14 Jamadilakhir 1433
Amat menyusahkan orang ramai terutama bakal-bakal jemaah haji dan umrah dari Malaysia hanya disebabkan oleh tindakan segelintir pihak yang taksub dengan politik dengan melancarkan kempen Bersih di Mekah dan Madinah baru-baru ini. Menurut laporan UTUSAN, pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.
Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan negara itu, agensi risikan Arab Saudi juga sedang memburu dua pemimpin politik pembangkang Malaysia kerana disyaki menjadi dalang perhimpunan berkenaan yang diadakan di Restoran D’ Saji, Hotel As-Safwah berhampiran Masjidilharam.
‘‘Peserta perhimpunan tersebut dikehendaki pihak berkuasa di sana kerana mereka dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang ‘Arab Spring’ dan bangkit menentang pemerintah.
Persoalannya tidakkah golongan yang berkenaan ini memikirkan bahawa tindakan mereka ini bakal mencetuskan tindakbalas pihak berkuasa Arab Saudi. Dengan tidak semena-mena hubungan Malaysia dan Arab Saudi yang baik selama ini akan terjejas. Penulis berharap insiden ini dijadikan pengajaran. Setidak-tidaknya kasihanilah saudara-saudara seislam kita yang masih belum berpeluang menunaikan haji termasuklah penulis. Jika benarlah kuota haji Malaysia bakal terjejas, penulis hanya mampu berserah pada yang Maha Esa agar dilembutkan hati-hati kerajaan Arab Saudi supaya menimbang semula dan dibuka juga hati sedara seislam kita yang membuat perhimpunan di sana agar memikirkan sama rakan-rakan yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke sana, sebelum mengambil tindakan yang bakal menyusahkan ramai orang pada masa akan datang.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment