama negara jiran yang mengarahkan pihak berkuasa negaranya meneggelamkan bot nelayan yang didapati menceroboh perairan negara terbabit. Jika berita ini benar, maka amat malang bagi rakyat dan jiran negara tersebut yang kini mempunyai pemimpin utama dan jiran mereka yang mempunyai sifat demikian.

Berlainan dengan Australia dan China, kedua-dua  negara tersebut terus memberikan kerjasama dan pertolongan kepada malaysia yang kesusahan lebih-lebih lagi dalam usaha pencarian pesawat malang MH370 sehingga kini belum dijumpai. Sebagai salah seoarang rakyat Malaysia , penulis bersyukur bahawa setakat ini, tiada pemimpin atasan nombor satu Malaysia bersikap sedemikian. Bagi penulis Najib sebagai pemimpin nombor satu Malaysia, lebih bersikap budiman dan tak perlu memberi arahan sedemikian.

Wallahualam

Friday, October 24, 2014

Tak Reti Berbahasa Melayu?

1 Muharram 1436

Penulis tidak terkejut apabila membaca berita di Utusan Malaysia(link sini) pada hari ini bahawa seramai 604 pelatih Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) yang lulus SPM tetapi langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Ini baru yang telah terpilih menyertai PLKN. Namun bagaimana yang tidak terpilih? Tapi apa nak diherankan, takat lulus itu tak jadi isu, kerana tak tahu bahasa Inggerispun boleh lulus. Namun takat lulus aje la. Namun, jika dapat A1 , jika tak tahu sepatah haram Bahasa Malaysia...,itu memang bermasalah. Kena semak semula sistem peperiksaan di Malaysia takut bocor sana sini seperti yang berlaku pada peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Inilah natijahnya jika setiap parti politik terlalu mengejar populariti. Antara hujah, kita boleh bezakan betapa jauhnya perbezaan kemudahan sekolah kebangsaan dan sekolah bukan kebangsaan di bandar-bandar. Kalau di sekoleh kebangsaan, ada yang terpaksa berhimpit-himpit dalam satu kelas manakala sekolah bukan kebangsaan pula dilimpahi kemudahan yang mewah, terutama jika ada pilihanraya kecil. Janji nak undi, tapai bila keputusan pengundian dikeluarkan, pangkah yang lain juga. Kerajaan dan orang politik ,tak kira kerajaan atau pembangkang perlu peka keadaan ini jika hendak terus melihat rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman tenteram dan berkongsi kemakmuran bersama.

Wallahualam

Thursday, October 23, 2014

Kenapa Puting Beliung Sudah Ada Di Malaysia ?

29 Zulhijjah 1435

Kenapa sejak dua menjak ini sudah ada fenomena puting beliung berlaku di Malaysia. Belum reda kehairanan kejadian yang berlaku di Kedah, berlaku pula di Pandamaran Klang(Tolong betulkan jika fakta ini salah). Persoalannya kenapa benda yang tak pernah berlaku sudah mula berlaku di sini?

Ianya seolah wujud apabila manusia di Malaysia ini sudah mula buat perkara-perkara yang tak pernah dibuat di Malaysia selama ini. Antaranya, penggunaan kalimah Allah dalam kitab penganut agama tertentu, pesta minum arak secara terbuka, kempen pegang anjing dan lain-lain pelik yang kita tak tahu.

Jika inilah puncanya, maka sebagai umat Islam, kita perlu menentang segala usaha-usaha pihak tertentu yang sering mengadakan acara-acara diluar batasan Islam agar tempias kejadian yang tidak diingini tidak ditimpa kepada kita. Bersamalah kita renung -renungkan..

Wallahualam

Saya Tak Mahu Sentuh Anjing

29 Zulhijjah 1435

Penulis dari kecil dah belajar bahawa haiwan berkenaan(anjing) akan menyebabkan berlaku adanya najis berat dari segi agama. Tak ada masalah..dan penulis elakkan daripada mendekati haiwan berkenaan tanpa sebab. Kalau dekatpun disebabkan dikejar haiwan berkenaan dan penulis lari lintang pukang. Bukan takut apa, takut digigit dan takut dengan adanya penyakit anjing gila kat anjing tersebut.

