tag:blogger.com,1999:blog-68876405179789083612024-03-12T23:58:59.366-07:00myBancikblog muzikal pertama memaparkan nukilan dari sudut hati dan sanubariBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.comBlogger824125tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-92216511107565532732023-08-16T19:41:00.000-07:002023-08-16T19:41:00.767-07:00Masa Untuk Bekerja Dan Fokus Ke Masa Hadapan
30 Muharram 1445

Agak lama saya tidak menulis di blog ini. Bukan apa, selain daripada agak kecewa dengan situasi politik dan ekonomi sebelum dan sekarang ini, fokus telah diberikan lebih kepada pembentukan keluarga. Keluarga yang sihat akan mewujudkan masyarakat yang sihat. Bila mana masyarakat pula sihat, ianya juga bakal membentuk negara yang sihat pula.

Namun, kesihatan bukan hanya terhad kepada aspek fizikal semata-mata. Ianya juga merangkumi kehidupan beragama serta mental yang stabil. Setelah selesainya pilihanraya baru baru ini, kita berharap masyarakat kita terus pandang ke hadapan bagi meneruskan kehidupan di muka dunia ini bagi persiapan ke fasa kehidupan di akhirat pula nanti.

Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-40307710102402881772019-08-15T07:40:00.003-07:002019-08-15T07:40:57.885-07:00Ketua Armada Bersatu Pusat Perlu Lepaskan Jawatan15 Zulhijjah 1440

Ketua Armada Bersatu Malaysia pusat, diminta melepaskan jawatan oleh kerana beliau sudah tidak boleh sependapat lagi dengan pengerusi Bersatu pusat.Memandangkan jawatan yang beliau pegang sekarang adalah dilantik dan belum dipertandingkan, maka penulis berpendapat eloklah beliau berundur secara terhormat dan memberi laluan kepada mereka yang boleh sependapat dengan pimpinan dalam isu yang amat sensitif terhadap umat Islam.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-17832999027468156662018-05-28T18:28:00.002-07:002018-05-28T18:28:39.130-07:00Pilihanraya Umum Ke 14 Sudah Berlalu, Masa Untuk Terus Jalani Kehidupan13 Ramadhan 1439

Sebagaimana yang kita maklum bahawa Pilihanraya ke 14 Malaysia sudahpun berlalu dan menyebabkan pertama kali dalam sejarah menunjukkan perubahan pemerintahan kepada gabungan baru bagi memerintah Malaysia sejak merdeka. Namun di laman-laman sosial, kita masih lihat banyak lagi provokasi dikalangan penyokong dua pihak masih berterusan.

Kita melihat suasana ini tidak sihat dari segi jangka masa yang panjang. Sebaiknya kita beri peluang kerajaan atau pihak yang menang menunaikan janji mereka dalam tempoh yang dijanjikan. Sebaiknya kita kembali ke kehidupan kita harian, tunaikan kewajipan kita (terutama umat Islam , lebih fokus kepada ibadat di bulan Ramadhan), dan juga tanggungjawab kita yang lain seperti keluarga, di tempat kerja dan sebagainya. Ini , InshaAllah akan dapat memberikan ketenangan dalam kehidupan kita seharian.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-87241155128708332762017-10-13T06:48:00.000-07:002017-10-13T06:53:40.512-07:00Wahai Golongan Agamawan: Hentikanlah Perbalahan23 Muharram 1439

Penulis disini menyeru agar perbalahan terbuka dikalangan agamawan perlulah dihentikan.Ini dilihat bakal merugikan umat Islam itu sendiri.Renungkah seruan ustaz Izhar ini.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-19003747450990164782017-09-07T23:29:00.001-07:002017-09-07T23:29:27.683-07:00Bantulah Rohingya17 Zulhijjah 1438

Umat Islam diseluruh dunia digesa untuk memberi tekanan kepada kerajaan masing masing agar kekejaman yang dilakukan ke atas kaum Rohingya dapat dihentikan. Umat Islam juga digesa agar berhenti berbalah dan berkelahi sesama sendiri dan hilang fokus dalam memberi keutamaan terhadap isu isu yang melanda umat Islam yang lain.

