Jom Follow.....

Tuesday, December 31, 2013

Dr M Tak Perlukan Makmal

29 Safar 1435

Bancik masih ingat lagi ketika kegawatan ekonomi sekitar tahun 1997-1998. Ketika itu negara dikejutkan dengan krisis matawang terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah . Pada masa yang sama negara terpaksa menanggung beban komitmen sebagai penganjur sukan Komenwel yang pertama dianjurkan di Malaysia. Nilai ringgit menjunam ke tahap yang tidak pernah dijangkau akal. Harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL) ketika itu melompat-lompat menjunam teruk. Krisis politik negara pula berlaku dengan amat hebat rentetan pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, sedangkan orang Melayu masih berpecah dengan tertubuhnya parti Semangat 46 sebelum itu. Laungan reformasi bergema dan disambut oleh Naib President Amerika Syarikat ketika itu, Al Gore. Bak ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, masalah jerebu pula  yang agak teruk turut melanda negara pada masa berkenaan.
Dr M

Bancik ketika itu baru memulakan kerjaya dengan pendapatan yang agak rendah di KL dan hanya mampu menyewa rumah di sekitar perkampungan di Segambut. Namun amat menakjubkan pada zaman berkenaan, tidak terasa langsung kesusahan hidup seperti mana pendapatan sekarang setelah berapa lama tempoh itu berlalu. Dr M ketika itu mengorak langkah sebagai pejuang sejati menyelamatkan negara daripada tunduk desakan IMF dan polisi dibuat serta dilaksanakan berdasarkan keperluan rakyat dan bukan semata-mata untuk mendapat pujian badan ekonomi antarabangsa. Polisi beliau dikecam oleh pelbagai badan penarafan dan pakar ekonomi negara dan antarabangsa. Namun Dr M tetap dengan cara beliau. Maka berkumandanglah ketika itu lagu "I did it my way". Beliau tidak menubuhkan makmal untuk menasihati beliau, tetapi beliau menubuh dan menggerakkan "Majlis Tindakan Ekonomi Negara" atau dikenali MTEN. Namapun majlis bertindak dan tindakan dilakukan terhadap sesuatu keputusan dilakukan dengan pantas.

Bancik ketika itu seakan ketagih menunggu Buletin Utama setiap hari kerana, pengumuman demi pengumuman selalunya dilakukan secara kerap terhadap tindakan yang bakal dan diambil. Majlis tertinggi UMNO juga kerap diberi peranan bagi menggerakkan dasar dan tindakan yang telah diputuskan dan segala tindakan dijelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh Dr M sendiri sehinggakan kita semua senang faham kenapa tindakan tertentu diambil. Ini terbukti di mana mesyuarat MT sering dipaparkan di media-media.Allayarham  Tok Mat (Bapa kepada Datuk Nur Jazlan) yang setia memainkan peranan yang amat berkesan ketika itu. Perwatakan dan tindakan beliau amat tegas terutama melibatkan disiplin artis-artis. mana-mana yang degil akan kena gam. Walaupun ramai agak meluat kerana artis pujaan mereka digam, namaun ianya memberikan mesej yang jelas terhadap pembanguan peradaban bangsa perlu dipelihara melalui media.
Tok Mat

Dr M juga dilihat masih mengekalkan juga ahli-ahli politik UMNO yang tidak sependapat dan memberi teguran kepada beliau dengan melibatkan mereka di dalam kabinet beliau. Ini sesuatu yang jarang dapat dilakukan oleh mana-mana individu.

Berbanding sekarang, apa yang dilakukan ingin mendapat pujian badan antarabangsa. Kenaikan harga perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat berkaitan kerajaan dilakukan dengan tidak berhati-hati dan tidak bijak. Hati rakyat dan penyokong seakan tidak diambil peduli. Apa jua keputusan bergantung kepada makmal yang ditubuhkan, sedangkan pemimpin sekarang seakan tidak mahu berlajar daripada Dr M. Apa yang dialami oleh Dr M dahulu lebih teruk daripada sekarang, tetapi Dr M sentiasa membuatkan rakyat rasa selamat dibawah pemerintahan beliau.Kenaikan harga oleh perkhidmatan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) dan pemegang konsesi adalah pilihan yang paling akhir atau dilakukan secara perlahan lahan.

Oleh yang demikian, rakyat tidak rasa terbeban sedangkan beliau menanggung beban yang maha hebat dari pelbagai sudut permasalahan negara ketika itu. Namun untuk memudahkan Dr M memerintah, rakyat ketika itu dari pelbagai bangsa telah memberi sokongan padu kepada beliau walaupun beliau digelar sebagai "Ultra Malay". Beliau seolah dilihat sebagai mujahid alah baru yang diutuskan oleh allah S.W.T. dalam membangunkan sebuah negara Islam yang kecil dan menjadi suara bagi negara-negara Islam yang tertindas, setelah sekian lama kejatuhan empayar Islam. Sistem ekonomi dan perbankan Islam mula aktif di zaman pemerintahan beliau.Kedudukan Islam juga tidak pernah digugat dan diperlekehkan di zaman beliau walaupun beliau digelar dengan pelbagai gelaran tidak baik ketika itu dan kini.

Persoalannya, apakah teori Dr M (Teori M) sudah tidak relevan lagi?Apakah cara beliau menyelesaikan masalah dipandang mudah oleh kepimpinan UMNO selepas beliau dan sekarang?Beliau tidak menubuhkan makmal tetapi rakyat ketika itu berasa amat senang. Beliau dikutuk oleh pihak dalam dan luar negara, tetapi rakyat merasa senang. Pertumbuhan ekonomi juga perlahan, suara-suara laungan reformasi ditenggelamkan oleh program reformasi ekonomi beliau.Akhirnya beliau berundur di kala rakyat masih mengharapkan sentuhan beliau untuk menguruskan ekonomi negara.

Keadaan semasa sekarang di negara ini menyebabkan lebih ramai mengenangkan dan rindu zaman pemerintahan beliau. Walaupun ianya tak sehebat di zaman Rasulullah S.A.W dan khalifah agung, beliau telah menunjukkan jalan dan inspirasi untuk umat Islam kembali ke zaman berkenaan dan mengulanginya.

Namun , akhir kata bagi yang pernah berada di zaman Dr M, Bancik ingin mengungkapkan "Kami Rindu Zaman Dr M" Kami Rindu.......

Namun ...siapalah nak dengar keluhan kami...melainkan Yang Maha Kuasa

Wallahualam



Friday, December 20, 2013

Biarlah Pertumbuhan Ekonomi Tak Tinggi,Asalkan Kos Sara Hidup Tak Tinggi

18 Safar 1434

Kadangkala kita lupa bahawa pertumbuhan ekonomi yang tinggi langsung tidak membawa kesan positif kepada taraf hidup kita. Apa gunanya kalau pertumbuhan ekonomi tinggi, sedangkan kos sara hidup seperti kos bahan api, utiliti, cukai, tol dan sebagainya meningkat tinggi. Apa gunanya pujian daripada badan ekonomi atau penarafan dunia terhadap ekonomi Malaysia, sedangkan rakyat terkial-kial mengekalkan pekerjaan dan mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Apa guna gaji naik, sedangkan kenaikan kos pelbagai perkhidmatan naik bertalu-talu hinggakan mengalahkan kenaikan gaji yang dinikmati. Kami menuntut janji bagi mengurangkan atau menangani kos sara hidup yang meningkat. Sedangkan isu kenaikan harga rumah yang tak terkawalpun belum selesai, bagaimana rakyat hendak memiliki rumah sedangkan perbelanjaan harianpun masih belum dapat diselaraskan. Jika hendak turunkan kos sara hidup sekarang, kita harapkan siapa? Takkan nak harapkan peniaga atau tauke-tauke kaya ,  sedangkan syarikat yang dimiliki oleh kerajaanpun sedang berlumba-lumba menunggu giliran macam dah tak sabar-sabar hendak naikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka?

Wallahualam.

Tuesday, December 17, 2013

Kerajaan Perlu Guna Pendekatan Populis Terpimpin Jika Ingin Terus Berkuasa

14 Safar 1435

Berdasarkan kepada maklum balas akar umbi rakyat marhain, rata-rata mula mengeluh pengumuman demi pengumuman secara bertalu-talu tentang kenaikan pelbagai perkhidmatan di Malaysia akhir-akhir ini. Yang tegar menyokong kerajaan sebelum inipun sudah mula mengeluh dan menunjukkan rasa tidak berpuas hati. Rata-rata boleh faham tentang kenaikan kos, tetapi bukannya dibuat secara bertalu-talu sedangkan kenaikan gaji tahunanpun tidak dapat mengimbangi kenaikan harga yang diumumkan.

Kerajaan boleh menyatakan bahawa tidak mahu gunakan pendekatan populis untuk mentadbir negara, tetapi apakah kerajaan lupa bahawa pendekatan populis itulah yang mengekalkan kuasa kerajaan sekarang. Bagi penulis, pendekatan populis secara terpimpin perlu dilakukan jika kerajaan ingin terus berkuasa. Ianya bukan bermaksud mengikut kesemua kehendak rakyat tetapi setiap tindakan yang dilakukan lebih dilihat bertimbangrasa. Sebagai contoh kenaikan harga masih boleh dilakukan , tetapi ianya bukanlah perlu dibuat di dalam tahun yang sama.

