30 Jamadilawal 1433
Berita tentang seoarang bayi yang kini kritikal terlantar koma di hospital seolah-olah mengesahkan bahawa cerita berkenaan ibu tiri yang kejam adalah mitos semata-mata. Jika pada tahun lepas kita dikejutkan dengan kejadian seorang kanak-kanak yang maut disepak di padang permainan oleh "boyfriend" ibunya, kini kita dikejutkan lagi dengan kejadian seorang bayi yang menjadi mangsa kekejaman "boyfriend" ibunya pula. Berita ini boleh dirujuk di Kosmo Online.
Sebenarnya kekejaman kini bukannya datang daripada ibu tiri, tetapi datangnya daripada bukannya juga dari bapa tiri, tetepi"boyfriend" ibunya yang juga merupakan bakal bapa tiri kanak-kanak yang terkapai-kapai disebabkan mangsa penceraian kedua ibubapa mereka. Kalau dah jadi bapa tiri, entahlah, makin teruk agaknya. Agaknya berapakah pula bilangan kes-kes rogol dan penderaan oleh bapa-bapa tiri nanti?
Jika ibu tiri, penulis yakin takkanlah dia tergamak lakukan perkara sedemikian, walaupun drama-drama di Malaysia ini memaparkan kekejaman mereka. Rupa-rupanya kita ditipu oleh drama-drama yang ditayangkan yang mana ianya mungkin dibuat mengikut selera penerbit sahaja.
Wallahualam.
xsemua ibu tiri jaat kan~huhu
ReplyDeletetak semua ibu tiri jahat,
ReplyDeletetp kebanyakan ibu tiri takde yang baik~~
p/s:tulis dr pengalaman~ :)
kehidupan..
ReplyDeletede yg jaat..de yg baik.
mas prnh kenal n tgk sndri kes kwn2 mas.de yg ibu tiri baik.de ibu tiri yg jaat.jaat dri plbagai versi.
macam tu pula boyfirend ibu tiri? kejam nyer.. tak de perikemanusiaan...
ReplyDelete