Jom Follow.....

Thursday, May 31, 2012

Berpolitiklah Secara Islam

11 Rejab 1433

Cara berpolitik di Malaysia seolah-olah hidup kita di dunia ini selama-lamanya. Fitnah memfitnah sudah menjadi darah daging. Yang hak dinafikan manakala seolah-olah yang batil diagung-agungkan. Jika setiap bukti yang diajukan terkena pada batang hidung sendiri, ada di kalangan kita yang berkata "Ianya suatu konspirasi", Agenda Parti Sekian- sekian", manakala jika terkena pada pihak lain, dicanangkan pula ke seluruh negara atas kelemahan pihak lawan.

Dari segi pengetahuan penulis, Islam telah menggariskan cara berpolitik sepertimana menerusi Al-Quran dan Sunnah. Inilah rahsia yang perlu dibongkarkan oleh mana-mana orang-orang mukmin yang sejati. Cuma persoalannya, apakah nafsu-nafsu kita dapat ditundukkan bagi mengamalkan konsep Islam yang sebenar tanpa mengutamakan kepentingan diri kita sendiri bagi memenuhi kehendak duniawi.

Wallahualam

KPop - Kementerian Minta Maaf

11 Rejab 1433

Penulis angkat topi kepada Kementerian Belia & Sukan yang mengambil sikap meminta maaf atas ketidakselesaan mana-mana pihak yang mengkritik atas penganjuran konsert KPop baru -baru ini . Memetik sumber dari SINAR HARIAN, menterinya Datuk Seri Ahmad  Shabery Cheek berjanji akan lebih berhati-hati perkara tersebut tidak akan berulang pada masa yang akan datang.

Beliau mengulas teguran Mufti negeri Perak atas konsert yang memaparkan artis yang berpakaian yang tidak sesuai. Bagi penulis , teguran mufti Perak sedikit sebanyak membuktikan bahawa beliau tidak memilih bulu dalam menegur mana-mana pemimpin politik sama ada dari pihak kerajaan atau sebagainya. Namun tindakan Menteri berkenaan sepatutnya dicontohi oleh ahli-ahli politik yang lain.

Wallahualam.

Wednesday, May 30, 2012

Mufti Perak Tegur Penganjur Konsert K-Pop

10 Rejab 1433

KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu.

Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.

“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.

“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya di sini kelmarin.

Maklumat lanjut:SINAR HARIAN

Murid Tahun Tiga Maut Terkena Renjatan Elektrik

10 Rejab 1433

MELAKA, 30 Mei, 2012 - Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air di bawah tiang elektrik di hadapan rumahnya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai di sini Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa Mariam Najwa Massari, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai itu sedang bermain dengan adiknya Muiz Asyraf, 3, di takungan air tersebut kira-kira 20 meter dari rumahnya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Bapa mangsa Massari Muhammad, 35, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan oleh jiran yang melihat anaknya terbaring di takungan air tersebut.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Pakatan Pembangkang Cadang Abaikan Sasaran Ekuiti 30 Peratus Bumiputera

10 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 30 Mei , 2012- Pakatan Rakyat mencadangkan perubahan radikal dasar daripada yang menumpukan kepada sasaran ekuiti 30 peratus untuk Bumiputera kepada sasaran ekonomi berteraskan pendapatan minimum RM4,000 sebulan bagi setiap keluarga, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan Rabu, beliau mendakwa dasar sasaran ekuiti 30 peratus telah dimanipulasi oleh kroni dan pihak berkepentingan untuk memperkayakan diri mereka sedang rakyat terus sengsara.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Kerajaan Perlu Bijak Layani Tuntutan Pelbagai Pihak

10 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 30 Mei , 2012 - Kerajaan perlu bijak melayan tuntutan pelbagai pihak tanpa mengabaikan pegangan terhadap prinsip tertentu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dulu bila kita (kerajaan Barisan Nasional) kuat, tak ada banyak sangat cabaran. Tapi bila lemah orang anggap kita akan layan mereka. Maka mereka buat tuntutan. Jadi bila tuntutan ini dibuat kita perlu kecekapan yang lebih daripada zaman dulu untuk tangani masalah ini.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Tuesday, May 29, 2012

Antara Plat WWW Vs Toyota Camry

9 Rejab 1433

Sudah menjadi lumrah, sekiranya kita menghina seseorang, maka seolah-olah penghinaan tersebut akan seolah-olah terbalik kepada diri kita sendiri. Terbaru ialah seorang bekas menteri besar di sebuah negeri telah mempertikaikan kewajaran seseorang sultan membida nombor pat kenderaan yang bermula dengan huruf WWW.  Beliau membayangkan agar wang berkenaan lebih baik dibelanjakan ke arah yang lebih mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan meminta fatwa dikeluarkan ke atas transaksi berkenaan.

