19 Jamadilawal 1433
Berita kunjungan ahli-ahli parlimen utama parti pemerintah di negara jiran terletak di selatan Semenanjung secara rahsia ke Pulau Pinang baru-baru ini seharusnya mencetuskan kecurigaan ke atas rakyat Malaysia. Berita ini telah mendapat laporan di salah satu akhbar utama negara ini. Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar, sudah semestinya segala bentuk kemakmuran di negara ini bakal mendatangkan kebimbangan dan kelebihan dalam daya saing di mana-mana negara jiran. Begitu juga sebaliknya, jika berlaku ketidakseimbangan, negara-negara tertentu bakal mendapat kelebihan.
Sudah masanya parti yang menguasai negara ini atau rakyat negara ini melakukan yang sama kepada pihak pembangkang di negara berkenaan.Masa untuk menghormati ada kalanya perlu ada had tertentu. Penulis melihat perkembangan ini sebagai salah satu cubaan mencabuli kehermatan kedaulatan negara ini.Akhir-akhir ini banyak petunjuk yang semakin jelas bahawa semakin banyak unsur hasutan dari negara luar ke atas keselamatan dan ketenteraman sedia ada di negara ini.Apakah kita harus membiarkan sahaja situasi ini sampai tahap bak nasi sudah menjadi kerak? Penulis lontarkan persoalan ini untuk renungan bersama.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment