Jom Follow.....

Thursday, May 17, 2012

Demam Campak Akibatkan Kematian

25 Jamadilakhir 1433

Rupa-rupanya demam campak boleh mengakibatkan maut jika tidak dirawat dengan sebaiknya. Menurut laporan Berita Harian di MIRANSHAH: Wabak demam campak yang melanda bahagian kawasan puak tanpa undang-undang barat laut Pakistan sejak tiga minggu lalu sudah meragut 12 nyawa dan ia terus merebak berikutan kekurangan ubat. Sumber memberitahu, keputusan bekalan tenaga dan perintah berkurung menyebabkan kekurangan ubat.


Daerah bergolak dan miskin bersempadan dengan Afghanistan di Pakistan yang menjadi kubu kuat Taliban dan al Qaeda, sering diserang oleh pesawat kawalan jauh Amerika yang mensasarkan pergerakan Islam berkenaan.
“Sejak tiga minggu lalu, setiap hari kami menerima lima hingga 10 kanak-kanak yang mengalami demam campak. Kami tidak mempunyai bilik simpanan vaksin campak yang sempurna kerana terputus bekalan elektrik dan perintah berkurung serta kebanyakan stok sudah tamat tarikh luput berikutan masalah itu, “ kata sumber


Kes berkenaan juga turut berlaku kepada salah seorang anak kecil penulis baru-baru ini. Terpaksalah penulis bermalam di wad hospital selama 3 malam akibat demam panas yang menyerang anak penulis tidak mahu surut-surut, iaitu suhu di sekitar antara 39 hingga 40 darjah celcius setiap kali apabila habis sahaja tempoh dos ubat yang diberikan. Sesungguhnya keputusan untuk bermalam di hospital adalah tepat penulis rasakan sebaik sahaja terbaca artikel berkenaan.Selain daripada itu penulis bersyukur kerana berada di negara yang mempunyai kemudahan kesihatan yang baik disebabkan nikmat keamanan yang dikecapi selama ini. Ianya seharusnya menjadi pengajaran kepada kita semua.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...