Namun sefaham penulis yang jahil ni, setidak tidaknya wang bidaan dan lelongan nombor plat berkenaan akan masuk ke akaun kerajaan juga iaitu menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan ianya bakal menambahkan kantung perbendaharaan negara. Lagipun namanyapun lelongan, ala-ala macam filem tiga abdul tu... Siapa yang tawarkan harga yang tertinggi, maka dia akan dapat memiliki nombor plat berkenaan. Manfaat penjualan tersebut akan kembali kepada rakyat. Ianya bukan macam loteri "negara berkebajikan masyarakat " yang mana , jika beli sejumlah wang, kalau nasib baik akan dapat cabutan berlipat kali ganda wang habuannya.Namun penulis berpendapat isu sebegini tak perlulah diheret majlis fatwa untuk disensasikan sekali.

Penulis berpendapat, pembelian nombor berkenaan jika melibatkan wang yang dimiliki oleh pembida itu sendiri maka ianya tidak menjadi masalah.Sama juga dengan lelongan rumah.Namun ianya bukan bererti penulis hendak menjatuhkan sama ada ianya halal atau haram.Biarlah orang yang lebih alim yang memberi pandangan.

Namun begitu jika dibandingkan dengan tindakan hendak membuat menukar kenderaan Proton Perdana kepada Toyota Camry, dan kemudian berniat membuat lelongan terhadap Toyota Camry yang baru yang dibeli oleh sebuah kerajaan yang dipimpin beliau sebelum ini ketika beliau berkuasa, adalah  dilihat lebih tidak wajar. Namun penulis tidak pasti akan situasi sebenar nasib Toyota Camry itu sekarang setelah kerajaan pimpinan bekas menteri besar itu tumbang beberapa tahun lepas. Namun , apa yang pasti, kes Toyota Camry berkenaan mula menjadi perbandingan semula apabila bekas menteri besar tersebut mula menimbulkan isu terkini. Ianya seolah menampakkan penghinaan beliau seolah kembali kepada diri beliau sendiri. Kesimpulan disini , penulis berharap agar sama-samalah kita berlapang dada dan bersangka baik sebelum membuat apa-apa tuduhan kepada orang lain.Lupakanlah dendam kepada mana-mana pihak agar orang juga melupakan dendam ke atas kita, terutama melibatkan saudara seagama sendiri. Peace..no war...

Wallahualam

Monday, May 28, 2012

Potong Dulu Jika Mahu Jadi PM

8 Rejab 1433

Jika hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia, seseorang itu perlulah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah serta menjadikan Islam sebagai pegangannya. Selain itu, beliau jika lelaki perlulah "Potong" dahulu atau bersunat, jika menurut bahasa orang bawahan. Penulis tak mempunyai kelayakan untuk membahaskan hukum sama ada patut potong atau tidak dari segi hukum syarak, namun dari segi bahasa orang kampung/bawahan sesiapa yang masuk Islam mesti kena potong.

Jika sanggup berbuat demikian, sesiapa juapun boleh memasang angan-angan untuk menjadi pemimpin nombor satu dalam Malaysia. Jika tidak lupakanlah. Jika dapat sokongan majoriti sekalipun, jika Agong tak bersetuju, dah sah sah tak boleh.Nak pinda perlembagaan pula, dalam pasukan sendiripun ramai lagi yang ber"potong" mempunyai cita-cita yang sama.

Wallahualam

Perdana Menteri Malaysia Mesti Orang Islam

8 Rejab 1433

Pengalaman penulis berkunjung salah sebuah negara di selatan tanahair telah menimbulkan banyak persoalan. Suasananya amat berbeza walaupun dari segi geografi dan keadaan persekitaran mempunyai banyak persamaan. Yang ketara ialah tiada azan berkumandang di masjid-masjid dan surau secara melalui pembesar suara atau di media elektronik bagi mengingatkan umat manusia yang sentiasa alpa dan lupa kepada penciptanya.

