2 Jamadilakhir 1433
Macam-macam hal suasana politik di Malaysia sekarang ini. Bermacam-macam slogan yang diwujudkan bagi perang saraf , yang mana kadangkala menyakitkan hati parti dan lawan mereka, malahan kadangkala menggelikan juga hati para bakal-bakal pengundi yang nak memangkah undi pada PRU yang dijangka semakin dekat. Pada mulanya wujud slogan "ABU" yang bermaksud Asalkan Bukan UMNO, kemudian diikuti dengan "ABAI" yang merujuk kepada Asalkan Bukan Anwar Ibrahim.
Terkini pula ialah "TIBAI" yang merujuk kepada gelaran kepada seseorang pemimpin utama pakatan pembangkang. Nak tahu maksudnya, bolehlah "google"kan di internet. Penulis tak gamak nak tulis sendiri di sini. Apapun penulis ucapkan selamat berkempen kepada semua rakyat Malaysia.Asalkan Jangan Gaduh, Udahle...AJAGU.."Peace ..no war"
Wallahualam
tibai? bukan ke mksd die....hentam je...huhu
ReplyDelete