Perbalahan yang berterusan akan melemahkan umat islam itu sendiri. Apabila kita lemah, maka kita tidak dapat membantu umat Islam yang lain yang sedang ditindas seperti yang berlaku pada kaum Rohingya.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-14246372072890768772017-09-02T19:14:00.003-07:002017-09-02T19:14:45.425-07:00Alhamdulillah12 Zulhijjah 1438

Alhamdulillah, bertemu kita lagi pada post kali ini. Jika diizinkan penulis berazam untuk terus menulis dalam menyatakan pendapat berkenaan isu isu semasa dengan konsep nyatakan kebenaran walaupun pahit ataupun diam jika ada berlakunya perbezaan pendapat yang mungkin jika terus berbahas bakal mendatangkan kemudaratan kepada umat.Penulis juga mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua umat Islam.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-57989970773485745152016-08-13T18:54:00.004-07:002016-08-13T18:56:35.743-07:00Terima Sumbangan Daripada Luar Buka Campur Tangan Asing11 Zulkaedah 1437

Mana mana parti politik, pemimpin atau penjawat awam yang menerima sumbangan daripada pihak luar negara sebenarnyalah pihak yang boleh menyebabkan campur tangan asing di negara ini. Ini bermaksud tiada dakwaan terpilih boleh dibuat sewenang wenangnya terhadap pihak yang bertanggungjawab sama ada ianya di pihak kerajaan memerintah atau pembangkang.

Tulisan ini dibuat setelah penulis melihat media di arus perdana kini seolah pilih kasih dalam membuat komentar terhadap topik berkenaan. Jika konsep ini dipegang, maka suasana di dalam negara akan terus aman daripada polemik sebengini yang seolah tidak akan berkesudahan.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-26329453364010241952016-08-12T21:40:00.001-07:002016-08-12T21:40:15.413-07:00Bersatu Sertai Parti Baru10 Zulkaedah 1437

Orang orang Melayu dan peribumi yang telah dipecat keahlian dan ditolak keahlian mereka di dalam mana mana parti politik sebelum ini digesa bersatu menyertai parti baru yang sedang menunggu kelulusan pendaftarannya. Jika sebelumini ada parti baru yang telah ditubuhkan, tetapi ramai yang ragu ragu dengan asas perjuangannya.

Parti baru ini yang telah didaftarkan oleh bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Mahyudin dan dunaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun M dilihat memberi sinar baru kepada golpngan ini untuk turut serta berpolitik secara sihat.Oleh itu sama samalah kits bersatu menyertai pati baru ini.

Wallahualam

Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-83728404443979890512016-08-07T08:13:00.003-07:002016-08-07T08:14:09.972-07:00Siapa Yang Membuka Ruang Campur Tangan Asing ?4 Zulkaedah 1437

Penulis rasa pelik apabila siaran TV menyiarkan kenyataan pemimpin yang menuduh sesetengah pihak lawan mereka membuka ruang campurtangan asing. Namun sedarkah mereka bahawa siapakah dikalangan rakyat mereka yang sebenarnya menjadi punca? Bagi penulis yang menjadi punca ialah mereka yang dinamakan untuk harta-harta mereka yang bakal dirampas oleh negara yang dituduh hendak campur tangan.

Apa yang nak ditakutkan? Jika diri tak bersalah, lakukan pembelaan menerusi undang-undang. Apa yang sebaiknya, pemimpin politik sepatutnya mendesak agar nama ' malaysia official 1" dan beberapa 'official" lagi didedahkan agar, rakyat tidak meragui apa-apa lagi dan menunggu proses mahkamah diselesaikan. Apa yang penting, harta yang bakal dirampas difahamkan akan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia.

Persoalannya setakat ini.., kat mana campur tangannya?

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-4586064262555675342016-08-07T07:57:00.001-07:002016-08-07T07:57:47.809-07:00Bersih , Cekap Dan Amanah21 Zulkaedah 1436

BERSIH, CEKAP DAN AMANAH...Itulah slogan yang digunakan oleh Tun Dr Mahathir ketika mengambil alih kepimpinan negara. Tak silap , penulis pada ketika itu baru belajar dalam darjah 1. Namun begitu, slogan berkenaanlah adalah menifestasi hala tuju kepimpinan yang diterapkan oleh beliau ketika baru menjawat jawatan Perdana Menteri ketika itu.

Tidak terhenti di situ, beliau juga memperkenalkan slogan " Kepimpinan Melalui Teladan", "Apa Dikata, Dikota". Ianya berlainan dengan keadaan sekarang. Kononnya kita didahulukan, namun sebenarnya kita yang dibebankan. dibebankan dengan GST contohnya.