Sedangkan bila azan berkumandangpun, ramai di antara kita tak ke surau atau masjid, atau menunaikan solat, apatah lagi jika tiada.Satu lagi ialah keadaan tandas, rata-rata bersih, namun hanya tisu disediakan.Tiada paip air yang disediakan. Ianya kelihatan bersih, namun ianya tidak menyucikan. Apa akan jadi dengan syarat sah sembahyang jika tubuh badan statusnya masih belum menyucikan.

Jika Perdana Menteri Malaysia daripada pemimpin parti serpihan daripada negara berkenaan selepas berpisah dahulu, apakah mereka ini akan mengamalkan polisi yang sama? Maka dengan itu, penulis berpendapat bahawa dikalangan mereka tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.Perdana Menteri Malaysia mestilah seseorang yang beragama Islam.Apakah hukumnya bagi mereka-mereka yang menjadikan idola mereka hinggakan sanggup mengagungkan kononnya mempunyai gaya kepimpinan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz? Penulis lontarkan persoalan ini untuk renungan bersama.

Wallahualam

Pendapat Bahawa Undi Parti Tertentu Boleh Masuk Syurga Suatu Kejahilan ?

8 Rejab 1433

Penulis hanya mampu termenung sebentar bilamana membaca kenyataan salah seorang ulama yang dikenali tidak berpolitik daripada Arab Saudi. Ini merujuk kepada kenyataan daripada Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menegaskan bahwa fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan. Ianya dipetik daripada laporan UTUSAN pada hari ini.

Penulis tidak berniat untuk mengulas lanjut isu berkenaan. Namun, penulis tidak terkejut jika Sheikh ini akan dikecam oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau.Lebih menyedihkan yang mengecam itu nanti ada di antara mereka yang tidak mengaji pada peringkat tinggipun sedangkan Sheikh ini dah ada gelaran Dr di hadapannya. Dahlah tu, menganggotai Ahli Majlis Fatwa di tanah suci pulak tu.

Penulis hanya paparkan di sini sebagai suatu lontaran persoalan difikiran yang perlu direnungkan bersama.

Wallahualam

Bas No 13 Vs Bas No 707

7 Rejab 1433

Pada hari Sabtu lalu penulis dan keluarga mengambil keputusan berkunjung ke Singapura. Ketika dalam perjalanan menguruskan tiket ke Universal Studio melalui sebuah agensi pelancongan di Larkin Sentral, penulis terdengar salah satu siaran radio berbahasa Melayu Singapura. Kebetulan tersiarnya sebuah lagu yang seingat penulis menjadi siulan pada zaman kanak-kanak yang dinyanyikan oleh M Nasir bersama kumpulan Kembara iaitu lagu yang berjudul Bas Nombor 13.

Penulis bergurau dengan anak-anak penulis bahawa kita akan menaiki Bas No 13. Tersiarnya lagu berkenaan menyebabkan penulis berfikir apa yang cuba disampaikan oleh M Nasir ketika itu. Dan yang lebih utama M Nasir sendiri sudah berhijrah dan menjadi rakyat Malaysia. Sejarah telah mencatatkan bahawa Singapura pada zaman lampau pernah menjadi salah sebuah negeri dalam Malaysia.

Namun penulis rasa mustahil untuk mencari bas berkenaan kerana destinasi penulis bukan ke sana. Namun lirik lagu berkenaan amat menyentuh hati penulis dan penulis hanya  masuk ke sana menerusi bas bernombor 707 dari Larkin pada hari ahadnya.Namun begitu ini adalah kali kedua penulis ke Singapura. Pada Februari lalu , penulis berkunjung ke sana atas urusan lawatan akademik.

Apapun hanya M Nasir yang boleh memberi penjelasan atas maksud tersirat lirik lagu yang dicoretkannya berpuluh tahun yang lampau. Mungkin Pak Dolah yang dimaksudkannya sudah tiada lagi di atas muka bumi di sana. Mungkin jika ada rezeki dan panjang umur , penulis akan cuba mencari dan menaiki sendiri bas bernombor 13 dan membawa penulis ke Geylang Serai.

Wallahualam

Thursday, May 24, 2012

Hasrat Karpal :Dewan Ulama Pas Bersuara

4 Rejab 1433

Penulis menyambut baik akan tentangan Dewan Ulama Pas terhadap cita-cita atau hasrat salah seorang pemimpin pakatan politik yang dianggotai mereka. Memetik laporan dari UTUSAN, ketuanya Datuk Harun Taib menegaskan bahawa beliau menentang sebarang usaha yang dilakukan bagi menjadikan bukan Islam sebagai Perdana Menteri.

