Jom Follow.....

Thursday, July 17, 2014

MH17: 298 Anak Kapal Terlibat

20 Ramadhan 1435

Laporan terkini memetik bahawa seramai  298 penumpang dan anak kapal terlibat dalam tragedi terhempasnya pesawat MAS MH 17, Boeing 777 di Ukraine yang dalam perjalanan menuju ke Malaysia daripada Amsterdam.Kenyataan menerusi BERNAMA juga menyebut bahawa MAS dalam  proses memaklumkan berita sedih berkenaan kepada keluarga mangsa nahas.

Sama-samalah kita berdoa agar dilancarkan segala usaha-usaha menyelamat dan mengawal keadaan.

Wallahualam




Tragedi MH 17: Malaysia Diuji Lagi

20 Ramadhan 1435

Malaysia dan rakyatnya diuji sekali di kala kita memasuki phasa 10 hari terakhir bulan Ramadhan 1435. Kita mengharapkan agar umat Islam dan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa terus semakin bersatu dalam menghadapi ujian demi ujian yang dihadapi. Jika tahun lepas kita diuji dengan pencerobohan di Sabah, tahun ini diuji dengan kehilangan pesawat MH370, kes penculikan dan serangan hendap di Sabah juga dan terkini pula lagi satu ujian pesawat MAS terhempas dipercayai ditembak jatuh.

Kita doakan semoga Allah S.W.T  memberi kita terus kekuatan dalam menghadapi ujian getir seperti ini.

Wallahualam

Sila Rujuk pautan : BH Online.



Friday, July 11, 2014

Isu Gelandangan : Terima Kasih PM

14 Ramadhan 1434

Tindakan segera Najib melakukan lawatan mengejut ke atas golongan gelandangan di ibu kota sedikit sebanyak melegakan fikiran rakyat marhaen seperti penulis. Ini secara tidak langsung menolak tanggapan bahawa kerajaan hanya mengutamakan golongan yang berada semata-mata dan tidak ambil pusing kepada golongan berkenaan.
Gambar: BH Online

Dalam mengucapkan ucapan terima kasih kerana meredakan emosi kami, timbul persoalan ke atas kepimpinan negara, takkan semua Najib nak 'settlekan" ? Yang lain ....?


Wallahualam




Semenanjung Gaza Bermandi Darah

14 Ramadhan 1435

Bulan Ramadhan pada kali ini , berlakunya satu lagi ujian kepada umat islam di seluruh dunia. Di saat kita dihujani dengan hujan. dihujani dengan makanan, dihujani dengan letupan mercun dan sebagainya, umat Islam di Gaza terus dihujani dengan bedilan roket di sana.

Ini juga adalah ujian kepada umat Islam di Malaysia sama ada mampu bersatu ataupun tidak. Ini adalah kerana selagi umat Islam tidak bersatu, selagi itulah musuh-musuh akan memperbola-bolakan umat Islam di seluruh dunia. Jika perpaduan UMNO dan PAS dalam mempertahankan kepentingan  Islam di Malaysiapun tak boleh nak lakukan, jangan cakap besarlah...

Namun begitu, teruskan berdoa untuk kesejahteraan ummah dan perpaduan kita semua. Salam perpaduan daripada Bancik...


Wallahualam


Monday, July 7, 2014

Warga Kota Tidak Perlukan Undang-Undang Mengarut

10 Ramadhan 1434

Warga ibu kota baru-baru ini kecoh dengan cadangan untuk memperkenalkan undang-undang yang membolehkan denda dikenakan ke atas pengemis dan pemberi derma. Tujuannya ialah bagi membersihkan ibu kota daripada suasana yang tidak menyenangkan pemandangan terutama dikawasan-kawasan yang terlibat dalam sektor pelancongan atau menjadi tarikan utama.

Namun begitu, penulis berpendapat cadangan berkenaan adalah agak "jelek" walaupun ianya berniat baik. Sepatutnya penguatkuasaan perlu diperhebatkan dengan menggunakan undang-undang sedia ada seperti akta imegresen bagi warga asing, akta pemerdagangan manusia bagi yang melibatkan sindiket dan kita punya Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik. Ironinya, jika semua berfungsi, tidak mungkin bilangan pengemis makin meningkat saban tahun dan mencari para penderma yang bermurah hati.

Jika  pihak berkenaan tidak mampu menjalankan tugas, jangan halang pihak yang mempunyai "suci hati" atau "hati emas" bagi melaksanakan tuntutan agama dengan memperbanyakkan sedekah terutama di bulan yang mulia ini. Agak melampau dan mengarut jika pendermapun hendak dikenakan tindakan undang-undang.

Wallahualam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...