Oleh yang demikian kita amat mengalu-alukan parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir. Adakah sentuhan politik beliau akan mewarnai dan mengulangi kegemilangan Malaysia semasa pentadbiran beliau dahulu? Apa yang pasti nakhodanya pasti berbeza dan diharapkan membawa konsep perjuangan yang sama.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-43754237868217869422016-08-07T07:13:00.000-07:002016-08-07T07:13:39.394-07:00Parti Politik Baru Orang Melayu Dialu Alukan4 Zulkaedah 1437

Penubuhan parti politik baru untuk orang Melayu adalah amat-amat ditunggu tunggu bagi memberikan keseimbangan kuasa dan persaingan yang sihat. Setidak tidaknya ianya memberikan pilihan kepada orang-orang melayu yang telah tidak diterima keahliannya disebabkan kekhuatiran segelintir pemimpin parti politik sedia ada akan kepentingan kuasa politik mereka. Ataupun parti baru ini bakal memberi ruang kepada para pemimpin yang telah dipecat daripada parti parti mereka sedia ada bagi meneruskan idealisma yang diperjuangkan oleh mereka.

Justeru itu, janganlah golongan ini dicemuh, dicela dan dimomokkan dengan pelbagai propaganda disebabkan menyertai parti baru sedangkan ada dikalangan mereka yang telah dipecat tanpa melalui proses disiplin dalaman parti itu sendiri.

Bagi penulis, kemunculan secara rasmi parti baru ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-71956998329837127352016-03-12T06:52:00.001-08:002016-03-12T06:52:13.333-08:00Jauhi UMNO & Barisan Nasional3 Jamadil Akhir 1437

Berdasarkan pada suasana politik semasa di negara ini, penulis telah membuat keputusan untuk menjauhi segala apa jua bentuk aktiviti yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional. Ini adalah pilihan penulis dan diharapkan pelbagai pihak menghormatinya.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-78493396951372795402015-06-05T20:56:00.000-07:002015-06-05T20:56:30.267-07:00Bahana Bila Banyak Gunakan Penasihat Orang Putih?19 Syaaban 1436

Sejarah telah menunjukkan bahawa negara pernah dalam zaman kegelapan apabila para pemimpin atau raja-raja menerima atau dipaksa menerima orang putih sebagai penasihat. Peperangan demi peperangan yang sedang berlaku di dunia sekarang ini juga melibatkan negara-negara orang putih.

Pada zaman sekarang inipun di peringkat swasta dan awam, kalau juru perunding tempatan bercakap, pemimpin tidak akan terima idea mereka. Tapi yang anehnya, bila idea yang sama diberikan kepada orang putih dan bentang semula, idea berkenaan diterima dengan mudah. Kalau boleh perdana Menteripun , silap-silap nak orang putih juga.

Bukan apa, sekadar melontarkan persoalan untuk direnungkan bersama terhadap banyak isu yang sedang melanda negara dan di dunia.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-81192427333199536342015-03-20T06:55:00.002-07:002015-03-20T06:55:47.740-07:00Benarkan Umat Islam Malaysia Amalkan Syariat Islam29 Jamadil Awal 1436

Penulis mengucapkan syukur kerana DUN Kelantan telah berjaya membentangkan rang undang-undang dengan pindaan bagi membolehkan syariat Islam diamalkan sebaiknya terutama dari segi perundangan. Ianya bakal dibentangkan di parlimen pula bagi membolehkan ianya selari dengan undang-undang persekutuan.

Kepada bukan Islam yang menentang, kami meminta.."Benarkan kami mengamalkan syariat Islam dengan aman memandangkan kami juga tidak pernah mengganggu amalan kamu selama ini". Ini bukan atas sebab politik. Ini adalah salah satu daripada suruhan daripada Maha Pencipta Kami. Oleh itu, jangan ganggu orang Islam.Biarkan kami mengamalkan Islam dengan bebas.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-65388163144401477862015-03-06T05:31:00.001-08:002015-03-06T05:31:23.053-08:00Golongan Agamawan Perlu Elakkan Perbalahan16 Jamadil Awal 1436

Golongan agamawan di negara ini perlu mengelakkan sebarang perbalahan atau perselisihan secara terbuka. Sebarang perbezaan pendapat perlulah dibincang secara bersemuka dan berdialog secara tertutup. Ini berikutan perselisihan yang terkini berlaku di antara seorang mufti dan seorang penceramah bebas.