Namun begitu, penulis amat berharap agar beliau beristiqamah terhadap pendirian berkenaan. Ini kerana usaha dan cita-cita berkenaan boleh mengancam kestabilan negara yang tercinta ini. Ketegasan dalam hal ini amat dialu-alukan kerana ianya bakal mengurangkan kegelisahan dikalangan penyokong parti berkenaan sendiri.

Wallahualam

Tuesday, May 22, 2012

Pelajar Dilarang Sambung Pengajian Akibat Komen Berunsur Perkauman

2 Rejab 1433

Bayangkan jika para pelajar kita berada di Britain, maka sudah tentu ramai yang mengalami nasib yang sama.Ini boleh dirujuk kepada laporan yang telah dipaparkan di UTUSAN Ianya mengisahkan tentang sebuah universiti di Britain yang melarang seorang pelajarnya daripada meneruskan pengajian selepas mengeluarkan komen berbaur perkauman dalam laman mikro Twitter terhadap seorang pemain kelab Bolton Wanderers.

Penulis merujuk kepada tindakan beberapa/segelintir  pelajar di Malaysia yang seolah-olah mempunyai kekebalan dengan memaparkan video yang menghina kaum-kaum tertentu. Itu belum masuk mereka yang menyepak dan menendang pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas.

Walaubagaimanapun, penulis menunggu tindakan pihak atasan universiti-universiti yang mana pelajar berkenaan belajar. Takkan dia orang pun kebal jugak. Seingat penulis , dahulu, kalau  tak pakai kad metrixpun kena tindakan tatatertib. Ada-apa kaitan ke pihak pengurusan atasan IPTA berkenaan dengan politik? Penulis lontarkan persoalan ini untuk renungan bersama.

Wallahualam

Bawang Putih Bawang Merah: Berbaiklah

2 Rejab 1433

Memandangkan pilihanraya umum yang bakal kunjung tiba, maka mulalah timbul cadangan bermuzakarah di antara 2 parti yang penulis gelarkan bawang putih dan bawang merah. Bawang putih merujuk kepada simbol bulatan berwarna putih, manakala bawang merah pula merujuk kepada simbol warna parti yang mempunyai warna merah, putih dan satu lagi tak silap ada warna kuning yang mempunyai gambar keris.

Bagi penulis yang cintakan kesatuan dan perpaduan umat, maka penulis berpendapat usaha-usaha berterusan bagi mendamaikan dua pihak yang bersengketa.Kita boleh berbeza pendapat, tetapi kita perlulah bersatu dalam hal-hal yang melibatkan kemaslahatan umat. Walaupun dikalangan pemimpin menunjukkan seolah ada dolak dalih, tetapi bagi rakyat jelata, usaha murni ini perlulah diberi sokongan secara berterusan.

Wallahualam

Monday, May 21, 2012

Hanya 22,270 Sertai Perhimpunan Bersih 28 April

29 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 21 Mei , 2012- Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Isnin.

Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.

"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.

"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tahniah Kepada "The Red Warrior"

29 Jamadilakhir 1433

Penulis mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Kelantan yang telah berjaya menjuarai Piala FA beberapa hari lalu. Kebetulan ketika perlawanan diadakan penulis berada di Kota Baharu. Rata-rata warga Kelantan menunjukkan sokongan yang amat baik kepada pasukan mereka. Apa yang jelas, perlawanan berkenaan dapat meredakan suhu politik di mana rata-rata rakyat Kelantan mengenepikan seketika sentimen politik untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, rata-rata penduduk kampung berdiri di sekitar sepanjang jalan raya melambaikan tangan dan bendera kepada rombongan-rombongan penyokong yang pulang semula ke tempat asal. Namun begitu, apa yang pasti, banyak kedai-kedai di sekitar Kota Baharu yang tutup awal atau tidak berniaga semata-semata untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak. Maka terjejaslah jugak geng-geng dari Kuala Lumpur untuk membeli belah.

Sokongan sebegitu hebat ke atas perlawanan bola sepak tempatan seharusnya memberi kesedaran kepada pembuat dasar bola sepak negara agar lebih mesra pengguna dengan mengelakkan krisis kepimpinan dan perbalahan seperti mana yang berlaku ketika ini.Jangan sampai nanti rakyat lebih berminat menonton liga luar negara kerana kecewa dengan cara bolasepak diuruskan di negara ini.

