10 Jamadilakhir 1433
Rasanya agak tidak terlewat bagi penulis ingin mengucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada semua pembaca dan pengunjung blog myBancik ini. Selepas agak tegang suasana politik di Kuala Lumpur baru-baru ini, para pekerja sudah semestinya berasa sedikit terubat dengan pengumuman gaji minimum bagi sektor swasta oleh Perdana Menteri Malaysia semalam.
Namun cabaran bagi pihak majikan pula untuk mendapatkan sumber tambahan bagi menampung kenaikan gaji ini. Namun begitu penulis yakin dan percaya, dengan kerjasama yang baik di antara majikan dan pekerja, insyaallah rezeki akan bertambah murah dengan izin Allah. Selain itu, marilah kita berazam untuk menjadi individu, keluarga, masyarakat dan pemimpin yang baik di kalangan masyarakat kita bagi mendapat keredhaan Ilahi di dunia dan akhirat. Abaikanlah sifat-sifat yang terkeji dan sebaliknya bersama-sama kita berazam menjadi mukmin yang sejati. Kita memang akan berbeza pendapat, tetapi jadikanlah perbezaan pendapat sebagai rahmat dan bukannya sumber kepada perbalahan dan persengkataan sesama kita terutama yang menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Selamat Menyambut Hari Pekerja daripada Bancik.
Wallahualam
Slmt Cuti hari Buruh..
ReplyDeleteKadar gaji minimum kebangsaan sektor swasta bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan…
selamat bercuti hari buruh
ReplyDeleteselamat haru buruh juga....
Delete