Jom Follow.....

Friday, April 27, 2012

Lancarkan BERSIH Di Tanah Suci Satu Tindakan Keterlaluan

6 Jamadilakhir 1433

Berita satu kumpulan umat manusia melancarkan kempen bersih di kota suci umat Islam adalah satu tindakan keterlaluan dan memalukan umat Islam. Menurut laporan BERNAMA , diifahamkan Masjid Nabawi di Madinah, dan Masjidilharam di Mekah dijadikan tempat pelancaran Bersih 3.0 itu.

Maka sudah terbuktilah bahawa ada dikalangan umat Islam kini semakin bertuhankan kepada demokrasi acuan Barat. Persoalan yang perlu direnungkan adakah himpunan BERSIH 3.0 ini selaras dengan kehendak Islam atau sebaliknya? Biarpun penulis menghormati pendapat ulamak yang berada di pihak pakatan Pembangkang di Malaysia, penulis tidak dapat menerima rasional hukum menghalalkan perhimpunan ini oleh mereka.

Tambahan lagi ada juga dikalangan ulama dikalangan pembangkang sendiri dan yang berkecuali di arena politik tanahair turut menolak perhimpunan berkenaan atas hujah bahawa ianya diketuai oleh pemimpin yang tidak beriman, mempromosikan liberalisma, pro-murtad dan kegiatan seks songsang serta bebas. Justeru itu kempen berkenaan di sana dilihat sebagai satu penghinaan keatas ajaran Islam yang sebenarnya.

Penulis akan menyokong jika perhimpunan berkenaan dibuat bagi menuntut agar dikaji semula bagi mengembalikan sistem cara pemerintahan mengikut Islam dan menghapuskan sistem demokrasi acuan barat yang kini makin dilihat telah banyak mengucar kacirkan negara-negara Islam. Maka dengan itu bagi perhimpunan BERSIH 3.0 ini,  penulis menjatuhkan hukum HARAM ke atas diri atau tubuh penulis yang dipinjamkan oleh Yang Maha Esa ini untuk menyertainya.

Wallahualam.

2 comments:

  1. tak setuju lah kalau buat di tanah suci..

    ReplyDelete
  2. masyaAllah....manusia akhir zaman, dah tak tahu hala tuju, dah hilang rasa hormat dan dah tak tahu patuh pada undang2...kembali la pada sunnah nabi kita bukan caranya nak menunjuk nunjuk ni....lima rukun negara dah x ingat tu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...