Wallahualam

Thursday, May 17, 2012

Demam Campak Akibatkan Kematian

25 Jamadilakhir 1433

Rupa-rupanya demam campak boleh mengakibatkan maut jika tidak dirawat dengan sebaiknya. Menurut laporan Berita Harian di MIRANSHAH: Wabak demam campak yang melanda bahagian kawasan puak tanpa undang-undang barat laut Pakistan sejak tiga minggu lalu sudah meragut 12 nyawa dan ia terus merebak berikutan kekurangan ubat. Sumber memberitahu, keputusan bekalan tenaga dan perintah berkurung menyebabkan kekurangan ubat.


Daerah bergolak dan miskin bersempadan dengan Afghanistan di Pakistan yang menjadi kubu kuat Taliban dan al Qaeda, sering diserang oleh pesawat kawalan jauh Amerika yang mensasarkan pergerakan Islam berkenaan.
“Sejak tiga minggu lalu, setiap hari kami menerima lima hingga 10 kanak-kanak yang mengalami demam campak. Kami tidak mempunyai bilik simpanan vaksin campak yang sempurna kerana terputus bekalan elektrik dan perintah berkurung serta kebanyakan stok sudah tamat tarikh luput berikutan masalah itu, “ kata sumber


Kes berkenaan juga turut berlaku kepada salah seorang anak kecil penulis baru-baru ini. Terpaksalah penulis bermalam di wad hospital selama 3 malam akibat demam panas yang menyerang anak penulis tidak mahu surut-surut, iaitu suhu di sekitar antara 39 hingga 40 darjah celcius setiap kali apabila habis sahaja tempoh dos ubat yang diberikan. Sesungguhnya keputusan untuk bermalam di hospital adalah tepat penulis rasakan sebaik sahaja terbaca artikel berkenaan.Selain daripada itu penulis bersyukur kerana berada di negara yang mempunyai kemudahan kesihatan yang baik disebabkan nikmat keamanan yang dikecapi selama ini. Ianya seharusnya menjadi pengajaran kepada kita semua.

Wallahualam

Terima Kasih Cikgu

25 Jamadilakhir 1433

Penulis harap agar tidak terlewat untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada guru-guru di Malaysia dan di seantero dunia yang telah disambut semalam. Sesungguhnya tugas seorang guru adalah amat mulia dan amalan yang dilakukan oleh ikhlas dalam perkongsian ilmu akan berkekalan sehingga ke alam akhirat.

Walau bagaimanapun, masyarakat perlu sedar bahawa tugasan guru dilihat semakin mencabar selaras dengan perubahan zaman. Bersama-samalah kita berganding bahu bagi membentuk anak-anak bangsa yang beriman kepada Yang Maha Esa dan berakhlak mulia.

Wallahualam

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu 1433

21 Jamadilakhir 1433

Penulis mengucapkan selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua pengikut dan pengunjung laman ini. Bersamalah kita mengingati ibu kita sementara mereka masih ada.

Wallahualam

Thursday, May 10, 2012

Apabila Orang Berdemo Di Rumah Kita

19 Jamadilakhir 1433

Cuba kita bayangkan apabila berpuluh atau beratus orang duduk di hadapan rumah kita dan tidak mahu berganjak kerana melakukan protes ketidakpuasan hati dengan kita. Itu yang berlaku kepada seorang pemimpin pakatan parti politik yang telah mengetuai suatu  perhimpunan versi ke 3 baru-baru diibu negara seperti mana yang telah dilaporkan di UTUSAN.

Hal yang sama turut berlaku kepada salah seorang pemimpin utama di sebuah pakatan politik seperti yang juga telah dilaporkan di SINAR HARIAN.Bayangkan pula , disebabkan kemarahan mereka, pasu diletakkan teratur dipecahkan, kereta kepunyaan kita dipijak, ditendang dan diterbalikkan dikawasan yang mana kita mempunyai kepentingan dan menjejaskan keselamatan anak dan keluarga kita.Apakah perasaan kita?Apakah kita tidak perihatin perasaan mereka sebelum kita membuat keputusan menyertai sebarang apa jua perhimpunan yang mendatangkan kebimbangan dan kesusahan orang lain?