Apa jua keputusan yang dibuat, ianya di tangan kerajaan sekarang. Namun harus diingat bahawa rakyat sekarang mula berdendam bermula dari sekarang sekarang bagi menunggu temph 5 tahun dari sekarang. Pelbagai isu semasa yang melanda rakyat masih belum ditangani oleh kerajaan secara berkesan seperti penindasan pekerja/usahawan bumiputra oleh GLC, penindasan pekerja bumiputra oleh syarikat bukan bumiputra, peluang pekerjaan yang makin mengecil disebabkan polisi kenaikan umur persaraan dan macam-macam lagi. Kenaikan harga pelbagai perkhidmatan dan barangan oleh kerajaan bakal menambahkan dendam kesumat dikalangan rakyat mulai dari sekarang. Namun begitu, kerajaan mungkin boleh berharap agar pembangkang terus memainkan/mengamalkan sikap polisi sama rata di kalangan  rakyat yang dilihat masih boleh menyekat undi bumiputra/melayu/islam ke pihak pembangkang. Bayangkan pembangkan menggunakan taktik yang sama berpura-pura membela bumiputra dan bakal mengamalkan polisi perkongsian kuasa seperti kerajaan sekarang? Apakah rakyat akan tertipu juga? Bukankah kerajaan dan pembangkang 2x5 sahaja?

Wallahualam


Friday, December 6, 2013

Letrik Of Letrik

4 Safar 1434

Penulis tetap berpendapat bahawa kenaikan tarif letrik pada 1 Januari 2014 adalah tidak wajar. Selain daripada penyedia perkhidmatan yang masih mencatatkan keuntungan yang agak tinggi dan perniagaan letrik melibatkan pemain tunggal , kadar kenaikan yang diputuskan dilihat amat membebankan. Jika dihujahkan penyediaan perkhidmatan berkenaan melibatkan perbelanjaan modal lebih daripada RM 4 billion setahun, harus diingat peralatan yang dibeli bukan bertahan setahun sahaja dan ianya mempunyai jangka hayat yang panjang dan tidak terlibat dari segi perubahan teknologi yang terlalu cepat.

Justeru itu, penulis berharap agar ahli-ahli perwakilan UMNO memainkan peranan utama bagi mendesak kerajaan menyemak semula keputusan berkenaan dengan meminta rakyat diberi ruang memberi pendapat bagi mengurangkan perbelanjaan TNB atau ditubuhkan suruhanjaya bebas, apakah benar tarif letrik perlu dinaikkan. Jika ini tidak dibuat, jangan salahkan orang jika bantahan-demi bantahan akan diadakan selepas ini. Rata-rata penyokong tegar UMNO yang tiada jawatan atau menjadi perwakilan sudah mula melahirkan kekesalan terhadap keputusan berkenaan dan termasuk golongan atas pagar. Jika ini gagal dilakukan, penulis berpendapat, UMNO boleh lupakan peluang PRU 14 akan datang.

Wallahualam


Eksekutif Melayu Di GLC Perlu Lebih Dibela Berbanding Usahawan Melayu

4 Safar 1434

Disebalik laungan daripada para perwakilan UMNO berkenaan betapa liatnya syarikat berkaitan kerajaan atau dengan kata nama glamour nya "GLC" untuk membantu bumiputra dalam perniagaan, para perwakilan seolah-olah terlupa bahawa kebajikan pekerja eksekutif di GLC sebenarnya yang perlu diperjuangkan. Ini adalah kerana kebanyakan pekerja di GLC tertentu tidak diwakili oleh sebarang kesatuan sekerja berbanding pekerja bukan eksekutif yang telah sekian lama diwakili kesatuan. Mereka ini adalah golongan profesional yang semakin hari semakin menjauhi perjuangan UMNO kerana nasib mereka hanya dipandang sebelah mata sahaja. Jumlah mereka lebih ramai berbanding dengan jumlah individu bumiputra yang bercita-cita hendak jadi ushawan.

Mereka ini sering dibuli dengan diletakkan sasaran KPI yang tidak masuk akal dan perubahan terhadap KPI juga dilakukan secara sesuka hati oleh pihak pengurusan atasan. Natijahnya pihak pengurusan sering mendakwa golongan-golongan ini adalah golongan yang tidak menunjukkan perestasi yang baik dan perlu diberhentikan kerja atas alasan berkenaan atau diketepikan daripada peluang meningkatkan kerjaya mereka di dalam organisasi. Malang bertambah malang , mereka tiada kesatuan untuk menjadi pembela apabila kes mereka dirujuk di peringkat siasatan dalaman.

Maka dengan demikian, tidak hairanlah golongan professional ini mula membenci UMNO yang menunjangi kerajaan dan sekarang dan menyertai pakatan pembangkang bagi melepaskan kemarahan mereka.Mereka menyalahkan kerajaan kerana gagal menapis pimpinan atasan GLC dan memantau kelakuan mereka agar selaras dengan dasar parti pemerintah.Maka penulis amat berharap agar UMNO menubuhkan biro tertentu dan meletakkan wakil di dalam GLC sebagaimana SPRM menempatkan wakil mereka di GLC bagi memastikan perjalanan GLC adalah selaras bagi memartabatkan golongan Melayu dan bumiputra. Jika inipun tak boleh dilakukan, janganlah perwakilan UMNO mendakwa mereka memperjuangkan golongan Melayu dan bumiputra.

Wallahualam.


Wednesday, November 13, 2013

Orang Awam Perlu Rasional Beri Komen Terhadap Tindakan Polis Tangkap Suspek Pembunuh Pegawai Ambank

10 Muharram 1434

SHAH ALAM, 13 No, 2013- Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan Rabu meminta orang ramai bersikap lebih rasional dalam memberikan komen terhadap kaedah yang digunakan polis semasa menangkap suspek utama kes bunuh pegawai bank Ahad lepas.

Anggota-anggota yang memberkas suspek utama itu tahu apa yang perlu mereka lakukan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, katanya kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Himpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen berhubung penangkapan suspek utama kes itu di sebuah laman sosial yang mempersoalkan keperluan suspek itu dikawal oleh sekurang-kurangnya empat orang didakwa komando Unit Tindakan Khas yang lengkap bersenjata dan bertopeng muka.

Kes pembunuhan kejam pegawai AmBank Norazita Abu Talib di Subang Jaya, dekat sini 23 Okt lepas merupakan kes berprofil tinggi dan menimbulkan kemarahan orang awam menyebabkan kes itu perlu menggunakan anggota terlatih dan pakar, katanya.

"Kita kena lihat ia kes jenayah profil tinggi, dia (suspek) melarikan diri, kami tidak mahu dia membunuh orang lain atau mencederakan dirinya sendiri dan kami mengambil kira dari semua sudut.

"Biar kami lakukan kerja kami, kami ada SOP dan kami tahu apa yang kami lakukan. Kami mentafsir dan menilai mengenai keselamatan dan kami tahu apa kami buat," katanya.

Sumber - BERNAMA

Saturday, November 2, 2013

Tabur Benih Padi Dalam Air: Serahkanlah Kepada Yang Lebih Ahli

28 Zulhijjah 1434

Kita perlu terima hakikat bahawa kita bukanlah mengetahui kesemua benda yang ada di dunia ini. Kesemuanya adalah milik Maha Pencipta. Bancik tertarik dengan kaedah terbaru yang diperkenalkan oleh pemimpin PAS di kempen PRK di DUN Sg Limau Kedah yang mana benih padi ditabur ke dalam bendang atau sawah yang mempunyai kedalaman air yang tinggi.

Setahu Bancik yang bergelumang dengan bendang semasa kecil, jika tanam anak benih padi di dalam air kedalaman yang tinggipun belum tentu hidup, apatah lagi jika butiran padi yang ditaburkan. Sah-sah, akan dihanyutkan air. Kalau ya pun rasa malu, apa salahnya nyatakan ianya sebagai gimik semata-mata bagi tujuan berkempen. Bukankah berkata benar dituntut terhadap orang-orang yang beriman.

Yang lebih penting, jika kita tak pasti sesuatu perkata, apa salahnya kita serahkan kepada mereka yang lebih ahlinya. Jika bukan ahli yang nak memandai-mandai, nantikan ajalah kerosakan yang akan berlaku pada masa akan datang. Walaupun Bancik berasal di Sungai Bakau, Parit Buntar, tetapi Bancik percaya orang di Sungai Limaupun rasa terhina jika cara dan kaedah ini dipertahankan di Sungai Limau.

Wallahualam.

Sunday, October 13, 2013

Kerajaan Malaysia Menang Rayuan, Herald Dilarang Guna Kalimah Allah

9 Zulhijjah 1434

The Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah.

Ini berikutan Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara di sini Isnin untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "Tuhan".

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

"Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Beliau berkata ia juga penghakiman mahkamah bahawa keadaan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam permit penerbitan Herald melarang The Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 16 Feb, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sini undang-undang, tidak sah dan batal.

Sumber berita: BERNAMA

Thursday, October 10, 2013

Ribut Melanda Arafah

6 Zulhijjah 1434

Menurut laporan BERNAMA ,hujan ribut di Arafah petang semalam yang mengakibatkan beberapa buah khemah jemaah Malaysia runtuh tidak menjejaskan persiapan Tabung Haji (TH) untuk urusan ibadah wukuf di Arafah empat hari lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata khemah-khemah yang runtuh itu adalah yang belum siap dipasang dan belum lagi diikat.

Katanya, hujan dan banjir kilat menjelang musim haji adalah perkara biasa dan pengurusan TH sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Menjelang musim haji, kedua-dua masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi di Medinah akan mengadakan solat hajat dan berdoa memohon hujan dan hujan menjelang musim haji adalah perkara biasa.

"Berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas... Insya-Allah kita akan gunakan pengalaman itu untuk meningkatkan persiapan kita," katanya kepada pemberita di Makkah, Khamis.

Beliau menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan Arab Saudi telah menghalang jemaah haji memasuki tanah suci ekoran cuaca buruk dan banjir di Arafah itu.

Jamil Khir berkata semua jemaah haji Malaysia telahpun memasuki tanah suci Makkah dan tiada seorangpun jemaah yang datang melalui TH menghadapi sebarang masalah.

"Ada berita yang saya dengar terdapat jemaah daripada syarikat atau ejen swasta yang tidak diiktiraf dan tidak berdaftar dengan Tabung Haji kini menghadapi masalah visa haji dan mereka tersangkut di lapangan terbang di ibu negara," katanya.

Sementara itu, TH dalam kenyataannya di Makkah berkata dakwaan kononnya Terminal Haji di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah ditutup ekoran cuaca buruk adalah tidak benar.

