27 Safar 1436
Sikap untuk menjadikan pentas perwakilan pelajar sebagai tiket express dalam bidang politik sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan kaedah demonstrasi yang mana ianya dilihat sudah lapuk yang pernah digunakan oleh seoarang mantan menteri kanan Barisan Nasional yang dilihat telah naik ke puncak dengan agak cepat dan kemudiannya jatuh dengan agak cepat juga.
Isu-isu yang perlu diperjuangkan perlulah berasaskan fakta dan bukannya berdasarkan persepsi semana-mata. Dan apa yang lebih penting lagi, untuk menjadi pemimpin yang baik, kita juga perlu jadi pengikut yang baik dan rakyat yang baik dan mengikut peraturan dan undang-undang. Jika undang-undangpun tak mahu patuh, bagaimana pula pengikut hendak patuh kepada kita jika kita memimpin pada suatu masa kelak?
Wallahualam
No comments:
Post a Comment