Jika itu yang kita mahukan, teruskanlah hasrat kita hendak berdemonstrasi pada masa akan datang. Disebabkan kecanggihan teknologi, maka wajah anda akan terpampang diakhbar-akhbar dan sikap anda tersebut bakal mengundang tindak balas pihak yang kerugian atas tindakan anda.Mereka akan mencari anda dan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Mesej di sini jelas, jika kita ingin dihormati , hormatilah orang lain terlebih dahulu.

Wallahualam

Jasa Petani

19 Jamadilakhir 1433

Nampaknya jasa petani sudah mula dihargai. Ini berikutan pengumuman durian runtuh kepada warga Felda oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, rujuk BERNAMA. Bagi para petani pula, bersyukurlah atas anugerah Allah yang diberikan dengan tidak disangka-sangka.

Bagi pihak kerajaan pula, jangan lupakan golongan petani yang lain pula. Mungkin para petani lain boleh diberi bantuan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang yang mana mereka-mereka ini tidak dinaungi oleh agensi seperti Felda. Jika ini dapat dilakukan, ianya bakal memberi impak yang lebih menyeluruh kepada golongan berkenaan.

Wallhualam

Tuesday, May 8, 2012

Serahkan Sahaja Kerakyatan Jika Tidak Berpuashati

17 Jamadilakhir 1433

Usaha mengadudombakan di antara dua negara adalah satu tindakan yang amat zalim. Ianya bakal menimbulkan masalah kepada umat manusia seperti permusuhan dan persengketaan. Menurut laporan UTUSAN pada hari ini, seorang warga Malaysia yang status glamournya seakan suam-suam kuku kembali membuat kenyataan kontroversi dengan memburukkan negara sendiri di salah sebuah negara jiran

Tindakan yang seolah bermusim yang mana dilakukan disebabkan seperti pilihanraya yang makin hampir dilihat amat tidak bertanggungjawab. Tindakan menghina negara sendiri tidak boleh dimaafkan. Jika individu berkenaan yakin bahawa negara yang tempat beliau gunakan menghina negara sendiri lebih baik, penulis cadangkan agar beliau memulangkan kembali status kerakyatan Malaysia dan memohon kerakyatan negara yang beliau rasakan baik. Itu lebih baik daripada menanamkan api permusuhan di kalangan negara-negara berjiran dan menyusahkan masyarakat.

Wallahualam

Arab Saudi Minta Malaysia Pastikan Rakyatnya Tidak Berdemonstrasi Di Mekah, Madinah

17 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 8 Mei ,2012- Kerajaan Arab Saudi meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rakyat negara ini tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi atau perhimpunan haram di Mekah dan Madinah seperti yang berlaku di kedua-dua kota suci umat Islam itu pada 26 April lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata perkara itu dinyatakan kerajaan Arab Saudi menerusi satu nota diplomatik bertarikh 3 Mei, yang dikeluarkan oleh kedutaannya di sini.

"Dalam surat itu juga, kita telah diminta supaya menasihatkan rakyat kita agar mematuhi undang-undang dan norma-norma tempatan Arab Saudi," katanya pada sidang media di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini.

Media melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perhimpunan itu, yang didalangi pembangkang, di Mekah dan Madinah.

Anifah kesal dan kecewa kerana perhimpunan haram itu bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia malah mengancam kuota haji serta penghormatan dan layanan yang dinikmati umat Islam negara ini ketika menunaikan ibadat itu di sana.

"Jangan ambil mudah...jangan salahgunakan penghormatan terutama kuota lebih 10,000 jemaah yang kita pinta. Saya berpendapat demonstrasi itu tidak bijak, tidak memberi kesenangan kepada jemaah haji lain yang ke sana untuk beribadat.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pengusaha Perkhidmatan Haji & Umrah Bakal Alami Kerugian Besar

17 Jamadilakhir 1433


KUALA LUMPUR 7 Mei,2012  - Para pengusaha perkhidmatan haji dan umrah bakal menanggung kerugian kira-kira RM280 juta setahun sekiranya kerajaan Arab Saudi melarang rakyat negara ini daripada mengerjakan ibadat itu.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, sebanyak 26 pengusaha perkhidmatan haji dan umrah berlesen di negara ini bakal menutup perniagaan mereka kerana menanggung kesan kerugian besar tersebut.

Menurut beliau, sebagai contoh pada tahun lalu, pihaknya terpaksa menanggung kerugian RM3.8 juta apabila Arab Saudi mengarahkan untuk mengurangkan jumlah jemaah umrah daripada 1,400 kepada 1,000 orang.