"Terminal Haji itu ditutup pada Rabu adalah kerana tiada lagi penerbangan haji yang akan mendarat mengikut jadual dan visa haji yang dibenarkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi," menurut kenyataan itu.

Kesemua khemah yang mengalami kerosakan telah dibaiki Khamis dan cuaca dilaporkan kembali panas sekali gus akan mengeringkan khemah-khemah yang basah.

Jemaah haji akan memulakan ibadah haji dengan berwukuf di Arafah pada 14 Okt ini.

Monday, September 30, 2013

Mukhriz: Utamakan Pengundi BN, Ada Lebihan Sikit.., Baru Beri Perhatian.

25 Zulkaedah 1434

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata nenerusi BERNAMA bahawa  Barisan Nasional (BN) negeri kini memberi keutamaan kepada manifesto pilihan raya umum lepas sebagai memenuhi janji kepada rakyat yang memberi sokongan terhadap BN.

"Hakikatnya dah tentu nak jaga orang yang sokong kita (dahulu)...," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan Umno Kedah bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil DUN Sungai Limau di sini, Ahad malam.

Mukhriz berkata pendirian beliau tetap sama sebagaimana yang pernah beliau katakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri bahawa BN akan tunaikan dahulu manifesto pilihan rayanya maka keutamaan diberikan untuk membangunkan kawasan Parlimen dan DUN yang dimenangi BN.

Ini tidak bermaksud untuk membalas dendam, sama seperti yang dilakukan di Pulau Pinang juga, malah kerajaan negeri (Pulau Pinang) tidak mempedulikan pun kawasan yang dikuasai BN, katanya.

Menteri Besar diminta mengulas saranan wakil-wakil rakyat pembangkang di Kedah supaya kerajaan negeri turut melaksanakan manifesto mereka (di kawasan pembangkang) untuk kepentingan rakyat.

Menerusi UtusanOnline beliau berkata Katanya, beliau tidak boleh berbuat apa-apa jika ada pihak mempunyai persepsi negatif kerana pendiriannya tidak berubah seperti pernah diperjelas dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini.

"Pihak lawan kami pun ada manifestonya tetapi keputusan PRU-13 kami yang menang, sudah tentu manifesto kami yang akan kami laksanakan.

"Saya juga menyatakan apabila sudah selesai apa yang telah kami janjikan dan ada lebihan-lebihan sikit, pada waktu itu kita berilah perhatian kepada mereka. Kalau mereka mahu cepat marilah sebelah kami ini, senanglah kami mahu buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Kedah di sini malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menuduhnya menunjukkan tanda-tanda seorang Menteri Besar pendendam dan ingin menghukum masyarakat Cina kerana tidak mengundi BN.

Perkara itu berikutan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkenaan dilapor membuat kenyataan pentadbirannya akan menumpukan kepada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.



Wednesday, September 18, 2013

Hujan Rahmat Membasahi Makkah

13 Zulkaedah 1434

Setelah berbulan-bulan cuaca kering dan panas terik sehingga mencapai suhu 45 darjah celsius, umat Islam dari seluruh dunia yang berhimpun di Tanah Suci, semalam menadah tangan berdoa dan bersyukur apabila hujan turun selama kira-kira 10 minit pada waktu Maghrib.

Hujan renyai itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan debu di sekitar kawasan Masjidil Haram yang kini melalui kerja pengubahsuaian secara besar-besaran.

Seorang penduduk Makkah yang hanya mahu dikenali sebagai Jaafar berkata hujan renyai itu kali kedua turun sejak enam bulan Makkah dilanda cuaca panas dan kering.

Jutaan umat Islam kini mula membanjiri Makkah sebagai persiapan menunaikan ibadah haji yang dijadual bermula 14 Okt.

Sementara itu, Pengurus Media Tabung Haji (TH) Mohamad Naser Jaafar berkata, kira-kira 9,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Makkah dan Madinah.

Jemaah haji Malaysia yang berada di Madinah sedang memasuki Makkah secara berperingkat dan kesemua mereka akan berada di Makkah pada 29 Sept ini apabila kesemua 33 penerbangan dari Malaysia ke Madinah berakhir pada 20 Sept.

Mulai 21 Sept pula, kesemua penerbangan dari Malaysia mendarat di Jeddah untuk membawa jemaah haji terus ke Makkah dan penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia ke Jeddah ialah pada 9 Okt.

 Sumber berita - BERNAMA

Monday, September 16, 2013

Tahniah Datuk Seri

11 Zulkaedah 1434

Penulis berasa teruja atas pengumuman inisiatif untuk memperkasa ekonomi Bumiputera oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada hari sabtu lalu. Ianya dilihat akan memberi nafas baharu serta merancakkan lagi ekonomi Bumiputera, terutama syarikat sederhana dan mikro.

Antara inisiatif berkenaan ialah meningkatkan keupayaan  modal insan, memantapkan pemilikan Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Dasar ini sekurang-kurangnya dapat mengubat luka di hati golongan Bumiputra sebelum dan selepas PRU 13 lalu. Golongan ini sebelum ini dilihat seolah-oleh masih diabaikan walaupun majoriti undi datangnya daripada mereka. Langkah yang seterusnya ialah melihat bagaimana keberkesanan perlaksanaannya.

Syabas Datuk Sri...Kami akan nantikan lagi pengumuman berita baik lagi selepas ini..

Wallahualam


Sunday, September 15, 2013

Muka Kami Bukan Muka Karipap Atau Donut ! Kami Juga Ada Maruah!

10 Zulkaedah 1434

Secara umum telah mengetahuai bahawa kerajaan sekararng telah memberi pelbagai layanan baik kepada pengundi bukan bumiputra sebelum PRU ke 13 lepas disebabkan untuk menarik lebih undi daripada mereka. Pelbagai kemudahan dan suasana kempen lebih baik diadakan antaranya sesi makan yang mewah dan geran-geran diberikan kepada persatuan-persatuan mereka. Geran diberi kepada persatuan disebabkan mereka memang dikenali banyak menubuhkan persatuan, bahkan adik beradikpun ditubuhkan persatuan juga.

Sebaliknya pula, rata-rata di kempen di kalangan orang Melayu atau bumiputra hanya disajikan karipap dan donut sahaja. Ini diceritakan sendiri oleh pemimpin peringkat cawangan UMNO sendiri kepada penulis. Malangnya pada keputusan PRU yang lepas, yang telah dikeluarkan, ada kawasan yang mana tidak ada satu undipun diberikan kepada calon Barisan Nasional oleh golongan yang telah mendapat pelbagai bantuan dan kemudahan berbanding golongan bumiputra tersebut.Hal yang sedemikian amat mengecewakan orang-orang Melayu dan bumiputra.

Ini kerana, undi datang dari mereka, sedangkan bantuan dan lebih kemudahan diberikan kepada orang lain. Sekarang timbul pula rungutan yang lebih kuat dari akar umbi, jika ini tidak dibetulkan, maka jangan haraplah akan datang undi dari orang Melayu dan bumiputra lagi. Cukup! cukup sudah..!Kami bukan muka karipap dan donut...! Kami juga ada maruah..!

Komen Penulis - Tok Jib kena lakukan sesuatu.

Wallahualam


Monday, September 9, 2013

Kes Demam Denggi Dan Kematian Meningkat Di Seluruh Negara

4 Zulkaedah 1434

Jumlah kes demam denggi dan kematian akibat jangkitan itu di seluruh negara sejak Januari hingga 5 September tahun ini mencatat peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Sejumlah 19,367 kes dilaporkan sehingga 5 Sept di seluruh negara, meningkat 22 peratus daripada 15,118 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas manakala kematian akibat jangkitan itu meningkat kepada 39 kes berbanding 27 kematian tahun lepas, katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau Ops Gempur Aedes Siri Ketiga di Flat PKNS Seksyen 7 di sini Isnin, Hilmi berkata 202 lokaliti berwabak dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 65 peratus daripadanya atau 132 di Selangor manakala 33 lokaliti (16 peratus) di Johor.

Di Selangor sahaja terdapat 16 lokaliti dengan wabak berlarutan di mana 15 daripadanya adalah taman perumahan, pangsapuri dan kondominium di daerah Petaling dan hanya satu taman di Hulu Selangor, katanya.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Kesihatan melaksanakan Ops Gempur Aedes Siri Pertama pada 8 Julai lepas, siri kedua pada 20 Ogos, dan hari ini siri ketiga membabitkan lokaliti wabak dan bermasalah denggi di seluruh negara.

Operasi itu bertujuan menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan mengambil tindakan penguatkuasaan serta undang-undang terhadap pemilik premis yang membiak Aedes, katanya.

Setakat 20 Ogos tahun ini, Hilmi berkata 2.28 juta premis telah diperiksa di seluruh negara dengan 7,536 kompaun bernilai RM3.77 juta dikeluarkan kepada pemilik-pemilik premis yang didapati membiak Aedes.

Berita lanjut:BERNAMA

Wednesday, August 21, 2013

Nahas Bas Di Genting Highlands: 37 Termasuk Pemandu Maut

15 Syawal 1434

Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands Rabu.

Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.

Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.

Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.


Soiman berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ialah 18 lelaki dan 12 wanita.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.

"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian.

Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.

Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh (dua) dan seorang mangsa di Hospital Bentong.

Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.

Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.

 Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL: 1. Wong Teraphong, 63 - Thailand 2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh 3. Saidah, 19 - Malaysia 4. Razif, 26 - Malaysia 5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia.

Berita lanjut: BERNAMA

Friday, August 16, 2013

Tukang Santau Mengeluh

10 Syawal 1434

Kejadian pembunuhan yang sedang berlaku secara berleluasa sekarang menyebabkan kemungkinan para tukang santau mengeluh disebabkan berkemungkinan hilang mata pencarian mereka. Ini disebabkan kerana, tugas mereka yang menjadi alat kepada pembalas dendam, pendengki dan sakit hati selama ini telah diambil alih oleh penembak curi atau pembunuh upahan.