Tapi yang menyedihkan, teguran ulama yang mempertikaikan acara sentuhan tanpa sebab seakan-akan dipertikaikan pula. Sampai ada yang menempelak Tuan Guru Nik Aziz sendiri dalam komen-komen di akhbar online, hatta mufti sekalipun. Persoalannya, apakah kita lebih hebat ilmu agama daripada mereka lebih-lebih lagi alim ulama yang pro sana dan sini(kiblat politik mereka) turut bersatu dalam memberikan hukum ketidakwajaran acara berkenaan diadakan?

Apa susah, setiap yang meragukan , kita tinggalkan aja...

Wallahualam

Thursday, October 2, 2014

Terkilan Dengan Pengurangan Subsidi Minyak

8 Zulhijjah 1435

Sebagai rakyat biasa, penulis turut rasa terkilan disebabkan pengurangan subsidi minyak RON 95 yang menyebabkan harga runcit produk berkenaan naik di pasaran sebanyak 20sen seliter.Lebih-lebih lagi cara dan suasana kenaikan itu dibuat adalah tidak kena lebih-lebih lagi dibuat sebelum perayaan Aidil adha.

Namun , apa boleh buat. Nak mengadu proksi satu lagi, asyik asyik nak pinda perlembagaan dan langgar kontrak sosial. Yang satu lagi dah macam tak dak idea nak uruskan ekonomi dah...

Wallahualam

Monday, September 1, 2014

Selamat Pulang MH17

7 Zulkaedah 1435

Dalam kedukaan dan kesedihan yang dipalut emosi, penulis menitipkan ucapan takziah berterusan kepada mangsa tragedi MH17 dan MH370 yang kedua-duanya pesawat Malaysian Airline System(MAS). Emosi penulis meningkat mendadak takala melihat satu demi satu jenazah mangsa tragedi dibawa pulang ke tanah air Malaysia.

Peristiwa ini mempunyai hikmah tersendiri. Hanya Maha Pencipta yang lebih mengetahui. Melihat anak-anak kecil menjadi yatim, ianya culup menggamit penulis akan kenangan lampau ditinggalkan ayah ketika diri ini masih memerlukan perhatian dan pembelaan. Kita sebagai anggota masyarakatlah yang patut membela mereka dalam apa jua bentuk sekalipun. Dalam ajaran Islam hak anak-anak yatim bukanlah setuatu yang boleh diabaikan begitu sahaja.

Namun begitu kita juga masih menunggu dengan sabar khabarnya MH370.

Wallahualam


Friday, August 8, 2014

Boikot Bagus.. Namun Pastikan Tiada Pihak Teraniaya

13 Syawal 1435

Usaha memboikot barangan dan perkhidmatan tertentu terhadap pihak tertentu sememangnya ada kewajaran. Namun begitu, kebanyakan para alim ulama di Malaysia menyatakan bahawa akal perlulah mengatasi emosi dalam usaha memboikot ini.

Secara tidak sedar, banyak barangan dan perkhidmatan yang kita guna juga sepatutnya diboikot termasuklah laman blog platform yang kita guna ini dan sebagainya. Ada yang kata, kita tak bayar apa-apapun, namun, kegiatan kita share, like dan sebagainya telah meningkatkan peluang pengiklanan syarikat berkenaan dan meningkatkan nilai syarikat berkenaan berbilion dollar dengan lebih cepat daripada syarikat makanan yang kita sedang boikot. PC dan telefon bimbit juga perlu dihumbankan jika kita betul-betul hendak memboikot.

Namun kejadian menghina para pekerja syarikat berkenaan di Malaysia adalah sudah memasuki episod yang melampau. Betul, rezeki boleh dicari tempat lain. Tetapi lebih baik pihak yang berkata berkenaan mencari kerja lain dan diberikan surat tawaran kepada pekerja berkenaan, iaitu menolong membantu pekerja berkenaan mendapat kerja baru. Jangan asyik sedap mulut bercakap sahaja.

Apa yang penting, jangan sampai ada pihak yang teraniaya. Niat baik untuk membantu pihak lain teraniaya sebenarnya menyebabkan satu lagi penganiayaan kepada pihak lain.