‘‘Bayangkan jika Arab Saudi tidak membenarkan rakyat negara ini menunaikan haji atau umrah selama tiga tahun, apa yang akan terjadi kepada nasib kami.

‘‘Bukan niat saya untuk mengira keuntungan, tetapi memikirkan nasib umat Islam terutamanya warga emas yang terpaksa menunggu lama untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Maklumat lanjut :UTUSAN

Monday, May 7, 2012

Larangan Perkahwinan Campur

16 Jamadilakhir 1433

Allah S.W.T. telah berfirman:

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.(Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke Neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya(keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia,supaya mereka dapat mengambil pelajaran(daripadanya).

AlQuran, Surah Al Baqarah- Ayat 221

Komen penulis:

Penulis kongsikan maklumat ini kerana sejak akhir-akhir ini sudah ada berita tentang adanya usaha pihak-pihak tertentu yang mengedarkan buku-buku tentang galakan perkahwinan campur secara percuma di Malaysia. Sama-samalah kita berdoa agar usaha-usaha sedimikian dapat ditentang secara bersatu , berhabis habisan dan dapat dibenteras terus daripada menular di bumi Malaysia ini.

Kepada mereka-mereka yang suka berdemo, tak nak berdemo ke sebagai tanda protes dan menentang pihak-pihak yang mengedarkan buku-buku berkenaan? Penulis sekadar lontarkan persoalan ini untuk renungan bersama.

Wallahualam

Kebimbangan Ibadat Haji & Umrah Oleh Jemaah Malaysia Dilarang

15 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR 6 Mei , 2012- Rakyat negara ini berhadapan kemungkinan dilarang daripada mengerjakan haji atau umrah untuk tempoh tertentu selepas sekumpulan rakyat negara ini dikesan menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah, baru-baru ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini, Arab Saudi pernah melarang rakyat dari sebuah negara Islam daripada mengerjakan haji dan umrah selama tiga tahun kerana terdapat rakyatnya yang berdemonstrasi di tanah suci itu.

''Ini kerana pihak berkuasa Arab Saudi cukup tegas dengan sebarang demonstrasi haram dan dikhuatiri tindakan sama turut dikenakan ke atas Malaysia.

Maklumat lanjut: UTUSAN

Sunday, May 6, 2012

Tindakan Menyertai Demonstrasi Haram Bersih 3.0 Adalah Haram-Majlis Fatwa

14 Jamadilakhir 1433

SEPANG 6 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang hari ini, memutuskan tindakan individu yang menyertai demonstrasi haram, Bersih 3.0 di ibu negara baru-baru ini adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, ia kerana tindakan tersebut mempunyai niat dan menghasilkan natijah tidak baik kepada agama, bangsa dan negara.

Katanya, perbuatan itu juga haram sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara yang sah dari segi undang-undang.

"Kita mengikut pandangan ahli sunah (ia) adalah haram, bukan saja Bersih 3 ada banyak lagi asalkan tujuannya tidak baik, hasilkan natijah tidak baik, langgar undang-undang dan sebagainya (sebaliknya) ada pilihan yang baik, maka ia berdosa.

Maklumat lanjut: UTUSAN

BERSIH Bakal Menyusahkan Urusan Haji?

14 Jamadilakhir 1433

Amat menyusahkan orang ramai terutama bakal-bakal jemaah haji dan umrah dari Malaysia hanya disebabkan oleh tindakan segelintir pihak yang taksub dengan politik dengan melancarkan kempen Bersih di Mekah dan Madinah baru-baru ini. Menurut laporan UTUSAN, pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.

Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan negara itu, agensi risikan Arab Saudi juga sedang memburu dua pemimpin politik pembangkang Malaysia kerana disyaki menjadi dalang perhimpunan berkenaan yang diadakan di Restoran D’ Saji, Hotel As-Safwah berhampiran Masjidilharam.

‘‘Peserta perhimpunan tersebut dikehendaki pihak berkuasa di sana kerana mereka dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang ‘Arab Spring’ dan bangkit menentang pemerintah.