Apa yang penting, umat Islam sekarang ini dilihat terlalu lemah untuk berbalah sesama sendiri, terutama di Malaysia. Dah la ahli politik nak berpolitik tak berkesudahan, ini pula para agamawan pula. Kalau golongan agamawanpun tak boleh duduk semeja, jangan haraplah rakyat-rakyat yang lain.

Wallahualam.Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-59327020444285946772015-02-21T18:39:00.001-08:002015-02-21T18:41:59.201-08:00Klinik Beri Ubat Lebih Mudah1 Jamadil Awal 1436

Isu panas kepenggunaan di malaysia timbul lagi dengan cadangan pihak tertentu agar klinik tidak lagi dibenarkan memberikan ubat sebaliknya tugas atau peranan tersebut diberikan kepada kedai farmasi. Ape ke heinya cadangan ini? Ianya amat menyusahkan rakyat kerana terpaksa pergi dua tempat untuk mendapatkan rawatan yang sama. Cadangan ini bakal membebankan rakyat di mana rakyat terpaksa menanggung kos pengangkutan tambahan. Sementara itu caj yang dikenakan juga akan meningkat kerana ianya melibatkan dua entiti yang berbeza. Jika ianya dikeluarkan di klinik yang sama, selalunya pengguna akan mendapat harga pakej disebabkan ubat dikeluarkan di klinik yang sama.

Persoalan lain juga, apa akan jadi jika pesakit perlu mendapat suntikan atau pengambilan ubat segera seperti demam panas melampau atau sebagainya. Apakah perlu dapatkan di farmasi dan suntik sendiri? Oleh itu, hentikanlah daripada mengeluarkan cadangan yang akan menyusahkan rakyat .

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-79704748791741003162015-02-14T06:48:00.003-08:002015-02-14T06:48:40.839-08:00BN Tak Perlu Tanding di DUN Chempaka, Tetapi Perlu Bertanding Di Permatang Pauh23 Rabiul Akhir 1436

Penulis amat bersetuju dengan sesetengah pendapat agar BN tidak meletakkan calon di DUN Chempaka, Kelantan bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini adalah kerana, lebih baik dana untuk berkempen disalurkan bagi memulihkan negeri Kelantan yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Namun begitu, BN perlu berusaha merampas kerusi di Permatang Pauh di Pulau Pinang, bagi memberi peluang kepada rakyat yang mahu menunjukkan mesej jelas kepada kerajaan Pulau Pinang agar tidak terus menggunakan isu sensitif dalam pentadbiran mereka terutama yang melibatkan kepentingan Islam.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-5660214495183542522015-02-14T06:37:00.000-08:002015-02-14T06:38:05.654-08:00Pulangnya Seorang Ilmuan23 Rabiul Akhir 1436

Kira-kira pukul 9.40 malam , 12 Februari 2015 bersamaan 21 Rabiul Akhir 1436 yang lepas, negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Nik Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka , Kota Baharu.

Ianya merupakan kehilangan seorang lagi ilmuan islam di Malaysia.Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-76925198349476232562015-01-29T20:54:00.000-08:002015-01-29T20:54:01.426-08:00MH370 - Sudah Sampai Masa di Sini9 Rabiul Akhir 1436

Kenyataan kerajaan Malaysia terkini telah menunjukkan bahawa sudah sampai masanya satu keputusan perlu dibuat terhadap status penerbangan berkenaan. Walau bagaimanapun komitmen untuk mencari pesawat dan mangsa masih lagi diteruskan oleh kerajaan Malaysia.

Apa yang boleh dibuat ialah, teruskan berdoa agar petunjuk diberikan kepada insan-insan yang lemah seperti kita. Allah yang lebih mengetahui dan berkuasa. Mungkinkah MH 370 "sudah sampai sini". Di sini bertemu Maha PenciptaNya.

Wallahualam

Kredit dan terima kasih Untuk pemilik Video ini.

Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-888669139827264052015-01-29T20:46:00.000-08:002015-01-29T20:47:09.298-08:00Al Fatihah Untuk MH3709 Rabiul Akhir 1436

Tak banyak bicara yang mampu diucapkan apabila kerajaan membuat pengisytiharan terkini terhadap pesawat, krew dan penumpang MH370. Menerusi laporan Utusan Malaysia, Kerajaan semalam telah mengisytiharkan kesemua 239 penumpang dan krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Beijing, 8 Mac lalu sebagai terkorban.