Wallahualam

Thursday, July 17, 2014

MH17: 298 Anak Kapal Terlibat

20 Ramadhan 1435

Laporan terkini memetik bahawa seramai  298 penumpang dan anak kapal terlibat dalam tragedi terhempasnya pesawat MAS MH 17, Boeing 777 di Ukraine yang dalam perjalanan menuju ke Malaysia daripada Amsterdam.Kenyataan menerusi BERNAMA juga menyebut bahawa MAS dalam  proses memaklumkan berita sedih berkenaan kepada keluarga mangsa nahas.

Sama-samalah kita berdoa agar dilancarkan segala usaha-usaha menyelamat dan mengawal keadaan.

Wallahualam




Tragedi MH 17: Malaysia Diuji Lagi

20 Ramadhan 1435

Malaysia dan rakyatnya diuji sekali di kala kita memasuki phasa 10 hari terakhir bulan Ramadhan 1435. Kita mengharapkan agar umat Islam dan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa terus semakin bersatu dalam menghadapi ujian demi ujian yang dihadapi. Jika tahun lepas kita diuji dengan pencerobohan di Sabah, tahun ini diuji dengan kehilangan pesawat MH370, kes penculikan dan serangan hendap di Sabah juga dan terkini pula lagi satu ujian pesawat MAS terhempas dipercayai ditembak jatuh.

Kita doakan semoga Allah S.W.T  memberi kita terus kekuatan dalam menghadapi ujian getir seperti ini.

Wallahualam

Sila Rujuk pautan : BH Online.



Friday, July 11, 2014

Isu Gelandangan : Terima Kasih PM

14 Ramadhan 1434

Tindakan segera Najib melakukan lawatan mengejut ke atas golongan gelandangan di ibu kota sedikit sebanyak melegakan fikiran rakyat marhaen seperti penulis. Ini secara tidak langsung menolak tanggapan bahawa kerajaan hanya mengutamakan golongan yang berada semata-mata dan tidak ambil pusing kepada golongan berkenaan.
Gambar: BH Online

Dalam mengucapkan ucapan terima kasih kerana meredakan emosi kami, timbul persoalan ke atas kepimpinan negara, takkan semua Najib nak 'settlekan" ? Yang lain ....?


Wallahualam




Semenanjung Gaza Bermandi Darah

14 Ramadhan 1435

Bulan Ramadhan pada kali ini , berlakunya satu lagi ujian kepada umat islam di seluruh dunia. Di saat kita dihujani dengan hujan. dihujani dengan makanan, dihujani dengan letupan mercun dan sebagainya, umat Islam di Gaza terus dihujani dengan bedilan roket di sana.

Ini juga adalah ujian kepada umat Islam di Malaysia sama ada mampu bersatu ataupun tidak. Ini adalah kerana selagi umat Islam tidak bersatu, selagi itulah musuh-musuh akan memperbola-bolakan umat Islam di seluruh dunia. Jika perpaduan UMNO dan PAS dalam mempertahankan kepentingan  Islam di Malaysiapun tak boleh nak lakukan, jangan cakap besarlah...

Namun begitu, teruskan berdoa untuk kesejahteraan ummah dan perpaduan kita semua. Salam perpaduan daripada Bancik...


Wallahualam


Monday, July 7, 2014

Warga Kota Tidak Perlukan Undang-Undang Mengarut

10 Ramadhan 1434

Warga ibu kota baru-baru ini kecoh dengan cadangan untuk memperkenalkan undang-undang yang membolehkan denda dikenakan ke atas pengemis dan pemberi derma. Tujuannya ialah bagi membersihkan ibu kota daripada suasana yang tidak menyenangkan pemandangan terutama dikawasan-kawasan yang terlibat dalam sektor pelancongan atau menjadi tarikan utama.

Namun begitu, penulis berpendapat cadangan berkenaan adalah agak "jelek" walaupun ianya berniat baik. Sepatutnya penguatkuasaan perlu diperhebatkan dengan menggunakan undang-undang sedia ada seperti akta imegresen bagi warga asing, akta pemerdagangan manusia bagi yang melibatkan sindiket dan kita punya Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik. Ironinya, jika semua berfungsi, tidak mungkin bilangan pengemis makin meningkat saban tahun dan mencari para penderma yang bermurah hati.

