Jom Follow.....

Monday, May 7, 2012

Larangan Perkahwinan Campur

16 Jamadilakhir 1433

Allah S.W.T. telah berfirman:

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.(Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke Neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya(keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia,supaya mereka dapat mengambil pelajaran(daripadanya).

AlQuran, Surah Al Baqarah- Ayat 221

Komen penulis:

Penulis kongsikan maklumat ini kerana sejak akhir-akhir ini sudah ada berita tentang adanya usaha pihak-pihak tertentu yang mengedarkan buku-buku tentang galakan perkahwinan campur secara percuma di Malaysia. Sama-samalah kita berdoa agar usaha-usaha sedimikian dapat ditentang secara bersatu , berhabis habisan dan dapat dibenteras terus daripada menular di bumi Malaysia ini.

Kepada mereka-mereka yang suka berdemo, tak nak berdemo ke sebagai tanda protes dan menentang pihak-pihak yang mengedarkan buku-buku berkenaan? Penulis sekadar lontarkan persoalan ini untuk renungan bersama.

Wallahualam

2 comments:

  1. ayah saya muslim (cina convert ke islam), arwah mak saya melayu islam.

    ermmmmm.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah Islam sama Islam tak ada masalah. Yang menjadi masalah sekarang, mereka nak.. dah kahwin, tapi agama masih berlainan...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...