5 Jamadilakhir 1433
Apabila kita diuji, maka naluri kita seakan secara automatik akan bermuhasabah. Ujian adalah salah satu daripada proses untuk mengesahkan sama ada kita ke syurga atau neraka. Apabila aku diuji dengan masalah kesihatan yang teruk sebelum ini, ianya membuka dimensi baru bagi diri ini melihat kehidupan dengan perspektif yang lebih luas dan berbeza-beza. Terima kasih Ya Allah, kerana mengembalikan nikmat kesihatan kepadaku.Tiap kali masalah mendatang selepas ini, ianya tidak dapat dibandingkan dengan masalah kesihatan. Ini adalah nikmat yang tidak terbatas yang dikurniakan oleh Allah di dunia ini kepada manusia.
Muhasabah diri merupakan salah satu proses yang berkesan bagi menjadikan diri kita sebagai seorang yang lebih beriman pada yang Maha Esa.Pemimpin dan rakyat di negara ini juga perlu bermuhasabah sentiasa.Abaikan sikap ego dan takbur dari segi kekuasaan dan ilmu agama yang tinggi. Kita lihat bahawa sejarah telah membuktikan bahawa kebanggan terhadap kekuasaan menyebabkan jasad Firaun tidak mahu diterima bumi.
Ketakburan Iblis terhadap kealiman, kewarakan ilmu yang beliau ada telah menyebabkan dia telah dihalau dan dilaknat oleh Yang Maha Esa. Sejarah -sejarah ini sebenarnya tidak melupakan kita tetapi kita sering melupakan sejarah. Senario terkini politik negara Malaysia atau mana-mana negara di dunia sekarang ini juga tidak melepaskan kita daripada isu-isu sebegini. Kekuasaan politik dan kebendaan seolah-olah disembah tidak henti-henti sehinggakan kita tidak lagi peduli akan kemaslahatan umat. Kita makin jauh dari kebenaran. Ketua makin diangkat dari kalangan mereka-mereka yang tidak beriman dan dikelirukan dengan sokongan golongan-golongan dari kalangan kita yang berperwatakan warak.
Kita mudah lemah dan terpedaya bila mana ada dikalangan mereka-mereka yang tidak beriman ini mula memetik ayat-ayat Allah di dalam ceramah mereka. Kita mula terpedaya apabila ada dikalangan mereka-mereka ini mula masuk ke dewan utama solat masjid atau surau tanpa menutup aurat.Bukankah mereka ini tidak layak memakmurkan masjid-masjid Allah? Alasan berdakwah kepada mereka perlulah dibuat secara ikhlas dan bukannya dengan niat matlamat menghalalkan cara.
Ada dikalangan kita juga sanggup berguling ditengah jalan bagi mempertahankan ketua-ketua ini, tetapi makin menikus dan menghina pihak-pihak atau bekas pemimpin kita sendiri yang cuba mempertahankan Islam hanya disebabkan pihak berkenaan tidak sependapat dengan mereka lagi. Senario semasa ini menuntut kita semua bermuhasabah dan kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengabaikan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Kita tiada pilihan.Masa untuk bermuhasabah...
Wallahualam
No comments:
Post a Comment