Jika  pihak berkenaan tidak mampu menjalankan tugas, jangan halang pihak yang mempunyai "suci hati" atau "hati emas" bagi melaksanakan tuntutan agama dengan memperbanyakkan sedekah terutama di bulan yang mulia ini. Agak melampau dan mengarut jika pendermapun hendak dikenakan tindakan undang-undang.

Wallahualam


Saturday, June 7, 2014

Hapuskan Bumper Batang Pinang

10 Syaaban 1435

Sekarang ini semakin ramai pihak yang mula memasang 'bumper" di jalan-jalan di taman-taman perumahan bagi tujuan keselamatan kanak-kanak dan pejalan kaki. Niatnya adalah baik.Namun begitu ianya kurang wajar jika ianya turut diletakkan di jalan-jalan utama. Lebih lebih lagi bumper yang dipasang itu terlalu kecil dan tinggi seolah-olah meletakkan batang pinang separuh merintangi jalan.

Ini akan menyebabkan berlaku kerosakan terhadap 'alignment" bagi kenderaan-kenderaan yang lalu lalang setiap hari. Ini akan menyebabkan keselamatan orang ramai yang menaiki kenderaan berkenaan yang makin terdedah kepada kemalangan disebabkan mudahnya berlaku kerosakan terhadap tayar. Oleh yang demikian, isu ini perlu juga diberikan perhatian oleh pihak berkuasa . Pihak-pihak yang berkenaan yang mahu memasang 'bumper" haruslah menepati piawaian yang telah ditetapkan agar keselamatan semua pihak dapat dipelihara.

Wallahualam

Friday, June 6, 2014

Biarlah Yang Pakar Lakukan Kerja Mereka

9 Syaaban 1435

Dalam zaman moden yang mana pelbagai media boleh diakses, kadangkala oleh menyebabkan lebih kekeliruan berlaku dikalangan masyarakat. Masing-masing nak beri hujah dan kadangkala melebihi pihak yang berwajib. Sebagai contoh, ramai nak jadi pakar pencarian pesawat. Yang nak jadi JAKIM juga tak kurang hebatnya.

Yang merisaukan, yang baru mengaji agama juga boleh sanggah pendapat golongan yang telah mendapat tauliah memberi ceramah agama. Lebih sensasi, yang dulunya popular berhujah dan mengkritik secara terbuka ustaz-ustaz popular. Akhirnya perbalahan berlaku dikalangan para penyokong masing-masing pula.

Pada Bancik, sesuatu perkara itu, biarlah mereka yang ahli yang diberikan lebih peluang bagi menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan di bidang masing-masing. Yang lain perlulah bersabar dan tidak cepat melatah.Apakah ini yang dinamakan janji pada akhir zaman?

Wallahualam

Monday, June 2, 2014

Kerang Bulu Di Parit Buntar



5 Syaaban 1435

Kerang bulu. Pastinya golongan muda masa kini bingung memikirkan apa yang membezakan kerang biasa dengan kerang bulu.

Di sebalik bentuk fizikal berbulu-bulu halus di seluruh cengkerang, kerang ini menerima permintaan sangat tinggi penggemarnya di seluruh negara.

Meskipun isinya sedikit liat berbanding kerang biasa, namun tidak menghalang penggemarnya untuk mendapatkan spesies siput itu dengan harga pasaran tinggi.
Faktor permintaan tinggi juga menyebabkan sebahagian kecil pencari siput dan kerang sanggup bergadai nyawa untuk mendapatkannya, termasuk menyelam ke dalam dasar laut sejauh tujuh meter.

Di Kerian, permintaan terhadap kerang bulu amat menggalakkan terutama pada Ramadan sehinggakan terdapat ramai penternak kerang sanggup mengambil risiko menyemai benih anak kerang di sepanjang kawasan persisiran pantai Bagan Tiang dan Kuala Kurau, di sini.

Di Bagan Tiang, pencari kerang tradisional, Kamaruddin Sulaiman, 44, berkata, dia mampu memperoleh hasil pendapatan lumayan dengan menjual siput dan kerang bulu.

Menurutnya, dia sanggup menggadaikan nyawa menyelam ke dalam dasar laut dengan kedalaman lebih tujuh meter bagi mendapatkan kerang bulu dan siput.