Maka nampak gayanya, maka para tukang santau perlulah mencari kerja-kerja lain yang lebih bermanfaat selepas ini. Selain daripada itu, ianya dapat mengelakkan mereka dari pada berterusan terlibat dengan perkara syirik serta tahyul, dan adalah lebih baik bagi mereka sekarang mencari kerja-kerja yang lebih berfaedah. Ataupun tidak mereka perlu bertukar profesion kepad menjadi penulis skrip filem atau drama berhantu bersiri yang bertujuan sekadar hiburan semata-mata. Atau lebih baik jadi petani berjaya. Kalau itupun tak nak buat.., makin sakitlah jawabnya..

Wallahualam.


Tuesday, August 13, 2013

NGO Islam Bantah Cadangan Pinda Perlembagaan Di Lima Negeri

7 Syawal 1434

Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kedah membantah cadangan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) agar dipinda perlembagaan berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak di lima negeri.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata presiden majlis antara agama itu, Jagir Singh, sebelum ini mahu memastikan lima negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak, melakukan pindaan untuk menjadikan undang-undang itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kami ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam tidak akan dibenarkan dipinda mengikut tuntutan penganut agama lain, malah soal hukum agama Islam tidak akan tertakluk kepada desakan agama lain.

"Pandangan majlis itu tidak boleh dilayan kerana ia mencampuri urusan dalam hukum agama Islam, mencabar kuasa negeri yang berkuasa terhadap agama Islam sekaligus mencabar kuasa sultan yang menjaga urusan agama Islam di negeri-negeri," katanya pada sidang media di pejabat MAPIM di sini.

Berita lanjut: BERNAMA

Monday, August 12, 2013

Syiah: Ambil Iktibar Dari Perbalahan Dan Korban Nyawa Di Iran

5 Syawal 1434

Masyarakat Islam di negara ini diminta mengambil iktibar dari perbalahan yang sering berlaku hingga mengorbankan nyawa di Iran dan kini Syria akibat masyarakatnya mengamalkan dua fahaman iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

Menasihatkan demikian, Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman berkata pewartaan fatwa anti Syiah di negara ini dapat mengelakkan perbalahan seumpama itu.

"Kita berpegang kepada al-Quran, Sunnah dan Hadis Rasulullah sebagai pegangan hidup...berbeza dengan mereka apabila (dikatakan) berpandukan al-Quran tetapi menolak yang lain," kata Abdul Rahman di sini hari ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sunday, August 4, 2013

53 Kemalangan Maut Dicatat Pada Hari Ketiga Op Selamat

27 Ramadhan 1434

Sebanyak 53 kes kemalangan maut dicatat pada hari ketiga Op Selamat siri 3/2013, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Op Selamat bertema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi' kali ini berlangsung 15 hari bermula 1 Ogos dengan memfokus kepada keselamatan di jalan raya, rumah serta harta benda yang ditinggal pemilik ketika pulang ke kampung.

Salleh berkata bagi tempoh tiga hari pertama operasi itu dilancar, hasilnya didapati positif apabila kemalangan jalan raya dan kejadian pecah rumah dilihat menurun.

"Kita harap 'trend' ini akan berterusan, dan paling penting setiap orang mesti memainkan peranan untuk mematuhi apa juga undang-undang bila menggunakan jalan raya, dan jika pulang ke kampung meninggalkan rumah, lapor kepada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kontinjen Sarawak dan berkonvoi motosikal ke lokasi Op Selamat IPD Kuching di Jalan Matang.

Beliau juga berharap objektif Op Selamat akan tercapai dan kadar kemalangan, termasuk kemalangan maut, serta kes pecah rumah dapat dikurangkan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Saturday, August 3, 2013

Empat Finalis Miss Malaysia World 2013 Beragama Islam Disah Tarik Diri

26 Ramadhan 1434

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengesahkan empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam telah menarik diri daripada pertandingan ratu cantik itu yang berlangsung di ibu negara.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata pihaknya telah melakukan beberapa operasi penguatkuasaan di perkarangan premis semasa pertandingan itu Jumaat dan penganjur memaklumkan keempat-empat finalis telah menarik diri sebelum majlis tersebut berlangsung.

Beliau berkata jika keempat-empat wanita itu tetap terus menyertai pertandingan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Seksyen 9 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Hanya 15 wanita bukan Islam sahaja didapati bertanding dan saya mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat wanita Islam itu kerana membatalkan hasrat mereka dengan tidak terus mencabar pelaksanaan hukum dan peruntukan akta agama Islam Wilayah Persekutuan.

"Ini menunjukkan mereka faham dan menghormati undang-undang, malah saya harap mereka tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut dan mana-mana individu lain seharusnya mengambil iktibar daripada insiden itu agar tidak berulang," katanya kepada pemberita di sini.

Che Mat berkata penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya terhadap isu pertandingan ratu cantik itu sepatutnya dijadikan platform agar semua umat Islam terus meninggalkan kegiatan seumpama itu.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Yusuf al-Qardawi Isytihar Syiah Musuh Islam

26 Ramadhan 1434

Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini.

Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.

"Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.


"Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria," katanya dalam rancangan tersebut.

Kenyataan al-Qardawi tentang isu tersebut mendedahkan lagi siapakah Syiah sebenarnya terutama kesannya terhadap penyebaran fahaman itu ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Malaysia baru-baru ini dikejutkan semula dengan isu Syiah dan pada masa sama tiga siri laporan khas telah dibuat dalam Utusan Malaysia.

Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed pula berkata, Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam.

Yusuf al-Qardawi berkata, dengan terhasilnya negara baharu itu umat Islam akan dibahagi-bahagikan dan bertambah kecil.

Ujarnya, beliau juga telah menyeru dalam khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam seluruh dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif segera menentang Iran dan Hizbosyaitan dengan membantu saudara-saudara mereka di Syria.

"Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan, Hizbollah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahlinya ditemui di negara-negara Teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir.

"Semoga Allah mengutuk Iran, ketua segala kejahatan dan semoga Allah mengutuk Hizbosyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Seterusnya negara Syam yang dicintai akan kembali kepada kita, insya-Allah," ujarnya.

Dalam temubualnya bersama stesen al-Arabiya juga bulan Jun, beliau turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbollah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya.

"Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.

"Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran," ujarnya.

Sumber : Utusan Malaysia 

Saturday, July 27, 2013

Perhimpunan Agung UMNO 2013: UMNO Perlu Terus Bela Melayu

18 Ramadhan 1434

Kebelakangan ini, suara dan sebarang yang dilakukan oleh orang-orang Melayu sering diperlecehkan. Apa yang orang Melayu buat semuanya salah dan tak elok. Parti-parti politik yang berlatarbelakang Melayupun tak berani bersuara. Terbaru ialah di mana ada pihak yang bukan Melayu telah mencetuskan polemik baru yang mempertikaikan langkah sekolah meletakkan tempat bilik persalinan sebagai isu perkauman, sedangkan niat pihak pentadbir sekolah adalah baik. Tiada pula tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas pihak yang menghasut membuat fitnah dan berbaur perkauman?

Hal yang sama juga berlaku di GLC-GLC kerajaan di mana pentadbir-pentadbir Melayu dipandang rendah dan diperlekehkan. Sebaliknya pemimpin-pemimpin Melayu di GLC sendiri yang diberikan tanggungjawab dilihat seolah-oleh lebih mempercayai bukan Melayu, walaupun bukan Melayu itu dilihat oleh ramai pihak  tidak tahu membuat kerja sebaliknya hanya pandai membodek. Jika ini berlaku di GLC-GLC, maka tak tahulah apa yang berlaku di bukan GLC dan di organisasi bukan Melayu.  Persepsi negatif yang dilontarkan kepada orang Melayu perlu dibenteras.Jika ianya dibiarkan, orang-orang Melayu akan terus berada dalam keadaan rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan untuk bersaing di pelbagai bidang dalam merebut dan menikmati sumber kekayaan negara.

Senario ini lambat laun akan mencetuskan fenomena "api dalam sekam" di kalangan orang Melayu dan ianya dilihat tidak baik untuk kestabilan negara dalam jangkamasa yang panjang.Orang-orang Melayu terutama pemimpin perlu berani dan lantang bersuara , tidak kiralah parti apapun.Yang salah tetap salah dan yang difitnah perlu dipertahankan.Yang ditindas, lebih-lebih lagilah perlu dibela.

Pemimpin UMNO dilihat lebih ke depan dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu. Jangan jadi bacul dalam memperjuangkan orang Melayu kerana sudah terbukti, majoriti orang bukan Melayu tidak akan mengundi calon-calon UMNO. Kalau ini tak dapat dilakukan, maka janganlah menawarkan diri bertanding pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan tak berapa lama lagi.

Wallahualam.

Friday, July 26, 2013

Kepimpinan UMNO Di 6 Negeri Dirombak

18 Ramadhan 1434

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan enam pengerusi baharu Badan Perhubungan UMNO Negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.

 Pelantikan dan pengumuman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Timbalannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibu negara semalam.


Berikut senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri:

PERLIS: Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan - Azlan Man;

KEDAH: Pengerusi - Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah;

KELANTAN: Pengerusi - Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan - Datuk Dr Awang Adek Hussain;

TERENGGANU: Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Said, Timbalan - Datuk Seri Idris Jusoh;

PULAU PINANG: Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Osman, Timbalan - Datuk Seri Dr Hilmi Yahya;

PERAK: Pengerusi - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah;

PAHANG: Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan - Datuk Mohd Shakar Shamsudin;

SELANGOR: Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar, Timbalan - Abdul Shukor Idrus;

WILAYAH PERSEKUTUAN: Pengerusi - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin;

NEGERI SEMBILAN: Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan - Datuk Seri Shaziman Abu Mansor;

MELAKA: Pengerusi - Datuk Idris Haron, Timbalan - Datuk Ahmad Hamzah;

JOHOR: Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Timbalan - Datuk Dr Abdul Latif Ahmad;

SABAH: Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman, Timbalan - Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Sumber: BERNAMA

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan 1434

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 1434 Hijrah. Semoga Ramadhan pada kali ini memberikan lebih makna kepada kita dan Umat Islam keseluruhannya. Bancik mengambil kesempatan mengucapkan ribuan kemaafan andaikata jika ada sebarang bentuk penulisan di blog ini menebabkan ketidakselesaan mana-mana pihak. Walaupun berbeza pendapat, namun seharusnya silaturrahim sesama Islam perlu kita pelihara sebaiknya.

