17 Jamadilakhir 1433
Usaha mengadudombakan di antara dua negara adalah satu tindakan yang amat zalim. Ianya bakal menimbulkan masalah kepada umat manusia seperti permusuhan dan persengketaan. Menurut laporan UTUSAN pada hari ini, seorang warga Malaysia yang status glamournya seakan suam-suam kuku kembali membuat kenyataan kontroversi dengan memburukkan negara sendiri di salah sebuah negara jiran
Tindakan yang seolah bermusim yang mana dilakukan disebabkan seperti pilihanraya yang makin hampir dilihat amat tidak bertanggungjawab. Tindakan menghina negara sendiri tidak boleh dimaafkan. Jika individu berkenaan yakin bahawa negara yang tempat beliau gunakan menghina negara sendiri lebih baik, penulis cadangkan agar beliau memulangkan kembali status kerakyatan Malaysia dan memohon kerakyatan negara yang beliau rasakan baik. Itu lebih baik daripada menanamkan api permusuhan di kalangan negara-negara berjiran dan menyusahkan masyarakat.
Wallahualam
info menarik
ReplyDelete