“Siput bayam dan kerang bulu biasanya hidup berdekatan malah sering ditemui bersama apabila nelayan menangguk di dasar laut.

“Seorang nelayan mampu memperoleh lebih dua kilogram kerang bulu pada musim pembiakan kerang bulu namun, bukan semua orang boleh melakukan pekerjaan menangguk kerang bulu berikutan perlu menyelam ke dasar laut tanpa menggunakan alat pernafasan selam,” katanya.

Kamaruddin berkata, bagi kebanyakan nelayan di sini, mereka lebih selesa menyelam berbanding menggunakan sauk panjang untuk menangguk dari atas bot.

Jelasnya, apabila menyelam, mereka dapat rasakan sendiri kewujudan lubuk kerang bulu berbanding menangguk dari atas bot yang tidak tentu hasilnya.

“Namun, risiko menyelam juga amat tinggi berikutan penyelam turut berdepan ancaman obor-obor.

"Justeru, kebanyakan kami memakai sut khas yang dibeli dengan lingkungan harga RM800 hingga RM1,300 untuk tujuan keselamatan,” katanya.

Kamaruddin berkata, setiap hari dia mampu memperoleh lebih 50 kilogram hasil kerang bulu yang dijual terus kepada pemborong.

Bagi harga hasil laut itu, Menurutnya, siput bayam dijual antara RM 5 dan RM 6 sekilogram bergantung pada saiznya manakala kerang bulu, dijual antara RM 1 sehingga RM 3 sekilogram.

“Harga kerang bulu dijangka akan meningkat dan selagi ada permintaan, selagi itu nelayan di sini akan mencarinya.

“Walaupun agak liat namun kemanisan isinya tetap mendapat permintaan yang tinggi di sini berbanding kawasan lain,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Wednesday, May 28, 2014

Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat

28 Rejab 1435

28 Mei , 2014- Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pukul 1.30 tengah hari Rabu, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, Khamis, umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Penghormatan terakhir bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi Khamis manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2 petang hingga 3 petang.

Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari Rabu, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

"Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM, Rabu.

Zambry juga mengisytiharkan KHamis cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan pemakaman Almarhum Sultan.

Sumber: BERNAMA


Monday, April 28, 2014

Hentikan Catuan Air

29 Jamadil Akhir 1435

Sebagai rakyat biasa, Bancik menyeru agar catuan air dihentikan dengan serta merta. Rakyat perlu diberi penjelasan yang sejelas-jelasnya akan rasional penerusan catuan air, sedangkan  kejadian banjir kilat berlaku di sana sini di Lembah Kelang pada masa kini. Lebih-lebih lagi, pihak SYABAS sebelum ini ada membuat kenyataan bahawa catuan air akan berakhir. Namun begitu, kenyataan ini ditukar semula kemudiannya dengan menyatakan penarikan catuan hanya boleh dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor.

Jika catuan ini bermotifkan politik, Bancik harap hentikanlah. Cukup cukuplah...Kami semua dah meluat dengan suasana politik Malaysia.

Wallahualam


Sunday, April 20, 2014

Larangan Meminta Ampun Bagi Golongan Musyrik

20 Jamadil Akhir 1435

"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka"

(Surah At-Taubah, ayat 113)

Wallahualam

Saturday, April 19, 2014

Masa Terbaik Laksanakan Hudud Di Kelantan

19 Jamadil Akhir 1435

Sekarang adalah masa yang terbaik bagi melaksanakan Hudud di Kelantan. Ini adalah kerana pelbagai pihak yang mempunyai akidah yang sama, tetapi aliran politik yang berbeza telah memberikan reaksi yang agak positif. Diharapkan usaha pada kali ini akan berhasil. Lagipun akhir-akhir ini, cuaca politik nampak baik.

Wallahualam


Monday, March 24, 2014

Perjalanan MH370 Berakhir Di Lautan Hindi

23 Jamadil Awal 1435

Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang:

Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu.

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut.

Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera.

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini.

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini.

Dipetik dari: BERNAMA

Saturday, March 22, 2014

Lautan Dalam Amat Menakutkan

21 Jamadil Awal 1435

Bancik berpengalaman menjadi nelayan pada zaman remaja yang lampau. Salah satu aktiviti yang pernah diikuti ialah menyertai penangkapan ikan menggunakan pukat hanyut di perairan Selat Melaka. Pernah satu hari bot kami mengembara hingga perairan yang amat dalam. Laut biru bertukar kehitaman. Apabila ditanya kepada tekong, tekong memberitahu ianya disebabkan kedalaman laut tersebut.