Wallahualam


Wednesday, July 3, 2013

Tok Wan Karia Selamat Disemadikan

24 Syaaban 1434

Semalam , iaitu pada tanggal 23 Syaaban 1434, Tok Wan Karia ataupun nama sebenarnya Haji Zakaria Bin Johari, iaitu datuk disebelah ibu Bancik telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam lebih kurang 8.30 pagi di rumahnya di Kampung Batas Menteri , Sungai Bakau Parit Buntar, Perak. Ianya berlaku ketika Bancik dan adik sedang dalam perjalanan menziarahi beliau.

Dalam umur yang telah mencecah 95 tahun, Tok Wan meninggalkan dunia ini dengan tenang setelah mengidap sakit tua. Beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungai Bakau , Seberang Perai Selatan. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Tok Wan dan ditempatkan bersama roh orang-orang solihin.Ameen...

Wallahualam


Monday, July 1, 2013

Lupakan Politik Seketika

22 Syaaban 1434

Umat Islam  seharusnya melupakan seketika ketagihan berpolitik dan seharusnya menumpukan usaha dalam meningkatkan sahsiah dan keupayaan ekonomi agar mencapai tahap umat pilihan Allah. Ini kerana perbalahan berterusan akan merugikan umat Islam dan lama-kelamaan ianya akan melemahkan umat Islam itu sendiri dalam semua segi.

Sebagai contoh, perubahan kuasa melalui rusuhan demi rusuhan tidak akan ke mana-mana kerana, apabila pihak yang membuat rusuhan mendapat kuasa, maka pada masa akan datang , pihak lain pula akan melakukan perkara yang sama. Ini telah terbukti apa yang berlaku di beberapa negara Arab sekarang. Oleh yang demikian, abaikan segala bentuk ajakan dan hasutan agar kita turut serta dalam sebarang bentuk perhimpunan atau rusuhan kerana ianya tidak akan memberi faedah kepada kita, masyarakat dan negara.

Wallahualam


Tuesday, May 21, 2013

MAS Pamer Layanan Mesra Ala Malaysia Tanpa Sempadan

12 Rejab 1434

Penerbangan Malaysia (MAS) memberi layanan di luar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan semua prosedur bagi membawa pulang dari Vietnam seorang rakyat negara ini bersama bayi perempuan berusia 14 bulan, yang dihalang menaiki pesawat tambang murah.

Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan Mariam Sofea Mohd Reza dihalang menaiki pesawat tambang murah itu di Lapangan Terbang Ho Chi Minh pada Sabtu malam selepas bayi perempuan berkenaan disyaki mempunyai simptom penyakit berjangkit.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata petugas MAS membawa Mariam Sofea berjumpa seorang doktor kerana langkah itu adalah prosedur standard untuk semua penumpang yang memiliki simptom penyakit berjangkit bagi memperoleh sijil layak menaiki pesawat.

Ini bagi memastikan tidak ada penumpang yang mendatangkan risiko kesihatan kepada penumpang lain, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata doktor kemudian mengesahkan bayi itu tidak lagi dijangkiti dan sudah melepasi tempoh inkubasi manakala bintik hitam di tubuh Mariam Sofea sebenarnya keruping.

"Sejurus selepas itu, MAS membantu menyediakan dokumen perjalanan untuk Izan, Maryam Sofea dan dua lagi saudara mereka. Mereka ditempah untuk penerbangan MH759 yang berlepas dari Ho Chi Minh semalam agar tidak perlu lagi bermalam di sana sekali gus terpaksa berbelanja lebih," katanya.

Ahmad Jauhari berkata petugas MAS dari Saigon turut menghantar keluarga itu ke lapangan terbang dari hotel mereka, dan apabila tiba di lapangan terbang, pasukan perkhidmatan di situ sudah bersedia dengan semua dokumentasi yang diperlukan bagi memastikan daftar masuk pantas.

"Seorang petugas diarah mengiringi keluarga itu bagi pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Ini penting kerana terdapat persoalan berhubung cop dalam pasport mereka berikutan insiden hari sebelumnya," katanya.

Izan dan keluarganya berjaya menaiki penerbangan MH759 dan berlepas dari Saigon ke tanah air pada 4.40 petang.

Ahmad Jauhari berkata pihaknya gembira pasukan petugas MAS di Saigon memberi layanan mesra 100 peratus ala Malaysia dalam situasi ini.

Beliau berkata keupayaan pasukan itu bertindak di luar tugas mereka perlu dipuji, dan turut membanggakan mereka tidak melanggar mana-mana peraturan dalam prosedur standard.

"Saya secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua petugas yang terlibat secara langsung dalam kes ini," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, May 13, 2013

Perpaduan Perintah Allah

4 Rejab 1434

Seruan perpaduan antara UMNO dan Pas wajib disahut para pemimpin kedua-dua parti itu kerana merupakan perintah Allah SWT selain sunah Rasulullah SAW.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, pemimpin kedua-dua parti terutamanya Pas tidak boleh menafikan seruan itu kerana terdapat ayat-ayat al-Quran yang mengajak umat Islam ke arah tersebut.

Selain itu, menurut beliau, terlalu banyak hadis yang memerintahkan umat Islam bersatu.

Malah, katanya, Pas sendiri tidak boleh lari daripada menerima perintah itu kerana Perlembagaan parti berkenaan jelas menyatakan hukum tertinggi dalam pegangan Pas ialah kitabullah (al-Quran), sunah Rasulullah, ijmak ulama dan qias.

"Sekiranya Pas benar-benar merujuk al-Quran dan hadis sebagai sumber hukum tertinggi, pemimpin-pemimpin Pas wajib menerima seruan perpaduan ini.

"Mereka perlu membuang segala ego dan dendam terhadap UMNO demi melaksanakan perintah Allah. Ingatlah, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO adalah orang Islam yang wajib kita anggap mereka sebagai saudara seagama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya agenda perpaduan orang Melayu dan umat Islam menerusi 'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas diteruskan bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasa sepanjang zaman.

Nasharuddin turut mengajak pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu.


Maklumat lanjut : Utusan Online

Terimalah Takdir

4 Rejab 1434

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir.

Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat.

Katanya, sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah.

''Dia (Anwar) kata mahu demokrasi dan kalau begitu kena terimalah keputusan itu, kenapa nak bantah? Pada saya, sebenarnya bukan kerana soal demokrasi tapi dia (Anwar) buat (bantahan) kerana tak suka kerajaan, itu saja.

''Nasihat saya satu sahaja. Mereka kena terima benda ini sebagai takdir. Dah tak boleh menang, nak buat macam mana? Kalau diikutkan rasa tak puas hati begitu, sampai bila negara boleh aman, akhirnya jadi bergaduh nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Harussani mengulas tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan perhimpunan termasuk di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, Selangor Rabu lalu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut beliau, rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya.

Beliau berkata, tindakan Anwar itu hanya akan menyebabkan keamanan negara tergugat dan menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak bersalah.

''Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia (Anwar) membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah.

''Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, (masih) kata (pilihan raya) tak betul," katanya.

Beliau turut melontarkan pertanyaan tentang kehendak sebenar pembangkang.

''Saya juga tak faham apa mereka (pembangkang) ini nak sebenarnya apabila pada masa sama Dewan Ulama Pas pula buat keputusan meminta semua kepimpinan pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.


Sumber: Utusan Online 





Wednesday, May 8, 2013

Isu Serangan Penceroboh Pengganas Sulu Belum Berakhir?

28 Jamadilakhir 1434

Cubaan kumpulan pengganas Sulu menceroboh kawasan pantai timur Sabah belum berakhir ekoran penahanan dua buah bot dinaiki sekumpulan 25 lelaki yang membawa bersama pelbagai senjata oleh pihak berkuasa Filipina di perairan Simunul berdekatan negara jiran itu pada Ahad lalu.

Ketika ditahan pada pukul 3 pagi itu, dua buah bot yang menggunakan enjin sangkut tersebut masing-masing membawa seramai 12 dan 13 penumpang.

Pulau Simunul yang terletak kira-kira 144 kilometer dari Semporna, Sabah merupakan salah satu lokasi yang menjadi kawasan persembunyian dan pencerobohan puak pengganas Sulu yang sebelum itu menawan Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Sumber berkata, pemeriksaan pihak berkuasa negara Filipina ke atas kedua-dua buah bot tersebut menemui pelbagai jenis senjata api termasuk 15 laras raifel, lima laras senapang M-14 serta sepucuk pistol jenis Colt.

Turut dirampas 75 butir bom tangan.

Sumber itu berkata, kumpulan 25 lelaki yang dipercayai dalam rancangan menceroboh Sabah diketuai oleh Haji Asak Alimuddin seorang lelaki berpangkat kolonel dalam pasukan Black Panther Briged. Dikatakan Black Panther Briged merupakan salah sebuah pasukan elit dalam pasukan tentera Sulu.

Kolonel yang berusia 50-an itu turut dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Pemimpin Puak pengganas Sulu, Jamilul Kiram III.

“Haji Asak bersama anak-anak buahnya masih disiasat bagi mengetahui rancangan kumpulan itu yang dikhuatiri mahu menceroboh Sabah,” kata sumber itu dengan memberitahu kumpulan itu masih ditahan di kepulauan Jolo dekat Sulu.