Sedih .., memang sedih. ini merupakan dugaan besar Allah s.w.t. kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Malaysia. Hanya Al Fatihah dan doa yang mampu dibaca. Bagi yang beragama Islam,semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.

Wallahualam

Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-51038500095191653312015-01-16T21:03:00.002-08:002015-01-16T21:03:37.805-08:00Mr PM Naik LRT

26 Rabiulawal 1436

Penulis menghargai pendekatan Dato' Sri Najib yang sering melakukan tinjauan ke stesen LRT. Cuma beza kali ini beliau datang bersenderian. Ya ! memang betul ada kalanya kita perlu bersendirian dan jauh daripada orang sekeliling yang sering kebiasaan bersama kita. Para Khalifah pada zaman kegemilangan islam juga sering bersendirian berjalan diwaktu malam merenung dan menyelami keluh kesah rakyat yang diamanahkan kepada mereka untuk memimpin. Mungkin selepas ini Dato Sri boleh mencuba keluar di waktu malam dan lihat gelandangan-gelandangan dan orang-oarang miskin. Tapi..janganlah bersendirian, dan perlu ada "bodyguard" yang mengekori dari jauh.

Gambar: FB PM

Ataupun memandu sendiri di sekitar KL pada waktu puncak dan di daerah-daerah lain di Lembah Kelang. Barulah DatoSri boleh menilai sendiri kualiti jalanraya yang ada di zaman pemerintahan Dato Sri. Dan boleh juga dibuat penilaian Dato Sri terhadap pihak yang di amanahkan oleh Dato Sri.

Syabas..teruskan usaha dan tradisi seperti ini. Sejuk mata rakyat marhain seperti kami melihatnya. Kami pun dah penat dengan suasana politik Malaysia sekarang. Kami mahukan kelainan!

Gambar: FB PM

Kami sering bertanya, "mana Abu Bakar as Siddiq Alaf Baru, kami rindukan Umar Al Qattab zaman millinium ini, Kami juga rindukan kelembutan Usman Al Affan dan kami juga dambakan keberanian Saidina Ali di zaman penuh adu domba yang mencabar ini. Mereka ini telah melaksanakan dengan baik dan mewarisi amanah daripada Rasul kita , Muhammad s.a.w sebagai pemimpin di sebuah negara dan umat.

Jika ada sedikit daripada sifat-sifat serta ciri pemerintahan yang ada pada mereka diikuti, itu sudah baik buat umat manusia terutama di Malaysia.

Wallahualam

Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-45125001812349020942015-01-09T06:08:00.001-08:002015-01-09T06:15:08.672-08:00Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia Ketika Malaysia Dilanda Musibah19 Rabiulawal 1436

Tindakan Indonesia mengebom kapal nelayan Malaysia ketika Malaysia dilanda musibah adalah keterlaluan. Lebih-lebih lagi Malaysia dan rakyatnya sedang bertungkus lumus keluar daripada krisis malapetaka seperti kehilangan pesawat MH370, MH17 dan sekarang pula dilanda banjir terbesar dalam sejarah. Ini seperti yang dilaporkan secara terus terang di Sinar Harian. Walaupun dibuat menerusi perintah mahkamah, tetapi perlulah ada sikap timbangrasa sedikit.

Bukan nak buat provokasi, tetapi penulis hanya ingin ucapkan terima kasihlah kepada Indonesia kerana melayan jirannya seperti ini lebih-lebih lagi jirannya sedang berada dalam kesusahan. Namun jika orang buat baik kita balas baik, biasa Pak. Tetapi bila orang buat jahat kita balas baik, itu luar biasa Pak....Terima kasih atas segalanya.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-8508603957105456612015-01-07T06:00:00.001-08:002015-01-07T06:02:28.920-08:00Kurangkan Komen, Banyakkan Tindakan17 Rabiulawal 1436

Penulis mengajak para pembaca serta diri sendiri untuk lebihkan tindakan berbandingkan asyik memberikan komen yang seolah-olah tidak berkesudahan di alam siber. Ini berikutan trend yang berlaku sekarang di mana, rakyat sering dilihat banyak berpolemik, berpolitik yang seolah-olah tidak akan berkesudahan di media-media sosial atau di media perdana online yang mempunyai ruang komen di setiap artikel.