Ombak pula meninggi sekitar 1 hingga 2 meter. Bot pula tenggelam timbul dihempap ombak besar. Atas sebab mencari pendapatan dan rezeki di laut , suasana tersebut perlu dihadapi dengan tabah.

Namun sekarang, bila Bancik membaca komen dari pelbagai pihak terhadap pencarian pesawat MAS MH370(termasuk di laut) yang masih lagi misteri, secara sinis Bancik terfikir, masing-masing hendak tunjuk pandai. Komen...herm..masing -masing boleh komen. Seolah-oleh merekalah yang hebat. Tetapi bagi sesiapa yang pernah merasai pengalaman tersebut, peristiwa ini dilihat sebagai iktibar sebagai hamba yang amat lemah berbanding penciptanNya. Teruskan berdoa untuk pesawat MH370..

Wallahualam


Friday, March 21, 2014

PRK Kajang Hambar?

20 Jamadil Awal 1434

Bancik berpeluang bersiar-siar di sekitar Kajang pada 20 Mac 2014(waktu malam) yang lalu atas tujuan tugasan yang telah diberikan oleh majikan. Namun begitu, pada pengamatan Bancik, suasana berkempen pada hari berkenaan dari segi perang poster dilihat amat hambar, walaupun hanya beberapa hari saja lagi proses pengundian bakal dijalankan. Kalau adapun ianya agak meriah sedikit di sekitar pusat bandar sahaja.

Namun jika di lihat di kawasan perumahan, perang poster dilihat seolah-olah tiada langsung bagi kedua-dua pihak yang bertanding. Namun begitu, Bancik tak mahu buat apa-apa spekulasi, cukuplah sekadar mengucapkan selamat mengundi bagi pengundi yang berdaftar di ADUN Kajang.

Wallahualam

Sunday, March 9, 2014

MH370 : Cukuplah Alllah Sebaik Penolong

8 Jamadil Awal 1434

Di kala pihak yang mempunyai kuasa sedang bertungkus lumus mengesan pesawat MAS MH370, kita sebagai orang-orang yang beriman perlu terus menerus memohon pertolongan Allah S.W.T agar diberikan pertolongan dalam menghuraikan misteri berkenaan. Ini termasuklah mengharapkan agar kesemua penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan terselamat. Namun kita perlu juga bersedia menerima apa jua ketentuan dariNya.

Hindarilah diri kita daripada menerima apa jua maklumat yang dibuat untuk tujuan sensasi dan spekulasi atau kepentingan politik pihak yang tidak bertanggungjawab.

Wallahualam


Friday, March 7, 2014

Pesawat MAS Terputus Hubungan

6 Jamadil Awal 1435

MAS telah mengesahkan bahawa pesawatnya MH370 ke beijing telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang. Kita menyeru semua rakyat Malaysia mendoakan agar tiada perkara buruk yang akan berlaku.

Wallahualam

Sumber berita: Utusan Online

Wednesday, March 5, 2014

Takziah Kepada PDRM & Keluarga Mangsa Anggota Polis Terkorban

4 Jamadil Awal 1435

Bancik ingin merakamkan ucapan takziah kepada Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan keluarga anggota polis yang terbunuh akibat diserang oleh pendatang asing semalam. Sesungguhnya kejadian ini harus membuka mata kita semua bahawa tugas polis adalah berat dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin. Justeru ini marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada para anggota keselamatan dalam menjalankan tugas mereka dan bukannya memperlekeh-lekehkan setiap tindakanmereka.

Ini juga menuntut agar kerajaan melakukan usaha besar-besaran dalam menangani isu pendatang tanpa izin dan pendatang tanpa izin yangsekarang ini dilihat mudah berniaga di Malaysia. Ini berlainan pula bagi warga tempatan yang amat sukar berniaga di negara sendiri.