Persoalannya tidakkah golongan yang berkenaan ini memikirkan bahawa tindakan mereka ini bakal mencetuskan tindakbalas pihak berkuasa Arab Saudi. Dengan tidak semena-mena hubungan Malaysia dan Arab Saudi yang baik selama ini akan terjejas. Penulis berharap insiden ini dijadikan pengajaran. Setidak-tidaknya kasihanilah saudara-saudara seislam kita yang masih belum berpeluang menunaikan haji termasuklah penulis. Jika benarlah kuota haji Malaysia bakal terjejas, penulis hanya mampu berserah pada yang Maha Esa agar dilembutkan hati-hati kerajaan Arab Saudi supaya menimbang semula dan dibuka juga hati sedara seislam kita yang membuat perhimpunan di sana agar memikirkan sama rakan-rakan yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke sana, sebelum mengambil tindakan yang bakal menyusahkan ramai orang pada masa akan datang.

Wallahualam

Saturday, May 5, 2012

Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Persengketaan Peribadi

13 Jamadilakhir 1433

Tindakan seseorang individu yang menggunakan media bagi menyerang abangnya di media masa dilihat tidak molek bagi pandangan penulis.Bagi penulis ianya amat mengaibkan dan meyedihkan di mana pertelingkahan keluarga dapat diketahui oleh seluruh negara. Sama ada benar atau tidak perlakuan abangnya itu biarlah Allah S.W.T yang membalasnya. Tindakan beliau yang menyatakan perlakuan individu yang dilihat dalam klip video 99.9% mirip abangnya adalah amat tidak wajar. Sebusuk-sebusuk individu berkenaan, dia tetap abang dan darah daging beliau sendiri.

Penulis berharap konflik keluarga ini tidak seharusnya mengheret rakyat turut berkonflik antara satu sama lain.Namun penulis berharap juga agar pihak di mana-mana paksi politik sekalipun jangan sewenang-wenangnya menyalahkan paksi lawan masing-masing jika berlakunya kes atau isu-isu seperti klip video yang tak senonoh seperti ini tersebar di alam siber. Tidakkah mereka terfikir bahawa ada kemungkinan ianya dilakukan oleh lawan atau pesaing dalaman parti mereka sendiri.Maka isu ini perlu diselesaikan secara dalaman.

Akhir kata, bersangka baiklah dan elakkan persengketaan dan penyebaran fitnah sesama kita.

Wallahualam

Wednesday, May 2, 2012

Sekolah Pondok Di Kelantan Minta Majlis Fatwa Keluarkan Fatwa Mengenai Perhimpunan

10 Jamadilakhir 1433

KOTA BAHARU, 2 Mei, 2012- Gabungan sekolah-sekolah pondok Kelantan yang dikenali sebagai "Minda Pondok" pada Rabu meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa rasmi mengenai perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang pada Sabtu lalu yang telah mencetuskan kekacauan dan kecederaan.

Menurut mereka ini penting kerana ada pendapat yang merumuskan bahawa menyertai perhimpunan seperti itu adalah haram dan salah di sisi Islam.

Wakil Minda Pondok yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Tumpat, Mohamed Zainal Abidin Awang berkata menurut satu hadis Nabi Muhammad SAW, adalah haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan yang diketuai pemimpin kafir musyrik.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Tuesday, May 1, 2012

Melayu Tetap Jadi PM Jika Pakatan Pembangkang Kuasai Parlimen- Hadi Awang

11 Rejab 1433

Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.

"Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Selamat Menyambut Hari Pekerja

10 Jamadilakhir 1433

Rasanya agak tidak terlewat bagi penulis ingin mengucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada semua pembaca dan pengunjung blog myBancik ini. Selepas agak tegang suasana politik di Kuala Lumpur baru-baru ini, para pekerja sudah semestinya berasa sedikit terubat dengan pengumuman gaji minimum bagi sektor swasta oleh Perdana Menteri Malaysia semalam.

Namun cabaran bagi pihak majikan pula untuk mendapatkan sumber tambahan bagi menampung kenaikan gaji ini. Namun begitu penulis yakin dan percaya, dengan kerjasama yang baik di antara majikan dan pekerja, insyaallah rezeki akan bertambah murah dengan izin Allah. Selain itu, marilah kita berazam untuk menjadi individu, keluarga, masyarakat dan pemimpin yang baik di kalangan masyarakat kita bagi mendapat keredhaan Ilahi di dunia dan akhirat. Abaikanlah sifat-sifat yang terkeji dan sebaliknya bersama-sama kita berazam menjadi mukmin yang sejati. Kita memang akan berbeza pendapat, tetapi jadikanlah perbezaan pendapat sebagai rahmat dan bukannya sumber kepada perbalahan dan persengkataan sesama kita terutama yang menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Selamat Menyambut Hari Pekerja daripada Bancik.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...