Masa yang diperuntukkan itu sebaliknya disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah seperti membantu mangsa banjir dan sebaginya. Kalau tak mampu membantu, kita juga boleh menolong iaitu" tolong duduk diam", dan bukannya menyebarkan berita yang bukan-bukan.Bukannya apa, takut-takut orang lain semua dah sampai ke bulan, kita masih berada di tanah.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-70362649460182749412014-12-31T04:31:00.001-08:002014-12-31T04:31:13.803-08:00Banjir: Keadaan di Daerah Kerian Perak Masih Selamat Setakat Ini9 Rabiulawal 1436

Dalam suasana bencana banjir yang melanda di banyak kawasan, negeri dan daerah di seluruh negara, keadaan di daerah kerian dilihat masih selamat buat masa ini. Mengikut laporan di media arus perdana, tidak banyak kawasan di daerah berkenaan dilanda banjir. Cuma tak silap semasa beberapa hari lepas(tak silap hari jumaat) sebuah stesen radio melaporkan air naik di jalan utama setelah empangan di bukit merah terpaksa dilepaskan air.

Namun semasa penulis bergerak dari Parit Buntar untuk ke Taiping pada hari Isnin lepas, tiada banjir yang berlaku semasa perjalanan dilakukan. Ini mungkin berikutan hujan mula tidak turun pada hari sabtu dan ahad lalu.Namun diharapkan semua pihak di daerah berkenaan terus berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ini kerana daerah Kerian adalah merupakan salah satu daerah yang sering dilanda banjir di negeri Perak sebelum ini. Lebih-lebih lagi berita terkini (Utusan Online)menunjukkan keadaan banjir di bahagian Perak tengah semakin buruk.

Justeru itu, semua pihak perlu mendapatkan maklumat terkini daripada pihak yang berkuasa dan apa yang penting, sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui radio kawasan.

Kita doakan agar bencana banjir dan lain-lain bencana alam yang sedang melanda di banyak kawasan di seluruh negara surut dengan segera.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6887640517978908361.post-17747038664105913062014-12-21T06:08:00.002-08:002014-12-21T06:14:40.185-08:00Artis Malaysia Tidak Tahu Berpersatuan?29 Safar 1436

Penulis merasa agak pelik apabila membaca berita tentang seorang presiden sebuah persatuan artis yang membuat laopran polis atas alasan bendahari persatuan melarikan buku cek baru-baru ini. Melarikan buku cek atau presiden tidak dapat menghubungi bendahari adalah perkara yang berbeza.

Persoalan yang timbul, kenapa sampai membuat laporan polis? Melarikan buku cek tidak memberi apa-apa makna jika ianya tidak ditandatangani oleh pihak yang dinamakan. Dalam urusan persatuan, sekurang-kurangnya perlu ada dua tandatangan oleh 2 pihak pada cek jika pengeluaran wang persatuan hendak dilakukan. Tak tahulah pulak jika dalam perlembagaan mereka ini pelik sikit.

Dalam kes ini, tahukah presiden mereka ini tatacara berpersatuan? Rakyat Malaysia semakin celik pada zaman sekarang dan pihak berkenaan diminta tidak mengeluarkan berita sensasi yang tidak perlu di dunia hiburan Malaysia ini , lebih-lebih lagi ianya dilihat seolah-olah memperbodohkan pengetahuan peminat di industri hiburan tanah air. Ini bakal memualkan lagi suasana hiburan di tanahair yang dilihat makin suram sejak kebelakangan ini.

Jika ada keengganan salah seorang untuk menandatangani cek berkenaan, ianya perlu diselesaikan secara dalaman dan secara baik memandangkan industri hiburan malaysia amat kecil. Pertikaian seperti ini sepatutnya dibincang secara baik dan perlu dibawa ke mesyuarat ahli jawatankuasa persatuan untuk penyelesaian dan bukannya dengan membuat laporan polis. Itu macam main politik nampaknya.Politik lagi.......

Minta maaf jika ada yang terasa.Penulis cuma menegur sahaja. Lagipun tiada nama yang dinyatakan disini. Siapa yang terasa, renungkanlah nasihat penulis ini untuk keamanan semua.

WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0