Tapi hairan juga, tiada pemimpin politik daripada pembangkang setakat ini yang melahirkan rasa simpati berbanding kritikan terhadap polis yang melepaskan tembakan kepada penjenayah bersenjata sebelum ini. Takkan nak bersilat lagi? Semoga roh mangsa sentiasa disucuri rahmat daripada Allah S.W.T.

Wallahualam

Monday, February 17, 2014

PRK Hanya Akan Merugikan Orang Melayu

18 Rabiul Akhir 1435

Pilihanraya kecil (PRK) sekarang dilihat lebih merugikan rakyat terutamanya orang Melayu di mana banyak wang dan tenaga dihabiskan terutama sekali bagi kes wakil rakyat meletakkan jawatan tanpa sebab yang kukuh. Hujah utama kenyataan ini adalah kerana, peruntukan yang diberikan kepada kaum minoriti dilihat lebih besar jika dibandingkan dengan kaum majoriti.

Tak kira pilihanraya kecil manapun, orang melayu dilihat hanya mendapat peruntukan yang sama dengan kaum minoriti . Ini dilihat kurang adil kerana orang Melayu terpaksa berkongsi peruntukan dengan bilangan mereka yang lebih ramai jika dibandingkan dengan kaum lain.Orang Melayu seolah-olah dilihat terhegeh-hegeh memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada parti yang mereka sokong, walaupun parti berkenaan mengejar undi golongan minoriti yang lain. Oleh yang demikian, adalah lebih baik duit berkempen PRK disalurkan atau dibelanjakan kepada kegiatan yang lebih produktif daripada menaburkannya kepada mereka yang hanya mahukan peruntukan tetapi sudah pasti tidak akan memberikan undi mereka.Natijahnya, orang melayu juga yang sering terpinggir pada tiap kali pilihanraya.

Wallahualam

Saturday, February 15, 2014

BN Tak Perlu Sertai PRK Kajang ?.

15 Rabiulakhir 1434

Bancik berpendapat BN tidak perlu menyertai pilihanraya kecil DUN Kajang yang bakal diadakan pada bulan Mac 2014. Ini adalah kerana Bancik percaya segala sumber tenaga, kewangan adalah lebih baik disalurkan kepada kegiatan yang lebih berfaedah kepada rakyat. BN cuma perlu menyokong sahaja siapa jua calon-calon yang bakal menentang lawan mereka, jika nak turut serta secara tidak langsung.

Wallahualam

Wednesday, January 22, 2014

Perlembagaan Negara Perlu Dihormati

21 Rabiulawal 1435

Rakyat Malaysia seharusnya menghormati perlembagaan Malaysia jika ingin terus melihat negara ini dalam kekal stabil dalam tempoh jangka masa yang panjang. Ini kerana, jika ianya melibat sifat manusia seperti kita, beri hak macam manapun, tak akan puas hati juga.

Justeru itu sebagai warganegara yang bertanggungjawab, perlulah ada sikap timbangrasa sebelum mana-mana pihak membuat kenyataan demi kenyataan terbuka yang boleh menyebabkan ada pihak yang sakit hati, terutama dalam mempertikaikan hak-hak kaum yang tertentu yang selama ini sanggup bortoleransi dalam bernegara. Ini merujuk kepada beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini yang semakin menjadi-jadi di mana pihak bukan Islam dilihat sering mencabar kesabaran Umat Islam di negara ini. Kita juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan secara adil dan tanpa memilih bulu bagi memastikan kestabilan negara terus dipelihara. Pihak berwajip diharapkan jangan hanya berani mengambil tindakan penagkapan dan pendakwaan kepada pihak umat Islam sahaja, sedangkan pihak bukan islam , setiap isu yang diapi-apikan  diselesaikan hanya dengan permohonan maaf sahaja.

Hentikanlah penindasan terhadap perasaan umat Islam. Cukup-cukuplah apa yang sedia ada yang sedang berlaku yang masih belum dapat diselesaikan di beberapa buah negara.

Wallahualam


Monday, January 13, 2014

Salam Maulidurrasul 1435

12 Rabiulawal 1435

Bancik ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Maulidurrasul kepada semua pembaca dan rakan-rakan semua. Mudah-mudahan kita terus mendapat kekuatandaripada Allah S.W.T untuk terus mengamalkan sunah-sunah Baginda Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan seharian hingga ke penghujung nyawa.

Wallahualam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...