Maklumat lanjut: KOSMO Online 

Calon Tunggal BN Yang Menang Di Nibong Tebal Akan Teruskan Projek Transformasi

28 Jamadilakhir 1434

Gelaran 'calon tunggal Barisan Nasional (BN) yang terselamat' di kawasan Nibong Tebal memang wajar diberi kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh Datuk Mahmud Zakaria, berikutan peristiwa yang dialaminya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Pada pilihan raya itu, beliau ditentang calon PKR Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai CheguBard, dan calon PAS Mohd Yusni Mat Piah.

Mahmud berjaya mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada 2008 itu dengan 808 undi majoriti, setelah memperoleh 6,891 undi.

Bagaimanapun, rakannya, calon bagi kerusi Parlimen Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin Osman, calon bagi kerusi DUN Sungai Bakap Mohd Foad Mat Isa dan calon bagi kerusi DUN Jawi Tan Cheng Liang, kesemuanya kalah kepada calon Pakatan Rakyat (PR).

Mahmud, 64, mengaku pertandingan itu amat sengit baginya kerana terpaksa berdepan dengan CheguBard, yang terkenal dengan kepetahannya berceramah, di samping merupakan anak buah kesayangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada mulanya, kami bimbang kerana, walaupun beliau kalah pada pilihan raya umum dahulu, CheguBard dikenali di seluruh negara sebagai penceramah hebat. Kami juga menyangka bahawa oleh kerana beliau baru berusia 35 tahun, pengundi muda tentu cenderung untuk memilihnya.

"Bagaimanapun, andaian kami meleset kerana di kawasan luar bandar seperti Tanjung Berembang, Sungai Setar, Sungai Acheh dan Sungai Bakau, kebanyakan pengundi muda memberi undi kepada saya," katanya.

Anwar mempertahankan keputusan parti itu meletakkan CheguBard bertanding di kerusi berkenaan, walaupun mendapat tentangan PAS, hingga menyebabkan berlakunya pergeseran antara dua parti dalam pakatan pembangkang itu.

Pergeseran ini memberi kelebihan kepada Mahmud, yang mendapat sokongan kuat daripada peringkat akar umbi hingga memberi kemenangan kepadanya untuk penggal kedua berturut-turut.

Mahmud berkata beliau akan terus berkhidmat kepada masyarakat setempat dengan melaksanakan projek transformasi yang telah dirancang.

Antara rancangan beliau untuk penduduk Sungai Acheh ialah meningkatkan hasil padi kepada lebih enam tan sehektar bagi setiap petani.

Maklumat lanjut: BERNAMA

P/s: Bancik dahulunya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh, Cawangan di sungai Bakau, walaupun menetap di Sungai Bakau di sebelah negeri Perak.

SPR Bidas Pihak Enggan Terima Kekalahan Dalam PRU 13

28 Jamadilakhir 1434

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membidas pihak-pihak yang enggan menerima kekalahan pada pilihan raya ke-13 (PRU13), yang sebaliknya menyalahkan pihak lain dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.

Beliau berkata pihak ini sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan, dan bagi mereka, pihak paling mudah untuk dijadikan 'scape goat' atau kambing hitam ialah SPR, dengan menimbulkan pelbagai persepsi bagi menjejaskan integriti, kredebiliti dan kecekapan badan itu.

Beliau memberi contoh tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.

"Mereka nak nampakkan SPR ini tidak ada integriti, tidak 'credible', suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Saya rasa cerita yang dibawa ini satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji. Kalau orang Islam yang buat ini dia memang tidak takut dosa besar nampaknya. Sebab bila kita semak semua pihak, soal putus bekalan ini tidak pernah berlaku," katanya pada sidangan media di pejabatnya di sini Rabu.

Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak yang menyebar gambar kononnya pengiraan undi dibuat dalam gelap semasa berlaku putus bekalan elektrik, kerana menurutnya perkara itu tidak pernah berlaku, dan gambar itu mungkin dibuat menggunakan tipu helah kamera.

Abdul Aziz berkata persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak yang kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

Beliau memberi contoh kenyataan seorang ahli politik yang secara terangan mendakwa kononnya SPR langsung tidak melaksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sedangkan menurutnya sebanyak 19 penambahbaikan diperkenalkan pada PRU13 berasaskan kepada cadangan jawatankuasa ini.

Katanya ia boleh dilihat dengan ketara seperti pengenalan dakwat kekal, tiada tempoh bantahan, calon tidak boleh berundur, undi awal, dan banyak lagi, namun persepsi SPR tidak membuat penambahbaikan tetap cuba dibangkitkan ahli politik itu semata-mata untuk menjejaskan integriti dan kredibilitinya.

Abdul Aziz berkata dakwat kekal diperkenalkan bagi mengelak pemilih mengundi lebih dari sekali, walaupun dalam sejarah negara ini tidak pernah dibuktikan ada orang yang mengundi lebih dari sekali, namun SPR tetap menerima cadangan penggunaan dakwat itu secara positif.

Bagaimanapun menurutnya ada pihak sebaliknya sengaja cuba menjejaskan integriti SPR, berusaha sedaya upaya dengan pelbagai cara untuk menghilangkan kesan dakwat itu, semata-mata untuk menimbulkan keraguan orang ramai.

Namun menurutnya SPR tetap akan menerima segala teguran, mengkaji segala laporan daripada pelbagai pihak berhubung penggunaan dakwat kekal itu dan akan berusaha menambah baik aspek penggunaan dakwat kekal itu pada pilihan raya akan datang.

Merujuk kepada tohmahan mengenai kewujudan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata beliau merasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang terlalu bertindak mengikut emosi sehingga bukan sahaja menimbulkan kekecohan, malah beliau difahamkan ada juga pemilih yang dihalang dari menunaikan tanggungjawab mengundi, semata-mata kerana rupa parasnya tidak seperti rakyat tempatan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Bantahan Terbuka, Perhimpunan Tidak Bantu Pilihan Raya Diadakan Semula

28 Jamadilakhir 1434

Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sebaliknya calon atau mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah.

 "Dengan itu barulah boleh diadakan pilihan raya semula, tetapi jika dibuat perjumpaan atau perhimpunan seperti malam ini, yang saya pun tak tahu apa maksud dia, sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa yang boleh mengakibatkan pilihan raya diadakan semula," katanya .

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, April 29, 2013

Harapan Parit Buntar Kepada Mua'amar Ghadafi

10 Jamadilakhir 1434

Bancik berasa puas apabila mendapat pengesahan bahawa calon Parlimen Parit Buntar pada PRU 13 ini terselit anak jati Parit Buntar sendiri. Nampaknya pihak BN telah menyahut kehendak nadi penduduk Parit Buntar bagi meletakkan anak jati sendiri menjadi calon. Namun pihak pembangkang PAS masih meletakkan calon luar.

Oleh yang demikian Bancik mengumumkan sokongan terbuka kepada calon tempatan dari BN untuk Parlimen Parit Buntar. Nama calonnyapun amat menggerunkan .Namun yang lebih penting, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Parit Buntar ini, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin, sehebat nama bekas pemimpin negara luar, diterima pengundi setempat. Walaupun Bancik tak kenal dengan calon berkenaan , namun tempat kelahirannya di Kuala Kurau memang tempat laluan Bancik ketika berbasikal pada zaman remaja dahulu.

InsyaAllah, Bancik akan pulang mengundi ke kampung pada hari mengundi yang dijadualkan pada 5 Mei 2013.

Wallahualam





Integriti Tinggi Calon Mampu Cegah Insiden Ganas

19 Jamadilakhir 1434

Integriti tinggi calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ketika berkempen, iaitu tidak memburukkan lawan, mampu mencegah insiden ganas.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata sikap calon yang tidak menghasut atau menyemai politik kebencian ketika berceramah boleh membendung insiden keganasan.

"Seharusnya calon yang bertanding dalam PRU13 mempunyai disiplin tinggi untuk tidak menghasut penyokongnya dengan politik kebencian.

"Insiden ganas tidak akan terjadi jika calon mempunyai integriti tinggi yang memfokuskan kekuatan dirinya dalam kempen, dan menyeru penyokong agar menjaga tertib mereka," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin.

Beliau berkata hakikatnya keadaan keselamatan terkawal dan polis mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima pihaknya tanpa membezakan mana-mana parti politik.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sunday, April 28, 2013

PRU13 Jadi Penentu Hala Tuju Akidah Umat Islam

18 Jamadilakhir 1434

Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini bukan sahaja menjadi penentu kepada pemilihan kerajaan, malah hala tuju akidah umat Islam di negara ini.

Justeru, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Datuk Dr Sidek Baba menggesa umat Islam bersatu memilih Barisan Nasional (BN) yang boleh menjamin pengukuhan berterusan akidah Islam pada masa depan.

"Kesatuan ummah amat penting...jika berpecah dua, kita makin lemah," katanya ketika soal jawab pada Wacana Isu-Isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU13 di Kelab Sultan Sulaiman di sini Ahad.

Selain Dr Sidek, panel wacana itu termasuk Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Dr Yusri Mohamad, penceramah bebas Kazim Elias dan Ketua Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan.

Sementara itu, Dr Yusri berkata umat Islam perlu tegas dan jelas mengapa mereka harus menolak parti pembangkang yang mengelirukan dan tidak mempunyai suara 'kuat' dalam pakatannya.

Beliau menegaskan umat Islam perlu memilih parti yang boleh mempertahankan Islam bukannya yang menjejaskan akidah umat Islam.

"Jika kita melihat track record pemimpin BN, mereka lebih berhati-hati dan tidak berani bercakap atau berpendirian sewenang-wenangnya dalam hal Islam," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saya Sedia Bela Che Johan - CheDet

18 Jamadilakhir 1434

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membela Che Johan Che Pa jika beliau dibicarakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana tidak menyerahkan borangnya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pasir Mas pada hari penamaan calon, 20 April lepas.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau sedia berbuat demikian kerana mengagumi pengorbanan dan perjuangan Che Johan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Bebas dan PAS, yang boleh menyebabkan kerusi itu jatuh ke tangan pembangkang.

