22 Jamadilawal 1433
Dalam kita menulis di media sosial sehari-hari, kadangkala kita mungkin terlepas pandang sesuatu perkara. Ianya melibatkan kesahihan maklumat yang disampaikan sama ada dari segi berita atau cerita. Harus diingat apa yang ditulis di alam siber ini bakal diakses tanpa batasan oleh para pelayar internet setiap masa selama 24 jam sehari secara tanpa batasan dan post anda mungkin kekal selagi ada hayat dunia ini. Bayangkanlah juga, jika berita atau pengetahuan yang diletakkan di blog-blog atau di media sosial yang lain, jika dapat dimanfaatkan oleh orang yang lain, dan diniatkan pula untuk mendapat keredhaan Ilahi semata-mata, maka insyaallah ganjaran pahala yang tak terbatas juga bakal menjadi habuan kita.
Namun, bayangkan juga jika maklumat yang disampaikan ada berunsurkan fitnah, maka malapetaka lah juga yang bakal menanti kita. Oleh yang demikian, penulis menasihatkan diri penulis dan pembaca yang lain, di kala keterujaan menulis, agar sentiasa berhati-hati dalam setiap aspek penulisan.Antara cadangan atau tip yang boleh dipertimbangkan ialah dengan tidak meletakkan nama orang yang berkenaan (jika melibatkan isu -isu individu) atau meletakkan kenyataan seperti "jika berita ini benar", sebelum membuat ulasan peribadi. Selamat mencuba..
Wallahualam
btol2!!terima kasih juga untuk peringatan..
ReplyDelete