"Saya lawyer yang tidak ada kelulusan tapi kalau nak argue boleh juga. Saya berpendapat bahawa bukan sahaja dia (Che Johan) tidak salah, bahkan saya hendak tengok lebih ramai orang lagi berkorban demi kebaikan parti bukan untuk diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di perkarangan rumah Che Johan di sini.

Pilihan raya umum Ahad ini akan menyaksikan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas, dicabar Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Terdahulu, dalam ucapannya di hadapan kira-kira 500 penduduk, Dr Mahathir berkata ramai yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon dan terus melupakan jasa parti serta membuat tindakan tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya, Che Johan masih meneruskan usaha untuk memastikan kerusi parlimen Pasir Mas tidak terlepas ke tangan PAS, katanya.

"Apa yang kita tengok sekarang ini, banyak yang berkorban demi kepentingan diri sendiri. Tidak dapat satu, mereka korbankan semuanya," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Friday, April 12, 2013

Jati Isytihar Sokong BN

2 Jamadilakhir 1434

Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) membuat ketetapan bahawa semua pengundi Melayu Islam di negara ini wajib mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kali ini.

Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, ketetapan itu dibuat ekoran pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas ternyata gagal mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Ujarnya, perkara itu terbukti apabila kalimah Allah disyirikkan, fahaman pluralisme mahu dijadikan sebagai asas beragama, berhasrat membentuk negara sekular, menggugurkan pembentukan negara Islam dan hukum hudud serta mahu menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

"Jati sememangnya tidak dapat menaruh walau sebutir keyakinan kepada pakatan pembangkang untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

"Bukan itu sahaja, malah ketetapan ini juga dibuat bersandarkan kepada hasil perbincangan serta pandangan pakar-pakar agama di dalam Jati sendiri selain dengan para mufti dan para ulama mengenai parti yang wajib dipilih oleh orang Melayu Islam pada PRU-13 kali ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di kediamannya di Bandar Utama dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali dan Naib Presiden Jati, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba.

Hasan berkata, apa yang lebih penting, ketetapan yang dibuat oleh Jati itu bersandarkan kepada empat kaedah fiqh iaitu;

"Sesuatu matlamat tidak menghalalkan cara; menolak sesuatu keburukan lebih baik daripada mengambil sesuatu kebaikan; memilih keburukan yang lebih kecil daripada dua keburukan bagi menolak keburukan yang lebih besar; perkara yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya maka perkara tersebut menjadi wajib.''

Beliau berkata, BN jelas tidak mempunyai agenda negatif terhadap Islam.

Dalam sidang akhbar tersebut, Hasan turut melontarkan tiga persoalan yang perlu diberi perhatian oleh pengundi:

*Adakah tanggungjawab mengagungkan Islam kepada DAP yang dengan tegas ingin membentuk negara sekular?

*Adakah rakyat dapat mengharapkan perjuangan menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud yang telah diperjuangkan sejak 60 tahun lalu akan terus disambung oleh pimpinan sedia ada yang dilihat mabuk untuk ke Putrajaya?

*Adakah masyarakat yakin akan terbentuknya negara bermoral dan rakyat bersahsiah dengan negara ini dinakhoda oleh pemimpin parti pakatan pembangkang yang sedang bergelut dengan pemasalahan moral yang berterusan dan serius?"

Hasan berkata, itulah antara persoalan yang sentiasa bermain di benak pemimpin-pemimpin Jati yang perlu dirungkaikan.

"Oleh itu, amatlah diharapkan pada PRU-13 nanti, pengundi-pengundi Melayu Islam khususnya dapat membantu menyelesaikan masalah kenegaraan ini dengan menolak pakatan pembangkang,'' ujar beliau lagi.


Maklumat lanjut: Utusan Online 

Thursday, April 11, 2013

Tukang Kebun Bakal Jadi Jutawan?

1 Jamadilakhir 1434

Cuba bayangkan jika tiba-tiba anda yang merupakan seorang rakyat Malaysia dituduh sebagai warga asing? Apakah perasaan anda ? Itulah yang dialami oleh seorang tukang kebun  bernama Ramli Ahmad, berumur 48 tahun dan sudah sekian lama bekerja sebagai tukang kebun di Wisma Darulaman, kompleks Kerajaan Negeri Kedah baru-baru ini.

Menerusi laporan mykmu Ramli memberitahu, sedang dia duduk-duduk di rumahnya, datang seorang kawan yang menunjukkan senaskhah akhbar berbahasa Cina. Peliknya, laporan akhbar itu menyiarkan tentang dirinya yang dikatakan berasal dari Myanmar dan datang ke Malaysia pada tahun 1993.
Terpampang di surat khabar tersebut gambarseorang pemimpin politik bersama sahabat parti sekutunyanya, menceritakan kepada wartawa akhbar itu kononnya Ramli telah menerima kad pengenalan secara tidak sah dari BN untuk membolehkannya mengundi.

Sidang media berkenaan difahamkan untuk menuduh kerajaan BN sengaja memberikan kad pengenalan kepada Ramli bagi memastikan pekerja Wisma Darulaman itu mengundi parti BN.Sebenarnya Ramli adalah anak Kedah. Dia lahir dari hasil pasangan Ahmad Syaarie dan Midah Abdullah yang berasal dari Kemaman, Terengganu yang berhijrah ke Kedah. Bukan dari Myanmar sebagaimana yang didakwa .

Kata mangsa fitnah itu, dia dilahirkan di Pengkalan Kundor, Kedah kira-kira 48 tahun dulu dan kini menetap di negeri Jelapang Padi itu. Ramli pernah mengundi di Kuala Perlis pada tahun 2004 dan kali terakhir mengundi di Pengkalan Kundor ada tahun 2008. Beliau difahamkan sudah membuat laporan polis terhadap tuduhan tersebut.

Apakah nasihat anda terhadap tindakan yang boleh dilakukan oleh Ramli? Saman Fitnah RM 1 juta dan boleh menghalang/menghilangkan kelayakan  ahli politik berkenaan daripada bertanding pada PRU 13? Ataupun dapatkan pampasan segera ratusan ribu ringgit daripada pihak berkenaan sebagai penyelesaian segera? Atau minta jadi calon ?Kita tunggu dan lihat..

Pengajaran:

Berpolitiklah secara Islam dan bukannya berasaskan nafsu.

Wallahualam

Dr Chua Soi Lek Tidak Tanding Dalam PRU-13

1 Jamadilakhir 1434

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Khamis mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Pendirian Dr Chua itu telah mencipta sejarah parti itu apabila menjadi presiden MCA sepenuh masa yang pertama tidak bertanding dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun, dalam kenyataan di sini, katanya beliau akan mengetuai kempen pilihan raya parti itu.

Dr Chua berkata keputusan untuk tidak bertanding adalah sejajar dengan proses peremajaan parti bagi memastikan ia kekal relevan dalam abad baru.

Proses mencergaskan semula parti itu merupakan satu langkah dalam mempersiapkan pemimpin baharu, katanya, sambil menambah: "Bagi semua perjuangan ini dan artikulasi yang saya telah bercakap, ia akan menjadi kepentingan diri yang amat sangat sekiranya saya mengisytiharkan diri sebagai calon."

"Saya ingin membuktikan satu perkara bahawa saya berjuang untuk satu usaha iaitu MCA kekal relevan dan akan terus menerajui parti itu tanpa bertanding jawatan," katanya.


 Maklumat lanjut: BERNAMA

Kenapa Hendak Halang Pembangunan Institusi Islam?

1 Jamadilakhir 1434

Bancik memerhatikan dengan penuh emosi atas tindakan sebuah kerajaan negeri yang menyita pembinaan sekolah pondok di  negeri berkenaan. Belumpun reda kes sebuah kerajaan negeri yang mahu merobohkan sebuah madrasah dan menggantikan dengan pasaraya, kes terbaru ini amat mengguris hati. Ini belum termasuk kes di mana penyokong parti pemerintah di sebuah negeri yang diperintah mereka bersetongkol dengan pakatan politik mereka menentang pembinaan sebuah sekolah agama di salah sebuah negeri.

Bancik berharap agar pihak berkenaan menimbangkan semula tindakan berkenaan. Adakah ini adalah salah satu akhlak yang dituntut oleh agama Islam? Bancik tinggalkan persoalan ini untuk renungan bersama.

Wallahualam

Tindakan Sita Bangunan Sekolah Pondok Suatu Penganiayaan

1 Jamadilakhir 1434

Tindakan menyita pembinaan bangunan baharu Sekolah Pondok Al Najmiah di Tumpat, Kelantan oleh Majlis Daerah Tumpat ialah suatu penganiayaan terhadap pendidikan Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia dilakukan hanya kerana Tok Guru Abdullah Sa'amah yang menubuhkannya adalah pendukung Barisan Nasional dan ini menunjukkan sikap ekstrem dan tidak bertoleransi kerajaan PAS Kelantan, kata Muhyiddin yang juga menteri pelajaran.

"Itu satu kerugian kepada rakyat Kelantan. Ini menunjukkan sikap tidak prihatin kerajaan Kelantan terhadap soal pendidikan Islam," katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis perasmian bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Lanadron di Panchor di sini Khamis.

Beliau berkata tidak kira siapa yang menjadi kerajaan, sama ada Barisan Nasional atau PAS, soal pendidikan Islam mesti diberikan sokongan.

Majlis Daerah Tumpat baru-baru ini menyita pembinaan bangunan tambahan setinggi lima tingkat sekolah pondok itu atas alasan ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Abdullah dilaporkan berkata pembinaan bangunan itu mengikut prosedur yang ditetapkan

Muhyiddin berkata sekiranya pembinaan sekolah pondok itu tidak mengikut peraturan, pihak terbabit dan majlis daerah boleh memaklumkan dan memberi nasihat kepada pihak sekolah, bukannya menghukum dengan menghalang dan menyekat pembinaan sekolah pondok itu.

Sekolah pondok yang sempit, tidak selesa dan tidak lagi selamat kepada pelajar itu mendapat perhatian timbalan perdana menteri semasa lawatannya ke Tumpat tahun lepas.

Prihatin dengan masalah itu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membina bangunan baharu bagi sekolah itu.

Mengenai poster palsu yang menyatakan Abdullah ialah calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pilihan raya umum ke-13 yang ditampal pada batang pokok kelapa dan wakaf sekitar kawasan itu, timbalan perdana menteri mengesahkan penafian Abdullah.

Menurut Muhyiddin, jelas ada pihak tertentu berniat jahat dan cuba untuk menjatuhkan maruah Abdullah.

Sumber : BERNAMA

Tunaikanlah Kewajipan Untuk Mengundi Secara Aman

1 Jamadilakhhir 1434

Bancik di sini ingin menyeru diri sendiri serta rakyat Malaysia yang layak mengundi agar menunaikan kewajipan berkenaan dengan penuh berhemah dan dibuat secara semangat rakyat Malaysia. Walaupun berbeza pendapat dan ideologi politik, itu sepatutnya tidak menjadi batu penghalang agar proses pengundian dilakukan secara aman.

Ini adalah penting kerana, negara sekarang ini sedang menghadapi cabaran getir daripada pihak luaran. Segala perbalahan bakal melemahkan kekuatan pertahanan negara. Kekuatan pertahanan negara tidak hanya terletak kepada aset pertahanan tetapi apa yang penting ialah semangat kesatuan dan perpaduan di kalangan rakyatnya. Ayuh!, Katakan tidak kepada sebarang kekacauan.

Wallahualam

Sunday, April 7, 2013

Janji Dimungkiri

27 Jamadilawal 1434

Kebanyakan ahli-ahli politik sering memungkiri janji-janji yang ditabur ketika berlangsung setiap kali pilihanraya. Namun apakah hukum dalam Islam jika janji-janji tersebut sering dimungkiri? Bancik ajukan persoalan ini di sini untuk renungan bersama.

Wallahualam

Akujanji Vs Manifesto

Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen 'akujanji' kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.

"Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia "Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Sabtu malam.

Najib berkata oleh kerana manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu.

"Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat," katanya.

"Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru.

"Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya.

Sebaliknya Najib membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah "fantasi dan khayalan" dengan menabur janji sesuka hati.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak.

"Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas," katanya.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan perhimpunan malam ini adalah begitu luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik.

Katanya, perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat menerajui negara pada PRU13.

Lebih 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, menandakan sokongan padu kepada BN.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Panglima Pengganas Kiram Ditangkap

27 Jamadilakhir 1434

Seorang lelaki berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas Kiram dan merupakan individu paling dikehendaki kerana merancang serangan sehingga mengorbankan enam anggota polis di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu, berjaya ditangkap pasukan keselamatan awal pagi ini.

Sumber memberitahu, lelaki berusia 50-an itu ditangkap bersama seorang lagi orang kanannya ketika mereka sedang tidur di sebuah rumah yang dijadikan tempat persembunyian di Pulau Bum Bum, Semporna pada kira-kira pukul 5 pagi.

"Pasukan keselamatan percaya suspek merupakan individu terpenting yang bertanggungjawab merancang serang hendap pada bulan lalu yang telah mengorbankan enam anggota polis.

"Dia juga disahkan terlibat sama dalam insiden menyerang dan membunuh kejam pegawai dan anggota polis di Kampung Simunul," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber lagi, penangkapan panglima bersama orang kanannya itu dijangka dapat mendedahkan nama-nama anggota pengganas lain dan lokasi mereka menyembunyikan senjata yang digunakan dalam insiden serangan tersebut.

Beliau berkata, terdapat beberapa lagi individu penting yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram telah dikenal pasti dan masih diburu.

Katanya, tangkapan terbaharu pagi ini dipercayai memudahkan lagi pasukan keselamatan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi persembunyian saki-baki anggota pengganas berkenaan.

"Kedua-dua suspek diberkas dalam operasi menjejaki yang dijalankan secara bersepadu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)," katanya.

Semalam, seorang pengikut setia parti pembangkang yang terkenal di Sabah ditangkap di pekan Semporna.

Selain itu, tiga tangkapan turut berjaya dilakukan di Melaka baru-baru ini melibatkan saudara terdekat kumpulan pengganas.

Mereka ditangkap kerana dikesan ada membuat panggilan telefon dengan salah seorang pemimpin kumpulan pengganas Kiram.


Sumber : Utusan Online 

Thursday, April 4, 2013

Bukan Takut Bubar

24 Jamadilawal 1434

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam, 3 April, ialah hari yang baik dan bertuah untuk membubarkan Dewan Rakyat.

"Ia merupakan hari yang baik dan bertuah... kebetulan (anggota) Kabinet pun ada di situ dan semalam juga hari ulang tahun keempat saya sebagai perdana menteri," katanya semasa ditanya kenapa beliau memilih untuk membubarkan Dewan Rakyat semalam.

Beliau menolak dakwaan yang beliau sengaja melengahkan pembubaran itu kerana takut berhadapan dengan pembangkang, tetapi menegaskan bahawa beliau memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan perancangan yang diatur bagi negara sebelum mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

"Sebenarnya dalam fikiran saya, saya mahukan empat tahun kerana (itulah masanya) yang kita perlukan daripada masa untuk merancang, pelaksanaan, tindakan dan memperoleh hasil (daripada perancangan itu).

"Jika anda bekerja dalam kerajaan anda akan menyedari yang anda memerlukan masa yang sesuai. Bukannya disebabkan kami takut berhadapan dengan pembangkang," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat berasingan Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato' Onn di sini.

Najib, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat semalam untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Banyak spekulasi ditimbulkan sejak beberapa bulan lepas mengenai tarikh yang bakal dipilih perdana menteri untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Ada yang mengaitkan tarikh semalam dengan nombor kegemaran Najib - 11.

Menurut speaker Dewan Rakyat yang dibubarkan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, tempoh penggal ke-12 Parlimen ialah empat tahun 11 bulan, yang paling panjang dalam sejarah Malaysia.

Sumber- BERNAMA

Wednesday, April 3, 2013

Terjawabnya Teka Teki

23 Jamadilawal 1434

Datuk Seri Najib Tun Razak rupa-rupanya memilih hari ulang tahun keempat beliau sebagai perdana menteri untuk mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat setelah negara berteka-teki dan mengutarakan pelbagai teori tentang tarikhnya selama hampir dua tahun.

Pagi ini jemaah menteri sudah bersedia untuk menghadiri mesyuarat mingguan kabinet dengan menteri-menteri lelaki memakai sut gelap dan bertali leher merah dan menteri wanita menyarung pakaian merah, rupa-rupanya untuk sesi tradisi bergambar mesyuarat terakhir, sebelum mandat baharu diberikan melalui pilihan raya umum.

Pembubaran Dewan Rakyat Rabu memberi laluan kepada PRU13 dan kerajaan negeri-negeri juga diminta sama membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing kecuali Sarawak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac.

Ramalan awal PRU13 diadakan ialah pada 11 Nov 2011 berikutan angka 11 amat signifikan dalam hidup perdana menteri.

Najib, yang juga presiden Umno, sebelum itu menghangatkan tekaan PRU13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya iaitu 11.

Perdana menteri dilapor berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum diadakan pada 11.11.11.

Mungkin juga tarikh hari ini bertepatan 3+4+1+3 = (3.4.13) = 11.

Tahun lepas, peramal pilihan raya banyak menyebut pembubaran Dewan Rakyat akan berlaku pada bulan Mac. Ramalan ini berasaskan laporan media dan unjuran status ekonomi negara yang memberangsangkan. Namun ramalan ini juga silap.

Pada April tahun lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof dilapor berkata SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi pilihan raya umum pada Jun.

Beliau berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya akan mengemukakan semua cadangannya ke Parlimen pada April 2012.

Ini menguatkan andaian orang ramai bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada Jun. Namun, telahan ini meleset. Ramalan diteruskan dengan sasaran beralih kepada September.

Ahli politik dan penganalisis meramalkan perdana menteri akan membubarkan Dewan Rakyat selepas membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept 2012, yang sudah pasti memberi khabar baik kepada segenap lapisan rakyat, ditambah pula pada waktu itu musim cuti sekolah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menyatakan PRU13 akan diadakan pada September ketika musim haji bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN).

Najib pula dilapor sebagai berkata mengadakan pilihan raya semasa musim haji bukanlah sesuatu yang baharu kerana sejarah menunjukkan ia pernah diadakan pada 1986 tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.

PAS yang terlalu yakin bahawa Dewan Rakyat akan dibubar pada September turut mengeluarkan arahan meminta anggotanya yang terlibat secara langsung dalam PRU13, supaya menangguhkan ibadah haji, mengakibatkan parti itu dikritik pelbagai pihak termasuk mufti negeri yang menyifatkan tindakan itu tidak wajar.

Bulan berganti bulan, dari November 2011, Mac, Jun, September dan terakhir Disember 2012, tiada juga pembubaran Dewan Rakyat diumumkan perdana menteri.

Najib dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 lepas dilapor berkata PRU13 boleh diadakan pada Disember, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU13 akan diadakan dalam masa terdekat atau parlimen akan dibiarkan terbubar sendiri.

Najib tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada 2013 jika ia tidak diadakan pada Disember 2012 dan beliau mempunyai masa hingga 28 April 2013 untuk membubarkan Dewan Rakyat sebelum ia terbubar secara automatik 30 April.

Tarikh terakhir yang diramalkan pelbagai pihak ialah 15 Mac 2013.

Akhirnya masa yang ditunggu tiba jua, jelas Najib mempunyai perkiraan sendiri yang tidak ramai dapat menduga, bahawa tarikh bermakna kepada perdana menteri hari ini ialah jawapan yang dicari-cari selama ini.

Maklumat lanjut : BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...